Thursday, December 30, 2010

::Butterfly:: -PROLOGUE-

Orang ramai mula beransur pulang dari tanah perkuburan itu. Semuanya terjadi terlalu
pantas. Mama. Papa. Pergaduhan. Polis. Ambulans. Dan…

Kematian.

Mama, macam mana semua ni boleh terjadi? Tak. Itu bukan soalan yang tepat. Apa sebenarnya yang terjadi? Mama, adik tak boleh hidup tanpa mama. Mama, adik tak boleh terima semua ni. This is too unbearable, ma. I can’t stand it, ma! Tolong adik, mama. Tolong hidup balik ma. Please….Jangan tinggalkan adik. Adik takut…

Danny berteleku sambil memejamkan matanya di pusara arwah mamanya. Air matanya tidak berhenti mengalir walaupun Danny cuba menahan esakkannya.

Pilu hati Ammar melihat adik bongsunya yang berteleku di pusara arwah mama. “Adik, jom balik. Dah nak tengahari ni.”

“Jom, dik.” Hakim memegang perlahan bahu adiknya.

Perlahan Danny bangun mencapai kedua tangan abang-abangnya berjalan untuk menuju ke kereta.

Adik tak sangka akhirnya jadi begini, ma. Adik tak pernah sangka papa sanggup bunuh mama. Kejamnya papa!!!

* * *

Papa dan mama dah bercerai sejak aku bayi lagi. Punca perceraian adalah seperti biasa. Papa ada perempuan lain dan papa juga adalah kaki pukul. Aku dan dua orang abang aku serta mama tinggal bersama keluarga mak dan ayah mama.

Setelah bertahun-tahun meninggalkan kami tanpa khabar berita. Papa kembali dan merayu pada mama untuk rujuk kembali. Tapi mama tidak lagi ingin kembali pada papa. Kata mama, luka dahulu tak pernah sembuh. Kami menyokong keputusan mama. Bukan kerana aku dan abang-abang tidak mengimpikan keluarga yang sempurna dan bahagia tapi dengan papa keluarga bahagia dan sempurna tak mungkin tercapai. Papa melayan kami dengan kasar. Kami tidak inginkan ugutan demi ugutan untuk meneruskan kehidupan.

Tapi, tak pernah terlintas dalam pemikiran aku pada malam itu papa datang dengan nekad yang tak terduga. Papa datang pukul satu pagi, tetap dalam usaha untuk memujuk mama. Mereka bergaduh besar. Atuk dan nenek serta adik beradik mama yang tinggal bersama semua dah masuk tidur. Lagipun, mereka tidak akan masuk campur dalam hal sebegini. Mereka percaya mama boleh uruskan dengan baik. Abang-abang aku masih belum balik, malam ni malam minggu, tak mungkin dia orang balik awal.

Papa mula memukul mama. Mama cuba mengelak dan menahan. Aku ingin menolong. Tapi aku sangat takut. Aku hanya mampu memandang penuh ketakutan. Air mata mula mengalir. Aku tak sanggup tengok mama terseksa lagi. Tapi aku tak tau nak buat apa.

Aku tergamam melihat sebilah pisau terbenam di dada mama. Aku tidak tau dari mana pisau itu datang.

“MAMA!!!”