Thursday, June 7, 2012

Aku Takkan Melupakanmu


Aku masih ingat, suatu ketika dahulu…
“Papa, sakit, pa… sakit.” Aku merayu pada papa agar tidak memukul ku lagi. Tapi,papa tidak pernah mendengar walau sekali.
“Sakit? Mana ada sakit. Ini baru sikit. Sakit tu sedap.” Papa terus memukul. Badanku habis berbirat-birat dipukulnya.
“Papa, please, papa. Please. Syira sakit.” Aku menangis. Tapi papa tetap tidak mendengar malah terus memukul diriku yang tika itu baru berusia 6 tahun. Hanya kerana kesalahan aku tertidur dan lambat membukakannya pintu rumah.
“Kau ni pembawa malang. Sebab nak melahirkan kau, mama kau meninggal. Baru suruh buat kerja sikit, lembab. Ini nak menangis, menangis, menangis. Jadi manusia, kena kuat! Tahu?”
Dan aku hanya mampu menangis di ceruk dinding setelah papa puas melempiaskan marah.
Ya, ini aku. Mama ku meninggal tika melahirkan aku. Dan aku dibesarkan dan dijaga oleh papa yang jika moodnya baik, dia akan melayan aku dengan baik. Namun, jika mood dia tidak baik, aku yang pasti akan menerima padahnya.
Aku masih juga ingat, suatu ketika dulu…
Waktu aku berumur 9 tahun, setelah pulang sekolah. Papa masih belum balik dari kerja. Jadi aku menunggu papa di dalam rumah dengan perut kosong. Tunggu papa balik kerja, dengan harapan moga papa tidak terlupa membeli makanan.
Dan aku tertidur.
“Syira. Syira.”
Aku membuka mata. Aku masih mamai. Aku melihat seorang wanita yang amat cantik.
“Siapa awak?”
“Assalamualaikum.” Wanita itu memberi salam sambil tersenyum. “Nama saya Dayang.”
“Waalaikumsalam.” Aku masih terpisat-pisat.
“Syira, tak baik tidur waktu senja. Dah masuk mghrib ni. Pergi ambil wudhuk dan solat, ya?”
Aku mengangguk dan membuat seperti apa yang disuruh. Dayang juga bersolat bersamaku.
“Dayang ni siapa? Macam mana Dayang boleh masuk rumah ni?”
“Dayang nak jadi kawan Syira boleh?”
“Kawan?”
Wanita yang menggelar dirinya Dayang itu tersenyum manis. Dan aku mengangguk suka. Kerana ada seorang wanita cantik dan kelihatan baik hati ingin menjadi kawanku yang sering bersendirian ini.
“SYIRA!!”
Aku terkejut mendengar suara papa yang sangat kuat. Alamak, mood papa tak baiklah pulak malam ni!
Dengan cepat aku membuka pintu untuk papa.
“Kau ni kenapa? Lambat sangat buka pintu?”
“Maaf, papa. Tadi Syira solat.”
“Alasan! Kau saja nak naikkan darah aku kan?” papa dah mula membuka tali pinggang seluarnya. Dan zasss! Tali pinggang itu seperti biasa akan mengenai tubu kecilku.
“Maaf, papa. Syira tak sengaja. Maaf, papa.” Aku dah mula menangis. Aku takut. Dan aku kesakitan.
“Ah, jangan menangis aku kata! Jangan menangis! Hentikan tangisan tu! aku tak suka dengar orang menangis!!” dan papa memukul lagi dan lagi dan lagi.
Dan aku sedaya upaya menahan tangisan dan air mata dari mengalir. Aku memandang Dayang yang hanya tercegat memandangku. “Dayang, tolong Syira.” Aku berkata lemah.
“Syira, bertahanlah sayang. Bertahan. Ini ujian buatmu. Bertahan, sayang.” Dan aku melihat Dayang mengalirkan air matanya.
Aku masih ingat, suatu ketika dahulu…
Aku sedang berbual-bual dengan Dayang. Tika itu, aku baru sedar yang hanya aku sahaja boleh melihat Dayang. Dan aku amat gembira, kerana aku punya teman. Walau teman aku tu tidak dapat dilihat oleh orang lain.
Tapi, papa terdengar dan papa sangka aku gila. Dan papa mula memukul ku lagi.
“Kau dah gila ya? Bercakap sorang-sorang, hah?”
Dan apabila dipukul kini, aku sudah lali dengan tali pinggang, ataupun hanger ataupun apa sahaja barang yang boleh menyakiti ku. Kini aku mampu mengukir senyuman pasrah dengan kesakitan ini.
Dan Dayang disitu, tersenyum memberi semangat walau dimatanya ada air jernih yang tidak menitis. “Sabarlah, sayang. Kuatkan hatimu.”
Setelah papa puas memukulku. Aku terpaksa meniarap sahaja. Kerana badanku masih lagi ada luka dan sakit yang masih di badanku.
“Dayang, agaknya sampai bila Syira boleh tahan? Syira tak tahan macam ni lagi.”
“Bertahan, sayang. Pelangi indah untukmu pasti ada. Kuatlah sayang. Ini dugaan buatmu.”
Aku masih ingat, suatu ketika dahulu…
Semasa usiaku mencecah 16 tahun, papa accident. Dan aku menjaganya di hospital. Dan kemudian papa dibawa pulang kerumah. Namun, kaki dan tangannya patah.
Pertama kali aku melihat papa ini tidak berdaya. Dahulu, bukan sahaja suaranya naik, tangan dan kakinya juga naik.
Ini tika sakit, papa tidak mampu bergerak sangat. Tapi, suara dan makiannya masih lagi seperti dahulu.
“Ni kau ingat kau nak bagi anjing makan ke? Puih. Tak sedap. Masakkan aku lain. Dasar bodoh.” Papa membuang makanan yang masih panas di kakiku.
Satu malam itu, aku melihat papa tidur. Wajahnya agak tenang.
“Papa, kenapa papa selalu buat Syira macam ni? Syira sayang papa. Sayang yang amat sangat. Sebab Syira dah tak ada sesiapa selain papa.” Aku mengusap perlahan wajah papa.
“Papa, maafkan Syira, tapi, Syira dah tak tahan hidup dengan papa lagi.” pisau di tangan aku, aku genggam kemas. Aku ingin tikam di dadanya. Agar dia tahu, selama ini, sakit yang aku alami adalah di dalam hati. Ianya perit, pedih dan hancur.
“Syira, jangan buat begitu.” Dayang tiba-tiba muncul di muka pintu. “Jangan sayang. Ini salah. Syira tak boleh nak bunuh papa Syira sendiri. Kalau Syira buat macam ni, Dayang dah tak boleh berkawan dengan Syira lagi.”
“Syira kena buat juga. Syira dah tak sanggup nak menderita lagi, Dayang. Syira dah tak sanggup!” suara aku mengejutkan papa.
Lalu, dengan rasa agak terkejut, aku menikam papa tepat di dada. Darah membuak. Hingga terkena sedikit pada wajahku, juga pada tanganku.
“Syira!” Dayang menjerit. “Dayang sudah tidak boleh berkawan dengan Syira lagi.”
Aku tergamam. Aku melihat papa, dan melihat Dayang yang beransur hilang. Dengan cepat aku cuba untuk menahan Dayang pergi. Tapi, Dayang sudah hilang dari pandangan. Aku melihat papa yang memandang aku.
Aku mula tersedar. “Papa!” aku memegang tangan papa. “Maafkan Syira pa. Syira…”
Papa tersenyum. “Tak apa, sayang. Mungkin ini balasan untuk papa yang tak pernah layan Syira dengan baik. Maafkan papa juga ya?” dan nafas terakhir berlalu dengan sekelip mata.
“PAPA!”
Aku menutup surah yaasin yang aku baca. Aku sedekahkan untuk papa dan juga mama. Selepas papa meninggal, aku menyerahkan diri pada polis.
Namun, aku dilepaskan kerana, mereka menganggap ketika kejadian itu berlaku pemikiran aku tidak waras. Kerana, dengan bantuan jiran-jiran yang banyak mengetahui tentang diriku dan papa. Mereka memberi kerjasama dan penerangan.
Kini, aku sudah waras.
Aku hilang Dayang. Dan aku hilang papa kerana kebodohan sendiri. Tapi, sekurang-kurangnya aku tahu, papa ada secebis kasih untuk aku.
Namun, aku takkan melupankanmu, papa. Aku juga takkan melupakanmu, Dayang. Dan mama, walau kita tak pernah ketemu, Syira takkan melupakan mama.
Moga, aku boleh mulakan kehidupan baru. Moga, kini, aku lebih matang dan tahu amar makruf nahi munkar.
Aku kini, hanya ingin mendekatkan diri pada Allah. Aku tiada siapa lagi kecuali Dia.



IU

Sunday, June 3, 2012

Maya Meera


Seorang gadis bersandar di tiang pondok bas yang tiada orang. Namun kereta di hadapan masih lalu lalang. Bas ada juga yang berhenti. Namun tidak satu pun yang dinaiki.
Dia hanya memandang kosong ke jalan raya. Pandangannya kosong, hatinya kosong, dirinya kosong.
“Kenapa kau tak balik rumah lagi? Dari tadi aku tengok, kau tak naik pun apa-apa bas.” Aku menegur gadis yang di matanya hanya kosong.
“Kau pulak? Kenapa kau tak balik rumah lagi?” gadis itu menjawab pertanyaan dengan pertanyaan.
“Aku suka perhatikan orang. Aku suka waktu malam.” Aku tetap menjawab soalannya.
Gadis itu menjawab soalan yang tadinya tidak dijawab. “Aku balik atau tak sama je. Nobody’s home, nobody’s care.”
Aku hanya mengangguk. Mengerti bahawa gadis ini pasti punya masalah di rumah.
“Tak apa ke, kau keluar lewat malam macam ni?” gadis itu memandang aku pelik.
“Kenapa?”
“Kau bertudung. Pakai baju longgar and labuh. Selalunya orang-orang macam kau ni alim.”
Giliran aku pula menjungkit bahu. “Like you, nobody’s home, nobody’s care.”
“Mak ayah kau mana?”
“Dah meninggal dunia.” Aku menjawab ringkas. “Mak ayah kau mana?”
“Entah. Kadang-kadang balik rumah. kadang-kadang tidak. Kalau balik bergaduh, bising, pukul memukul. Barang-barang pecah. Aku tak aman.”
Aku hanya mendengar.
“Habis, kau tinggal dengan siapa?”
“Sorang. Rumah tu rumah sepeninggalan mak dengan ayah aku.”
“Kau tak ada adik-beradik?”
Aku hanya menggeleng. “Kau?”
Gadis itu menggeleng. “Aku anak tunggal.”
“Jom balik rumah aku. Aku pun tinggal sorang je.”
“Aku tak kenal kau.”
“Aku pun tak kenal kau.”
Gadis itu senyum. Aku juga. “We are even, then.”
Kami berjalan beriringan pulang ke rumah aku. “Nama kau siapa?” lupa pula aku nak tanya nama gadis ini siapa.
“Maya. Nama kau?”
“Meera.”
Setelah sampai di rumah, aku masuk, dan memasang lampu ruang tamu. “Maaf, rumah aku bersepah sedikit.”
“Tak apa. rumah aku lagi sepah.”
“Buatlah macam rumah sendiri. Be comfortable.”
“Terima kasih.” Maya duduk di sofa ruang tamu. Mengambil sehelai kertas yang berada di hujung kaki. Rumah ni memang bersepah dengan kertas dan timbunan buku. Maya membaca bait-bait yang tertera di atas kertas itu
Dunia aku sepi
Dunia aku kosong
Masa seolah berhenti
Dan aku kaku di sini

“Kau penulis?”
Aku menghidangkan air jus oren dan mee goreng yang aku masak lepas maghrib tadi. “Ya, aku penulis. Aku selalu ambil angin malam sebab kadangkala cuaca dan situasi waktu malam sangat nyaman dan memberikan ilham. Aku sebenarnya selalu nampak kau dekat pondok bas tu. Memandang jalan tar dengan pandangan yang kosong.”
Maya hanya tersenyum. “Aku kagum dengan orang yang pandai menulis ni. Bagi aku mereka ini adalah orang yang bijak menggambarkan emosi dalam bentuk kata-kata yang indah.”
“Mereka kata penulis ini adalah orang yang paling tidak bahagia.”
“Kau pandai bermain muzik?”
“Tidak. Kau?”
“Aku pandai main keyboard dan gitar akustik. Dan sekarang aku sedang belajar mengubah lagu. Mungkin kau sudi untuk menulis liriknya?”
“Whoa. Ya! aku sangat sudi untuk menulis liriknya!” Aku merasa teruja.
Maya menghulurkan tangan. “Aku Maya Insyirah. Aku hanya pemuzik jalanan di pagi hari juga di petang hari. Di waktu malam, aku hanyalah aku, si gadis yang tidak punya ‘home’.”
Aku menyambut huluran tangannya. “Aku Meera Maisarah. Aku adalah pemulis yang sedang mengembangkan bakatnya dalam bidang penulisan. Aku juga hanya punya house, namun tidak ‘home’.”
Kami sama-sama tersenyum.
Ini adalah kisah mereka. Kisah mereka yang tidak punya ‘home’. Kisah hati-hati yang patah namun tetap kuat untuk meneruskan kehidupan. 


IU

Friday, June 1, 2012

Adil Dan Meen (Berikan Cintamu)


Text messages:
-meen, abang nak minta tolong boleh?
-nak minta tolong apa, abang adil? insyaAllah kalau meen boleh tolong, meen tolonglah. =)
-erm, esok abang ada interview. Tolong doa untuk abang, boleh?
-la, mestilah boleh.=) meen selalu doa untuk abang adil tau tak?
-terima kasih meen.
-no biggie, bro =)
***
Call:
“Meen!” suara abang Adil kedengaran di corong telefon.
“Ya, abang Adil.”
“Abang dah lepas 1st round punya interview. Yang second interview ni kena bawa dua orang yang bukan family tapi dah kenal lebih 5 tahun untuk disoal siasat.”
“Mak aih, belum masuk kerja dah kena soal siasat eh?” aku gelak.
Abang Adil juga gelak. “Itulah, abang mana ada ramai kawan sangat. Tu yang nak minta tolong Meen. Kalau Meen sudilah. Tapi, prosedur dia ketat sikit.”
“Oh, insyaAllah boleh je. Meen ni pun free je. Habis lagi sorang abang nak bawa siapa?”
“Nak bawa abang awaklah.”
“Oh ya, abang Adil bukannya ramai kawan pun.” aku gelak.
“Amboi, sedapnya mengata.”
“Hehe, see you later.”
“Ok, thanks Meen.”
***
Facebook:
Ek? Abang Adil ni memanglah stok jiwang karat. Sama je macam abangngah. Suka post lagu-lagu Ungu. Ni lagu Percaya Padaku pulak.
Ha! Meh aku komen kat fb wall dia.
Meen A: adeih jiwangnya lagu ni -_-
Adil Ahmad: ni bukan jiwanglah meen, ni dalam hati ada taman.
Meen A: ala, ada taman tu kira jiwanglah abang oi.
Leo A: ala, kitorang bukannya macam adik. Tak romantik. Kitorang ni lelaki kacak yang sangat puitis. Dalam hati ada taman yang penuh bunga.
Meen A: Ohmaaaaaiiiiii! Puh-lissssss~ sangat jiwang. *pengsan baca ayat abangngah* nak buat macam mana, dalam hati adik bukannya ada taman macam korang.
Adil Ahmad: haha. dalam hati meen memang tak ada taman, tapi ada bintang kan?
Meen A: haha. memang taklah. Hati meen kosong. :p
***
Text messages:
-meen, abang dapat interview tu. terima kasih, sayang.
-oh yeke? Wahhh!! That’s great! Congratulation, abang adil!! I’m so happy for you. p/s: tolong tak payah nak bersayang sangat okey? *geli*
-aik? Abang sayang adik sendiri tak boleh ke?
-bukan tak boleh, cuma tak biasa dengar perkataan sayang dari abang adil. Haha. pelik.
-ok fine. Lepas ni dah tak nak panggil adik sayang lagi.
-haha. merajuk ke?
-taklah.
-eleh, merajuklah tu.
-nope.
-okey.
***
“Aunty tengok Meen dengan Adil tu rapatlah.”
“Oh, dia kan kawan baik abangngah. Dia dah macam abang Meen sendiri.”
“Yeke? Mula-mula berabang-abang lah, lepas tu bersayang-sayang.”
“Ish, Aunty ni., memang tak ada maknanya.”
“Adil dah ada girlfriend ke?”
“Hurm, setau meen sekarang ni tak ada. Baru putus rasanyalah.” Tak pernah pulak aku tanya dia dah ada girlfriend ke belum.
“Ha, okey sangatlah tu. dengan meen memang sesuai. Dia pun aunty tengok, baik orangnya. Rupa pun ada.”
Aku gelak. “Adoi, aunty. Memang taklah Meen dengan dia. Seriously, dia macam abang Meen je kot. Dia pun anggap Meen macam adik.”
***
“Kenapa Meen masih single?”
“Ek? Kenapa tanya soalan tiba-tiba macam tu?”
“Sebab first crush Meen ke?”
“First crush Meen? Mana pulak abang Adil tau pasal first crush Meen ni?” aku gelak.
Adil senyum. “Taulah.”
“Oh, taklah. Tak ada kena mengena dengan sesiapa pun. Cuma belum bersedia nak masuk fasa baru je.”
“Kenapa belum bersedia?”
“Mungkin tak bersedia nak terima apa-apa heartbroken ke, perkara yang melibatkan hati ni. I think I’m fragile. So, better single. Than rasa sakit.”
“Bukan cinta itu manis ke?”
“Tapi, bila gaduh ke, atau perselisihan faham, benda tu pahit kan?”
“Are you scared?”
“Hm…” aku diam sekejap. “Mungkin sebab parents Meen bercerai. Before this, I saw how strong their loved, but tiba-tiba, diorang bercerai. Their loves broke. And Meen jadi macam confused. I want my parents get back together. But they said, they didn’t suits each other anymore. I saw mama’s crying. And I saw papa’s crying too. They said, they still love each other, but they just can’t get back together. They forgot about us, they forgot diorang dah bersama for 21 years. Diorang terluka, but I’m hurting too. I was just 15, when everything happened.
And bila dah membesar dengan semua ni, I guess, what had happened taught me a lot about love and life.”
Adil mendengar tanpa rasa bosan. Dia ingin memahami gadis ini. Gadis periang dan manja.
“I think, since then, I’m afraid to be in love, to be in a relationship. Yes, I have crushed with somebody. But it was so easy to just forget about it. I’m good.”
“If someone is sincere to make you his only love, how about that? Or are you planning to be single all your life?”
Aku sengih. “I don’t know. I can’t say I want to be single all my life. I mean, if that guy can makes me overcome my ketakutan ni, like, why not kan? but for now, Meen tak jumpa lagi mana-mana lelaki yang serius. Everyone yang Meen jumpa semua macam bebudak lagi.”
Dan Adil hanya mengangguk.
***
“Adik.” Abangngah yang baru sahaja menyenduk nasi goreng memanggil aku yang berada di dapur.
“Yep. Kenapa? Nasi goreng yang adik masak tu tak sedap ke?” abangngah bukan jenis yang suka complaint pasal makanan, tapi, takut juga kalau ada rasa lain macam kat nasi goreng tu, ke atau lipas termasuk sekali ke, who knows okay?
“Bukanlah. Meh duduk sini kejap.”
“Hm, kenapa?” aku menyenduk nasi goreng ke pinggan aku jugak.
“Adik umur dah 23 kan.”
Aku mengangguk. Aik, dah tau lagi mau tanya. Apalah abang aku sorang ni.
“Adik tak ada boyfriend ke?”
“Eh?” okey, ni soalan luar alam okey. “Mana ada.”
Abangngah mengangguk sambil menghirup kopi. “Ada orang nak masuk meminang adik.”
Aku yang baru sahaja meneguk kopi, termenyembur keluar air kopi yang aku hirup dua teguk.
“Oit, spoilt mood abangngah nak makan.”
Aku cepat-cepat kesat mulut and bahagian meja yang terkena semburan tu, nasib baik nasi goreng dalam bekas tu tak kena, tapi nasi goreng dalam pinggan aku kena. Euw, kena ambil pinggan lain.
“Abangngah ni, cakap benda out of the blue je.” aku mula bangun dan ingin membawa pinggan aku tu ke singki.
“Kejap, jangan bangun dulu.” Abangngah menghalang. “Ada orang serius nak kan adik. Even abangngah dah pukul dia setengah mati pun, dia still nak kat adik.”
Huh? “Adik tak cakap adik nak terima dia pun, yang abangngah nak pukul dia tu apsal? Siapa dia yang sanggup kena pukul dengan abangngah setengah mati tu?”
“Hm. Tapi, abangngah tau dia ikhlas dengan adik. And I trust him.”
Aku hanya mampu jungkit bahu. Aku kena keluar dari topik ini. “Ha, abangngah haritu, abang Adil accident dah okey dah? Haritu sempat melawat dia dua kali je, busy la sejak masuk degree ni. Kesian dia.” Tukar topik, tukar topik.
“Ala, dia lelaki. Kejap je sihat tu.”
***
“Meen tak pernah tau, abang Adil orang yang nak masuk meminang tu. Meen tak pernah tau, abang Adil sanggup kena pukul sampai teruk-teruk macam tu sebab Meen. Ingat accident, tapi tulah accident dia lain macam. Habis muka semua lebam-lebam. Nasib baik abangngah tak patahkan tangan dengan kaki.” Aku hanya mampu menggeleng.
Abang Adil senyum. “Meen, sorry sebab tak pernah berterus terang dengan Meen. Rasa macam awkward nak bagitau Meen sendiri. That’s why abang bagitau Leo dulu. Dan, abang nak Meen tau, abang serius, dan bukan main-main.”
Aku senyum. Ya, aku tau dia tak main-main. Lagipun, kini aku dah sah pun jadi isteri dia. Lepas aku tau, dia bakal suami aku, aku memang dah tak pernah contact dia ataupun jawab bila dia call or message aku. Even sebab dia, aku menyepi dari facebook. Bukan sebab aku benci, tapi, entah. Aku sendiri tak tau nak tafsirkan perasaan ni sebagai apa. Dan sebenarnya, aku terkejut banget sih.
Tiba-tiba abang Adil bagi aku sehelai kertas. Dekat tajuk kertas tu, tertulis Lirik Ungu – Percaya Padaku. Dia buka lagu dari handphonenya.
“Lagu ni, menggambarkan isi hati abang pada Meen. I’m not a man with a lot of words. But, I’m sincere.”
Aku tak tahu apa yang ku rasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu, melihatmu

Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdebar tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu

Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku
Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku
Saat ku tahu kau akan pergi jauh
Izinkan aku tuk selalu menantimu
Untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)
Agar kau tahu betapa ku terlalu
Mencintaimu aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku
Tolonglah aku bagaimana diriku
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu
Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku

“Abang nak Meen percaya pada abang. Dan please, jangan ragu untuk memberikan cintamu pada padaku, sayang.”


*** 
p/s: ini adalah tajuk cerita yang kak nong andy ajak buat sesama... kak nong andy buat cerita psiko. kak iffah afeefah buat cerita er, campur2? sebab ada macam2 genre masa baca cerita cinta berdarah tu. hehe. yang lain aku tak tau apa khabar cerita diorang... hehehe.. reen pun belum update cerita baru. teehee~ :)


IU