Sunday, May 26, 2013

:Butterfly:: ~24~


“Kesian eh dia. Tak sangka muda-muda lagi dah ada kisah hidup macam tu. Nasib baiklah dia ada keluarga lagi. Eii… tak dapat aku bayangkan dowh hidup dia macam mana.” Farish menggeleng-gelengkan kepala.
“Tula pasal. Aku sebenarnya gila kesian kat dia.”
“Betul ke surat tu bapak dia tulis? Tak pun, kau tersilap baca dan pemahaman ke? Takkan ada seorang bapa yang sanggup cakap macam tu kat anak sendiri. Main ugut-ugut pulak. Ish!”
“Betul. Aku baca surat tu dua-tiga kali tau nak bagi kepastian. Aku memang terkejutlah masa baca surat tu. Lepas tu, tengok pulak dia nangis. Memang tak sampai hati dowh. Kalaulah, dia tu macam perempuan-perempuan yang lain. Memang aku peluk je dia untuk comfort dia. Aku baru tarik tangan dia, dia dah macam nak telan aku hidup-hidup je. Tupun aku pegang berlapik tau baju kurung dia.”
“Gila kau! Aku yakinlah tengok personaliti dia tu, sah kau kena sepak terajang kalau kau peluk dia. Jangan nak buat main peluk anak dara orang yang baik-baik. Walaupun bapak dia tak baik, tapi aku yakin mak dia didik dia dengan baik.”
“Tapi, Farish kalau kau tengok dia Farish. Serius aku cakap, boleh nampak sakit dia. Trauma dia. Macam mana dia berusaha sedaya upaya untuk meneruskan pretense dia. Boleh nampak she’s trying very hard. Aku tak taula family dia tau atau tak. Sebab dia depan family dia, dia macam sangat-sangat tak terkesan dek apa-apa.”
“Tapikan, Den. Yang aku peliknya. Kenapa kau tiba-tiba nak ambil berat pasal dia ni? Kau tak pernah pun ambil kisah kat mana-mana perempuan yang kau tak berapa kenal. Dan kau boleh pulak rasa kesakitan dia, trauma dia.” Farish memandang tepat kepada rakannya sambil meneguk sedikit air tinnya.
Weyh, kau jangan fikir bukan-bukan. Betul aku rasa kesian kat dia. Tak ada sebab lain. Lagipun, kau bayangkanlah, dia muda lagi, SPM lagi beberapa hari. Perjalanan hidup masih jauh. Entahlah aku pun tak tau kenapa aku pulak yang risau lebih-lebih. Tapi, sungguh aku rasa kesian gila kat dia.”
“Dahlah. Kau tak payahlah kau nak risau lebih-lebih. Aku rasa dia okey. Cuma kadang-kadang biasalah, kalau manusia ada ketikanya emosi tak stabil. Lagipun, manusia ni kalau tak ada dugaan, memang tak sah. Aku yakin Allah sayang gadis aiskrim tu. Kalau dia minta tolong kau apa-apa, kau tolonglah. Kalau tak, aku rasa kau biarkan jelah. Nanti dia dah besar dia akan matang dan lebih tabah.” Panjang lebar Farish memberi pendapat kepada Denniel.
Denniel hanya mengangguk-nganggukkan kepala.
“Tapi, boleh tahan kau sekarang. Sejak jumpa dengan gadis aiskrim kejap menung, kejap sengih. Haaa…dah mula menung dia balik.”
Ish, manede.” Denniel cuba berdalih. “Eh, tengok tu. ada pasangan kekasih dah start nak drama dowh.” Dennniel menunjukkan ke satu sudut kepada Farish.
“Hah? Mana? Mana? Best ni. Dah lama tak tengok orang bikin drama swasta.” Farish mencari-cari pasangan yang ditunjukkan oleh Denniel. “Weyh, mana? Yang mana satu? Semua biasa je.”
Farish menoleh kearah Denniel yang dah mula berlari kearah keretanya.
“WOI! Siot kau, tinggalkan aku.” Farish bangun dan mengejar Denniel.
Setelah sampai di kereta, mereka masih lagi gelak. “Laju jugak kau lari, Farish.”
“Aku raja pecut eh dulu.” Farish masih lagi gelak walaupun mengah juga. Mereka bersandar sekejap ditepi kereta.
Sekali dari tempat mereka lepak tadi, mereka nampak ada pakcik guard yang menuju kearah mereka sambil menjerit. “ENCIK! Sila buang sampah anda. Tidak dibenarkan membuang sampah merata-rata!”
Weyh, kau tak bawak ke plastik tu tadi?”
“Dah kau pecut tinggalkan aku, aku pun pecutlah kejar kau.” Farish dan Denniel sama-sama memandang kearah pakcik guard yang tengah berlari-lari anak menuju kepada mereka.
Lorh, apalagi. Cabutlah weyh. Cepat masuk kereta.’ Denniel dah mula membuka pintu keretanya.
“Bengong eh kau, selamba dek buat perangai tak bermoral.” Farish masuk kedalam kereta sambil tersengih.
“Aku belajar dari kau, dowh.” Denniel dah mula staret enjin kereta dan pecut meninggalkan pakcik guard yang cuba memanggil mereka untuk kutip sampah.
Aiyoo… ini macamlah budak-budak zaman sikarang. Banyak malas. Bawak itu kereta mahal pun, perangai tak boleh pakai! Ammaappakadavaleykadavaley.;” Pakcik guard tu menggelengkan kepala. Mengah berlari. Dah gemuk macam ni, mana larat nak lari lagi.



Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi.
Denniel duduk ditepi kolam.
Apa yang Farish cakap tadi memang ada benarnya. Buat apalah aku nak risau lebih-lebih. Haih. Denniel, Denniel. Tiba-tiba je nak semakkan kepala dengan stranger.
Denniel tersenyum. Stranger? Best pulak pakai ayat stranger tu. Padahal, aku jugak yang kata kita bukan stranger lagi. ah, sudah aku ni. Statement aku semua memeningkan. Entah manalah pulak yang betul. Ish! Sejak bila aku ada twist personality ni? Huish, bahaya! Terjun kolam lagi best.
Tanpa membuka atau menyalin baju. Denniel terus terjun ke dalam swimming pool. Berenang lepas tu, sah letak je kepala kat bantal mesti terus lena!

No comments: