Sunday, May 26, 2013

::Butterfly:: ~21~


“Eh, Kak Danny keluar dengan Abang Den?” Mia yang berada di halaman rumah menegur.
Danny yang baru sahaja nak melangkahkan kaku masuk ke dalam rumah berpaling ke arah Mia yang sedang tersengih-sengih. Alamak, kantoi!
“Tak ada maknanya akak nak keluar dengan dia.” Huh? Yeke Danny? Tadi tu apa? “Akak terserempak je tadi dengan dia. Pastu dia tolong hantar akak balik.” Haa… betul ye aku memang terserempak dengan dia tadi kat tasik. Tak ada plan pun nak jumpa-jumpa.
Ooo…” panjang ooo Mia. “Dia dengan Kak Danny bukan stranger lagilah ya? Tu yang Kak Danny bagi dia hantar balik eh? Tak payah naik teksi.” Mia gelak lepas tu terus menghilangkan diri ke belakang rumah.
Danny terpinga-pinga. Huh? Aku tak dapat nak menghadam maksud Mia. Sebab aku punya tahap kebengangan dengan Si Mamat Perasan tu adalah tahap maximum!!! Huh, apa-apa jelah. Naik atas lagi bagus.
Danny meletakkan begnya dan plastik buku itu ditepi katil. Dia membaringkan dirinya sendiri diatas katil.
Penat.
Penat untuk berfikir. Penat untuk terima. Dan penat untuk semuanya.
What the hell did I do? I’ve cried in front of him. Then, boleh pulak suka-rela keluar dengan dia. Pergi makan dengan dia. Bercerita sesuatu yang tidak perlu diketahui oleh sesiapapun. and still boleh tersenyum dekat that guy.
Urghhh!!! Shit, man! I don’t know what I’ve done! Danny memegang kepalanya dengan kedua belah tangan sambil memandang siling. Mengimbas kejadian petang tadi di tasik sehinggalah sampai di depan rumah.
Aku nangis macam budak kecik. Aku ikut mamat tu pergi Jusco macam orang bodoh. Aku setuju je bila dia ajak pergi makan macam lembu kena cucuk hidung. Aku bercerita macam dia tu pakar kaunseling.
Waaa!!! Malu! Waaa! Tak percaya!! Waaa! Rasa nak gali lubang tujuh inci! Ek? Muat ke tujuh inci? Jari muatlah! Waaa…. Aku harap aku takkan jumpa dia lagi di hayat ini! Nanti lubang cacing mana pulak aku nak cari untuk nyorok? Malu beb, malu!
Asal bilik rasa macam gelap je? Sekarang pukul berapa? Waaa! Dah pukul 7.50! Berangan je kerjanya! Aku nak solat. Biar rasa malu, bengang, tension, rasa nak hentak kepala orang lain ni hilang.
Setelah menyidai telekung, Danny duduk di birai katil dengan plastik buku ditangannya. Dia mengeluarkan dua buah buku.
Ow. Novel Johanna Lindsey. Ni novel yang aku nak beli tadi. Oh shit! So, dia tau? Waaa! Mana nak letak muka ni? But then, he is sweet. Uish, romeo kalau tak sweet tak sahlah kan?
Danny mengeluarkan lagi sebuah buku.
Huh? The Secret by Rhonda Byrne.
Apa kes bagi aku buku ni? Kalau buku Johanna Lindsey tu aku boleh fahamlah sebab aku pegang tadi. Ni buku The Secret. Secret kebendenye?
Buku berkulit keras warna coklat itu dibeleknya. Mangaih! Mahal gila harga buku ni. Campur dengan buku Johanna Lindsey tadi dah seratus lebih tau tak?
You hold in your hands a great secret.
Eh jap, ni buku motivation yang popular tukan? Buku. Motivation. Shit! Gila bapak perli aku tahap tak ingat! Tapi macam buku misteri je ayat dia. A great secret, ey?
It has been passed down through the ages, highly coveted, hidden, lost, stolen and bought for vast sums of money. This centuries-old Secret has been understood by some of the prominent people in history: Plato, Galileo, Beethoven, Edison, Carnegie, Einstein along with other inventors, theologians, scientists and great thinkers. Now The Secret is being revealed to the world.
“As you learn The Secret, you will come to know how you can have, be or do anything you want. You will come to know who you really are. You will come to know the true magnificence that awaits you in life.”
Sounds interesting. Tapi, aku ada keutamaan yang perlu didahulukan dulu. Aku ada SPM yang just around the corner. So, inche buku-buku sekalian. Kita akan berjumpa lagi selepas saya tamat SPM ya. Aku perlu belajar. Belajar dan belajar.
Danny meletakkan kedua-dua buah buku itu di atas meja. Hmmm… perlukah aku ucapkan terima kasih kepada mamat sarkastik itu? Nak ucap macam mana, bukan aku ada nombor telefon dia pun. Haih.
Cukup-cukuplah nak fikir pasal dia. Aku ada perjuangan yang belum selesai.
*terima kasih Encik Denniel, kerana berjaya juga membuat dia terlupa kepada Encik Syafawi*

No comments: