Sunday, March 11, 2012

::Yang Mana Satu:: ~2~


Seorang gadis meletakkan dulang yang ada makanannya ke atas meja dengan tertib. Langkah dan gayanya sangat sopan dan tertib. Persis gadis melayu yang sangat beradab dan beradat.
Tapi sebenarnya, bukan hanya ketertiban dan kesopanan dia yang menarik perhatian aku hingga aku berhenti sekejap daripada meneruskan suapan kuey teow goreng aku. Sangat sejuk memandang wanita berbaju kurung bertudung labuh lengkap dengan sarung tangan juga kaki. Habis aku meniliti gadis itu dari atas sampai bawah.
Dah rasa macam lesbian pun. Ish! Nauzubillah min zalik!
Sigh.
Kuey teow di pinggan yang tinggal separuh dikuis-kuis.
Aku mendongak bila terdengar suara gelakan yang agak kuat dari meja yang bersebelahan dengan aku. tadi tak perasan pun ada manusia-manusia di situ.
Gadis-gadis ini sangat stylo walaupun bertudung. Baju-baju yang up-to-date. Shawl yang dililit-lilit juga berbelit-belit. Make-up yang dikenakan taklah tebal tapi boleh nampaklah eye-liner hitam, blusher yang warna natural pink dan lip gloss yang berwarna baby pink yang mereka pakai. Cantik. Mesti mereka-mereka ni dah expert bab gaya juga make-up.
Sigh again.
Aku melihat diri aku sendiri. Ladies jeans daripada Applemint. Sweater lelaki yang bersaiz XL daripada Giordano. Tudung Syria berwarna hitam. Without make-up, hanya bedak nyonya zaman tok kaduk aje yang ada di muka. Pelik? Boyish? Baju extra-large? Gaya boyish+muslimah yang disatukan nampak macam tak kena?
Aku tak peduli. Walaupun kalau diikutkan saiz aku saiz M di bahagian perempuan. Tapi aku memilih untuk memakai sweater lelaki yang berganda saiznya dan lebih selesa. Sebab kalau aku keluar seorang, aku suka random. Memilih baju yang tak ikut mana-mana rules.
Aku penat nak ikut rules. Aku penat nak pilih. Jadi biar aku ikut kepala sendiri. Sekarang ni dah tiada siapa nak tentukan baju apa yang aku harus pakai. Dan sekarang aku keliru. Kalau mama ada, dia akan bagitahu aku, “Adik, pakai baju ni lawa. Adik, pakai baju ni okay. Adik, baju tu tak sesuai.”
Dah tiga tahun mama meninggal. Mama meninggal sebab kanser. Setahun lebih dia menderita. Oleh sebab aku ni sangat jarang ke sekolah kerana sakit pelik aku. Selama setahun tu jugalah aku menjaga mama.
Aku tak belajar pun walaupun pada tahun itu aku PMR. Aku cuma belajar seminggu sebelum PMR, untuk tiga tahun punya subjek. Dan Alhamdulillah, walaupun bagi aku keputusan aku tu tak secemerlang mana. Tapi, bagi guru-guru aku, ianya suatu keajaiban. Sebab keputusan aku lebih baik daripada orang yang pergi sekolah hari-hari dan lebih baik daripada yang average.
Ramai yang bertanya kategori manakah aku?
Aku tak tahu. Sebab aku tak ada jawapan. Bagi aku itu semua berkat aku jaga mama dan doa mama yang tak pernah putus. Dan juga keyakinan mama pada aku untuk terus berjuang dalam hidup walaupun aku ni sering dikategorkan sebagai ‘pelik’ dan ‘special case’.
Dan selepas tamat peperiksaan PMR aku, mama aku pun meninggal.
Perasaan aku? Kehilangan. Kosong. Keliru. Lonely.
Seperti sekarang aku hanya duduk seorang diri. Tak seperti orang lain yang punya teman dan kawan.
Bukan aku tak ada kawan. Ada. Cuma, ada masa-masanya aku gemar bersendiri. Berfikir. Mencari sesuatu. Aku tak tahu apa yang aku cari. Aku hanya mencari. Ya, mungkin kedengaran bodoh bila tidak tahu apa yang dicari.
Tapi, mungkin benarlah kata-kata pujangga yang aku baca, bila seseorang kehilangan ibunya dia juga bagai kehilangan dirinya. Kerana tiada siapa yang akan membetulkan jika dia silap. Tiada siapa yang akan bergaduh dengannya untuk menegakkan pilihan masing-masing. Tiada siapa yang memberi sokongan kepadanya bila dia down. Dan tiada siapa yang akan tolong tunjukkan apa yang perlu dipilihnya bila dia keliru. (oh ya ayat ini juga telah ditokok tambah oleh aku yang perasan mahu menjadi pujangga)
Pendapat seorang ibu tidak mungkin akan sama dengan pendapat seorang kawan baik. Sokongan ibu tidak mungkin akan sama dengan sokongan cousin yang juga bestfriend.
Bunyi mesej menghentikan pemikiran aku yang melayang.
-Babe, whatcha doing?
Mesej daripada Cassie yang merupakan cousin aku juga kawan baik aku. Kitorang selalu cakap kitorang kenal dari dalam perut lagi. We are in the same age, but lahir di bulan berbezalah. So, we are close. So damn close. Err, I mean really-really close. Tapi, bukan lesbo punya closelah aiyo! Kitorang masih kenal hukum, okey? And, she has a boyfriend. *wink-wink*
-Tengah makan kat food court. Why, dear?
-Ooo… nothing. When you wanna sleep over my house? Miss you so muchlah!
-Haha… miss u too, babe. Nantilah I tidur your house. Now I tengah cari idea.
-Idea apa tu? Mehlah datang sini. Kita cari idea sama-sama. Haha.
-Haha. Okey jugak tu. I nak cari idea rompak bank, wanna join me?*raised eyebrow*
-Woo… that’s cool. Count me in, babe! Haha… crazylah you. After you dah dapat your idea, which I don’t know what it is. Please do come here, okay? And gossiping bout that idea, okay? And last but not least, I’ve a lot of story that I have to tell you!!! So please, come here cepat-cepat tau! Miss you so damn much, babe!
-Haha surely do, sayang. I will sleep over your house, when I’m done. Will text you later. Miss you so mucho-mucho too! *kiss & hug*
-*kiss & hug* too.
Okey, tak payah pelik. Aku dengan cousin aku ni, memang gini perangai dan bahasanya. We love each other so much. Ramai orang kata susah nak tengok kawan baik ialah cousin sendiri. Kitorang berdua relaks saja. Tak ada apa yang nak dipelikkan. Kitorang masing-masing ada bestfriend kitorang sendiri jugak. Tapi, dalam pada masa yang sama we are best friend too!
Relation kitorang ni dah macam 3 in 1, Cousin, sister and best friend!
Dan yeah, one more thing, kitorang berbeza dari segala segi. But, perbezaan tu tidak pernah menjadi masalah. Sebab kitorang terima diri masing-masing seadanya. Love is the key word. And ikhlas also is the key word. *wink-wink*



1 comment:

Liselle MonCherie said...

Wahh betul susah nak cari cousin yg mcm ni! hehehe 3 in 1 tu.Ini baru namanya true blood! hehehe :D