Sunday, February 6, 2011

::Aisyah Untuk Muhammad:: ~1~


“Kau ni biar betul. Memanjang je fail bahasa Arab kau ni.” Diana menggeleng-gelengkan kepala melihat markah bahasa Arab Aisyah.
“Apa pulak failnya, kan dapat D ni. D bermaksud menguasai pemahaman tahap minima, okey.” Confident je Aisyah bersuara.
Fatimah menepuk-nepuk dahinya. “Aduh, duh, duh… Cakap dengan budak tak paham bahasa memang la cenggini.”
“Ya. Tepat sekali. Aku memang tak faham satu kebenda yang Ustaz Muhammad tu ajar.”
Hey, Ustaz tu la yang mengajar yang buat kitorang semua faham. Dia ajar terperinci tak ada selok belok, korner-korner semua tak ada.”
“Kau ni. Sungguh aku pelik. Subjek lain semua A. Agama pun A. Add math yang pecah kepala tahap tak hengat tu pun kau skor A. Tapi bila tang bahasa Arab je, kau gagal. Hmm… mesti ada teorinya.” Zahra mula mengetuk-ngetuk dagunya pakai jari telunjuk.
“Dah. Tak adanya teori-meori engkau! Allah ciptakan manusia semuanya adil. Tengok aku. Semua subjek Allah bagi aku excellent...” Aisyah mengangkat kedua-dua belah keningnya. “…kecuali bahasa Arab. Manusia tu kan tak sempurna. Hah, itu baru betul punya teori alam kejadian maaa.”
“Ceh, banyaklah teori alam engkau.” Diana mencebik.
“Hah, aku tau!” Zahra menepuk meja.
Aduh, duh, duh. Sungguhlah budak ni suka mengetuk+menepuk dan seangkatan dengannya.
“Apa yang kau tau?” Fatimah bertanya malas.
Aisyah mengambil air botolnya yang berada di dalam beg.
“Teori pertama; kau sengaja gagal bahasa Arab.”
Membuka penutup botol air sambil mencebikkan bibir.
“Teori kedua; Ustaz Muhammad saja bagi kau gagal bahasa Arab.”
Membaca Bismillah sambil mengangguk tanda mengiyakan kata-kata Zahra.
“Teori ketiga…”
Mula meneguk air.
“…korang berdua ada secret love affair!!!”
Tersembur air yang sedang diminum Aisyah ketika itu.
“Secret love affair bapak engkau!”
“Woii, apa ni? Habis basah muka aku. Tak senonoh la kau ni, Aisyah.” Zahra memuncungkan bibir sambil mengambil tisu di dalam poket baju kurung untuk mengelap semburan air daripada Aisyah.
Aisyah juga mencapai tisu untuk mengelap mulutnya yang basah. “Padan muka kau. Sapa suruh bagi teori tak masuk akal. Tak masuk mana-mana syllabus. Tak ada dalam apa-apa kategori. Dan sudah pastinya tak mungkin menjadi sejarah!”
Fatimah dan Diana dah ketawa tak hengat dunia.
“Apa punya teori tak boleh pakai daa.” Fatimah menggeleng-gelengkan kepala.
“Entah kau ni, Zahra. Ustaz Muhammad yang punya la baik punya la kacak punya la macho punya la alim tak mungkin dia sanggup ter’berkenan’ kat si Aisyah tak cukup akal ni. Lagipun nanti, bila dia sambung balik belajar kat Mesir tu mesti ada lebih ramai perempuan yang alimah, sopan dan baik dari si Aisyah ni ha.”
“Weyh, aku ni tak cukup alimah ke?” Aisyah mencebik bibir. “Lagipun, macho kebenda Ustaz tu. Tunduk memanjang je aku tengok. Alim sangat la konon. Entah-entah kat luar dialah raja segala kejahatan.” Sambil buat gaya tangan.
Weyh, tak baik la kau cakap Ustaz macam tu. At least kau respect ar dia. Tak berkat nanti ilmu yang kau belajar dengan dia. Kau ni kena baca buku-buku pasal Imam Syafie and then buku-buku adab menuntut ilmu. Tapi setahu aku dalam Pendidikan Islam pun pernah belajar adab menuntut ilmu dan adab dengan guru.”
Aduh, si Fatimah anak Ustaz dan Ustazah dah mula berceramah dah.
“Baiklah, baiklah. Aku minta maap la Ustazah Fatimah az-Zahra.”
“Dah, dah. Jom balik. Nanti kita fikirkan cara untuk menyelamatkan si Aisyah ni dari fail memanjang. Tu la.. siapa suruh amik bahasa Arab kalau dah tau tak ada basic.” Diana mencapai begnya.
“Whatever.” Memandang siling. Aisyah mula menapak ke pintu.