Thursday, February 17, 2011

::Butterfly:: ~12~

Trial SPM sudah pun bermula. Walaupun pada bulan puasa, tidak terasa walaupun sedikit. Kerana Danny menyibukkan diri dengan belajar dan cuba untuk memperbanyakkan amalan sunat. Makin dekat nak SPM, makin jarang Danny melupakan solat sunat Tahajjud dan solat sunat Hajat.

Mencari ketenangan sambil belajar. Belajar sambil mencari arah tujuan. Mencari arah tujuan sambil mendekatkan diri pada yang Maha Esa.

Sungguh benar iman ni ada pasang surutnya. Bila masuk bulan puasa, bila dekat dengan musim peperiksaan. Iman naik je. Sebab tak nak terlepas dapat banyak pahala. Tak nak fail dalam exam.

Astaghfirullah…

Akulah salah seorang daripada manusia itu.

Teringat tazkirah daripada Ustazah Zai mengenai iman.

Iman dalam diri kita ni, ada pasang surutnya. Pasal tu kita kena jaga iman kita dengan baik. Bila masuk bulan puasa, Alhamdulillah, semua berebut-rebut nak pergi masjid. Berebut-rebut nak buat amalan-amalan sunat. Berebut-rebut nak dapat malam lailatul qadar. Tiap-tiap malam bangun buat solat sunat Tahajjud. Bila nak exam, semua tak pernah tinggal solat siap buat solat sunat Hajat tiap-tiap malam. Baca yasin tak pernah tinggal lepas solat Maghrib. Buku tak pernah lekang daripada tangan. Tak pergi melepak tak tentu hala. Zikir tak pernah lepas dari mulut. Tapi bila Ramadan dah habis, Syawal pulak datang. Solat Zohor tak sempat sebab sibuk pergi open house. Solat sunat malas sebab kekenyangan. Habis exam, semua rasa merdeka. Mula start dah melepak. Mula start keluar tak tentu hala. Itulah namanya iman ni ada pasang surut. Iman ni, ramai je yang menjadikannya sebagai musim. Janganlah jadi macam biskut chipsmore pulak. Sekejap ada sekejap taka da. Kalau solat lima waktu tu cukup, cuba selalu mengawalkan solat pulak. Jangan melengah-lengahkan. Jaga iman. Bila rasa iman tu tengah surut, beristighfar banyak-banyak. Zikir. Ingat Allah. Doa pada Allah, jangan Dia menyurutkan iman yang dah memang surut tu.

Danny duduk bersantai sambil memegang nota sejarahnya. Dia memilih tasik di Bandar Botanic Klang ini sebagai destinasi belajar petang ni. Suasana di sini nyaman dan tak berapa crowded. Tenang dia duduk di jambatan papan sambil memerhatikan air pancut yang ada di tengah tasik ini. Suasana yang agak sesuai untuk belajar.

Pertama kali dia pergi ke sini dengan arwah mama. Mama sangat suka dengan suasana di sini. Mama kata dia ingin beli sebuah rumah di sini. Kami datang berempat. Dengan along dan angah sekali. Kami sempat membeli sandwich dan beli air minuman sambil bersantai dan bergurau senda di sini.

Danny memejamkan matanya. I feel the pain again, ma. The pain of missing you. Missing us. When can I be free of this pain, ma? I can’t stop missing you. I can’t stop craving for you.

“Baca al-Fatihah untuk dia, Butterfly.”

Menoleh.
Pandangan mata mereka bertemu.

Denniel duduk di sebelah Danny. Mengalihkan pandangannya kepada tasik di hadapannya. Dia mengelap peluhnya menggunakan tuala yang tersangkut di lehernya. “Dengan bersedih dan merintih takkan dapat kembalikan dia ke dunia ni semula. Lepaskan dia. Iringi dia dengan al-Fatihah.” Denniel kembali merenung mata gadis yang masih memandang dia. Pandangan mata gadis itu kosong.

“I don’t understand what you are talking about.” Danny mengalihkan pandangan matanya ke arah nota sejarahnya.

“Don’t understand, huh?”

“Look, what do you want from me?” suara annoying.

“Help you.”

Huh? Danny blurr. “I don’t need any help. Not anyone. Especially not from you.” Nak tolong kebendenye. “Thanks for offering anyway. But no thanks.”

“You memang suka color pink, ey?”

Danny buat muka pelik. “You ni memang jenis yang random eh? Out of the blue cakap benda yang pelik-pelik and tak ada kaitan.” Danny membetulkan tudungnya yang ditiup angin. Dia tidak dapat menahan senyumannya. “Salah ke suka warna pink?”

“Senyum selalu macam tu kan bagus. Sweet.”

Serta-merta Danny menseriuskan wajahnya kembali. “Apa sweet-sweet? You punya ayat romeo tak jalan kat sini, okey.” Tajam renungan Danny kepada lelaki di sebelahnya.

“Woo..woo.. jangan perasan lebih eh. I tak try ayat you pun. You are young. I boleh masuk penjara kalau tackle budak bawah umur tau.”

“Ha. Ha. So funny till I forgot how to laugh.” Danny mencebikkan bibirnya.

“You miss her, ey?”

Out of the blue lagi. “So much.”

“Hurtful?”

“Till I feel like dying.”

Sigh… “Life is wonderful.”

“Not without her.”

“Think the positive side.”
“You still have your mother. We are different.”

“Nak dengar satu cerita?”

This guy memang random gila.“Who are you?”

“Ahmad Denniel.”

“Kenapa tiba-tiba?”

Ketawa. “Random, I guess?”

Senyuman ditarik tanpa paksa. “Weirdo.”

“Ek… dah pukul 6.30. Jap lagi nak buka puasa dah. Jom balik.”

Err… baru aku perasan. “You jogging bulan puasa? Tak puasa ke hape?” mata Danny bulat merenung Denniel.

Denniel dah mula bangun. “Oit. Orang puasalah. Mulut tak ada insurans.”

“Habis tu, semedang selamba je jogging bulan puasa ni.” Danny turut bangun sambil memasukkan notanya ke dalam beg sandang Converse nya.

“Puasakan baik untuk kesihatan. Kajian saintifik pun dah mengkajinya. Takkanlah tak puasa kot. Walaupun puasa, badan mestilah tetap nak keep fit. Jaga stamina. Lagipun jap lagi dah nak buka.”

“Ouh, just because ada kajian saintifik you nak percaya? Bila dah ada kajian saintifik baru you nak percaya puasa tu bagus? Albert Einstein kata, science without religion is lame, tau?”

Denniel menarik senyum. “I hantar you balik.”

Itu adalah statement bukan pertanyaan.

“Thanks, but no. You are still stranger. And I never let a stranger send me home except the taxi driver.”

Erk… gila kerek Butterfly ni. “I thought with our conversation just now, made us no stranger.”

Danny dah mula bagi pandangan membunuh. Am I open too much? Oh shit, Danny! What are you doing? Banyak mulut pulak dengan lelaki ni. Kan dia dah perasan lain macam. “Never, man.” Suara Danny bergetar menahan marah. Marah pada diri sendiri sebenarnya.

1 comment:

mieyo said...

i will check it out. no worries :D