Wednesday, May 29, 2013

::Danny Denniel:: ~1~

Danny mengikat tali kasutnya. Bangun dan mencapai beg sekolah Converse berwarna merah jambu. “Nek, Danny pergi sekolah dulu.” Mencium tangan nenek yang sedang menyediakan atuk sarapan pagi.
“Okey.” Ringkas nenek jawab sambil tersenyum.
Tingkap kereta dibuka, pagi-pagi macam ni Pak Cu memang suka ambil angin pagi. Penghawa dingin kereta memang tak akan dibuka. Setiap pagi, Danny memang akan menumpang Pak Cu yang mahu ke pejabat, untuk pergi ke sekolah.
Dan setiap pagi dalam perjalanan ke sekolah, Danny akan memandang langit. Berbicara dalam hati. Bukan bicara sendiri, tapi berbicara bersama dia, mama.



Danny duduk di meja sambil mengeluarkan kerja sekolah semalam.
“Yo, Danny.” Ayu duduk di sebelah Danny sambil membetulkan tudung yang muncungnya dah tak tegak.
“Olla, baby Dee.” Mira yang baru sampai bersama Ayu duduk dihadapan Danny meletakkan beg sambil tersengih.
Danny tarik senyum segaris. “Hey.” Dan buat hal sendiri. Tapi Ayu dan Mira tak pernah terasa pun. Mereka sememangnya peramah. Dan memang dah kenal sifat Danny yang berubah sejak arwah mama dia meninggal.
“Danny.” Meer, si ketua kelas yang datang entah dari mana muncul di belakang Danny.
Danny mengangkat kening, dengan riak wajah bertanya kenapa. Dia memang tidak mesra dengan lelaki.
“Cikgu Lee panggil waktu rehat nanti. Dia suruh bawa makanan dan makan di bilik kaunseling.”
Danny pejam mata dan menarik nafas.
Bengang sebenarnya. Cikgu Lee memang sedari peristiwa itu berlaku, cuba sedaya upaya untuk menolong dia. Namun, dia sedikitpun tidak mahu pertolongan Cikgu Lee.
Dia membiarkan sahaja khabar dari Meer itu berlalu, seperti dia tidak mendengar apa-apa.
“Danny, kau dengar tak ni?”
Danny hanya mengangguk sambil melihat buku nota yang sudah pun dia keluarkan tadi.
Meer hanya mampu menggeleng. Dah faham sangat dengan perangai Danny. “Jangan lupa.” Tu saja pun yang mampu dipesan.
“Yalah.” Menjawab antara nak dan tidak.
Mira dan Ayu dua orang kawan baik itu hanya mampu menjungkit bahu apabila Meer memandang mereka.



Bunyi loceng menandakan waktu rehat sudah pun bermula. Dengan malas, Danny mengambil bekal nasi gorengnya dari laci meja dan berjalan menuju bilik kaunseling. Bawa bekal dari rumah sebab tadi Mak Cu sediakan untuk Fid dan RIni untuk bawa bekal, ada lebih dan dia bekalkan sekali untuk Danny.
“Masuk.”
Kedengaran suara garau Cikgu Lee selepas Danny mengetuk pintu. Danny masuk dan duduk di kerusi biasa yang didudukinya setiap kali berada dalam bilik kaunseling.
Cikgu Lee senyum. “Apa khabar Danny harini?” walaupun Cikgu Lee ni berbangsa cina tapi dia sangat fasih berbahasa melayu.
“Okey.” Danny mula buka bekalan makanannya. Membaca doa makan dan menyuapkan nasi goreng berencahkan ikan bilis dan ayam kedalam mulut.
Cikgu Lee mula bercerita kisah-kisah harian dan diselitkan motivasi. Dia tidak akan memaksa Danny untuk menceritakan apa-apa. Cikgu Lee sedar dia perlu mendapat kepercayaan Danny untuk Danny mula percayakan dia dan bercerita.
Sebenarnya Danny ni anak kepada kawan baiknya, dia memang sangat rapat dengan arwah mama Danny. Dari zaman sekolah menengah sehinggalah dah ada anak ni, masih berkawan. Jadi, sebenarnya dia juga turut terasa bila arwah mama Danny pergi.
Dia tahu dia tidak boleh bantu apa, tapi sekurangnya dia ingin memberikan semangat kepada anak arwah Izzah ini untuk terus kuat menghadapi hidup. Dan tidak terlalu… lifeless. Dahulu Danny seorang yang ceria. Dengan senyuman nakal dan gelagat mencuit hati.
Tapi kini… senyap, membuat hal sendiri dan pandangannya kosong. 


No comments: