Sunday, May 26, 2013

::Butterfly:: ~26~


“Kenapa pulak Aunty Yati tiba-tiba nak ajak Danny tidur rumah dia? Macam tak ada kena-mengena pulak.” Danny menegrutkan dahi. Air yang telah dituangkan di dalam mugnya diteguk.
“Pergilah, Danny. Aunty Yati kamu tu tak ada anak perempuan. Lagipun dulu dia memang rapat dengan kita semua. Aunty Elina pun nanti tidur rumah dia tapi sehari sebelum functionlah. Sekarang ni busy.”
Ish. Dahlah seminggu pulak tu. seganlah Danny nak pergi sana. Kalau Danny sorang tak naklah, Danny ajak Mia boleh?”
“Mia nak pergi tidur rumah Mak Ucu dia.”
Pulak.” Danny memikir-mikirkan sesuatu. Haih. Takkan nak pergi rumah orang yang kita tak berapa biasa kot? Macam pelik je. Dahlah rumah Si Mamat Perasan tu jugak. “Seganlah, Aunty Elina. Dahlah ada orang lelaki dalam rumah tu.”
Ala, setakat Si Denniel tu je. Apalah sangat.” Tangan Aunty Elina ligat mengupas bawang.
Puan Salmah yang baru masuk dapur menegur. “Ni apa mesyuarat kat dapur ni?”
“Ni Elina bagi tau Danny, yang Si Yati ajak dia tidur rumah dia.”
“Haa, pergilah Danny. Orang tu pun bukannya ada anak perempuan. Pergilah. Kamu pun lepas periksa ni bukannya buat apa pun. Pergilah tolong-tolong diorang tu. apa kenamanya Elina, majlis diorang nak buat ni? Eni..seri perkahwinan?”
Ketawa Aunty Elina yang sedang mengupas bawang. Danny hanya tersenyum. “Anniversorylah, mak. Ulang tahun perkahwinan. Cakap Bahasa Melayu kan senang.”
“Ala, mak pun teringin gak nak cakap omputih ni.” Puan Salmah juga turut tergelak.
Erm, nantilah Danny fikir.” Danny melangkah keluar dari dapur.
“Bagi jawapan malam nanti tau. Nanti senang nak deal dengan Aunty Yati.” Aunty Elina mengingatkan.
“Hmm.” Danny masih lagi mengira-ngira. Hish… nak pergi ke tak? Tak nak pergi ke nak? Apalah pulak kes nak tidur rumah orang ni? Bukannya aku rapat sangat. Tapi, kesian jugak Aunty Yati tu bukannya ada anak perempuan. Haih.
Danny menutup rapat pintu biliknya.
Tapi… aku ni kira perempuan sangat ke? Aku bukannya reti sangat nak buat kerja-kerj orang perempuan ni. Almaklumlah aku ni ada dua orang abang. Sedikit sebanyak terpengaruh jugaklah dengan keganasan abang-abang aku tu. Buatnya tetiba Aunty Yati suruh aku masak. Tak ke naya namanya tu?
Haish. Tak boleh, tak boleh. Memalukan diri sendiri namanya tu. Tapi, mungkin aku boleh tau sedikit sebanyak pasal mama. Mungkin aku boleh tanya pasal mama masa muda-muda dulu. Aku berpeluang untuk mengumpul cebisanpcebisan inghatan untuk mama.
Danny merebahkan dirinya diatas katil.
Ya, mungkin aku boleh bertanya mengenai memori Aunty Yati dengan mama. Pasti sedikit sebanyak ada memori yang boleh dikongsi dengan aku. Okey, keputusan telah dibuat!
Danny mencapai novel Johanna Lindsey yang telah pun dibaca separuh. Yeah, hari ini akan dihabiskan membaca novel ni. Best sangat!



Aunty Elina, okeylah. Nanti Danny pergilah tidur rumah Aunty Yati tu.”
“Haa, kan bagus macam tu. Sekejap, Aunty Elina telefon dia jap.” Aunty Elina mula mendail nombor telefon Datin Sri Hayati.
Danny membelek majalah Glam, yang berada diatas katil Aunty Elina. Haish. Aunty aku ni la… bergaya tak pernah dilupakan. Danny menggeleng-gelengkan kepala.
“Nanti Aunty Yati ambil kamu hari Ahad.” Aunty Elina memberitahu sambil meletakkan handphonenya di tepi katil.
“Okey.” Mata Danny masih tertancap di majalah Glam tu. “Function tu hari apa?”
“Hari Sabtu minggu depan.”
Danny hanya mengangguk-nganggukkan kepala.
Haa, dah berminat baca majalah Glam tu? Baguslah. Nanti kalau nak bergaya ke apa ke, cakap je dengan Aunty. Aunty boleh makeover Danny.”
Yorlah tu. I’m not interested, okay.”
“Eleh, not interested, tapi mata tu tak lepas pandang beg LV tu.”
Dengan selamba Danny mengambil majalah itu untuk dibawa keluar.
“Oi, Cik Adik! Nak bawa ke mana majalah saya tu? Saya belum baca lagilah.”
“Nak jual.” Danny memusingkan badannya kepada Aunty Elina sambil tersenyum. “Nahlah, saja je nak buat gempak. Kecohlah Aunty Elina ni.” Danny meletakkan semula majalah itu di atas katil.
“Eh, eh. Orang pulak yang dikatanya kecoh. Sunatkan lagi sekali baru tau.” Aunty Elina bergurau.

No comments: