Wednesday, May 29, 2013

::Danny Denniel:: ~2~

Danny termenung di atas sejadah usai solat isyak. Teringat peristiwa pagi tadi di bilik kaunseling.



Habis sahaja makan, Danny minta kebenaran untuk masuk ke kelas semula. Cikgu Lee membenarkan dan sebelum sempat dia mencapai pemegang pintu. “Saya kenal awak dari awak bayi, Danny. Saya lihat awak membesar depan mata saya. Sebagai seorang yang dah lama kenal awak, dan sebegai seorang yang dah anggap awak macam anak saya sendiri, saya rindu sifat riang awak. Saya yakin, mama awak diatas sana pun begitu.”
Dan tanpa menoleh, Danny keluar dari bilik itu, menutup pintu dengan senyap. Berjalan dengan ekspresi hariannya selama setahun setengah ini; Beku.



Perlahan Danny membuka telekungnya. Sebenarnya masa Cikgu Lee cakap macam tu, hati dia dah sebak sangat. Tapi, entah tak tahu bagaimana dia boleh tahan rasa hati dan kekal menunjukkan ekspresi beku sehingga kini.
Danny duduk bersandar di kepala katil, dan memejam mata. Hati dia tidak sekuat mana. Empangan air mata juga bukannya kukuh sangat.
Mama, adik tak tahu. Adik tak tahu macam mana nak jadi riang macam dulu, adik tak tahu macam mana nak jadi diri yang dahulu. Adik tak rasa adik ‘hidup’ pun, ma.
Air mata mula merembes membasahi pipi. Dibiarkan saja. Tidak tahu mahu hentikannya bagaimana. Tahu jika kesat ianya tetap akan meleleh dan basah.
Danny baring dan cuba untuk tidur bersama air mata. Sejak mama pergi, setiap malam air mata menemani tidurnya.  Lampu sememangnya dibiarkan terpasang. Kerana sejak kecil dia sudah terbiasa tidur bersama lampu terbuka.
Bilik ini dikongsi bersama mama. Mama tidak boleh tidur dalam bilik gelap. Tidur mama pasti ditemani bilik yang terang. Dan dia tahu mengapa, walau mama tak pernah cerita.



Danny terjaga kerana mula berpeluh dan panas. Rupanya tak ada elektrik. Tapi, dia juga terjaga kerana sepertinya katil dia seperti bergoyang-goyang. Dilihat mama di sebelah sedang sesak nafas.
“Mama, mama kenapa ni?”
“To…long…” dalam gelap Danny hanya mampu melihat gerak-geri mama dalam keadaan samar. Tangan mama seperti menepis-nepis. Seperti sesuatu yang menakutkan sedang mengacau dia.
Dan selepas malam itu, baru dia tahu. Mama mempunyai trauma. Trauma yang tiada siapa tahu. Trauma ketika sering diseksa papa dahulu. Dibawa sehingga sangat takut pada gelap dan tidak boleh tidur tanpa lampu.



Danny masih belum boleh tidur. Jam baru menunjukkan pukul 10 malam. Dia hanyut bersama memori saat dia tahu mama punya trauma. Tapi, dia tidak pernah bertanya kepada mama. Dia simpan sendiri apa yang dia lihat dan dengar ketika mama dalam keadaan itu.

Mama okeykan di dalam sana? Adik tak pernah putus doa pada Allah agar kubur mama sentiasa terang. Sebab adik tak mahu mama rasa takut di dalam sana. Adik risaukan mama.

No comments: