Wednesday, January 26, 2011

::Butterfly:: ~8~

Danny berdiri di balik jendela merenung ke luar tingkap. Pemandangan daripada biliknya hanya dapat melihat ke arah bumbung-bumbung khemah yang dipasang untuk kenduri yang akan bermula beberapa ketika nanti. Atau mungkinkah sudah bermula?

Along dengan angah tak dapat datang. Ada hal kata mereka. Hmmm… mereka mula menjauh. Aku mula rasa keseorangan. Sigh…

Danny turun ke bawah dengan berbaju kurung cotton tanah warna putih bunga warna blue and pink menuju ke dapur yang lenggang. Mungkin diorang semua dah ada di depan, dah start jemaah kot.

“Danny, pergilah join kat depan tu. Dah start dah tu solat jemaah.” Aunty Elina muncul daripada wet kitchen sambil bawa satu jag air.

“Danny ABC.” Danny mengenyitkan matanya.

“Huh? Kebende ABC tuh? Mana ada bahan-bahan nak buat air abc.”

“ABC, Allah Bagi Cuti la, Aunty Elina. Aunty Elina tak join depan ni, ABC jugak ke?”

“Haih, macam-macam lah ayat budak-budak zaman sekarang. Pelik-pelik semuanya. Hah, Aunty Elina ABC jugak lah.” Aunty Elina mengacau air yang telah diletakkan ais. “Best jugak eh guna ayat ABC.”

“Bagus, bagus. Barulah vogue.” Danny mengangguk-nganggukkan kepala sambil menuang air kosong ke dalam gelas untuk minum.

“Hah, bagus jugak Danny ABC, pergi hantar jag air ni ke khemah. Lepas tu, makanan ni tolong hidangkan jugak. Aunty nak naik atas jap, mandi dengan tukar baju. Nanti dah habis solat jemaah dengan baca yasin, mesti nak layan tetamu.”

“Okay, no problemo, Aunty Vogue!” senyum.

“Of course I’m Mama Vogue.” Boleh saja lah nak layan anak sedara aku yang kadang-kadang happy. Kadang-kadang pendiam ni. Asalkan dia okay, dan tidak seperti sesetengah remaja yang memberontak dan merosakkan diri bila punya masalah hidup.

Danny membawa dua jag air ke khemah dengan melalui jalan belakang. Rumah banglo yang besar ni memang banyak exit nya. Tapi walaupun banyak exit nya, rumah ni besar dan confusing. Siapa yang tak biasa boleh sesat woo dalam rumah ni.

Sebelum mengambil mangkuk yang berisi nasi, Danny sempat membetulkan selendangnya yang berwarna pink di cermin yang berada di dinding dapur. Ni Aunty Zahra la punya kerja ni. Dia suri rumah sepenuh masa. Dan memang dia la yang menjadi tukang masak kat dapur ni. Dia kata, walaupun kita ni suri rumah, tapi mestilah nak kelihatan cantik. Walaupun nak masak, tetap kena cantik. Tu yang kena ada cermin, kena tengok jugak macam mana rupa masa kita memasak. Sememeh ke, macam kelembai ke, macam Pontianak ke, atau tetap cantik macam Aishwarya Rai. Nanti suami lari, siapa yang susah?

Macam-macam. Aku dengar mula-mula nak tergelak. Aunty Zahrah ni isteri kepada Uncle Az, adik bongsu lelaki arwah mama. Kitorang memang duduk satu rumah. Sebenarnya ramai je yang duduk dalam rumah ni. Kenyataan Aunty Zahrah ni telah disokong oleh Aunty Ira. Haha.
Tapi, Aunty Zahrah memang rajin memasak dan mengemas. Tu yang kitorang tak payah nak ada orang gaji. Orang gaji cuma datang Sabtu dan Ahad je untuk kemas rumah dengan basuh baju dan siang ikan+ayam+blablabla…

Danny mula membawa mangkuk nasi dan lauk pauk ke khemah. Berbalik-balik dia dari dapur hingga keluar ke khemah. Maklumlah buat kerjanya sorang je.

Ekkk… siapa pulak lelaki yang smoking kat situ? Nak kata along, along tak balik. Nak kata angah, angah tak smoking lagipun dia pun tak balik. Selain daripada abang-abang aku, siapa je yang liat nak suruh solat ni?

Ada.

Sarah.

Tapi, Sarah tak mungkin datang kat majlis kenduri. Nak ajak solat jemaah pun, hmmm.. haremmm… dan setau aku juga dia tak smoke. And confirm tak mungkin bertukar perwatakan jadi lelaki pulak! Takkan kecewa dengan mamat perasan tu terus jadi pengkid kot? Haha. (gelak kejam)

Ni mesti tetamu mengelat solat ni. Hish, pemalas sungguh. Meh aku sergah.

Seperti dapat merasakan ada orang di belakangnya, lelaki itu menoleh ke arah Danny.

Mata bertentang.

Langkah Danny terhenti.

Masing-masing kaku.

1 saat…
2 saat…
3 saat…
4 saat…
5 saat…

“Ouch.” Puntung rokok yang berada di jari-jemari Denniel jatuh di atas kakinya. Denniel memijak puntung rokok yang masih menyala itu. Terperanjat. Terperanjat jumpa gadis ini semula. Terperanjat sebab kantoi tengah hisap rokok dan tak berada di dalam. Terperanjat sebab tiba-tiba rokok ni time-time orang tengah syok beradu mata dengan girl ni lah dia nak terjatuh.

“We meet again, huh?” Denniel berdiri sambil menyeluk tangannya ke dalam poket. Cuba untuk stay cool. (konon)

“What are you doing here, man?”

“Obviously, I baru lepas smoking.” Denniel buat muka selamba dan tak bersalah.

“Smoking, huh?” Danny mengangkat keningnya sambil bagi renungan kerek. “Kan semua orang tengah solat jemaah, kenapa tak join? Hmm… I guess dah nak start baca yasin pun.” Danny menjenguk sedikit ke tingkap rumah.

“Err…” Denniel menggaru kepala yang tak gatal. “Hey, cakap pasal I, you tu asal tak join solat jemaah, hmm?” Denniel juga mengangkat kening.

Huh? Perlukah seorang lelaki bertanya sebegitu kepada seorang perempuan? Takpe aku jawab jugak. “ABC. You pun ABC jugak ke?” Sarkastik.

ABC? Air Batu Campur? “You tak solat jemaah sebab minum air batu campur? Kalau you boleh tak solat jemaah sebab minum air batu campur, kenapa nak mempersoalkan I yang tak solat jemaah sebab smoking?”

Danny buat muka blurr.

Kemudian, tertawa tanpa dapat ditahan.

Apekebende bagi jawapan tak bernas. Sungguhlah alasan bodoh dan nampak sangat hendak mengelat solat. Haila, this man memang tak boleh pakai dowh.

Denniel terpaku. Indahnya… indahnya suara tawa gadis ini.

“Apa you buat datang sini kalau you tak nak join diorang solat jemaah dan baca yasin?” Danny mula menseriuskan wajah dan suaranya. Apa ni Danny boleh tiba-tiba ketawa. Control your expression, Danny.

Denniel tidak dapat menangkap butir bicara Danny. Dia hanya merenung Danny tanpa kata-kata. Dalam notebook pink tu, dia tulis nama dia Puteri Ramadhani. Nak panggil apa ye? Puteri? Ramadhani? Ani? Hani? Dhani? Adha? Atau Rama? Rama?? Rama-rama??? Butterfly???

Mamat ni apesal? Kena sampuk ke hape? “HOI!”

“Huh?” Denniel terpinga-pinga.

Haila, mamat ni! Boleh berangan pulak dia! “Apa you buat datang sini kalau you tak nak join diorang solat jemaah dan baca yasin?” muka bengang.

“Apa pulak you buat kat sini?” pertanyaan dibalas dengan pertanyaan.

Sabar Danny, sabar. “Ni rumah I, suka hati I lah nak berada di ceruk mana sekalipun. Baik you masuk dalam, Join diorang buat perkara yang mendatangkan pahala. Jaga your own solat. Dan dilarang duduk di sini selagi majlis kat dalam tu belum selesai! Ada faham?” tegas dan jelas

Danny bersuara. Danny memandang sekilas sebelum berlalu.

“You ni memang garang eh, butterfly?”

Langkah Danny terhenti. “Apa?” apa dia panggil aku tadi?

Sambil membetulkan suaranya, Denniel memandang tepat ke mata Danny. Tersenyum. “You ni memang garang eh, butterfly?” Denniel menekankan perkataan butterfly.

Butterfly? Danny buat muka blurr. Sebab memang tak faham. Out of the blue. Butterfly???

“Okay, I masuk dalam dulu.” Denniel membuat suara Romeo dia sambil mengenyitkan mata dan berlalu dari situ. selamba sahaja dia masuk ke dalam rumah dengan muka tak bersalah.

Kembang tekak Danny mendengar suara Romeo lelaki itu. Bajet hot betul mamat perasan ni!

No comments: