Thursday, May 31, 2012

Aril Dan Nurin (Say You Like Me)





Aril melihat gadis yang sedang menyusun buku itu. Sebenarnya sudah seminggu dia perhatikan gadis tu. Gadis yang sentiasa tersenyum walaupun di matanya menunjukkan yang dia penat. Namun gadis itu masih tersenyum.
Seminggu yang lepas dia mencari buku engineering. Dan oleh sebab kemalasan untuk mencari, dia bertanya kepada gadis itu. Dan gadis itu check di dalam data system, dalam data system menunjukkan buku itu tinggal satu.
Dan gadis itu mencari di bahagian rak engineering namun tiada. Namun gadis itu tidak berputus asa mencari satu demi satu rak demi dia. Walaupun pada tika itu jam sudah pun menunjukkan pukul 9.50 malam, dan menandakan waktu kerja gadis itu hampir tamat, tapi gadis itu tetap mencari dengan senyuman.
Dan bila buku itu telah dijumpai, sepatutnya dia yang merasa gembira kerana buku yang dicari hampir di semua kedai buku di kl ni, akhirnya jumpa juga. Namun gadis itu, di sebalik matanya yang redup itu, ternampak bright eye smilenya, sehingga membuat dia terpaku lima saat.
Sejak itu, setiap hari selepas kelas, dan jika tiada kelas pun, dia akan datang ke kedai buku ini, berpura-pura membaca buku. Sedangkan matanya merenung gadis itu. 7 hari gadis ini kerja. Tiada cutikah? Dan setiap kali dia datang, walau berlainan waktu, gadis ini sentiasa ada. Bekerja 12 jam seharikah?
“Encik, kedai ni dah nak tutup, encik mahu beli buku itu ke?” salah seorang pekerja menegur, jam sudah pun menunjukkan pukul 10.
“Huh?” Aril melihat tangannya yang sedang memegang buku Stephen King. Matanya sempat mengerling kepada gadis itu yang sepertinya sudah bersiap sedia untuk pulang, kerna sudah ada beg di bahunya. Cuma dia hanya menunggu di tepi. Mungkin kerana pelanggan belum pulang, mereka tidak dibenarkan keluar?
“Er, ya. nak beli buku ni.” Aril membawa buku itu ke cashier untuk membayar. Dan selepas membuat bayaran dan keluar dari kedai buku itu, kedai buku itu serta merta tutup. Oh, aku ni pelanggan last rupanya. Dia kerling jam, la, dah pukul 10.30 ke. Patut kena tegur pun.
Aril memandu keluar kereta swift dari perkarangan shopping complex. Dia melihat gadis itu berada di bawah teduhan bangunan, ingin menyeberang jalan ke pondok bas barangkali, namun hujan lebat, membuat gadis itu masih lagi didalam teduhan bangunan.
Namun sekali lagi Aril terpana, kerana gadis itu tersenyum melihat hujan yang turun dengan lebat, sambil menadahkan tangan untuk merasa hujan. Tak pernah kah gadis ini mempunyai perasaan gusar walau sekali? Tidak pernahkah senyuman itu lengkang dari bibirnya?
Sentiasa tersenyum, namun selama seminggu pemerhatian dia, gadis itu jarang bercakap, lebih banyak mendengar dari bercakap. Dan hanya tersenyum. Senyuman yang manis dan ikhlas.
Aril memberhentikan keretanya di hadapan gadis itu, dia mencapai payung yang sememangnya ada di tempat bawa kerusi belakang. Dia keluar dari kereta dan menghulurkan payung kepada gadis itu.
“Eh?” mata gadis itu yang membulat memandang ke arah Aril.
“Awak nak pergi ke pondok bas tu kan? Nah, pakailah payung ni.”
“Oh.” Gadis itu nampak sangat confuse. Namun tetap dicapai payung itu. “Terima kasih.”
Dan Aril terus masuk ke dalam kereta, dan pergi. Ya, dia tidak berani untuk menawarkan diri kepada gadis itu untuk menghantarnya pulang. Malah, dia malu untuk menemankan gadis itu ke pondok bas. Ya, dia belum bersedia.
***
Alamak! Lupa nak tanya, macam mana nak pulangkan payung ni semula? Nurin hanya memandang lelaki itu berlalu pergi. Namun diredahi sahaja hujan ini untuk ke pondok bas di seberang sana.
Dalam perjalanan pulang ke rumah. Nurin berasa pelik. Macam mana pula lelaki itu boleh tiba-tiba nak bagi payung padanya? Nurin tersenyum. Kadangkala hidup ini tidak boleh dijangka ya? Out of the blue, ada orang boleh hulurkan payung.
Hidup ini punya pelbagai percaturan, ya?
***
“Awak.” Nurin terkejut melihat lelaki semalam yang telah memberi pinjam payungnya berada di dalam kedai buku. Baru dia teringat, sudah beberapa hari sebelum ini, dia ada melihat lelaki ni di kedai buku yang dia bekerja. Kebetulankah?
Aril memandang kepada gadis itu yang berada di sebelahnya. “Hai.”
“Awak nak ambil payung awak balik, ya? Tunggu sekejap ya, saya pergi ambil.” Nurin senyum lantas masuk ke bilik pekerja. Aril tidak sempat berkata apa.
“Ni payung awak. Terima kasih, ya.” Selepas menghulurkan payung, Nurin memberi sebaris senyuman manis dan mengangguk sedikit.
Sekali lagi, Aril tidak sempat berkata apa. Entah kenapa, di hadapan gadis ini, lidahnya kelu untuk berkata-kata. Entah kenapa, setiap kali berhadapan dengan gadis ini, dia sering terpaku dengan senyuman manis gadis ini.
Ah, parah. Parah, parah, dan parah aku ni. Aril menggelengkan kepala. Tanpa membeli apa-apa Aril keluar dari kedai buku itu. Bila baru aku ada keberanian untuk bercakap dengan gadis ini.
Aku bukan mat romeo yang senang-senang untuk meminta nombor telefon. Aku bukan lelaki kasanova yang dengan mudah boleh memikat hati mana-mana gadis yang dikenhadaki. Aku hanyalah Aril. Aril menghela nafas.
***
Tanpa disedari, 6 bulan masa berlalu. Dan dalam masa 6 bulan itu, tidak pernah walau sehari, Aril tidak mengunjungi kedai buku itu. Dan gadis itu, sepanjang 6 bulan dia bekerja, hanya sehari sahaja dia cuti. Dan selebihnya gadis itu bekerja full-time. Pagi sampai malam.
Gadis ini, orang susah barangkali?
Aku perlu bercakap dengannya. Aku tidak boleh hanya biarkan masa berlalu pergi lagi dan lagi tanpa aku membuat move. Aku tidak boleh meneruskan hari lagi dan lagi, hanya memerhati gadis itu di kedai buku.
Keesokan harinya, Aril memberanikan diri, menegur gadis yang sentiasa tersenyum itu.
“Hai.”
Gadis yang sedang menyusun buku itu, memandang Aril. “Ya, encik, boleh saya bantu?” senyum lagi.
“Ya, saya nak minta tolong ni.” dada Aril berdegup kencang.
“Nak minta tolong apa ya?”
“Saya nak buku.”
“Buku apa ya? Encik tidak jumpa ya? Mungkin saya boleh tolong carikan.”
“Buku yang boleh tolong saya untuk memikat awak.” Senafas Aril mengeluarkan ayat. Entah kenapa muka dia merah.
“Eh?” Nurin terkejut. Apakah?
“Saya suka awak. Dah 6 bulan saya suka awak. Dah 6 bulan saya datang kedai buku ni hari-hari sebab nak tengok awak. Boleh saya nak berkenalan dengan awak?”
Nurin speechless. Ya, dia memang perasan lelaki ini datang hampir setiap hari di kedai buku ini. Tapi, dia tidak tahu nak bagi respon apa. Dia hanya boleh memandang lelaki itu dengan tergamam. Mukanya juga merah, tak pernah ada dalam situasi sebegini selama 20 tahun hidupnya.
***
Sudah dua bulan mereka berkenalan (tolak masa 6 bulan tu). Nurin mula selesa dengan Aril yang baginya sangat menghormatinya. Namun, untuk membalas rasa lelaki ini. Dia malu. Kerana, dia tidak pernah bercinta apatah lagi punya hubungan dengan mana-mana lelaki. Jadi, dia tidak mampu memberi apa-apa jawapan pasti.
Mungkin, biarkan dulu hubungan ini seperti ini. Lagipun Aril juga tidak pernah menyatakan apa-apa lagi. Setelah Aril ingin memulakan dengan persahabatan padanya dahulu, jadi dia pun rasa, elok berkawan dulu. Ini tiba-tiba, seorang lelaki yang tidak dikenali mengatakan yang dia suka pada diri kita, mahu tersedak juga.
Pada Aril pula, dia rileks saja. Dia tidak kisah. Baginya hubungan mereka baru lagi. Lagipun dia akan memulakan final sem tak lama lagi. Mungkin selepas tamat final nanti, baru dia akan menyatakan rasa hatinya semula. Buat masa ini, biar mereka berkawan sahaja dulu. Lagipun, Nurin punya tanggungjawab besar pada keluarganya di kampung. Dia perlu mencari duit. Dia gadis gigih yang mementingkan keluarga dan ingin menyenangkan keluarga.
***
Perkenalan mereka sudah pun mencecah 18 bulan (tidak termasuk masak 6 bulan Aril stalk dia). Aril juga sudah mendapat kerja di Petronas.
Nurin pula, masih bekerja di kedai buku. Baginya, kedai buku itu adalah tempat kerja kegemarannya, kerana dia boleh meminjam buku yang dikhaskan untuk para pelanggan membaca dan bersantai. Jadi, sambil-sambil kerja, dia punya kesempatan menambah ilmu melalui pembacaan. Gaji di sini juga amat lumayan, memandangkan pelbagai kerja yang Nurin boleh lakukan, dan Nurin juga sering membuat OT. Jadi kos untuk tambah pekerja berkurangan. Nurin boleh buat semua.
“Awak, minggu depan hari sabtu, awak ambil cuti, boleh?” Aril memandang Nurin yang sedang menyuap nasi goreng. Tika ini, Nurin baru saja habis kerja, Aril menjemput Nurin dan bawa pergi makan.
“Eh?” Nurin memandang Aril. :”Kenapa eh?”
“Erm, nak bawak awak jumpa mak ayah saya.”
Mata Nurin bulat memandang Aril. Sudu terlepas. “Awak.”
Aril senyum. “Please?”
***
“Abang, mainkanlah satu lagu untuk Kak Nurin. Barulah romantik.” Asyikin, adik kepada Aril mengusik. Dia mengambil gitar abangnya, dan menghulurkan pada abangnya.
“Tak apa, tak payah. Buat susah je.” Nurin menolak sopan sambil senyum.
Aril tersenyum. Mengambil gitar berwarna hitam dari adiknya. Tangannya mula rancak memainkan gitar akustik itu. 

She's the girl that no one ever knows.
And I say hi, but she's too shy to say hello.
She's just waiting for that one to take her hand
And shake her up.
I bet I could.

I wish my heart was always on her mind.
'Cause she's on mine like all day, all the time.
Forget me not, forget me now.
I’ve come too far to turn around.
I’m here tonight.

'Cause I'm never going down,
I'm never giving up.
I'm never gonna leave,
So put your hands up.
If you like me,
Then say you like me.
I'm never going down,
I'm never giving up.
I'm never gonna leave,
So put your hands up.
If you like me,
Then say you like me.

Whoa, oh, oh, oh.
Whoa, oh, oh, oh.
Whoa, oh, oh, oh.
Whoa, oh, oh, oh.

She's the girl that no one ever knows.
Works a double just to buy her clothes.
Nicotine and faded dreams,
Baby, just believe
There's no one else like me.

'Cause I'm never going down,
I'm never giving up.
I'm never gonna leave,
So put your hands up.
If you like me,
Then say you like me.
I'm never going down,
I'm never giving up.
I'm never gonna leave,
So put your hands up.
If you like me,
Then say you like me.

Whoa, oh, oh, oh.
Whoa, oh, oh, oh.
Whoa, oh, oh, oh.
Whoa, oh, oh, oh.

It's time to fall into my arms.
'Cause I've been waiting for too long.
You're an angel,
Grab your halo,
And lets fly tonight.

'Cause I'm never going down,
I'm never giving up.
I'm never gonna leave,
So put your hands up.
If you like me,
Then say you like me.

'Cause I'm never going down,
I'm never giving up.
I'm never gonna leave,
So put your hands up.
If you like me,
Then say you like me.
I'm never going down,
I'm never giving up.
I'm never gonna leave,
So put your hands up.
If you like me,
Then say you like me.

Whoa, oh, oh, oh.
Whoa, oh, oh, oh.
Whoa, oh, oh, oh.
Whoa, oh, oh, oh.

Just say you like me.

“Nurin, saya suka awak.”
Dan Nurin tersenyum manis. 

-IU-