Saturday, February 25, 2012

::Aisyah Untuk Muhammad:: ~3~


Bau minyak atar semerbak. Oh ho… dah tau sangat Ustaz Muhammad yang masuk. Cuma Ustaz Muhammad yang pakai minyak atar yang sangat sedap baunya ni. Mentang-mentanglah lelaki tidak haram memakai wangi-wangian. Ustaz ni pakai macam nak menggoda perempuan-perempuan merangkap pelajar, guru, kerani, makcik-makcik kantin, tukang sapu, tukang cuci dan sewaktu dengannya pulak.
Ish…ish…dosa tu ustaz! Ustaz tak patut bagi semua wanita-wanita dalam sekolah ini tergoda dengan haruman ustaz. Nanti ada pula yang bercerai sebab ustaz kang, ha, kan bahaya tu. Hu, haru, ustaz, haru.
Setelah semua pelajar memberi salam kepada Ustaz Muhammad dan duduk. Ustaz Muhammad memberi latihan bahasa Arab kepada pelajar-pelajarnya yang sedang menunjukkan bermacam ekspresi untuk dibuat sekarang. Setelah selesai menerangkan bagaimana untuk membuat, Ustaz Muhammad duduk di kerusi guru.
“Aisyah Humairah.” Ustaz Muhammad menyebut nama Aisyah. Perlahan dan lembut tapi masih boleh didengari.
“Ya, Ustaz Muhammad.” Cuma ustaz ni jelah yang suka panggil nama penuh aku. Tak paham aku. Panggil jelah Aisyah. Bukannya kat dalam kelas ni ada orang lain nama Aisyah pun. Panggil nama penuh nak buat apa? Ingat ni nak buat kad pengenalan ke? Oh, kalau kad pengenalan kena dengan nama bapa sekali eh? Oh, bukan kad pengenalan. Er, dipendekkan cerita tak payahlah panggil Aisyah Humairah tu. Ustaz, ustaz…
“Ke sini sekejap.”
Pelajar Putera dah berdehem-dehem. Sebab diorang tau, hanya Aisyah yang tidak berapa pandai Bahasa Arab.
Erk? Apsal lak aku kena pergi depan? Aku taulah aku je yang tak pandai Bahasa Arab. Sajakan nak bagi aku bengang. Aisyah bangun dan menuju ke meja guru.
“Dah buat keputusan nak pergi atau tidak ke seminar tu?” Ustaz Muhammad hanya memandang sekilas kepada Aisyah sebelum sibuk menulis apa entah kat kertas tu.
“Keputusan?” Aisyah blur. “Bukan wajib ke? Kalau wajib tu kan macam dah tak ada jalan keluar lain dah sampai jalan mati. Maksudnya kena pergi jugak. Bak kata pepatah omputih, by hook or by crook kena pergi jugak.” Nah hamik kau, sekali aku berkata-kata, macam puting beliung ha keluar.
“Hebat metafora kamu untuk perkataan wajib. Tapi ustaz rasa macam ganas sangatlah pula bunyi dia.” Ustaz Muhammad menggeleng kepala sambil tersenyum.
Dah start ar tu. Ustaz Muhammad bagi senyuman-mencairkan-hati-perempuan dia. Aisyah menjeling sekilas kepada geng gedik. Haa… dah agak dah diorang tak buat latihan. Tu dah mula start angaulah tu, tengok Ustaz Muhammad punya senyuman-mencairkan-hati-perempuan.
“Ustaz nak kamu pergi sebab dekat sana nanti, dia akan ajar macam mana nak kuasai Bahasa Arab dan akan membuat kamu jatuh cinta dengan Bahasa Arab. Tapi, takkanlah ustaz nak paksa kamu pergi, kalau kamu ada hal lain. Tiada paksaan, Aisyah.”
Nah, amik kau! Sekali ustaz ni macam tau je apa dalam hati aku. Tau je aku ni macam terpaksa eh. Adeih ustaz. “Don’t worry, ustaz. Untuk seminar ‘Cintai Bahasa Arab’ ni, Saya akan melapangkan segala jadual kesibukan saya. Lagipun ustaz, nenek saya selalu pesan, tak baik menolak pelawaan yang mendatangkan kebaikan.” Ceh, Aisyah. Baekk punya lakonan antarabangsa! Menang award lepas ni kau, noksss. Terima kasihlah kat nenek yang pernah cakap cenggitu kat cucu dia ni. Muehehe… tapi bukan ke aku baru je melepaskan peluang untuk melepaskan diri? Adeih, Aisyah, asal bengap sangat ni. salah jawapan aku kasi ni.
Fatimah, Zahra dan Diana yang juga aku tahu sedang mencuri-curi dengar, muka dah tak adanya nak kontrol ayu, tinggal gelak je tak lepas lagi. Haa, tahan, tahan gelak hangpa tu ye! Aisyah menjeling ke arah sahabat-sahabatnya.
“Kalau macam tu, kamu isi borang ni. Senang nanti Huda uruskan.” Ustaz Muhammad menghulurkan kertas kepada Aisyah.
“Ustaz, Bahasa Arab adalah subjek kegemaran saya. Boleh tak saya nak join? Mesti banyak manfaat untuk saya.” Salah seorang daripada geng gedik yang bernama Amira bertanya dengan penuh sopan yang euwww! Sangat menggelikan tekak kepada para pendengar.
Pelajar Putera dah mula buat muka meluat dan geli geleman mendengar suara yang konon sopan.
“Sebenarnya seminar ini hanya untuk tingkatan lima, tapi…”
Belum sempat Ustaz Muhammad nak habiskan ayat satu lagi geng gedik bernama Suraya, menyampuk, “Habis, kenapa pula Aisyah dapat pergi? Tak adillah macam ni. Aisyah budak tingkatan empat. Ustaz pilih kasih!”
Hek eleh, kau nak dengki dengan aku apsal? Kalau kau nak sangat pergi, kau pergilah. Macamlah aku hingin sangat nak pergi. Ni sebab aku berlakon jadi budak baik je tau. Kalau tak, hisshhhhh…
“Bukan macam tu, Suraya. Aisyah kan tidak berapa mahir dalam bahasa Arab. Jadi, Ustaz naklah dia pergi. Sebab disana nanti ada tips-tips yang berguna. Kita kenalah tolong orang yang tak berapa berkemahiran.” Walaupun Ustaz Muhammad bercakap dengan nada suara yang lembut tapi ada orang yang telingannya berdesing.
Aisyah memandang Ustaz Muhammad macam nak makan. Ouh, aku tak berkemahiran? Amboi, sedapnya mulut berkata-kata. Kang aku guna kuasa power ranger aku. Baru tau. Ish, Ustaz ni!! Menci tau! Taulah orang tak pandai. Pastu saja nak sedapkan hati oranglah tu guna ayat ‘tak mahir’. Cakap jelah terus terang ‘tak pandai’ kan senang. Konon bahasa berlapik-kias sangatlah ni. Ish!
“Lagipun kamu punya kemahiran dalam bahasa arab kan bagus. Nanti tahun depan insya-Allah kalau tak ada aral melintang, seminar ini akan ada lagi.” wah, pandai Ustaz Muhammad ni menyejukkan hati ya geng gedik ya. Ish!
“Aisyah Humairah, tak baik kamu pandang Ustaz kamu dengan perasaan amarah. Ustaz berniat baik.”
Ekkk??? Err… aku rasa tak sesaat pun Ustaz ni pandang aku untuk tahu yang aku tengah pandang dia macam nak keluar panahan elektrik ni ha, macam mana dia boleh tau apa yang ada dalam isi hati aku? Ouh, alamak! Kasyaf ke Ustaz ni? Ouh, ouh… maigadddd, mati aku, noksss.
Er... hehe… mana ada Ustaz.” Aku garu tudung aku sambil sengih tak bersalah. Nak garu kepala, kepala ada dalam tudunglah pulak.
“Dah, pergi duduk.”



Waktu sekolah telah pun tamat. Semua orang dalam kelas dah bersiap-siap nak balik. Hanya Aisyah sahaja yang bukunya masih terbuka, tapi buku saja yang terbuka. Orangnya sekarang tengah menopang dagu sambil memegang pensil dan sebelah tangan lagi, jari jemarinya sedang mendetak-detukkan meja. Serius sangat berfikir.
Oi, Aisyah. Kau apahal ni? Tamau balik ka adik manisss?” Diana buat suara ala-ala mat bangla jual keropok. Macam pernah je jumpa mat bangla jual keropok! Ceh.
Hm… aku tengah berfikir.” Aisyah menjawab bersahaja tanpa mempedulikan teman-temannya yang sudah pun mengelilinginya.
“Ya, cik adik sayang. Itu kami boleh nampak. Cicak kat balik kipas tu pun nampak. Kau tengah fikir apa, sampai tamau balik, haa?” Diana mengeluarkan gula-gula getah dari poket hadapan beg sekolahnya.
Dalam kelas hanya tinggal mereka berempat. Yang lain semua dah balik.
“Haa, aku tau!” Zahra menepuk meja.
“Oh mak! Adesss!” melatah sopan. “Zahra, Zahra…. Bilalah perangai kau nak berubah ni? Cakap elok-elok, perlahan-lahan, tak payah ketuk-ketuk meja boleh?” Fatimah yang terkejut  meng’sound’ gadis bermata bundar itu.
“Hehe, sorry, sorry. Aku ada teori ni.”
“Kau ni tak habis-habis dengan teori-meori kau eh? Otak kau tu tak pernah ketandusan idea eh?” Aisyah menutup buku yang terbuka di hadapannya itu. “Oi, Diana! Kau ni makan sorang je. Bak ah sini satu.” Aisyah menghulurkan tangan.
“Kau tengah fikir… dalam banyak-banyak budak tingkatan empat, kenapa Ustaz Muhammad pilih kau untuk pergi seminar tu, kan? Yalah, kalaupun kau tak pandai sangat bahasa Arab, tapi tak payahlah nak masukkan kau dalam grup-grup yang lebih tua dari kau kan? Dahlah teman-teman sejati kau macam kitorang ni tak ada. Hm…” Zahra berhenti mengambil nafas seketika.  Aisyah memasukkan gula-gula getah yang diberi oleh Diana ke dalam mulut.
“Dan kau mesti tengah fikir, adakah… Ustaz Muhammad. Tu. Telah.” Berhenti lagi sekejap. Dengan satu nafas, “Jatuh cinta dengan kau sehingga mana-mana sahaja peluang untuk bersama pasti tidak akan dilepaskan peluang.”
Gulp!
Zap! Diana melibas belakang Zahra dengan tangannya.
“Adoi! Wey, sakitlah.”
Fatimah menggeleng-gelengkan kepalanya. “Tulah kau cakap benda tak masuk dek akal.”
Aisyah mula terbatuk-batuk sambil memegang lehernya.
“Eh, kau kenapa ni, Syah?” Fatimah memegang bahu Aisyah.
“A…a..ku… te..r..c-ce..kik.. che..wing gu..m…” Aisyah cuba untuk berkata-kata dengan kepayahannya.
“HAH?” ketiga-tiga mereka mula panik
Fatimah mula menepuk-nepuk belakang Aisyah dengan kuat. Diana mula berdiri sambil mengipas-ngipas Aisyah.
“TOLONG! Aisyah tercekik chewing gum!” Zahra menjerit sambil memandang Aisyah.
Waa… apa nak buat ni.?” keadaan menjadi kecoh dalam kelas tu.
“Air. Mana air? Bagi Aisyah minum air.” Fatimah memandang Zahra sekilas.
Zahra yang menggelabah, dengan pantas menghulurkan.
“Weyh, pencil box ni nak buat apa. Aku kata airlah, weyh.” Rupa-rupanya pencil box pula si Zahra hulurkan.
Aisyah minum dua botol air yang tinggal separuh, barulah chewing gum itu selamat masuk kedalam perutnya. Tak berjaya keluar, tapi okeylah, selamat masuk perut.
Aisyah tersandar sambil memandang Zahra tajam. “Kau! Lain kali kalau nak bagi teori, bagi teori yang boleh diterima akal boleh tak? Mengarut je teori-idea kau ni. Aku lesing kang baru tau. Tak pasal-pasal chewing gum ni selamat masuk dalam perut aku. Kalau aku mati sebab chewing gum ni membuatkan semua c, aku suruh nenek aku saman kau.
Zahra tersengih-sengih sambil menggaru-garu kepalanya. “Sorrylah, manalah aku tau kau nak tercekik chewing gum tu.”
Fatimah hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala.
“Hm… tulah kau, Aisyah. Banyak sangat buat dosa dengan Ustaz Muhammad.” Diana mengambil tisu dan membuang chewing gumnya. Takut pula tercekik macam si Aisyah ni.
“Ah, kau ni. Ke situ pula perginya. Apa ada kena-mengena.” Bantah Aisyah.
“Tengok, tak nak mengaku.”
“Dosa apa aku buat kat Ustaz Muhammad?” Aisyah tak puas hati.
“Pagi tadi tu, yang kau pandang Ustaz Muhammad macam nak telan Ustaz tu hidup-hidup, apahal?”
*pap* AIsyah menepuk tangannya sekali. “Itu yang aku fikir dari tadi. Masa aku pandang dia tu, dia tak pandang aku walaupun sesaat jangan kata sesaat setengah saat pun takdak. Tapi, macam mana dia boleh tau aku pandang dia? Siap cakap…” Aisyah membetulkan suaranya. “Aisyah Humairah, tak baik kamu pandang Ustaz kamu dengan perasaan amarah. Adesss… apakah???”
*pap* Fatimah yang hilang kesabaran menampar belakang Aisyah. “Mestilah dia nampak, kan tingkap kelas kita ni bagi pantulan yang baik punya? Haish, Aisyah Humairah, bijak-bijak kau ni pun, ada bengap jugak ya.”
Zahra dan Diana ketawa. “Lorr… itu je ke yang kau fikir punya serius dari tadi. Mana kebijaksanaan mu wahai Aisyah?”
Aisyah menepuk dahinya. “A’ah. Asal aku bengap hari ni?” Aisyah memuncungkan bibirnya.
“Dah, dah. Jom balik. Datang migrain aku layan si Aisyah ni. adeih.” Fatimah mula bangun dari duduknya.
Diana hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala. Aisyah nilah kan.
Zahra hanya sengih sambil nampak gigi.

No comments: