Thursday, September 22, 2011

::Butterffly:: ~15~

“Danny, hari sabtu nanti kita sekeluarga pergi membeli-belah kat Mid Valley. Oh ya, baju kurung kamu dah siap dah. Kawan Aunty Ira dah bagi semalam. Lupa pulak nenek nak bagitau kamu. Kamu tempah hari tu tujuh pasang kan?” Puan Salmah yang sedang menggosok baju itu memandang Danny yang memasuki biliknya dan duduk di birai katil.

“Hari Sabtu ni eh? InsyaAllah. Kat mana baju kurung Danny, nek?”

Aunty Elina yang juga masuk ke bilik Puan Salmah dan Encik Abdullah menyampuk dengan nada bergurau. “Amboi, anak sedara aku sorang ni.beraya sakan! Tujuh pasang Danny? Nak pergi mana sampai buat baju kurung banyak-banyak ni?”

“Eleh, jealouslah tu.” Danny menjelirkan lidah.


“Potong kang lidah tu baru tau.” Aunty Elina berpura-pura mencari gunting dalam bilik Puan Salmah.
“Danny ni dia buat baju kurung banyak sebab tu baju untuk berjalan dia sekali. Baju raya dia dua pasang je. Dia kan perempuan solehah, keluar pakai baju kurung. Bukan macam kau dah berumur pun bergaya memanjang.” Puan Salmah menjelaskan bagi pihak Danny sambil mengenakan Aunty Elina.

“Hah, tengok. Nenek kata Danny perempuan solehah tau. Jangan jealous!”

“Yela, yela. Baguslah macam tu. Aunty ni dah tua pun mestilah nak bergaya. Dah terbiasa dari muda. Sekali-sekala, apa salahnya Danny bergaya. Nanti Aunty Elina make-overkan, nak tak?”

“Ish, tak naklah. Danny ni natural beauty. Tak payah pakai baju fesyen-fesyen. Tak payah pakai mekap tebal-tebal pun dah lawa.”

“Ceh, perasannya anak dara sorang ni.”

“Yela, kalau bukan Danny puji diri sendiri siapa lagi nak puji, ye tak? Danny taulah Danny ni tak lawa. Kulit pun tak berapa nak putih macam korang. Ish, sedih woo.” Kalau nak diikutkan semua kulit ahli keluarganya jenis yang putih melepak. Ada yang putih kuning langsat, ada yang putih merah. Entah kenapa dia je yang sesat. Tak berapa nak putih macam diorang. Along dengan angah pun kulit putih kuning langsat macam mama.

“Eh, lawalah kulit macam ni. Macam warna kulit Vanessa Hudgens… orang putih suka. Nanti bolehlah cari boyfriend orang putih. Lagipun kulit Danny bukannya hitam. Tak putih, tapi cerah.”

Ekkk? Wah, memang advance makcik aku ni. Vanessa Hudgens pun, dia kenal! “Yo yo o je Aunty Elina ni.”

“Merasa nenek dapat cucu menantu orang putih. Dapat cicit mata biru.” Puan Salmah juga tak ketinggalan menggiat Danny.

“Untung-untung dapat yang handsome macam Zac Efron.” Aunty Elina menokok lagi.
Nah! Zac Efron pun keluar kalau melayan diorang ni. Karang tah sape lagi pulak nama-nama Hollywood yang Aunty Elina nak keluarkan. “Mengarut je korang ni. Nek, mana baju kurung Danny? Nak try.” Pantas Danny mengubah topik.

“Tu kat balik pintu tu, hah.”

Danny bangun mengambil bajunya. “Okey, Danny masuk bilik dulu ya. Assalamualaikum.”
Danny menutup pintu biliknya. Dia mengeluarkan sepasang demi sepasang baju kurungnya dan diletakkannya di atas katil. Lima pasang baju kurung cotton dan dua pasang baju kurung Thailand Silk plain.

Tema untuk tahun ni untuk raya pertama adalah biru laut. Dan tema untuk open house nanti pula berwarna lavender. So, kain Thailand Silk ni satu berwarna biru laut, satu lagi berwarna lavender. Baru Danny ingin mengacukan baju kurungnya, telefon bimbitnya berbunyi menandakan message masuk.

-Danny tgh buat ape? Jom lepak sambil sahur dekat mamak. Kitorang ambik. Ajaklah Mia sekali. Semua cousin turun. So, don’t say no, ok?

Danny membaca mesej daripada sepupunya, Kak Nurul. Aduh, malasnya nak keluar.

-Semua ada? Along dgn angah ada?

Kalau along dengan angah ada, okey jugak. Dah lama tak jumpa diorang.

-Dun worry my dear. Kak Nurul dah pastikan diorang datang. Berani diorang tak dengar cakap mem besar ni. Haha. Siaplah. Jgn lupe ajak Mia sekali.

-Okey.

Danny mengetuk pintu bilik tidur yang dihuni oleh Mia dan Aunty Elina. “Mia, oo Mia.”
Mia membuka pintu bilik. “Kenapa Kak Danny?”

“Mia tengah buat apa?”

“Tengah baca novel je.”

“Ni Kak Nurul ajak kita keluar. Semua cousin ada. So, dia kata wajib datang. Kejap lagi dia ambil kita. Siaplah. Nanti Mia cakap dengan Aunty Elina. Kut-kut dia nak join ke.”

“Wajib ke? Mia macam malaslah nak keluar.” Mia bersandar di tepi pintu sambil merenung ke lantai.

“Kak Danny pun malas jugak nak keluar. Tapi, nanti bising pulak Kak Nurul kalau kita tak datang. Lagipun akak tak rasa dia ajak. Dia arahkan tu. You know your big cousin, right?”

Mia tergelak. Ya, dia tau perangai Kak Nurul. “Okeylah. Nanti Mia bagi tau mama Mia.”
Danny yang baru ingin berpusing tiba-tiba terhenti dan memandang ke arah Mia. Mia turut memandang pelik sambil angkat kening bertanya kenapa.

“Mamma Mia?” Danny memberi senyuman nakal. “Mamma Mia, huh? Macam pernah ku dengar di mana tajuk filem itu.”

Mia tergelak. “Apalah Kak Danny. Lawak tak menjadi.”

“Eleh, lawak tak jadi pun, awak gelak jugak.” Danny tersenyum sambil menuju ke biliknya sendiri untuk menukar baju.

***

Meja-meja dikedai mamak itu disambungkan untuk memuatkan dua puluh orang sepupu, dua pupu, tiga pupu dan kupu-kupu yang seterusnya. Ini hanyalah jumlah kecil. Walaupun setengahnya hanyalah dua pupu dan saudara yang tidak berkongsi atuk dan nenek yang sama. Tetapi tetap berkongsi moyang yang sama (hehe), kami tetap rapat. Kerana kami amat mementingkan kekeluargaan dan hubungan kekeluargaan kami sangat rapat.

“Eh, Nurul. Minah salih celup gedik tak join ke?” Bob bertanya.

“Aku dah jemput. Tapi dia cakap apa standard dekat mamak. Dia tak nak datang.”

“Gila berlagak dowh Sarah tu.” Ikmal menjuihkan bibirnya.

“Tak baik mengutuk orang bulan puasa ni.” Selamba Danny mengenakan sepupu-sepupunya itu sambil memerhatikan menu-menu yang ada di kedai mamak itu.

“Alamak!” Ikmal menepuk dahi. “Adik ustazah kau dah bersuaralah, Ammar, Hakim.”

“Biasalah. Tengoklah adik siapa.” Hakim bersuara sambil mengangkat keningnya. “Wah, dah makin tinggi pulak adik sekarang ni ya. Lama tak jumpa.,”
Danny hanya mencebikkan bibir.

“Eleh, adik kau je yang baik. Korang berdua ni setan.” Kak Nurul membidas Ammar dsn Hakim.

“Macam-macamlah korang ni. Orderlah. Membebel je. Aku lapar ni.” Sahri memanggil ane yang bekerja di situ.

“Heee, kau ni! Buka tadi punyalah aku tengok kau melantak. Ni lapar lagi.” Maria kakak kepada Sahri menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Habis datang kedai makan kalau tak makan, macam pelik je bunyinya, kak oiii!!”

Setelah masing-masing order makanan dan air. Mereka mula bertukar-tukar cerita. Berborak dan bergurau.

“Weyh, tema raya warna apa tahun ni? Aku belum beli baju raya lagi dowh.” Amira yang sedap mengunyah tiba-tiba teringat.

“Hoi! Belum beli lagi? Kau biar betul cik adik sayang oi! Waktu dah pertengahan nak masuk akhir Ramadan ni nak tempah baju memang haram kejadahlah jawabnya.”
Amira tersengih. “Ala, nanti aku beli dah siap je lah. Malas aku nak tempah dowh. Sama je harga tempah dengan beli.”

“Warna biru laut.”

“Adik, baju raya along dengan angah ada ke?”

“Ada, nenek dah tempahkan.”

Sepupu-sepapat yang lain memandang antara satu sama lain sambil mengangkat kening kepada antara satu sama lain.

“Wah, cucu-cucu kesayangan neneklah namanya.” Bob mencebikkan bibir.

“Eleh, korang dengki apa hal? Dah memang terang lagi bersuluh atuk dengan nenek sayang kitorang lebih. Muahaha.” Ammar dan Hakim gelak jahat. Danny hanya menggelengkan kepala.

Sepupu-sepapat yang lain hanya gelak. Mereka tak kisah pun. Mereka tau sebab nenek dan atuk sering melebihkan mereka bertiga. Kerana mereka atuk dan nenek yang bela sejak kecil dan sebelum Aunty Elina bercerai. Arwah Aunty Izzahlah ibu tunggal dan menanggung banyak penderitaan. Atuk dan nenek kasihankan mereka bertiga yang umpama tiada bapa. At least, Uncle Mirza menyayangi Mia.

Mereka tidak terasa tersisih pun. Lagipun mereka ada ibu dan ayah sentiasa menyediakan keperluan mereka. Walau macam mana pun mereka tahu atuk dan nenek sayang kesemua cucu-cucunya.

Ikmal memandang ke arah dua orang lelaki yang baru memasuki kedai mamak itu. Dia mengenali kedua-duanya. Sambil melambaikan tangannya kepada kedua lelaki itu. “Den! Farish!”

Denniel dan Farish yang baru sampai kedai mamak berjalan menuju ke meja Ikmal. “Hey! Long time no see, bro”

Mereka bersalaman dan berpelukan sesame mereka. “Wassup, bro? “ Ikmal mengangkat kening.

Farish melihat ke meja Ikmal yang ada ramai orang. Err… ramai gila. Macam dua puluh orang. Sekali mata Farish tertancap kepada seorang gadis bertudung bawal putih dan berbaju kurung cotton. Dengan pantas dia mencuit bahu Denniel yang sedang rancak berbual dengan Ikmal. “Gadis aiskrim.” Dia menunjukkan dengan matanya ke arah Danny kepada Denniel.

Dengan pantas Denniel menoleh. Matanya jatuh kepada Danny yang sebenarnya sedang berpura-pura menikmati air batu campur. Kerana dari Ikmal panggil lelaki berdua tadi dia dah perasan.

“Hai, Mia.” Denniel mengangkat tangan kepada Mia yang duduk di sebelah Danny.
Mia sambil tersenyum menegur kembali. “Hai, Abang Denniel.”

“Ek… macam mana kau kenal Mia?” Ikmal buat muka pelik.

Farish pun sudah buat muka pelik. Ek… lain yang aku tunjuk lain pulak yang dia tegur. Budak yang dia tegur pun nampak sangat budak sekolah. Entah-entah baru darjah enam! Takkan kawan baik aku ni dah tukar citarasa kot! Ish… seram aku, kalau kawan aku ada sindrom pedofilia. Astaghfirullah… apa aku merepek ni. Haa! Si Denniel ni. Hari tu kononnya punyalah marah kat gadis aiskrim ni. Ni berjiwa tenang je aku tengok dia bila jumpa gadis aiskrim ni.

Ikmal mengangguk-nganggukkan kepala mendengar cerita Denniel yang menerangkan bagaimana dia boleh kenal Mia. “Oh, yela. Waktu kenduri haritu aku tak datang. Outstation. Ni semua cousin-cousin aku. Ini kawan satu universiti aku kat Leicester dulu. Denniel dengan Farish.”

Kak Nurul yang dari tadi hanya memerhati. “Eh, yelah. Ni anak Aunty Yati dengan Uncle Bahrin kan. A’ah, aku sempat jumpa mamat ni masa kenduri haritu.” Baru teringat kat mana aku jumpa mamat handsome ni. Kat rumah atuk rupanya.

“La… cousin-cousin kau ke semua ni. Ramai jugak yang aku dah pernah jumpa kat kenduri haritu.” Denniel memandang mereka-mereka yang ada di situ. Mengenali beberapa muka walaupun tak tahu nama dan juga tak pernah tegur! Yelah, dia datang ke kenduri itu hanya untuk membawa papa dan mamanya sahaja. Bukan untuk bermesra alam dengan orang.

Tapi…

Denniel menoleh ke satu wajah yang nampaknya masih sedang menikmati air batu campur. ABC! Dia tersengih tiba-tiba. Teringat peristiwa sewaktu kenduri. ‘Jaga your own solat. ABC. Smoking. Butterfly.’

Farish yang perasan Denniel tersengih, dah mula rasa sahabat baiknya itu ada masalah mental. Dia boleh sengih tengok gadis aiskrim ni? Hm… tak pernah cerita pun yang dia dah terjumpa balik dengan gadis aiskrim ni. Pelik. Pelik.

“Eh, asal berdiri je dari tadi. Mehlah join kitorang. Kau ni pun Ikmal. Tak reti-reti nak ajak kawan-kawan kau ni duduk?” Ammar pula mempelawa.

Ikmal tersengih sambil garu kepala. “Aku lupa. Meh duduk-duduk. Tarik kerusi tu. Ada space lagi ni. Eh, Bob, Sahri korang berganjak sikit.”

Setelah Bob dan Sahri berganjak daripada kedudukan mereka. Farish dan Denniel pun menarik kerusi dan duduk.

Entah kebetulan atau suratan, kerusi yang diduduki Denniel bertentangan dengan kerusi yang diduduki Danny.

Danny yang merasa ada mata sedang memandang kepadanya, mendongak sikit dari mangkuk air batu campurnya itu.

Zasss.

Hati Danny rasa macam tengah main drum. Dari mata turun ke hati. Huh? Apa aku ni? Apa kes guna ayat jiwang ni. Danny menggelengkan kepalanya dan mula menoleh kepada along dengan angah yang bercerita bagaikan nak rak. Fuh… gila beriya-iya abang-abang aku ni bercerita.

Dari mata turun ke hati. Entah kenapa ayat itu terlintas di fikiran Denniel. I’m crazy, man! Sigh.

Deria keenam Farish memberitahu seperti ada sesuatu yang tak kena. Hmmm… Doktor Farish akan mula membedah siasat situasi ini! He. He. He.

Wednesday, September 21, 2011

::Aisyah Untuk Muhammad:: ~2~


“Aisyah!”
“Kenapa? Ada hutang?” Aisyah bertanya selamba sambil melangkah keluar dari kelasnya.
“Banyaklah engkau punya hutang. Jaga bahasa, dik oii. Jaga nama sekolah kita.ni kalau orang baru panggil, dah jawab kerek macam tu. Apa sekolah tak ajar? Kesian kat mak ayah kita, sebab orang kita ni… anak punya kerenah, orang tua pula yang dipersalahkan.” Panjang lebar Kak Huda menasihati. Kak Huda memang manis, lembut tapi sangat tegas bab-bab adab dan bahasa. Dengar cerita dahulu atuk dia memang orang yang sangat menekankan adab dan budi ni.
Adesss..kan dah kena ceramah dengan kakak yang baik-baik-alim-alim-ni. “Minta maaf, kak. Aisyah gurau je tadi tu. He..he..” ketawa bersalah.
Hmm… dahlah. Tak apa. Lain kali jangan buat lagi, okey. Tak baik. Tak manis seorang perempuan jawab macam tu. Kenalah jaga budi bahasa kita sebagai seorang perempuan.”
“Budi bahasa budaya kita~” Diana yang entah mucul dari mana mendendangkan lagu Budi Bahasa itu. Fuh, semangat patriotik betul minah ni.
Diana tersengih memandang Aisyah dan Kak Huda.
“Oh ya, kak. Kenapa akak panggil Aisyah?”
“Akak nak ajak Aisyah join satu seminar ni…” Kak Huda mengeluarkan kertas yang berada dalam failnya.
“Seminar ‘Cintai Bahasa Arab’.”
Erk…???
“Sebenarnya, seminar ni untuk budak-budak tingakatan lima je. Tapi, tadi Ustaz Muhammad suruh akak ajak Aisyah join. I mean, dia kata wajib juga untuk Aisyah. Sebab dia kata Aisyah memang minat sangat bahasa Arab ni. Jadinya, mesti Aisyah suka masuk seminar macam ni.” Kak Huda tersenyum sambil menghulurkan dua helai kertas A4 yang telah distapler yang mengandungi segala maklumat tentang seminar ‘Cintai Bahasa Arab’ itu.
Cintai Bahasa Arab? Ustaz Muhammad suruh? Wajib? Minat sangat? Fuhhh… gila perli tahap sinikal tak hengat ustaz aku ni!
Aisyah mengambil kertas-kertas itu sambil tersenyum penuh paksa. Cuba membetulkan suara agar tidak terkeluar suara lain. “Em, terima kasih kak. Nanti Aisyah tengok Aisyah free ke tak.”
“Okey, akak pergi dulu ya. Join tau. Nanti Aisyah confirm dengan Ustaz Muhammad. Kalau nak confirm dengan akak atau Abang Zain pun boleh. Kitorang yang uruskan semua benda ni, okey.” Kak Huda bersalam dan melagakan pipinya pada Aisyah dan Diana. “Assalamualaikum.”
Perlahan Aisyah menjawab salam.
Diana yang menahan ketawa sejak tadi, menghamburkan tawanya tanpa dapat dikawal lagi.
“Gila baik Ustaz Muhammad kat engkau, Aisyah.” Masih lagi ketawa.
“Banyaklah kau punya baik! Ni namanya perli aku tahap sinikal punya gaban tak hengat. Tau tak!!!” pergh, rasa dah jadi gunung berapi yang meletup dah ni.
Oit, asal ni? Yang kau gelak macam nak terguling aku tengok, asal cik kak?” Fatimah yang baru keluar dari kelas bersama Zahra bertanya  “Yang kau pulak masam mencuka, kenapanya?”
“Ustaz Muhammad suruh dia join seminar ‘Cintai Bahasa Arab’. WAJIB!” Diana masih lagi dengan tawanya.
Isk…Diana ni kan. Tak payah la bagitau. Kang jadi mangsa gelak lagi aku. Satu, dua, ti…
“Hahaha.” Suara gelakan daripada Fatimah dan Zahra mula bergabung dengan Diana.
Hmmm…dah agak dah.tak sempat aku nak habiskan ‘ga’ tu dah kena gelak dah. Muka Aisyah dah mula cemberut.
“Eh, bukan seminar tu untuk tingkatan lima je ke?”
“A’ah, untuk tingkatan lima je. Kecuali aku. Sebab aku ni special sangaatt. Lagipun aku ni kan minaaattt sangaatt bahasa Arab ni.” Sarkastik Aisyah menjawab.
“Tula kau. Siapa suruh kelentong Ustaz Muhammad hari tu.”
“Kelentong kebendanya?” muka blur.
“Masa Ustaz Muhammad tanya kau fail ni sebab tak minat bahasa Arab ke. Pastu kau jawab, ‘eh apa pulak tak minat ustaz. Sebab minatlah saya ambil bahasa Arab. Saya minat sangat.’ Kan kau ada cakap macam tu.”
Ek?? Aku ada cakap macam tu ke?” mengerahkan seluruh otaknya untuk mengingati perbualan itu. Hah! Ow, ow. “Adesss…a’ah la… aduh… Ustaz Muhammad ni memanglah lurus bendul. Straight forward to the point. Tak ada corner-corner. Alahai ustaz!”AIsyah menepuk dahi. Bukan setakat nak tepuk dahi, rasa nak hantuk dahi ke dinding pun ada juga ni.
“Hahaha. Tu tandanya kau sendiri cari masalah. Tak ada sesiapa yang kau boleh nak salahkan ek.”
“Dahlah aku nak balik,. Nak buat preparation pergi seminar ‘Cintai Bahasa Arab’ ni. Oh… tak sabarnya nak pergi!!!” Sarkastik Aisyah menjawab. Lalu terus balik macam tu je tanpa menunggu kawan-kawannya yang masih lagi macam budak baru keluar Hospital Bahagia. Bahagiaaa la sangat!!!

::Butterffly:: ~14~

Peperiksaan percubaan SPM sudah habis. Lepas raya baru dapat keputusan. Dan bulan November nanti, peperiksaan sebenar pula akan berlangsung.

Danny benar-benar berharap keputusan peperiksaannya cemerlang. Bagi dia, dalam kehidupan, dia telah melalui banyak kekecewaan. Satu benda yang dia harap dia tidak akan kecewa adalah dalam pelajarannya. Dia benar-benar berdoa agar kecemerlangannya dalam pelajaran tetap Allah pinjamkan.

Dia masih ingat lagi, sebulan sebelum dia menduduki PMR, adalah peistiwa yang tak mungkin dia lupakan seumur hidupnya. Dan sebulan sebelum PMR itu juga dia tidak hadir ke sekolah. Dan ramai juga yang menyangka dia tidak akan hadir untuk peperiksaan PMR itu, dan tiada siapa juga yang memaksa dia untuk pergi menduduki peperiksaan. Mereka ingin dia bertenang. Peperiksaan itu boleh sahaja diduduki tahun depan, apabila emosinya telah stabil.

Tapi, dia mempunyai satu keazaman dan spirit yang tiada siapa boleh menjangkakan. Dia hadir, walaupun pada masa itu dia bagaikan mayat hidup. Tubuhnya kehilangan berat badan. Mukanya pucat tidak bermaya. Tapi, dia tetap menduduki peperiksaan. Dan keputusannya sangat cemerlang. Straight A’s. Dia juga agak terkejut dengan keputusannya. Kerana sebulan sebelum PMR itu, dia memang tidak belajar langsung-langsung. Dengan tekanan yang dia hadapi, dengan trauma yang dia alami, dengan kesedihan yang dia tanggungi, membuatkan dia tidak menjangka keputusannya akan secemerlang itu. Dia bersyukur ke hadrat Ilahi. Kerana walaupun telah diberi ujian, dia tetap diberi nikmat oleh Allah.

Ya, dia pernah lemah dahulu. Dia tidak makan. Dia tidak keluar bilik. Dia tidak belajar. Tapi, dia recover dengan cepat. Hanya sebulan itu yang menunjukkan dia lemah dan tidak berdaya. Dan sebenarnya dia masih lagi begitu, Cuma sekarang dia lebih pandai berlakon dan berpura-pura. Kerana dia tahu atuk dan neneknya sangat sedih dan risau akan keadaan dia yang tidak serupa orang itu. Dia tak mahu menyusahkan hati atuk dan neneknya, juga abang-abangnya. Sebab dia tahu, mereka juga menderita dan bersedih. Cuma mereka tak alami penyaksian pembunuhan itu sendiri.
Dan untuk mereka… dia harus kuat. Walaupun dia tahu dia tidak berapa kuat. Tapi, paling kurang dia harus berpura-pura kuat. Dan terus berpura-pura yang tiada apa lagi yang mengganggu pemikirannya.

Danny mengeluh. Dia sangat merindui mamanya. Teramat sangat. Tidak berlalu walaupun lima minit tanpa dia mengingati dan merindui mama. Dia tahu dia patut melepaskan mama pergi dengan tenang. Tetapi… susah. Sukar. Dia tidak boleh melalui satu hari pun tanpa mengharapkan mamanya kembali ke dunia.

Pathetic. I know. Sigh…

Lagu Away From The Sun daripada Nickelback berkumandang daripada mp3 komputernya. Ini adalah antara lagu kegemarannya. Lirik lagu ni memang betul kena dengan dirinya. Away From The Sun. Jauh dari matahari. Jauh dari cahaya. Jauh dari sinar. Jauh dari hidup. Jauh dari semua.

It’s down to this
I’ve got to make this life make sense
Can anyone tell what I’ve done
I miss the life
I miss the colors of the world
Can anyone tell where I am

Ya, aku perlu make this life make sense. Kerana kadangkala aku sendiri ‘lost’ dalam dunia aku. Aku kadangkala tidak tahu apa yang aku buat. Menggembirakan hati orang lain, menyeksa diri sendiri. Dan ya, aku rindukan kehidupan yang warna-warni. Tapi, bila fikir balik. Pernahkah hidup aku penuh dengan warna-warni? Yang aku ingat kehidupan aku penuh dengan warna hitam. Sigh. Can anyone tell where am I?

Cause now again I’ve found myself
So far down, away from the sun
That shines into the darkest place
I’m so far down, away from the sun again
Away from the sun again

Setiap kali aku teringat sejarah silam, aku jatuh dalam kegelapan. Setiap kali aku teringat papa, aku jatuh lagi dalam kegelapan. Setiap kali aku merindui mama, aku jatuh lebih dalam lagi ke dalam kegelapan. Sehingga aku tak nampak lagi di mana matahari mahupun bulan.

I’m over this
I’m tired of living in the dark
Can anyone see me down here
The feeling’s gone
There’s nothing left to lift me up
Back into the world I know

Aku sangat penat. Mental dan pemikiran aku penat. Hati aku penat. Aku ‘hilang’ dalam kegelapan tanpa cahaya ini. Aku ingin keluar. Aku tak mahu terperangkap keseorangan dalam kegelapan. I need someone to help me! But I know, when my mom’s gone. Nobody can see me down here. Dan aku tak mungkin dapat kembali kepada kehidupan aku yang dahulu walaupun aku merayu macam mana sekalipun. There’s nothing left for me.

And now again I’ve found myself
So far down, away from the sun
That shines into the darkest place
I’m so far down, away from the sun
That shines to light the way for me
To find my way back into the arms
That care about the ones like me
I’m so far down, away from the sun again

Aku… sangat jauh. Jauh daripada sinar kebahagiaan itu. Aku tahu matahari itu ada. Aku juga tahu cahaya itu wujud. Tapi… ianya tidak sampai kepada aku. Adakah aku sudah terlalu jauh jatuh ke dalam kegelapan? Terlalu jauh sampai tidak boleh digapai? Adakah sesiapa perasan yang aku telah terlalu jauh? Adakah mana-mana tangan yang sudi untuk menghulurkannya pada aku? Adakah sesiapa yang sudi untuk menolong seseorang seperti aku? Yang hanyut dalam kegelapan dunia sendiri?

It’s down to this
I’ve got to make this life make sense
And now I can’t tell what I’ve done

Macam mana aku ingin beritahu mereka, sedangkan aku sendiri tidak tahu apa yang aku lakukan dan di mana aku berada. Kalaupun aku tahu, pasti mereka tahu kepura-puraan aku. Dan pasti mereka lebih sedih dengan keadaan aku. Eventhough I wish I can tell someone, I know that I can’t. for the sake of all. I have to find my way out by myself. I have to be independat. There’s no one I can depends on except for Allah…

And now again I’ve found myself
So far down, away from the sun
That shines to light the way for me
Cause now again I’ve found myself
So far down, away from the sun
That shines into the darkest place
I’m so far down, away from the sun
That shines to light the way for me
To find my way back into the arms
That care about the ones like me
I’m so far down, away from the sun again
Oh no…
Yeah..
I’m gone…

Half of my soul gone the day that Allah took my mama ‘home’. And I don’t think anyone ever realize it. And I’m glad for that, because I don’t want any sympathy from anyone on this earth. And I’m waiting for my other to go too…

Danny sayang, think straight… ingat Allah. Allah sentiasa ada di sisi. Satu suara berbisik. Danny membuka matanya. Mencari dari mana datangnya suara itu. Kerana suara itu benar-benar seperti suara mama. Am I imagining it?

“Mama?” Danny memandang ke seluruh penjuru bilik. Tiada siapa di situ. Dan dia sedar suara itu tidak didengari dari telinganya. Tapi dari hatinya. Dan mama tidak memanggilnya Danny, mama panggil dirinya adik.

Danny teringat cerita daripada ustazahnya. Yang mengatakan dalam hati kita ini sentiasa ada nasihat yang baik dan buruk. Ada kata-kata yang menyuruh ke arah kebaikan dan keburukan. Dan suara-suara yang menasihati kepada kebaikan adalah malaikat. Dan suara yang menyuruh kepada kejahatan adalah syaitan.

Mungkinkah tadi adalah suara malaikat yang ingin dia sedar bahawa Allah sentiasa berada di sisi? Danny meraup mukanya. Dia beristighfar berulangkali.
Dia memasuki bilik air untuk mengambil wudhuk dan menunaikan solat sunat. Moga sahaja di bulan Ramadan ini membawa seribu keberkatan.

random

aku tulis. aku baca. aku padam.
hoho.
nice.

bilanya nak siap kalau cenggini ghupenye???

adeih.

and then... tema story cerite aku dah mula bertukar..

susah rupenye nak tulis pengalaman sendiri. nak keluarkan dari hati.

last-last aku amik jalan mudah..
aku buat imaginary story...
hoho..

enjoy then.