“Babe, can I
borrow your eye-liner? I punya dah habis, and I forgot to buy it. Huhu.” Cassie meratakan foundation Dior yang dipakainya.
“Yeah sure.
Nak warna brown or black?” selepas
memakai mascara di bulu mata kanan, aku memakai belah kiri pula. Maskara ni aku
cuma rajin pakai kalau aku ‘cuti’ sahaja, sebab bagi aku maskara agak susah nak
dibersihkan, nanti nak solat susah.
“Black.”
“Sekejap.” Aku menyimpan maskara yang dah selesai
aku pakai dan masukkan kedalam beg make-up
aku, kemudian aku cari celak yang berwarna hitam. “Nah. If you nak ambil terus pun boleh. I selalu pakai warna brown.”
“Ouh, thanks,
babe. But it’s okay, I pinjam je.” Cassie mencapai eye-liner yang dihulurkan. “You
pakai eye-liner warna brown?”
“Urm… yeah.
Why?”
“Jarang tau orang pakai eye-liner warna brown.
Selalunya orang pakai warna hitam. Kalau ada pakai warna lain pun, diorang
pakai warna blue-black.” Eye-liner ditangan Cassie mula
menampakkan warna di kelopak mata.
Aku gelak. “I
don’t know.” Aku menjungkit bahu. “I
rasa warna brown fits me better than black. And I feel my eyes look prettier when I’m
using brown. Ha. Ha. Okay fine, I
rasa nak muntah dengan statement
sendiri.”
Cassie gelak sambil tengok aku. “It really look nice on you la, dear.”
Cassie memandang semula cermin. “Different.”
“Arha, yeah.
I’m a weirdo anyway.” Aku tersenyum untuk mengaplikasikan blusher pula.
“No, you’re
not a weirdo. You’re human. Aiyo, stop talking like you’re an alienlah,
sayang.” Cassie dan aku sama-sama tergelak.
Setelah bersiap, Cassie mengikat rambut pony-tail. Dan aku pula membetulkan
lilitan shawl. Cermin tu boleh
dikatakan macam kitorang punyalah. Tadi Aunty
Anne nak pakai cermin pun sampai main tolak-tolak kitorang. Gamat kejap bilik
ni dibuatnya. Aunty Anne yang
merupakan mama Cassie dan makcik kepada aku. oppss…bukan makcik ye. Aunty. Hehe. Dia yang siap kemudian tapi
dia juga yang siap dulu daripada kitorang.
Cassie memakai minyak wangi Paris Hiltonnya. Dan
aku memakai minyak wangi Armani. And yeah, mesti rasa macam peningkan bila
minyak wangi bercampur? Haha.
Masa perjalanan dalam kereta, aku sempat mengelamun
sekejap. Terkenang aku dengan Cassie.
Sebenarnya kitorang ni berbeza. I mean sangat berbeza. Yeah, different in all way. Rupa, gaya,
minat, cita-cita, hobi, cara hidup memang berbeza. Tapi, kitorang boleh rapat.
Dan, kitorang pun boleh layan minat masing-masing. Kitorang terima each other tanpa ragu. Trust each other. Dan kitorang juga berjaya
menyamakan minat kitorang with each
other. I mean have interest to what each other like.
Teringat zaman kanak-kanak, kitorang kena marah
sebab main kejar-kejar kat luar rumah. Teringat zaman kanak-kanak punya cara
bercerita. Dan bezanya bila dah agak besar ni. Teringat zaman kanak-kanak aku
pernah sorokkan cermin mata dia, sampai dia menangis. (dan aku rasa dia pakai contact lens sekarang sebab dia tak nak
aku sorok cermin mata dia lagi kot. hehe. Gurau je) Teringat zaman kanak-kanak
masa kitorang bergaduh dan berbaik semula.
Itu zaman kanak-kanak. Zaman sebelum aku boleh
berfikir. Zaman sebelum aku masuk ke usia angka 11. Dan yeah, Cassie, memang seorang cousin
and best friend yang superb! Sebab walaupun aku berubah. Dia
terima aku seadanya. She loves me as who
I am, and I love her as who she is.
*zap*
Satu tepukan yang agak lembut (tapi sebenarnya agak
kuatlah sebab dia berbunyi) singgah di peha aku. Aku mengerutkan dahi sambil
memandang kepada empunya tangan yang menepuk peha aku.
“Amboi, cik kak. Dah berangan melayang ke mana tu?
London, Paris? Sampai orang panggil pun tak sedar.” Cassie mengangkat kening. “Haa, gotcha!”
Aku tersengih cuba cover malu. “Tak adalah sampai London or Paris. Sampai Bangladesh aje.”
Cassie tak boleh tahan gelak. Bergema suaranya dan
juga Aunty Anne.“Why must Bangladesh lah? Oh no, cousin! You ada terminat kat Mat
Bangla mana ni?”
“Apalah Zara ni, ada ke Bangladesh juga tempat yang
disebut.” Aunty Anne masih lagi
dengan sisa gelaknya.
Aku masih lagi tersengih. “Random, I guess?”
Aunty Anne
menggeleng-gelengkan kepalanya. “Macam-macam. Okey, ni kita nak makan apa ni?”
“Secret Recipe!!!” serentak aku dan Cassie
menjawab.
Then we look at each
other…
And laugh.
“High five, yaw!” tapak tangan
berlaga. Dalam soal makanan, masih ada kesamaan!
1 comment:
Different taste but can be twins at the same time hehehe!
Post a Comment