Wednesday, May 29, 2013

::Butterfly:: ~32~

Danny masuk ke dalam bilik yang telah diberi kepada dia untuk menghuni sepanjang berada di sini.
Hari ni hari Rabu, maknanya ada lagi tiga hari untuk majlis ulangtahun perkahwinan Aunty Yati dengan Uncle Bahrain. So far, aku kat sini taklah boring mana. Ada je benda yang nak dibuat. Aunty yati dengan Uncle Bahrain memang suka buat persiapan awal. Tak suka kelam kabut.
Lagipun, diorang buat majlis nanti pun dekat rumah ni juga. Rumah ni ada dewan yang agak besar di tingkat bawah sekali. Rumah besar, tak ramai penghuni bolehlah buat dewan kat dalam rumah. Rumah atuk (Encik Abdullah) tu pun besar, tapi dia banyak bilik tidur sebab ramai penghuni. Tu pun, dengar-dengarnya anak Uncle Razak nak duduk situ juga dua bulan lagi. dekat dengan tempat kerja katanya. So, akan bertambah lagilah penghuni rumah atuk nanti.
Danny membaringkan tubuhnya dibilik. Tudung telah pun ditanggal.
Tadi, tolong Aunty Yati buat deco kat rumah ni. Suggestion aku siap diambil lagi oleh Aunty Yati sampai buat anak kesayangan dia tu tak puas hati sebab mama dia tolak suggestion dia. Dah tu, suggestion dia tak boleh pakai. Ada ke ulangtahun perkahwinan yang ke-25 ni dia suggest untuk buat tema ala-ala surprise masquerade party? Memang tak masuk akal. Sampai marah planner yang dah buat semua persiapan tu, penat je dia plan baik and cantik punya, tiba-tiba nak tukar jadi nightmare masquerade.  Kalau nak buat pun, mana pulak nak cari topengnya? Sebab dalam kad jemputan tak ada pun sebut kena berpakaian bertema. Dia kata tak apalah, kita sediakan. Kalau susah sangat nak cari. Beli je yang topeng untuk birthday party kanak-kanak tu. Korang rasa ada tak si anak ni sepatutnya kena hentak je kepala dia kat dinding?
Aku tak taulah nak kata itu lawak yang patut untuk ketawa atau lawak bodoh yang rasanya kita dah ala-ala boleh benam kepala dia dalam laut.
Patutkan? Kan? Kan?
Aku tadi cuma bagi suggestion patut tambah bunga-bunga hidup yang mekar, melambangkan keceriaan dan perkahwinan yang masih mekar dan bahagia walaupun dah mencecah tahun ke-25. Dan nasib baik si tukang planner yang ala-ala lembut tu suka je idea aku dan falsafah aku. Ha, nak tergelak aku dia cakap aku punya falsafah. Dan yang paling penting Aunty Yati suka je. Hu.
Nasib baik aku ni memang datang dari big family juga. Kira aku tak kekoklah nak tolong tadi. Walaupun aku tak kenal pun sedara-mara Aunty Yati ni. Tapi, nampaknya dia orang pun okey-okey jelah. Mungkin sebab aku pakai baju kurung kot. Sebab aku tengok yang perempuan-perempuan muda disini semuanya pakai pakaian yang up-to-date. Eventhough kaum mak-mak kat sini pun tak ada yang berbaju kurung. Semua pakai seluar slack dengan blouse. Tapi, seperti biasa aku buat donno jelah. Peduli apa aku dengan pandangan orang-orang terhadap aku.
Oh ya, kawan Si Mamat Perasan tu pun ada tadi. Tak faham aku motif dia terkejut gila tengok aku kat rumah mamat ni. Bukannya aku datang ni sebab mamat tu pun. Sebab mak ayah dia ya! Jadi, tak payah nak terkejut lebih-lebih.



Farish dan Denniel di gazebo dilaman rumah Denniel.
Farish memandang nakal ke arah Denniel. Tersengih-sengih dia.
“Kau apahal? Sengih semacam. Macam kena sampuk pun ada.” Denniel menyalakan puntung rokoknya.
“Laa… aku sengih pun salah ke? Senyum tu kan sedekah. Tak dapat banyak, sekurang-kurangnya dapat jugak sikit pahala aku, tau.” Farish mengeluarkan sebatang rokok daripada kotak rokok yang dimiliki oleh Denniel. Selamba sahaja dia mengambil tanpa meminta. Dia tahu, Denniel takkan berkira punya.
“Ya, aku tau. Senyum tu sedekah. Tapi, kau tu tersengih bukannya senyum. Tu kira kategori sedekah ke?” perli Denniel.
“Ala, kira lebih kuranglah tu, kira halal.” Farish tersengih lagi. Sambil membetulkan suara dan berdehem, “Kau tak bagitau pun gadis aiskrim tinggal dengan kau. Terkejut aku tengok dia ada kat sini.”
Denniel memandang kolam ikan yang ada air terjun dihadapan pandangannya. Aku dah agak dah. Si Farish ni mesti nak tanya pasal Butterfly ni. Dari tadi aku tengok dia sengih lain macam. “Tak penting pun. Lagipun, bukannya aku yang ajak dia tidur sini. Mama aku yang ajak.”
Farish mengangguk-nganggukkan kepalanya dan membuat muka seperti sedang berfikir dengan serius. “Betullah kata orang, naluri seorang ibu tu sangat kuat.”
Denniel buat muka blur. “Betullah kata kawan-kawan kita, sekali kalau bahasa bunga kau dah keluar. Aku rasa memang tak ada yang faham.”
“Mana ada aku pakai bahasa bunga. Tulah korang, dulu mak bapak suruh belajar, korang main-main. Ha, kan sekarang otak tu bengap memanjang.” Farish membela diri.
“Banyaklah kau. Keputusan aku lagi bagus dari kau.”
“Aku tak habis cakap lagi.” Farish tersengih. Dia tahu Denniel memang bijak orangnya. Selak-selak buku tanpa fokus pun dapat skor baik punya. “Belajar Bahasa Melayu. Bahasa Jiwa Bangsa.” Dia menyebut dengan yakin sekali.
*zap*
Kepala Farish dipukul dengan tapak tangan Denniel.
“Adoi.” Farish menggosok-gosok belakang kepala yang dipukul Denniel. “Woi! Kepala aku ni bayar zakat, tau tak?”
“Tak tau.” Selamba saja muka Denniel menjawab. “Yang kau ni, mama dengan papa aku punya anniversary, dengan kau-kau sekali cuti seminggu apahal?”
Farish tersengih lagi. memang dia ni suka sengih dengan gelak. “Ala, mama papa kau, macam mama papa aku jugak. Ibu ayah aku macam ibu ayah kau jugak. Macam tak biasa. Lagipun, bos cuti, jadi… pekerja yang setia ni pun cutilah.”
Denniel hanya menggelengkan kepala. Dah masak dengan perangai sahabat baiknya itu.
Farish bekerja di syarikat Tan Sri Bahrain sejurus tamatnya pembelajaran dia di Leicester. Denniel pula, kerja juga. Tapi, macam kerja part-time lah. Bila ada projek yang masuk banyak duit baru nak join. Tu yang boleh dapat Cayman tu. Tapi, Cayman tu memang Tan Sri Bahrain dah janji dengan Denniel kalau dia bersungguh dalam pelajaran, dapat good grades, tunjukkan prestasi yang cemerlang dalam projek, baru boleh dapat kereta tu. Tu pun, Cayman je. Kalau Porche yang mencecah jutaan ringgit tu, Tan Sri Bahrain kata, kena kerja keras lepas tu beli sendiri.
*pap*
Jari dipetik dihadapan muka Denniel. “Kau ni asyik termenung je. Ingatkan orang yang dekat di mata dan dekat juga di hati ke?” sakat Farish.
“Kau ni kalau sehari tak buat aku terkejut tak boleh ke? Kalau aku kena heart attack, memang sahlah kau penyebabnya.” Denniel cuba cover malu sendiri. Kontrol, beb, kontrol. Dan pastikan elak soalan-soalan luar dugaan Si Farish ni.
“Aku pulak? Kau yang asyik berangan dan blur je. Ish, kau ni parahlah Den.” Farish masih lagi tergelak-gelak. “Jadi, macam mana perkembangan kau dengan gadis aiskrim tu? Mama kau dah tau ke….?” Saja Farish menggantung soalan.
“Okey, sebelum kau suka hati kau je nak buat kesimpulan lebih lanjut. Meh, aku jelaskan beberapa perkara.” Denniel berdehem sikit. Tak boleh jadi ni, kang melarat-larat pulak usikan Si Farish ni. “Pertama, mana ada aku berangan. Aku tengah berfikir. Harap maklum ya! Kedua, apasal pulak kena ada perkembangan dengan aku dengan gadis yang kau panggil aiskrim tu…”
“Apa pulak aku panggil dia aiskrim. Aku kata Gadis Aiskrim!” potong Farish.
“Ah, tak kisahlah. Aku dengar bunyi dia sama aja.” Denniel memintas.
“Gagal Bahasa Melayu lah kau ni.” gumam Farish.
“Dan yang last sekali, tak ada benda pun yang mama aku perlu tahu. Sebab, its really nothing. Ada faham Encik Farish?” Denniel mengangkat kening.

Farish menjuih bibir. “Eleh, kita tengoklah nanti.”

No comments: