Danny membuka matanya. Ah… masih bernafas.
Sudah lapan belas bulan aku masih bernafas tanpa rasa ingin hidup. Bernafas dan terus bernafas sehingga aku makin lemas makin sesak dada ini. Makin hanyut dalam dunia penuh kepura-puraan. Dunia yang aku cipta agar orang-orang aku sayang dan menyayangi aku tidak perasan yang separuh jiwa aku telah pergi pada hari yang sama mama pergi.
Aku tidak ingin mereka merasa lebih sedih dengan keadaan aku. Kerana itu aku perlu terus tersenyum dan ketawa. Menjalani kehidupan seperti tiada apa-apa yang berlaku. Ah… susahnya hidup bila terpaksa tersenyum bila hati tidak ingin tersenyum. Sukarnya bila ingin menangis tetapi hanya boleh dipendam dalam hati. Semuanya hanya kerana mereka-mereka yang aku sayang. Mereka-mereka yang masih lagi hidup dan menyayangi aku.
Sukarnya untuk bernafas bila tidak dapat melihat wajah mama lagi. Sukarnya bila tidak tahu untuk meluahkan rasa rindu di dada ini. Semuanya menyakitkan. Dan aku merasa makin hilang dan lemas.
Ya Allah! Aku belum solat subuh lagi. Perlahan Danny bangun dari katil menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk dan bersolat.
Usai bersolat dan berdoa, Danny masih lagi duduk di atas sejadah. Melihat sekeliling bilik yang pernah dikongsi selama lima belas tahun dengan mama. Tapi kini sudah setahun enam bulan Danny menghuni bilik ini keseorangan. Terlalu banyak sangat kenangan di dalam bilik ini. Di segala sudut masih lagi boleh terlihat wajah mama.
***
”Mama, kenapa mama bagi nama adik, Puteri Ramadhani?” Danny bertanya sambil duduk di atas riba mamanya. “Sebab adik lahir bulan Ramadan ye?”
Puan Izzah tersenyum. Sambil mengusap rambut satu-satunya anak perempuannya, dia menjawab. “Kenapa? Adik tak suka ke nama yang mama bagi tu?”
“Suka. Tapi adik lebih suka nama mama.Izzah. Sedap.”
“Mama suka lagi nama adik. Puteri Ramadhani. Puteri sebab adiklah satu-satunya puteri mama. Ramadhani. Sebab adik lahir di bulan yang mulia. Dan mama berdoa agar adik pun akan jadi seorang yang sangat mulia.”
“Nantikan ma, bila adik dah besar adik nak tolong orang je. Mama kan nak adik jadi baik. Jadi bila dah besar nanti adik nak tolong orang. Biar semua orang dalam dunia ni tak ada masalah.”
Puan Izzah ketawa. “Nanti dah besar adik tolong mama ye. Bila mama tengah susah, bila mama tengah sakit, bila mama menangis, adik tolong mama ye.”
“Mestilah! Mama kan mama adik. Adik mesti akan tolong mama dulu. Mama penting dalam hidup adik. Adik dah tak ada sesiapa selain mama.”
Puan Izzah tersentak dan terharu dengan kata-kata anak perempuan berumur enam tahun itu. “Adik, adik kan ada abang-abang. Ada atuk dan nenek. Ada Aunty-Aunty and Uncle-Uncle adik?”
“Adoi, mama ni! Dia orang lain. Mama kan mama and papa adik. Tapi adik pun sayang dia orang. Tapi adik sayang mama banyaakk. Lebih dari semua orang.” Danny tertawa dan mula memeluk mamanya.
“Mama pun sayang adik. Sayang yang teramat sayaanngg.”
“Ala, mama ni. Mama sayang adik je. Habis, along dengan angah mama tak sayang lah?” Tiba-tiba Ammar dan Hakim menerpa ke atas katil. Entah bila dia orang masuk Puan Izzah dan Danny langsung tak sedar.
“Sayang. Mama sayang semua anak-anak mama. Semua sama.” Puan Izzah memeluk ketiga-tiga anaknya.
“Ala, sempitlah along, angah. Biarlah mama peluk adik sorang je. Korang ni jealous la dengan adik.” Danny cuba menolak abang-abangnya yang menghimpit dirinya bila mereka masing-masing memeluk mama.
“Ala, adik ni. Dia sorang je nak sayang mama. Kitorang pun nak jugak.”
“Korang dah besar. Korang tak payahlah. Adik kecik lagi.”
“Dah, dah. Jangan gaduh. Kan mama kata mama sayang semua anak mama.”
Ammar dan Hakim memandang antara satu sama lain. “Satu, dua, TIGA!” Mereka berdua mula menggeletek adiknya.
* * *
Air mata terasa basah di pipi. Danny membuka matanya.
Tapi adik mungkir janji dengan mama…
Adik tak tolong mama pun masa papa pukul mama. Adik biarkan ketakutan adik meresap jauh dalam diri hingga adik abaikan janji adik pada mama.
Adik penyebab mama mati!!! Adik tak tolong mama waktu mama susah! Adik mungkir janji adik pada mama.
Ma, maafkan adik. Maafkan adik sebab jadi penakut. Maafkan adik sebab tak tolong mama. Maafkan adik sebab tak selamatkan mama. Maafkan adik bila adik kaku tanpa buat apa-apa melihat mama dalam kesakitan dan tak berdaya.
Maafkan adik, ma. Maafkan adik!
Ya Allah, sungguh aku mohon pada-Mu. Bahagiakanlah mama di sisi-Mu. Aku ingin dia bahagia. Ya Allah, janganlah Kau seksai dia di sana. Sungguh, dia adalah wanita yang tabah dan sentiasa sabar dengan segala dugaan-Mu. Dia adalah sebaik-baik wanita yang pernah aku jumpa. Dia adalah sehebat-hebat wanita yang pernah aku kenal. Dan dia adalah seorang ibu yang penuh dengan kasih sayang. Ya Allah, aku mohon pada-Mu, ampuni dosa mama.
Danny mengesat air matanya yang masih berguguran. Dia bangun dan melipat sejadah dan telekungnya kemudian menghempaskan badannya ke atas katil. Dia mula mencapai Walkman CD player di tepi katil, memakai headphone dan menekan butang play. Lagu Slipped Away nyanyian Avril Lavigne berkumandang.
I miss you
I miss you so bad
I don’t forget you
Oh it’s so sad
I hope you can hear me
I remember it clearly
The day you slipped away
Was the day I found it
Won’t be the same
I didn’t get around to kiss you
Goodbye on the hand
I wish that I could see you again
I know that I can’t
I hope you can hear me
Coz I remember it clearly
The day you slipped away
Was the day I found it
Won’t be the same
I’ve had my wake up
Won’t you wake up
I keep asking why
I can’t take it
It wasn’t fake
It happened you passed by
Now you’re gone now you’re gone
There you go there you go
Somewhere I can’t bring you back
Now you’re gone now you’re gone
There you go there you go
Somewhere you’re not coming back
I miss you
I miss you, mama. Danny memeluk bantal seerat-eratnya. Air matanya tak berhenti-henti mengalir. Stop it, Danny. Stop it. Don’t cry. No. Don’t cry.
I miss you, ma.
No comments:
Post a Comment