Sunday, May 26, 2013

:Butterfly:: ~25~


Allhamdulillah. Semua paper dah habis jawab. Berakhir sudah kesibukan aku sebagai seorang pelajar sekolah menengah. Harap-harap dapat buat yang terbaik untuk SPM ni. Dengan banyaknya dugaan yang melanda sepanjang tahun nak SPM ni. Moga saja ada hikmah di sebalik semua ni.
Tidak banyak kesukaran dalam menempuh 16 subjek ni. Untuk belajar dan untuk menjawab. Tapi, aku taklah over confident. Aku bukannya pandai sangat. Tapi aku suka buat seolah-olah aku ni seorang yang sangat busy dengan study life dia sampai tak sempat nak fikir personal life.
Dan sekarang, kesibukan belajar itu dah tiada lagi. Harus bagaimanakah aku lari lagi daripada memikirkan masa lampau? Harus bagaimanakah aku menyibukkan diri sendiri?
Sigh.
Life is hard.
But, diorang kata mudah. Mungkin sebab diorang tak berada di tempat aku. Dan aku tidak berada di tempat diorang. We are not in each other shoes. And I really don’t think we fit in each other shoes.
Mama, I miss you… I never live a day without missing you. They say memories are golden, well maybe that is true. But I never wanted memories, I only wanted you.
Danny memandang gambar yang berada didalam bingkai. Gambar mama yang tersenyum dan menampakkan kedua belah lesung pipit mama.
Mama, apa adik nak buat lepas ni, ma? Perlukah adik untuk jumpa papa dan memaafkan dia, setelah apa yang dia buat pada kita? Perlukah adik melarikan diri daripada kenyataan hidup ini lagi?
Life is hard, ma. Life is hard without you.
Kadang-kadang adik rasa, adik boleh teruskan kehidupan tanpa dibelenggu kisah lalu. Tanpa merasa terlalu kesiankan diri sendiri kerana tidak dapat bersama dengan mama untuk masa yang lebih lama.
Adik nak teruskan kehidupan tanpa mengingati apa-apa kepahitan masa lalu. Adik tak nak ada rasa down. Tapi mama… adik tak boleh. Adik dah cuba. Atau adakah usaha adik tak cukup untuk mengeluarkan adik daripada kegelapan ni, ma?
Entah untuk kesekian berapa kali, Puteri Ramashani merintih…
Perpisahan ini telah ditakdirkan. Kalau orang kata sakitnya hilang kekasih, bagi aku sakit lagi kehilangan seorang ibu. Kerana ibu melahirkan kita, berkorban untuk kita dan ibu adalah separuh daripada jiwa kita. Bagaimana kita boleh mengangungkan cinta antara kekasih, tapi tidak mengangungkan cinta kita kepada ibu kita? Kehilangan ibu, menyebabkan aku kehilangan separuh jiwa ini. Tidak aku salahkan takdir. Cuma hati ini memerlukan waktu untuk pulih. Walaupun aku sendiri tidak tahu bila aku akan pulih. Namun, kata seorang yang aku kenal, tak ada ubatnya untuk keperitan kehilangan ibu…

No comments: