Monday, February 28, 2011

::Butterfly:: ~13~

Danny mencampakkan begnya ke lantai. Lalu menghempaskan dirinya ke atas katil.

Shit! Apa aku dah buat ni? Apasal suka-suki aku je dengan senang dan rela hati meluahkan apa yang tak patut? Where’s my guard? Gila nampak lembik dowh macam ni. Danny menggelengkan kepalanya berkali-kali. Tangannya diraup ke muka.

What have I done? Kenapa tetiba aku boleh cakap benda yang gila tak patut? And yang lagi tak boleh blah ialah pada stranger? Puteri Ramadhani! Pada stranger??? Aku cerita kat stranger? Serious, I’m out of my mind…

What he will think about me? Mesti dia pandang rendah gila kat aku dowh. Oh shit! Shit! Shit!!

Malu. Bengang. Geram. Marah.

Yang mamat ni pun satu. Menyibuk je kerjanya. Tanya soalan bukan-bukan. Saja nak pancing. Ingat aku ikan ke apa nak main pancing-memancing ni.

But how he knew yang aku tengah fikirkan mama tadi? Ada kuasa psikik ke apa? And when we talked, kenapa rasa macam dekat? Rasa macam comfortable untuk berbual bersama? Oh Shit, man! And mamat ni gila random. And aku pulak entah mana datang mood bintang dia nak jawab dengan jujur sekali! Oh Danny, you are loser, man!

And macam mana dia tahu aku suka warna pink? Adakah aku ni sangat senang dibaca oleh orang? Aku pakai beg je kot warna pink.

And my pencil case.

And also my watch…

Okay, my sneakers ada stripes warna pink.

So? Salah ke?

And why I’m so easily nak tersenyum dengan lawak bodoh dia yang tak lawak tu. Ish! And apa dia ingat aku ni perasan sangat ke sebab ingat dia nak ayat aku? Aku tak cakap pun dia nak tackle aku. Aku just cakap aku tak layan ayat-ayat romeo ni. Ye ar dah dia cakap aku sweet. Geli tekak aku dengar dowh.

Arghhh… tension! Tension!

Sungguh mengacau ketenteraman di petang-petang bulan puasa ni.

“Kak Danny ooo Kak Danny. Azan dah berkumandang tu haa. Turunlah berbuka.” Kepala Mia terjenguk di pintu bilik Danny.

“Aah, jap. Jap. Buka tudung jap. Mia turunlah dulu. Akak nak turunlah ni.” Danny bingkas bangun menanggalkan tudung dan terus turun untuk berbuka.

Mata Danny terbuntang melihat lelaki yang duduk di sebelah Uncle Az nya.
What the heck??? Apa pulak dia ni buat kat sini? Agak-agaklah kalau nak follow orang sampai dalam rumah. Ish… scary nya mamat ni.

“Haa, Danny apa kamu buat tercegat kat situ? Berbukalah. Sunah Nabi, tak elok memperlambatkan buka puasa ni.” Aunty Elina menegur Danny. “Ni Denniel bawak masakan Aunty Yati ni ha. Susah-susah je. Nampak sedap ni.”

Lelaki itu memandang ke arah Danny. Sungguh dia terpana.

Rambut dia panjang dan lurus dan hitam. Tetapi hanya sebentar sahaja matanya dijamu. Kerana kemudian Danny dengan pantas mendaki semula anak tangga untuk ke atas.

Ish diorang ni agak-agaklah. Cubalah bagitau ada tetamu lelaki. Tak adalah aku selamba derk je turun tanpa tudung. Aku taulah diorang ni jenis tak kisah. Kalau orang bukan muhrim datang rumah tak pakai tudung, bagi diorang tak apa. Keluar ke laman rumah tak pakai tudung, bagi diorang tak apa. Diorang tak menekankan sangat soal pemakaian tudung ni. Tapi, aku tak naklah macam tu. Walaupun aku ni agama taklah pandai mana. Aurat tetap aurat okey.

Danny menyarungkan tudung yang sudah pasang siap. Tak payah nak pin sana pin sini. Kalau kat rumah, kalau ada orang datang atau setakat nak sidai baju atau nak lepak kat luar rumah, tudung nilah yang akan disarung Danny.

Danny turun semula dengan wajah selamba. Mengambil tempat duduk di sebelah Mia. Setelah mencedok nasi dan lauk, Danny mula meneguk air minumannya.

“Danny, rasalah rendang daging Aunty Yati masak ni. Sedap.” Uncle Az meghulurkan pada aku.

“Kamu larat ye jogging bulan-bulan puasa macam ni, Denniel. Bagus.”

Denniel hanya tersengih memandang kea rah Encik Abdullah yang memujinya.

“Anak-anak muda melayu sekarang ni pemalas. Mana ada yang rajin nak buat senaman lagi dah. Tambah lagi di bulan puasa ni. Memang tak payah haraplah. Bagus untuk kesihatan. Atuk ni kalau kaki ni tak sakit. Memang atuk nak pergi jogging. Dulu atuk dengan nenek rajin pergi jogging kat Stadium Klang bawak Danny sekali.”

“Denniel jogging kat mana tadi?” Puan Salmah bertanya.

“Dekat Bandar Botanic. Jogging kat situ sebab lepas tu memang plan nak datang sini. Sebab mama suruh hantar rendang daging ni ha.”

“Eh, Kak Danny bukan tadi pergi belajar kat situ ke?”

Tersedak Danny yang sedang minum air ketika itu pabila namanya tiba-tiba disebut oleh Mia.

“A’ah. Tak terserempak ke? Kalau tak tadi, boleh tumpang Denniel. Tak payah naik teksi.”

Denniel menahan senyum.

Sambil membetulkan suara. “Err..” takkan aku nak menipu kot?

Denniel dengan muka selamba menjawabkan bagi pihak Danny. “Terserempak. Tapi, tula tadi tak berapa nak pasti. Patutlah rasa macam kenal tadi. Kalau tahu tadi, dah boleh Denniel tumpangkan Danny. Tapi tu lah tadi ingat stranger.”


Nah kau, ambik sekali mamat ni perli tahap cynical tak hengat. “Hmm… tak apalah. Danny tak suka menyusahkan orang.” Serius Danny berkata.

***

Setelah selesai semuanya makan. Encik Abdullah bersuara. “Denniel marilah solat berjemaah sama dengan kitorang semua. Sekejap lagi baru kitorang ni nak bertolak ke masjid. Selalunya maghrib di rumah sajalah.”

Danny mula rasa nak tergelak. Kuang…kuang…kuang. Mamat ni nak ke solat berjemaah? Hari tu pun mengelat.

“Denniel baru je nak minta permission tadi, nak tumpang solat.”
Huh? Gila berlakon dowh mamat ni.

“Bagus, bagus. Jom jemaah sekali.”

Danny dan Mia bersama-sama membentangkan sejadah.

“Denniel, kamu jadi imam, ya.”

Huh? Aiseyman. Aku punya bacaan semua tunggang-langgang. Solat sendiri pun entah betul entah tidak. Apatah lagi nak jadi imam. Hari ni aku sempat solat Asar je. “Eh, saya tak layak jadi imam, tuk. Saya ni orang muda, ilmu tak cukup. Bacaan saya pun tak bagus. Atuk sajalah yang imam.” Fuh, bagi excuse Denniel, bagi excuse.

Bagus budak ni. Merendah diri. “Kalau macam tu tak apalah. Atuk jadi imam.”

Setelah semua orang sudah ada dan berdiri dalam saf, solat pun dimulakan. Usai solat dan berdoa, mereka bersama-sama menuju ke masjid yang berhampiran kecuali Denniel yang mengatakan dia mempunyai urusan. Ceh, solat Maghrib pun nampak macam terpaksa apatah lagi nak suruh solat terawih. Danny mengutuk dalam hati.

***

Dia memang bercadang untuk pergi ke rumah Danny kerana mamanya suruh menghantar rendang daging itu. Dia memang ingin berjogging dahulu sebelum menghantar. Dia memang tak expect dia akan dijemput untuk berbuka bersama. Dia menerima kerana jam sudah pun menunjukkan hampir dengan waktu berbuka, jadi apa salahnya dia menerima lebih baik berbuka di rumah orang daripada berbuka di dalam kereta.

Tapi, dia memang sungguh tak expect akan berjumpa Butterfly di Bandar Botanic. Dia memang tak sangka dapat berbual dengan gadis itu. Dan paling dia tak sangka dia berkesempatan melihat rambut gadis itu. Lurus, hitam dan panjang.

Daniel meraup muka. Aku memang gila. Aku pun tak tau kenapa aku boleh pergi tegur dan siap duduk lagi sebelah dia tanpa dijemput.

Entahlah. Mungkin sebab aku nampak dia tengah suffer. Hurt. Entah kenapa instinct aku rasa dia tengah rindu mama dia. And I think I guessed it right.

Oh damn! Kenapa aku asyik teringat pasal orang yang tak penting ni? I don’t give a damn bout her, okay? I need distraction. Denniel mencapai handphonenya. Dia mendail nombor Farish.

“Oit, bro! Kau kat mana?”

“Wa’alaikumsalam, Den.” Sarkastik Farish mengenakan Denniel yang suaranya terus menerjah dari corong telefon tanpa salam.

“Bengong kau. Yela, yela. Assalamualaikum Ustaz Farish.”

Farish tergelak sambil menjawab salam. “Yela. Dah kau terus menerjah tanpa salam. Ni kan bulan puasa, cubalah buat kebaikan sikit.”

“Yela, aku lupa. Kau, kalau bulan puasa memang baik gila. Habis bulan puasa, hantu kau pun datang balik dowh!”

“Haha. Sekurang-kurangnya aku ada niat nak kumpul pahala bulan baik macam ni. Aku tau aku macam setan di bulan yang lain. Ni setan kena ikat, aku jadi baiklah.”

“Siot je kau ni. Weyh, kau kat mana?”

“Aku dalam kereta. Baru balik dari solat terawih kat masjid tadi. Kau ni pergi tak solat terawih?”

“Uish, memang seorang lelaki mithalilah kau ni. Tapi, aku memang tabik spring kat kau lah. Aku macam biasalah. Mana ada pergi masjid dowh.”

“Ish, kau ni. Setan kena ikat ni. Kau tak reti-reti nak buat pahala?”

“Haha. Setan je kena ikat. Bukan aku.”

“Jadi, kiranya kau ni setan versi manusialah?”

“Bangang kau! Ada aku yang macho ni kau kata setan versi manusia. Aku baik sikit dari setan tau! Tapi sikit jelah. Hehe.”

“Oh, sikit jelah. Banyaklah kau punya sikit! Ni telefon aku apa hal? Rindu aku eh?” Farish meneka sambil mengetuk-ngetuk stereng kereta.

“A’ah dowh. Aku rindu kaulah.”

“Weyh, meremang bulu tengkuk aku dengar kau cakap macam tu. Aku bukan kaum Lut, eh. Aku umat Nabi Muhammad. “

“Habis, kau ingat aku ni bukan umat Muhammad ke? Belasah kang baru tau.” Denniel menggeleng kepala dengan kerenah sahabatnya ini. Main-main je kerjanya.

“Hehe. Aku gurau je, beb. Jangan marah. Nanti kekacakan kau tu berpindah kat aku.”

“Ceh, dalam mimpi jelah!” Denniel ketawa dengan keletah temannya. “Aku nak ajak kau lepak sebenarnya ni. Jom, weyh. Kita pergi lepak mamak ke. Tengok wayang ke. Pergi karaoke ke…” belum sempat Denniel menyambung lagi list-list yang ingin dibuat,
Farish menyampuk.

“Atau baca al-Quran ke. Buat solat sunat ke. Atau dengar ceramah ke. Atau buat qiamulail ke. Ye tak?” selamba Farish mengenakan teman baiknya itu.

Erkk? “Ni memang perli tahap cynical tak hengat ni.”

“Haha. Yela, yela. Jomlah lepak. Mamak je, okey? Aktiviti tengok wayang dan berkaraoke hendaklah dihentikan untuk sebulan ini ye.”

“Fuh, gila kau boleh jadi ustazlah Farish. Tapi jadi ustaz pada bulan puasa jelah. Bulan lain… hancusss.” Mereka sama-sama tergelak.

“Okey, lepak pukul dua belaslah eh. Boleh terus sahur sekali.” Farish memberi cadangan.

“Okey, set. Jumpa kat Khulafah.”

Thursday, February 17, 2011

::Butterfly:: ~12~

Trial SPM sudah pun bermula. Walaupun pada bulan puasa, tidak terasa walaupun sedikit. Kerana Danny menyibukkan diri dengan belajar dan cuba untuk memperbanyakkan amalan sunat. Makin dekat nak SPM, makin jarang Danny melupakan solat sunat Tahajjud dan solat sunat Hajat.

Mencari ketenangan sambil belajar. Belajar sambil mencari arah tujuan. Mencari arah tujuan sambil mendekatkan diri pada yang Maha Esa.

Sungguh benar iman ni ada pasang surutnya. Bila masuk bulan puasa, bila dekat dengan musim peperiksaan. Iman naik je. Sebab tak nak terlepas dapat banyak pahala. Tak nak fail dalam exam.

Astaghfirullah…

Akulah salah seorang daripada manusia itu.

Teringat tazkirah daripada Ustazah Zai mengenai iman.

Iman dalam diri kita ni, ada pasang surutnya. Pasal tu kita kena jaga iman kita dengan baik. Bila masuk bulan puasa, Alhamdulillah, semua berebut-rebut nak pergi masjid. Berebut-rebut nak buat amalan-amalan sunat. Berebut-rebut nak dapat malam lailatul qadar. Tiap-tiap malam bangun buat solat sunat Tahajjud. Bila nak exam, semua tak pernah tinggal solat siap buat solat sunat Hajat tiap-tiap malam. Baca yasin tak pernah tinggal lepas solat Maghrib. Buku tak pernah lekang daripada tangan. Tak pergi melepak tak tentu hala. Zikir tak pernah lepas dari mulut. Tapi bila Ramadan dah habis, Syawal pulak datang. Solat Zohor tak sempat sebab sibuk pergi open house. Solat sunat malas sebab kekenyangan. Habis exam, semua rasa merdeka. Mula start dah melepak. Mula start keluar tak tentu hala. Itulah namanya iman ni ada pasang surut. Iman ni, ramai je yang menjadikannya sebagai musim. Janganlah jadi macam biskut chipsmore pulak. Sekejap ada sekejap taka da. Kalau solat lima waktu tu cukup, cuba selalu mengawalkan solat pulak. Jangan melengah-lengahkan. Jaga iman. Bila rasa iman tu tengah surut, beristighfar banyak-banyak. Zikir. Ingat Allah. Doa pada Allah, jangan Dia menyurutkan iman yang dah memang surut tu.

Danny duduk bersantai sambil memegang nota sejarahnya. Dia memilih tasik di Bandar Botanic Klang ini sebagai destinasi belajar petang ni. Suasana di sini nyaman dan tak berapa crowded. Tenang dia duduk di jambatan papan sambil memerhatikan air pancut yang ada di tengah tasik ini. Suasana yang agak sesuai untuk belajar.

Pertama kali dia pergi ke sini dengan arwah mama. Mama sangat suka dengan suasana di sini. Mama kata dia ingin beli sebuah rumah di sini. Kami datang berempat. Dengan along dan angah sekali. Kami sempat membeli sandwich dan beli air minuman sambil bersantai dan bergurau senda di sini.

Danny memejamkan matanya. I feel the pain again, ma. The pain of missing you. Missing us. When can I be free of this pain, ma? I can’t stop missing you. I can’t stop craving for you.

“Baca al-Fatihah untuk dia, Butterfly.”

Menoleh.
Pandangan mata mereka bertemu.

Denniel duduk di sebelah Danny. Mengalihkan pandangannya kepada tasik di hadapannya. Dia mengelap peluhnya menggunakan tuala yang tersangkut di lehernya. “Dengan bersedih dan merintih takkan dapat kembalikan dia ke dunia ni semula. Lepaskan dia. Iringi dia dengan al-Fatihah.” Denniel kembali merenung mata gadis yang masih memandang dia. Pandangan mata gadis itu kosong.

“I don’t understand what you are talking about.” Danny mengalihkan pandangan matanya ke arah nota sejarahnya.

“Don’t understand, huh?”

“Look, what do you want from me?” suara annoying.

“Help you.”

Huh? Danny blurr. “I don’t need any help. Not anyone. Especially not from you.” Nak tolong kebendenye. “Thanks for offering anyway. But no thanks.”

“You memang suka color pink, ey?”

Danny buat muka pelik. “You ni memang jenis yang random eh? Out of the blue cakap benda yang pelik-pelik and tak ada kaitan.” Danny membetulkan tudungnya yang ditiup angin. Dia tidak dapat menahan senyumannya. “Salah ke suka warna pink?”

“Senyum selalu macam tu kan bagus. Sweet.”

Serta-merta Danny menseriuskan wajahnya kembali. “Apa sweet-sweet? You punya ayat romeo tak jalan kat sini, okey.” Tajam renungan Danny kepada lelaki di sebelahnya.

“Woo..woo.. jangan perasan lebih eh. I tak try ayat you pun. You are young. I boleh masuk penjara kalau tackle budak bawah umur tau.”

“Ha. Ha. So funny till I forgot how to laugh.” Danny mencebikkan bibirnya.

“You miss her, ey?”

Out of the blue lagi. “So much.”

“Hurtful?”

“Till I feel like dying.”

Sigh… “Life is wonderful.”

“Not without her.”

“Think the positive side.”
“You still have your mother. We are different.”

“Nak dengar satu cerita?”

This guy memang random gila.“Who are you?”

“Ahmad Denniel.”

“Kenapa tiba-tiba?”

Ketawa. “Random, I guess?”

Senyuman ditarik tanpa paksa. “Weirdo.”

“Ek… dah pukul 6.30. Jap lagi nak buka puasa dah. Jom balik.”

Err… baru aku perasan. “You jogging bulan puasa? Tak puasa ke hape?” mata Danny bulat merenung Denniel.

Denniel dah mula bangun. “Oit. Orang puasalah. Mulut tak ada insurans.”

“Habis tu, semedang selamba je jogging bulan puasa ni.” Danny turut bangun sambil memasukkan notanya ke dalam beg sandang Converse nya.

“Puasakan baik untuk kesihatan. Kajian saintifik pun dah mengkajinya. Takkanlah tak puasa kot. Walaupun puasa, badan mestilah tetap nak keep fit. Jaga stamina. Lagipun jap lagi dah nak buka.”

“Ouh, just because ada kajian saintifik you nak percaya? Bila dah ada kajian saintifik baru you nak percaya puasa tu bagus? Albert Einstein kata, science without religion is lame, tau?”

Denniel menarik senyum. “I hantar you balik.”

Itu adalah statement bukan pertanyaan.

“Thanks, but no. You are still stranger. And I never let a stranger send me home except the taxi driver.”

Erk… gila kerek Butterfly ni. “I thought with our conversation just now, made us no stranger.”

Danny dah mula bagi pandangan membunuh. Am I open too much? Oh shit, Danny! What are you doing? Banyak mulut pulak dengan lelaki ni. Kan dia dah perasan lain macam. “Never, man.” Suara Danny bergetar menahan marah. Marah pada diri sendiri sebenarnya.

Friday, February 11, 2011

::Butterfly:: ~11~

“Mama ingat nak ajak anak arwah Aunty Izzah tu tidur sinilah.” Datin Sri Hayati menghulurkan nasi goreng kepada anaknya.

Ekk??

“Arwah Aunty Izzah? Aunty Izzah mana pulak ni, ma?”

“Ingat tak kita pergi kenduri kat Klang bulan lepas?”

Rumah Butterfly? “Ingat. Oh, Aunty Izzah kawan lama mama tu.” Jap. That’s mean mama nak ajak Butterfly tidur sini? Wow, interesting.

“Tu asal tetiba tersengih tu? Tak ada angin. Tak ada ribut.”

Huh? “Mana ada Den tersengih. Mama ni pun. Ada je nak bahan orang kan.” Cover Den, cover.

“Semenjak dua menjak ni mama tengok, kamu ni ada perubahan sikit. Ada sedikit perubahan ke arah kebaikan. Mama nampaklah jugak kamu solat walaupun tak cukup lima waktu. Alhamdulillah. Senang hati mama tengok perubahan kamu.”

Tersedak Denniel yang sedang menghirup jus oren. “Sejak bila mama pasang kamera kat bilik Den ni?”

“Anak mama. Tak payah pakai kamera pun mama tau. Mama yang mengandung dan jaga Den sampai sekarang. Takkan mama tak tau apa anak mama buat.” Datin Sri hayati tersenyum sambil menghulurkan tisu pada anak bujangnya.

Denniel mengelap mulutnya dengan tisu yang dihulurkan oleh mamanya. Daniel hanya tersengih mendengar statement mamanya.

“Tapi jangan perubahan ni sementara saja sudahlah ya, sayang. Biar kekal dan bertambah baik.”

***

Dia sendiri tidak mengerti kenapa dia mula untuk solat. Tu pun banyak dah dia lupa bacaan dalam solat. Entah kenapa dia tercuit bila gadis itu selamba je sound direct, “jaga your own solat.” Mama pun tak pernah sound macam tu. Mama bagi kebebasan penuh untuk memilih cara hidup sendiri. Mama jenis yang tak suka memaksa.
Didikan agama memang telah mama dan papa berikan. Cuma setelah enam tahun berada di luar negara, dia mula melupai solat, puasa dan mula melupai cara hidup Islam.

Sungguh aku ada masalah otak. Tiba-tiba nak pulak dengar cakap budak sekolah tak cukup umur tu. Entah kenapa aku asyik teringat kat gadis itu. Bukan kerana aku dah beralih taste suka kat budak yang suka pakai baju kurung tudung bagai. Walaupun mula-mula aku ingat dia budak kampung mana, sekali anak orang berada jugak daaa…

Tapi, aku teringat sebab aku… kesian? Aku sendiri tak sangka dia punya pengalaman hidup yang agak ngeri. Gadis yang berselindung di sebalik baju kurung. Gadis yang berselindung di sebalik muka selamba garang. Entah kenapa aku dapat rasakan yang dia tak okey. Entah kenapa aku rasa keluarga dia tak pernah perasan gadis ini sudah mula ‘pergi’.

Dia punya trauma. Aku nampak di matanya.

Denniel segera mencari notebook pink yang dicampak di bawah katilnya.

Dia kembali membaca bait-bait kata yang pendek di setiap mukasurat. Hanya tinggal beberapa mukasurat sahaja yang kosong di belakang notebook itu.

= Adik nak dicampakkan di dunia bayang-bayang. Jadi loner.

= Life is hard when we have to pretend all the time, ma.

= It’s hard to breathe without you.

= Drown in my own tears.

= I feel like I wanna give up with this life.

Satu rasa seolah-olah dicampakkan ke dalam sanubari Denniel. Bukan cinta atau suka. Tapi, ingin melindungi. Melindungi dan menyelamatkan dia dari dunia yang kelam.

Kerana, entah kenapa, Denniel merasakan gadis ini terkapai-kapai dan lemas dalam dunia yang dia sendiri tidak ingin mencari jalan keluar.

She’s young. Masih panjang lagi perjalanan. She can’t giving up. She needs to fight. I’ll be there with her. Come hell or highwater if she let me.

Huh?

Aku ni sihat ke tidak?

Mengarut benda apa ni?

Dengar dek si Farish, kena gelak je. Ayat gila Romeo+jiwangkarat.

Sakit otak sungguh aku ni. Ish. Pedulikanlah. Aku kena cari girlfriend ni. Dah lama tak ada girlfriend tu yang otak mereng.

***

Nota-nota dan peta minda berselerak di meja belajar Danny. Lagu Here Without You nyanyian 3 Doors Down berkumandang daripada headphone yang dipakai oleh Danny. Microsoft Word di komputernya dibiarkan kosong tanpa bertulis apa-apa. Matanya tertancap kepada tulisan berwarna hitam di atas A4 Color Paper berwarna biru.

Formula add math nya..

Danny memang gemar mencatat formula-formula dan nota-notanya di atas kertas warna-warni. Lebih menarik. Tidaklah nampak kelam sahaja di atas kertas putih bertulisan hitam. Nampak sikit seri dan naikkan sedikit motivasinya untuk belajar. Kalau untuk formula, dia akan menggunting kertas itu menjadi empat segi kecil. Kalau untuk nota pula, dia hanya melipat dua kertas A4 tu dengan lipatan memanjang.

Tangannya masih ligar menjawab soalan-soalan past years questions untuk add math. Kalkulator tidak berenggang daripada sisinya. Otaknya juga ligat mengingati formula-formula yang perlu diaplikasikan.

Dunia belajar dan dunia personal kena pisahkan. Belajar tetap belajar. Walaupun hidup tunggang-terbalik atas bawah. Mesti kena ingat janji dengan arwah mama untuk jadi orang yang berjaya.

Siap!

Fuh, lega…

Danny menanggalkan headphonenya. Dia mula buat stretching untuk melonggarkan urat saraf yang terasa tegang dan mula sakit kerana terlampau khusyuk. Hmmm… baru pukul sepuluh. Cepat jugak aku buat add math ni. Cepat tak cepat, kepala otak nak pecah dibuatnya. Ish..ish..ish…

Hmmm… study something yang lebih simple lah. Haaa! My favorite subject. Biology.

Danny mengambil sehelai kertas warna kuning dan juga pensel mekanik. Mula melukis bentuk animal cell. Mudah je. Dany mula menamakan part-part di dalam animal cell.
Ribosomes, mitochondrion, nucleus, centriole, smooth endoplasmic reticulum, lysosome and blablabla…

Tiba-tiba matanya tertancap kepada Microsoft Word di komputernya. Entah kenapa dalam sibuk belajar, rasa macam nak menaip pulak.

Memakai semula headphone yang ditanggal, dia membuka mp3 lagu OST A Love To Kill.

Dia memang tak faham sepatah haram pun apa yang dinyanyikan dalam lagu tu, cerita tu pun dia tak pernah tengok. Tapi dia sangat suka muzik dan suara penyanyi OST A Love To Kill itu. Sedih. Suram. Sayu. Suara penyanyi perempuan tu sangat mendayu-dayu.
Jari-jemarinya mula berada di keyboard computer.

Aku ada sebuah kisah. Sebuah kisah untuk diceritakan. Cerita tanpa pendengar. Cerita tanpa pembaca. Ini bukan kisah cinta. Ini bukan cerita dongeng. Ini hanyalah sebuah kisah. Sebuah cerita. Sebuah hikayat. Yang ingin aku ceritakan mengenai seorang Puteri. Bukan Puteri Raja. Bukan Puteri cerita dongeng. Hanya Puteri pada nama. Ini adalah sebuah kisah hidup seorang Puteri. Puteri yang sedih tanpa air mata. Sedih tanpa tangisan. Sedih yang hanya dapat dirasakan dalam hatinya. Yang tak dapat diluahkan…

Puteri ini sedang mencari arah hidupnya. Sedang berusaha untuk keluar daripada kegelapan. Dia nampak seperti ada bayang-bayang. Jika ada bayang-bayang bermakna pasti ada cahaya yang tersembunyi. Tapi… dimanakah cahaya itu?

Penat… ya… Puteri ini penat. Letih dalam mencari sinar bahagia. Kecewa ditinggalkan bersendirian dalam kegelapan. Dia bukan pencari cinta. Dia bukan pemburu lelaki. Dia hanya inginkan keluarga. Keluarganya. Keluarga bahagia impiannya yang tak pernah sempurna lalu dihancurkan oleh insan yang sepatutnya menyempurnakannya.

Satu suara berbisik… manusia tidak mungkin kekal selamanya. Tapi, Allah kekal bersama melalui susah dan senang. Kembalilah kepada Allah. Jalan keluarnya ada. Namun kenapa Puteri ingin membutakan mata hati sendiri? Cinta Allah kepada hamba-Nya bukan palsu. Janji Allah kepada hamba-Nya bukan mainan. Manusia akan datang dan pergi. Tapi, sedetik pun Allah tak pernah meninggalkan kita.

Puteri ini masih lagi memandang kosong dalam kegelapan. Masih berfikir dalam ketidakpastian. Akalnya membenarkan kata suara itu. Tapi kenapa hati ini masih lagi mengharapkan kebahagiaan daripada manusia bernama keluarga?

Sunday, February 6, 2011

::Aisyah Untuk Muhammad:: ~1~


“Kau ni biar betul. Memanjang je fail bahasa Arab kau ni.” Diana menggeleng-gelengkan kepala melihat markah bahasa Arab Aisyah.
“Apa pulak failnya, kan dapat D ni. D bermaksud menguasai pemahaman tahap minima, okey.” Confident je Aisyah bersuara.
Fatimah menepuk-nepuk dahinya. “Aduh, duh, duh… Cakap dengan budak tak paham bahasa memang la cenggini.”
“Ya. Tepat sekali. Aku memang tak faham satu kebenda yang Ustaz Muhammad tu ajar.”
Hey, Ustaz tu la yang mengajar yang buat kitorang semua faham. Dia ajar terperinci tak ada selok belok, korner-korner semua tak ada.”
“Kau ni. Sungguh aku pelik. Subjek lain semua A. Agama pun A. Add math yang pecah kepala tahap tak hengat tu pun kau skor A. Tapi bila tang bahasa Arab je, kau gagal. Hmm… mesti ada teorinya.” Zahra mula mengetuk-ngetuk dagunya pakai jari telunjuk.
“Dah. Tak adanya teori-meori engkau! Allah ciptakan manusia semuanya adil. Tengok aku. Semua subjek Allah bagi aku excellent...” Aisyah mengangkat kedua-dua belah keningnya. “…kecuali bahasa Arab. Manusia tu kan tak sempurna. Hah, itu baru betul punya teori alam kejadian maaa.”
“Ceh, banyaklah teori alam engkau.” Diana mencebik.
“Hah, aku tau!” Zahra menepuk meja.
Aduh, duh, duh. Sungguhlah budak ni suka mengetuk+menepuk dan seangkatan dengannya.
“Apa yang kau tau?” Fatimah bertanya malas.
Aisyah mengambil air botolnya yang berada di dalam beg.
“Teori pertama; kau sengaja gagal bahasa Arab.”
Membuka penutup botol air sambil mencebikkan bibir.
“Teori kedua; Ustaz Muhammad saja bagi kau gagal bahasa Arab.”
Membaca Bismillah sambil mengangguk tanda mengiyakan kata-kata Zahra.
“Teori ketiga…”
Mula meneguk air.
“…korang berdua ada secret love affair!!!”
Tersembur air yang sedang diminum Aisyah ketika itu.
“Secret love affair bapak engkau!”
“Woii, apa ni? Habis basah muka aku. Tak senonoh la kau ni, Aisyah.” Zahra memuncungkan bibir sambil mengambil tisu di dalam poket baju kurung untuk mengelap semburan air daripada Aisyah.
Aisyah juga mencapai tisu untuk mengelap mulutnya yang basah. “Padan muka kau. Sapa suruh bagi teori tak masuk akal. Tak masuk mana-mana syllabus. Tak ada dalam apa-apa kategori. Dan sudah pastinya tak mungkin menjadi sejarah!”
Fatimah dan Diana dah ketawa tak hengat dunia.
“Apa punya teori tak boleh pakai daa.” Fatimah menggeleng-gelengkan kepala.
“Entah kau ni, Zahra. Ustaz Muhammad yang punya la baik punya la kacak punya la macho punya la alim tak mungkin dia sanggup ter’berkenan’ kat si Aisyah tak cukup akal ni. Lagipun nanti, bila dia sambung balik belajar kat Mesir tu mesti ada lebih ramai perempuan yang alimah, sopan dan baik dari si Aisyah ni ha.”
“Weyh, aku ni tak cukup alimah ke?” Aisyah mencebik bibir. “Lagipun, macho kebenda Ustaz tu. Tunduk memanjang je aku tengok. Alim sangat la konon. Entah-entah kat luar dialah raja segala kejahatan.” Sambil buat gaya tangan.
Weyh, tak baik la kau cakap Ustaz macam tu. At least kau respect ar dia. Tak berkat nanti ilmu yang kau belajar dengan dia. Kau ni kena baca buku-buku pasal Imam Syafie and then buku-buku adab menuntut ilmu. Tapi setahu aku dalam Pendidikan Islam pun pernah belajar adab menuntut ilmu dan adab dengan guru.”
Aduh, si Fatimah anak Ustaz dan Ustazah dah mula berceramah dah.
“Baiklah, baiklah. Aku minta maap la Ustazah Fatimah az-Zahra.”
“Dah, dah. Jom balik. Nanti kita fikirkan cara untuk menyelamatkan si Aisyah ni dari fail memanjang. Tu la.. siapa suruh amik bahasa Arab kalau dah tau tak ada basic.” Diana mencapai begnya.
“Whatever.” Memandang siling. Aisyah mula menapak ke pintu.

::Butterfly:: ~10~

“Kak Danny ada surat untuk akak.” Mia memberi surat berwarna putih ke arah Danny. Mia dah mula ok, selepas hari perbicaraan yang telah memisahkan kedua ibu bapanya.

“Terima kasih, Mia. “ Danny mengambil surat daripada huluran tangan Mia.

“Oklah, Mia masuk bilik Mia dulu ye.” Mia meminta diri lalu keluar daripada bilik Danny.

Sambil baring di atas katil, Danny melihat pada sampul kertas warna putih itu.
Daripada Penjara Sungai Buloh.

Papa?
Danny terus mencampakkan surat itu ke lantai. Perasaannya mula bercampur-baur.
Benci, marah, sedih, terluka, dendam… semua bercampur menjadi satu. Biarkan dia. Biarkan dia di sana. Untuk apa menghantar surat? Kenapa mesti sekarang? Setelah dia menjadikan semuanya mimpi ngeri yang tak mungkin sekali padam dalam ingatan.

Dia telah menghadiahkan hadiah terbaik untuk aku. Dia mentalakkan mama, dengan lafaz lahir je aku ke dunia, maka jatuhlah talak satu kepada mama kerana penipuan dia selama ini telah terbongkar. Dia telah membuatkan mimpi-mimpi malam aku dihiasi dengan pembunuhannya terhadap mama.

Imbasan itu bermain semula di kotak ingatannya. Danny menutup matanya sambil menutup telinganya dengan kedua belah tangannya.

“No! NO!” Danny mula menangis. Berperang dengan perasaan sendiri. Danny jangan macam ni. Be strong! Tu semua dah lepas.

“I want my mama. Adik nak mama. MA!” Danny mengambil bantal lalu menekup mukanya pada bantal tersebut.

Bilik Danny agak terpencil dan jauh daripada bilik-bilik yang lain. Agak sukar orang untuk mendengar jeritan ataupun tangisan gadis ini dengan pintu yang tertutup, lebih-lebih lagi jika mereka berada di bawah ataupun di dalam bilik yang pintunya juga tertutup.

Kerna itu, tangisan dan trauma gadis ini masih lagi tidak dapat dikesan oleh mereka-mereka yang berada di rumah ini.

***

Malam sudah berlabuh, Danny masih menguncikan diri di dalam biliknya. Dia perlu bertenang sebelum berjumpa dengan ahli keluarga yang lain.

“Mia, kenapa Kak Danny tak turun makan daripada tadi?” Puan Salmah merasa risau akan cucunya yang seorang itu. Tadi sudah diketuk bilik Danny. Tapi, tiada jawapan.

Mungkinlah tidur. Tapi, ni baru je lepas telefon handphone dia. Tak berjawab jugak. Kenapalah pulak? Sakit ke? Tak nak makan ke? Takkan diet kot. Panjang monolog Puan Salmah di dalam hati.

“Erm… tadikan nek, Kak Danny dapat surat.” Takut-takut Mia memberitahu.

“Surat apa? Surat cinta ke? Aik… takkan teruja lebih dapat surat cinta sampai makan pun tak nak? Kak Danny dah ada pakwe ye, Mia?”

“Nenek ni, ke situ pulak dia.”

“Yelah, dulu nenek dapat surat cinta daripada atuk kau pun, nenek teruja sampai tak nak makan.” Puan Salmah tersenyum mengingatkan kisah lama.

“Haaa! Bocor rahsia nenek dengan atuk.” Mia tergelak. “Tapi, Kak Danny bukan dapat surat cinta…” Mia teragak-agak. “Kak Danny dapat surat daripada Penjara Sungai Buloh.”

“Daripada penjara???”

“Apa bising-bising kat dapur ni?” Danny tersenyum menegur nenek dan sepupunya itu.

“Tak ada apa. Ni saja borak dengan Mia, kisah nenek dulu-dulu.” Puan Salmah berdalih. Lega hatinya melihat Danny tersenyum. Maknanya dia okey lah tu.

“Danny laparlah, nek. Balik sekolah tadi terlajak tidur lama sangat. Hehe.” Danny menyenduk nasi ke pinggan yang diambilnya sebentar tadi.

“Oh, Danny tertidur ye? Nenek ingat apa lah tadi, tengok Danny tak turun-turun makan.” Puan Salmah tersenyum.

“Nek dengan Mia dah makan? Meh lah makan sekali.”

***

Danny duduk di kerusi meja belajarnya. Dia sempat terdengar perbualan nenek dengan Mia. Mujurlah dia adalah pelakon yang baik. Mampu berlakon siap dengan berdurau senda di meja makan sambil mengusik neneknya yang membuka cerita cinta lama nenek dengan atuk.

Berlakon itu penting. Berpura-pura itu penting. Penting di rumah ini. Atuk dengan nenek dah tua, aku tak nak menyusahkan hati atuk dan nenek. Aku tak mahu hati tua mereka terluka dengan kesedihan aku. Cukuplah aku melihat mereka bersedih hati, terpaksa menerima kenyataan anak sendiri dibunuh bekas menantu.

Danny bangun dan mengambil surat yang berada di atas lantai di tepi katilnya.

Ingin dibaca ataupun dibuang sahaja? Mahukah dia membaca surat daripada pembunuh mamanya?

Dia membuka surat itu. Tanpa perasaan, dia membaca bait-bait yang berada di dalam surat itu.

Hatinya panas kembali. Sungguh lelaki ini tak pernah insaf! Kenapa aku nak baca surat yang tak berguna ni?

Apa sebenarnya yang aku nak tahu? Yang dia akan meminta maaf? Yang dia akan merayu? What is it actually that I wished for, Puteri Ramadhani?

Hatinya terluka kembali. Air matanya mula bergenang. Tangannya dibawa ke dada. Surat itu terlepas ke bawah. Sakit. Pedih. Perit.

Papa nak jumpa adik. Kenapa adik tak pernah datang? Ingat adik, tanpa benih papa ni, adik tak mungkin hidup kat dunia ni. Apa pun terjadi antara papa dan mama, itu bukan urusan adik. Adik anak papa. Tanggungjawab adik terhadap papa tetap ada. Sebab tanpa benih papa ni, takkan adik dapat hidup kat dunia ni. Jangan jadi anak tak sedar diri, anak tak tahu diuntung. Dalam Islam pun, anak kena hormat dan jaga ibu bapanya. Datang jenguk papa kat sini!

Tidak pernah sekali pun aku minta untuk dilahirkan di dunia ini, apatah hidup di dunia penuh pancaroba ini…

Thursday, February 3, 2011

::Aisyah Untuk Muhammad:: ~Prolog~



“Sungguh aku tak percaya.” Fatimah membulatkan matanya.
“Aku pun tak percaya.” Diana menggeleng-gelengkan kepala.
“Otak aku tak dapat menerima penghadaman untuk pemahaman.” Zahra mengetuk-ngetuk kepalanya.
“Aku lagi tak percaya, korang tau tak?” Aisyah membulatkan matanya.
“Aisyah!!!” Serentak mereka bertiga ketawa. Aisyah memberi jelingan maut kepada mereka.
“Engkau nak kahwin dengan dia?” Diana bertanya setelah ketawa mereka reda.
“Sungguh aku tak mahu. Nahi hei nahi hei nahiii!!! Uwaaa..” Agak-agak kalau buat macam cerita Hindustan, melarikan diri sebelum kena kahwin paksa, nenek dapat sakit jantung tak?
“Dan kau baru nak bagitau kitorang sekarang?”
“Aku tak nak kahwin dengan dia la wei…”
“Aku rasa curse aku dulu tu menjadi la wei.” Zahra mengetuk-ngetuk dagunya pakai jari pula.
“Sungguh aku rasa betul-betul punya jadi.”
“Betul…betul…betul…”
I hate you, Zahra. I hate you.” Aisyah menyebamkan mukanya ke bantal.

::Butterfly:: ~9~

“Terima kasih lah sebab datang, Yati. Nasib baiklah hari tu terserempak. Kalau tak kita ni lost contact lah sampai bila-bila.” Aunty Elina dan Datin sri Hayati saling berpelukan.

“Itulah. Nasib baiklah. Tak sangka rumah ni masih ada lagi. Lama dah ye. Den, nak tau nilah dulu tempat mama dengan papa bertunang dulu. Haih, panjang kisahnya.” Tertawa mereka semua.

“Banyak memori kat rumah ni.” Tan Sri Bahrin menambah ambil ketawa.

“Oh, inilah dia anak bujang kamu ni. Lah, dah besar panjang dah. Handsome macam papa nya jugak.”

“Eh, sudah tentu. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, ye tak?” Tan Sri Bahrin berjenaka.

“Masih kuat lagi perasan, Abang Bahrin ni.” Uncle Az juga turut tergelak.

“Seronok berjumpa ramai-ramai ni. Denniel nak tau, kami ni dah macam keluarga dari dulu lagi.” Tambah Datin Sri Hayati lagi.

Denniel hanya tersenyum. Mereka sudah berdiri. Kononnya dah nak balik. tapi sempat lagi berborak. Memang nampak sangat dah lama tak jumpa. Tetamu lain nampaknya semua dah balik. yang tinggal ahli keluarga rumah ni saja, habis dah aku berkenalan dengan ahli keluarga ni. Sampai dah ramai dah yang berkeliling kat sini, tadi Aunty Elina ni je. Haih… bila nak balik ni mama? Orang ada janji lagi nak jumpa kawan.

“Eh dari tadi sampai, mana Izzah nya? Selalunya dia tu lah yang suka melayan tetamu. Berborak tak pernah berhenti.” Tanya Tan Sri Bahrin.

“Eh, a’ah lah. Mana Izzah nya? Borak punya borak. Suka punya suka jumpa kawan-kawan lama ni, lupa pulak geng lagi sorang. Mana Izzah?” tokok Datin Sri Hayati sambil pandang sekeliling.

“Astaghfirullah, lupa pulak nak bagitau. Arwah Izzah dah meninggal setahun setengah yang lepas.” Perlahan suara Aunty Elina menyampaikan berita.

“Innalillah hi wa inna ilaihi roji’un.” Tergamam Tan Sri Bahrin dan Datin Sri Hayati mendengar berita itu. Lebih terkejut apabila mendengar kisah di sebalik pemergian arwah Izzah.

***

“Kak Danny, tu mama Mia panggil akak.”

Danny yang sedang membasuh pinggan, menoleh. “Kejap, Aunty Elina kat mana?” tanya Danny sambil mengelap tangannya pada kain. Kemudian menurunkan lipatan tangannya yang dilipat untuk mencuci pinggan mangkuk tadi.

“Kat khemah. Dia nak akak jumpa kawan lama diorang. kawan lama mama akak jugak.”
Danny mengeluh sambil menuju ke luar. Asyik-asyik kena jumpa orang. Lepas tu dapat simpati daripada orang. Nanti confirm kawan mama tu akan cakap, kesiannya. Bersabarlah ye. Dan blablabla… bosan!

Held your head high, Danny! Kau boleh berlakon lagi. Kau boleh pretend lagi.

“Ha, inilah anak bongsu Izzah. Dia ni sorang je lah yang Izzah dapat perempuan. Nama dia Puteri Ramadhani. Tapi, biasalah dah ada dua orang abang, dia nak orang panggil dia Danny je. Nama dah macam lelaki sikit.” Uncle Az memperkenalkan

“Ni Uncle Bahrin, yang ni isteri dia, Aunty Yati.”

Danny menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Uncle Bahrin dan Aunty Yati. Danny juga menghulurkan senyuman buat mereka.

Datin Sri Hayati terus memeluk Danny tanpa mengeluarkan apa-apa kata mahupun ayat. Sebak mengenangkan apa yang terjadi kepada gadis manis ini.

Danny terkejut. Tapi hanya diam tanpa memberi reaksi. Dia juga tidak membalas pelukan itu. Hanya membiarkan. Ekspresi muka dan badannya dibiarkan beku. Kaku.
Tiada perasaan.

“Nanti bila free, datanglah tidur rumah Aunty. Aunty pun bukannya ada anak perempuan.” Perlahan Datin Sri Hayati melepaskan pelukannya.

Danny menghulurkan senyuman tanpa perisa sambil mengangguk. “InsyaAllah.”

“Oh, ya. Ni anak Aunty. Denniel. Kira pangkat abang jugaklah. Umur dia 24 tahun. Sama dengan along Danny, kan.”

Mata Danny tertancap ke arah manusia yang ditunjukkan oleh Datin Sri Hayati.

Huh? Mamat ni?
Denniel memberi satu senyuman sopan penuh makna.

Tak hingin aku panggil mamat ni, abang. Geli dowh!

Aku rasa, aku mula memahami catatan-catatan pendek tanpa tarikh itu. Akhirnya, persoalan aku mengenai notebook pink itu, hampir terjawab.

Aku ingin mengenali dia. Aku ingin mengetahui isi hatinya. Aku ingin memahami hati seorang gadis bernama, Puteri Ramadhani!