Monday, February 28, 2011

::Butterfly:: ~13~

Danny mencampakkan begnya ke lantai. Lalu menghempaskan dirinya ke atas katil.

Shit! Apa aku dah buat ni? Apasal suka-suki aku je dengan senang dan rela hati meluahkan apa yang tak patut? Where’s my guard? Gila nampak lembik dowh macam ni. Danny menggelengkan kepalanya berkali-kali. Tangannya diraup ke muka.

What have I done? Kenapa tetiba aku boleh cakap benda yang gila tak patut? And yang lagi tak boleh blah ialah pada stranger? Puteri Ramadhani! Pada stranger??? Aku cerita kat stranger? Serious, I’m out of my mind…

What he will think about me? Mesti dia pandang rendah gila kat aku dowh. Oh shit! Shit! Shit!!

Malu. Bengang. Geram. Marah.

Yang mamat ni pun satu. Menyibuk je kerjanya. Tanya soalan bukan-bukan. Saja nak pancing. Ingat aku ikan ke apa nak main pancing-memancing ni.

But how he knew yang aku tengah fikirkan mama tadi? Ada kuasa psikik ke apa? And when we talked, kenapa rasa macam dekat? Rasa macam comfortable untuk berbual bersama? Oh Shit, man! And mamat ni gila random. And aku pulak entah mana datang mood bintang dia nak jawab dengan jujur sekali! Oh Danny, you are loser, man!

And macam mana dia tahu aku suka warna pink? Adakah aku ni sangat senang dibaca oleh orang? Aku pakai beg je kot warna pink.

And my pencil case.

And also my watch…

Okay, my sneakers ada stripes warna pink.

So? Salah ke?

And why I’m so easily nak tersenyum dengan lawak bodoh dia yang tak lawak tu. Ish! And apa dia ingat aku ni perasan sangat ke sebab ingat dia nak ayat aku? Aku tak cakap pun dia nak tackle aku. Aku just cakap aku tak layan ayat-ayat romeo ni. Ye ar dah dia cakap aku sweet. Geli tekak aku dengar dowh.

Arghhh… tension! Tension!

Sungguh mengacau ketenteraman di petang-petang bulan puasa ni.

“Kak Danny ooo Kak Danny. Azan dah berkumandang tu haa. Turunlah berbuka.” Kepala Mia terjenguk di pintu bilik Danny.

“Aah, jap. Jap. Buka tudung jap. Mia turunlah dulu. Akak nak turunlah ni.” Danny bingkas bangun menanggalkan tudung dan terus turun untuk berbuka.

Mata Danny terbuntang melihat lelaki yang duduk di sebelah Uncle Az nya.
What the heck??? Apa pulak dia ni buat kat sini? Agak-agaklah kalau nak follow orang sampai dalam rumah. Ish… scary nya mamat ni.

“Haa, Danny apa kamu buat tercegat kat situ? Berbukalah. Sunah Nabi, tak elok memperlambatkan buka puasa ni.” Aunty Elina menegur Danny. “Ni Denniel bawak masakan Aunty Yati ni ha. Susah-susah je. Nampak sedap ni.”

Lelaki itu memandang ke arah Danny. Sungguh dia terpana.

Rambut dia panjang dan lurus dan hitam. Tetapi hanya sebentar sahaja matanya dijamu. Kerana kemudian Danny dengan pantas mendaki semula anak tangga untuk ke atas.

Ish diorang ni agak-agaklah. Cubalah bagitau ada tetamu lelaki. Tak adalah aku selamba derk je turun tanpa tudung. Aku taulah diorang ni jenis tak kisah. Kalau orang bukan muhrim datang rumah tak pakai tudung, bagi diorang tak apa. Keluar ke laman rumah tak pakai tudung, bagi diorang tak apa. Diorang tak menekankan sangat soal pemakaian tudung ni. Tapi, aku tak naklah macam tu. Walaupun aku ni agama taklah pandai mana. Aurat tetap aurat okey.

Danny menyarungkan tudung yang sudah pasang siap. Tak payah nak pin sana pin sini. Kalau kat rumah, kalau ada orang datang atau setakat nak sidai baju atau nak lepak kat luar rumah, tudung nilah yang akan disarung Danny.

Danny turun semula dengan wajah selamba. Mengambil tempat duduk di sebelah Mia. Setelah mencedok nasi dan lauk, Danny mula meneguk air minumannya.

“Danny, rasalah rendang daging Aunty Yati masak ni. Sedap.” Uncle Az meghulurkan pada aku.

“Kamu larat ye jogging bulan-bulan puasa macam ni, Denniel. Bagus.”

Denniel hanya tersengih memandang kea rah Encik Abdullah yang memujinya.

“Anak-anak muda melayu sekarang ni pemalas. Mana ada yang rajin nak buat senaman lagi dah. Tambah lagi di bulan puasa ni. Memang tak payah haraplah. Bagus untuk kesihatan. Atuk ni kalau kaki ni tak sakit. Memang atuk nak pergi jogging. Dulu atuk dengan nenek rajin pergi jogging kat Stadium Klang bawak Danny sekali.”

“Denniel jogging kat mana tadi?” Puan Salmah bertanya.

“Dekat Bandar Botanic. Jogging kat situ sebab lepas tu memang plan nak datang sini. Sebab mama suruh hantar rendang daging ni ha.”

“Eh, Kak Danny bukan tadi pergi belajar kat situ ke?”

Tersedak Danny yang sedang minum air ketika itu pabila namanya tiba-tiba disebut oleh Mia.

“A’ah. Tak terserempak ke? Kalau tak tadi, boleh tumpang Denniel. Tak payah naik teksi.”

Denniel menahan senyum.

Sambil membetulkan suara. “Err..” takkan aku nak menipu kot?

Denniel dengan muka selamba menjawabkan bagi pihak Danny. “Terserempak. Tapi, tula tadi tak berapa nak pasti. Patutlah rasa macam kenal tadi. Kalau tahu tadi, dah boleh Denniel tumpangkan Danny. Tapi tu lah tadi ingat stranger.”


Nah kau, ambik sekali mamat ni perli tahap cynical tak hengat. “Hmm… tak apalah. Danny tak suka menyusahkan orang.” Serius Danny berkata.

***

Setelah selesai semuanya makan. Encik Abdullah bersuara. “Denniel marilah solat berjemaah sama dengan kitorang semua. Sekejap lagi baru kitorang ni nak bertolak ke masjid. Selalunya maghrib di rumah sajalah.”

Danny mula rasa nak tergelak. Kuang…kuang…kuang. Mamat ni nak ke solat berjemaah? Hari tu pun mengelat.

“Denniel baru je nak minta permission tadi, nak tumpang solat.”
Huh? Gila berlakon dowh mamat ni.

“Bagus, bagus. Jom jemaah sekali.”

Danny dan Mia bersama-sama membentangkan sejadah.

“Denniel, kamu jadi imam, ya.”

Huh? Aiseyman. Aku punya bacaan semua tunggang-langgang. Solat sendiri pun entah betul entah tidak. Apatah lagi nak jadi imam. Hari ni aku sempat solat Asar je. “Eh, saya tak layak jadi imam, tuk. Saya ni orang muda, ilmu tak cukup. Bacaan saya pun tak bagus. Atuk sajalah yang imam.” Fuh, bagi excuse Denniel, bagi excuse.

Bagus budak ni. Merendah diri. “Kalau macam tu tak apalah. Atuk jadi imam.”

Setelah semua orang sudah ada dan berdiri dalam saf, solat pun dimulakan. Usai solat dan berdoa, mereka bersama-sama menuju ke masjid yang berhampiran kecuali Denniel yang mengatakan dia mempunyai urusan. Ceh, solat Maghrib pun nampak macam terpaksa apatah lagi nak suruh solat terawih. Danny mengutuk dalam hati.

***

Dia memang bercadang untuk pergi ke rumah Danny kerana mamanya suruh menghantar rendang daging itu. Dia memang ingin berjogging dahulu sebelum menghantar. Dia memang tak expect dia akan dijemput untuk berbuka bersama. Dia menerima kerana jam sudah pun menunjukkan hampir dengan waktu berbuka, jadi apa salahnya dia menerima lebih baik berbuka di rumah orang daripada berbuka di dalam kereta.

Tapi, dia memang sungguh tak expect akan berjumpa Butterfly di Bandar Botanic. Dia memang tak sangka dapat berbual dengan gadis itu. Dan paling dia tak sangka dia berkesempatan melihat rambut gadis itu. Lurus, hitam dan panjang.

Daniel meraup muka. Aku memang gila. Aku pun tak tau kenapa aku boleh pergi tegur dan siap duduk lagi sebelah dia tanpa dijemput.

Entahlah. Mungkin sebab aku nampak dia tengah suffer. Hurt. Entah kenapa instinct aku rasa dia tengah rindu mama dia. And I think I guessed it right.

Oh damn! Kenapa aku asyik teringat pasal orang yang tak penting ni? I don’t give a damn bout her, okay? I need distraction. Denniel mencapai handphonenya. Dia mendail nombor Farish.

“Oit, bro! Kau kat mana?”

“Wa’alaikumsalam, Den.” Sarkastik Farish mengenakan Denniel yang suaranya terus menerjah dari corong telefon tanpa salam.

“Bengong kau. Yela, yela. Assalamualaikum Ustaz Farish.”

Farish tergelak sambil menjawab salam. “Yela. Dah kau terus menerjah tanpa salam. Ni kan bulan puasa, cubalah buat kebaikan sikit.”

“Yela, aku lupa. Kau, kalau bulan puasa memang baik gila. Habis bulan puasa, hantu kau pun datang balik dowh!”

“Haha. Sekurang-kurangnya aku ada niat nak kumpul pahala bulan baik macam ni. Aku tau aku macam setan di bulan yang lain. Ni setan kena ikat, aku jadi baiklah.”

“Siot je kau ni. Weyh, kau kat mana?”

“Aku dalam kereta. Baru balik dari solat terawih kat masjid tadi. Kau ni pergi tak solat terawih?”

“Uish, memang seorang lelaki mithalilah kau ni. Tapi, aku memang tabik spring kat kau lah. Aku macam biasalah. Mana ada pergi masjid dowh.”

“Ish, kau ni. Setan kena ikat ni. Kau tak reti-reti nak buat pahala?”

“Haha. Setan je kena ikat. Bukan aku.”

“Jadi, kiranya kau ni setan versi manusialah?”

“Bangang kau! Ada aku yang macho ni kau kata setan versi manusia. Aku baik sikit dari setan tau! Tapi sikit jelah. Hehe.”

“Oh, sikit jelah. Banyaklah kau punya sikit! Ni telefon aku apa hal? Rindu aku eh?” Farish meneka sambil mengetuk-ngetuk stereng kereta.

“A’ah dowh. Aku rindu kaulah.”

“Weyh, meremang bulu tengkuk aku dengar kau cakap macam tu. Aku bukan kaum Lut, eh. Aku umat Nabi Muhammad. “

“Habis, kau ingat aku ni bukan umat Muhammad ke? Belasah kang baru tau.” Denniel menggeleng kepala dengan kerenah sahabatnya ini. Main-main je kerjanya.

“Hehe. Aku gurau je, beb. Jangan marah. Nanti kekacakan kau tu berpindah kat aku.”

“Ceh, dalam mimpi jelah!” Denniel ketawa dengan keletah temannya. “Aku nak ajak kau lepak sebenarnya ni. Jom, weyh. Kita pergi lepak mamak ke. Tengok wayang ke. Pergi karaoke ke…” belum sempat Denniel menyambung lagi list-list yang ingin dibuat,
Farish menyampuk.

“Atau baca al-Quran ke. Buat solat sunat ke. Atau dengar ceramah ke. Atau buat qiamulail ke. Ye tak?” selamba Farish mengenakan teman baiknya itu.

Erkk? “Ni memang perli tahap cynical tak hengat ni.”

“Haha. Yela, yela. Jomlah lepak. Mamak je, okey? Aktiviti tengok wayang dan berkaraoke hendaklah dihentikan untuk sebulan ini ye.”

“Fuh, gila kau boleh jadi ustazlah Farish. Tapi jadi ustaz pada bulan puasa jelah. Bulan lain… hancusss.” Mereka sama-sama tergelak.

“Okey, lepak pukul dua belaslah eh. Boleh terus sahur sekali.” Farish memberi cadangan.

“Okey, set. Jumpa kat Khulafah.”

No comments: