Saturday, June 22, 2013

::Aisyah Untuk Muhammad:: ~7~

Siap memakai pashmina berwarna coklat tanah, Aisyah mengambil beg galas dan sandang ke bahu. Nenek sudah pun diambil Pak Long pagi tadi. Berkali-kali juga nenek dan Pak Long mengajak dia, tapi dia menolak secara baik kerana dalam kepala sudah ada rancangan tersendiri.
Aisyah menapak ke dalam kedai buku Popular. Laju sahaja langkahnya menuju ke bahagian stationery.
Matanya melilau mencari acrylic paint. Ha, tu dia. Kejap, warna apa lagi eh yang tak ada? Aisyah mengetuk dagu sambil pandang siling. Alahai, pandang siling buat apa, baik pandang acrylic depan mata ni ha. Ada sikit inspirasi nak cari warna apa.
Mencapai Intro Acrylic warna merah, kuning mustard dan hijau. Ambil Intro Acrylic ni bukannya apa, dia buat art acah-acah Picasso ni pun sebagai hobi, kalau nak ambil yang acrylic tu macam mahal pula, RM18. Yang Intro Acrylic ni RM8 je, guna kad member dapat diskaun lagi, ha, nampak tak perbezaan dia kat situ?
Alamak, nak tengok bahan lain lagi ni sebenarnya. Aisyah mencapai bakul yang berdekatan dengan cashier dan kembali semula ke bahagian stationery. Ketiga-tiga acrylic paint dimasukkan dalam bakul.
Stabilo yang ada semua warna diambil dan selamat diletak dalam bakul. Stabilo memang tahan lama, dulu dua tahun juga dakwat dia tak habis, masa nak final exam haritu baru habis riwayat Stabilo pelbagai warna masa nak buat nota, tapi masa tu malas nak keluar beli. Buat nota pakai pen biru, merah dengan hitam je. Ni bolehlah restock balik Stabilo yang banyak berjasa.
Oh nak beli Sharpie lah, haritu tengok kat Youtube ramai yang buat art journal ke, smash book ke, junk journal ke, pakai Sharpie. Kira macam bahan wajib adalah. Oleh sebab macam best je, mestilah gedik nak cuba jugakan. Ha, tu pun Sharpie. Hm, nak beli basic colour ke? Atau nak beli semua warna yang ada? Aisyah memandang Sharpie yang berada di hadapan matanya. Kalau beli banyak warna ni, macam murah juga. Ah, tibai jelah semua.
Aisyah pusing-pusing lagi di bahagian stationery. Nampak oil pastesl, dia ambil yang ada lima puluh batang tapi ada empat puluh sembilan warna, huh? Macam mana tu? Ah, murahlah juga harga dia, masuk je dalam bakul. Nampak buku nota, ambil buku nota, nampak buku sketch, ambil buku sketch, nampak notepad ambil dan masuk dalam bakul.
Selesai pusing, Aisyah melihat ke dalam bakul yang sudah berat. Walaweyh. Banyaknya barang aku ambil? Ni, mampu ke nak bayar semua ni? Aisyah memunggah begnya untuk mencari kalkulator kecil yang sentiasa dia bawa kemana-mana. Senang sebenarnya ada kalkulator ni, sebab dia jenis orang yang beli barang-barang sendiri. Jadi dengan kalkulator, sebelum membayar kat cashier, dia bolehlah kira balik bajet untuk menambah atau mengurangkan.
Menekan punat-punat kecil dan membelek semua harga dan tolak sekali dengan harga diskaun. Semuanya tanda harga warna putih jadi maknanya ada diskaun 10 peratus. Kalau tanda harga warna kuning tu memang harga nett. Maksud nett tu, tak boleh diskaunlah. Hm, nasib baik semuanya masih dalam bajet. Fuh. Menyimpan semula kalkulator kecil itu dalam beg dan membawa bakul berisi segala macam barang ke cashier.
Aisyah menjinjing beg plastik keluar dari kedai buku Popular dengan perasaan gembira. Biasalah dapat beli barang yang dikehendaki memang suatu kepuasan untuk seorang manusia seperti dia. Ha, nak tahu kenapa?
Sebab kegembiraan dia bukan lagi terletak kepada, ‘Ma, Aisyah dah balik ni.’ atau “Papa, nak coklat.’ atau hanya makan malam bersama seorang ibu dan seorang ayah, dan dalam kes dia seorang nenek.
Jadi, walaupun kedengaran seperti materialistik, membeli barang yang dikehendaki sangat memberi kepuasan. Kegembiraan pula bila dapat buat sesuatu dengan usaha sendiri dan bertambah manisnya kegembiraan kalau berjaya dengan cemerlang.
“Aisyah!”
Aisyah menoleh ke arah suara yang memanggilnya. “Kak Mimi.” Mimi yang sedang sengih gembira itu terus memeluk Aisyah.
“Lama tak jumpa kau.”
Aisyah ketawa. “Amboi rambut kepuk-kepuk blonde Kak Mimi sekarang. Vogue gitu.”
“Haruslah.” Kak Mimi menyelak rambutnya kebelakang. “Kau dengan siapa ni?”
“Sorang je. Beli barang-barang ni ha.”
“Dah makan? Akak nak belanja ni. Dapat bonus, ha.” Menunjukkan beberapa beg kertas tanda baru lepas membeli-belah dengan jayanya. Pelawaan Kak Mimi ini adalah satu pelawaan yang sangat menarik dan menambat hati.
Yeay! Orang belum makan. Jom pergi makan!”
“Nak makan apa?”
“TGi Friday?” Aisyah cuba buat muka comel sambil kedua tangan buat ala-ala Namaste dan berada di bawah dagu.
“Hamboi kau. Bab nak bankrupkan aku, pandai aje.”
“Tak boleh tak apa. Mamak pun Aisyah layan.” Buat muka pasrah sambil tarik muncung. Dengan Kak Mimi memang boleh mengada sikit. Eh, banyak. Hahaha.
Kak Mimi ketawa. “Gila kau, aku nak makan mamak. Jomlah TGi Friday. Aku pun mengidam nak makan situ juga. Kau datang naik apa ni?”
Berjalan beriringan berdua menuju ke restoran TGi Friday di tingkat atas.
“Naik kenderaan awamlah. Takkan bawa kereta kot.” Kak Mimi ni pun satu. Dah aku ni bawah umur, tak ada lesen, dan tak ada juga pakwe yang ada kereta untuk bawa aku ke sana ke sini, sudah tentulah aku naik kenderaan awam yang sangat melambak di Malaysia ini. Kalau bukan warganegara seperti aku yang menggunakannya, maka banyaklah pendatang asing yang menjadikan kenderaan awam sebagai hak milik mereka.
“Oh, ingatkan kau dating sorok-sorok.” Kak Mimi sengih cuba serkap jarang.
No man no cry, bebeh.” Jari telunjuk digoyang-goyangkan tanda tidak. “Kak Mimi tu asal shopping sorang-sorang? Mana kekasih hati?”
“No man no cry, bebeh.” Ajuk Kak Mimi sambil menjelir lidah. “Nanti akak hantar balik ya? Boleh jumpa nenek sekali.”
“Nenek tak ada. Kat rumah Pak Long.” Sampai di muka pintu TGi Friday, salah seorang pelayan menunjukkan meja yang kosong.
“Habis, kau tinggal soranglah ni?” Kak Mimi duduk sambil meletakkan handbagnya di kerusi sebelah dan handphone di atas meja. Aisyah duduk di hadapan Kak Mimi.
Ha’ahlah.”
Pelayan memberi menu.
“Beraninya kau, noks.” Kak Mimi masih muka tercengang. “Zaman sekarang ni dahlah macam-macam kes. Kau nak duduk sorang-sorang pula. Kenapa tak pergi rumah Pak Long je sekali dengan nenek?”
“Malaslah.” Aisyah mula membaca setiap satu menu yang ada. “Lagipun, orang nak belajar.”
“Eleh, entah ya ke tidak kau nak belajar. Tu kau beli apa kat Popular? Mesti barang untuk kau buat journal-journal colourful kau kan?”
Aisyah pandang Kak Mimi sambil buat sengih comel. Kak Mimi tahu sebab dia pernah hadiahkan Kak Mimi sebuat buku nota kecil yang penuh dengan tulisan dan art dia. Sebenarnya dia buat untuk diri sendiri, tapi ada satu haritu masa Kak Mimi lepak bilik dia, Kak Mimi sempatlah belek barang-barang kat meja belajar dia, Kak Mimi nampak lepas tu dia kata lawa dan suka, jadi dia hadiahkan jelah dekat Kak Mimi.
“Tak payah nak sengih comel macam tu. Aku tak tergoda.”
Ek?” Aisyah terkejut.
Kak Mimi mendongak dari membaca menu, memandang dia sambil dahi berkerut. “Kenapa?”
“Jangan cakap Kak Mimi dah macam Ustaz Muhammad!”
“Sejak bila aku bertukar profesion ni?”
“Kak Mimi tak pandang orang pun, macam mana boleh tahu orang tengah sengih comel macam tu?”
Kak Mimi menepuk dahi. Alahai, sepupu aku sorang ni. “Itukan memang habit kau dari dulu.”
Aww. Kak Mimi tahu habit dia? “Terharunya.”
“Dah tak payah nak terharu sangat.” Tangan ke bahu, mata pandang siling. “Yang kau nak samakan aku dengan Ustaz siapa tu tadi kenapa?”
Aisyah sengih dan menceritakan apa yang jadi.
Ish kau ni. Situasi tak sama langsung.” Menggeleng sambil panggil pelayan untuk memesan makanan.
Lapar ni!


Usai sahaja solat isyak, Aisyah duduk di meja belajarnya dan mula mengeluarkan barang-barang yang dibeli tadi.
Buku nota yang baru dibeli, dia buka. Gambar penuh satu badan yang dia dah gunting mengikut bentuk mula digamkan di muka surat pertama. Sticker alphabet juga dilekatkan dengan perkataan ‘AISYAH’.
Siap muka surat pertama. Tak perlu nak buat apa sangat. Cukup dengan nama dan gambar. Dibuka lagi helaian seterusnya.  Dia ambil kertas A4 kosong dan dilapik bahagian belakang mukasurat itu. Dia cecah sedikit berus besar kedalam botol Gesso yang sudah tinggal separuh.  Mukasurat itu dia penuhkan dengan Gesso.
Gesso ni untuk mengeraskan dan menebalkan kertas yang nipis, menutup line-line buku nota atau jika ada cela apa-apa, dan kalau tulis pakai marker pen memang tak tembus ke mukasurat belakang lepas letak Gesso.

Dan Aisyah mula tenggelam dengan dunianya sendiri bersama bahan-bahan seninya.

No comments: