Friday, January 21, 2011

::Butterfly:: ~2~

Danny melihat jam di dinding. Dah pukul 9 pagi. Oh my Allah! I need to get out from this room! I need to get out from this house! I need some fresh air! SPM dah dekat, aku masih lagi macam ni.
At least, aku kenalah penuhi janji aku yang terakhir dengan mama. Untuk hidup dengan baik. Untuk tidak menyusahkan hati atuk, nenek dan semua orang yang menyayangi aku. Untuk teruskan kehidupan walau apa pun terjadi.

Ma, adik akan cuba penuhi janji adik yang terakhir dengan mama. I’ll do my best!

Danny bangun dari katilnya. Cuba untuk menjadi manusia yang tetap bersemangat. OMG! Muka aku teruk gila! Danny membelek mukanya di cermin. Melihat matanya yang sembab. Oh-ho, takkan nak keluar dari bilik dengan muka macam ni? No, no, no.

Danny bingkas mengambil tuala untuk mandi dan menyegarkan diri. Setelah mandi dan mencuci muka, Danny membuka pintu almari bajunya dan mengeluarkan sepasang baju kurung serta tudung.

Setelah menyarung baju kurung dan memakai tudung, Danny memasukkan buku-buku yang ingin diulangkaji, notebook(ataupun lebih tepat lagi, notebook yang quite personal), walkman CD player dan juga cd-cd Avril Lavigne ke dalam beg silangnya. Setelah itu Danny terus menuju ke bawah.

“Danny nak pergi mana?”

“Nak keluar jap. Nak belajar kat luar.” Danny menyenduk nasi goreng yang terhidang. “Nenek dengan atuk ni kenapa? Sedih je Danny tengok.”

“Aunty Elina dah bercerai dengan si laki tak guna dia tu.” Puan Salmah menghirup kopi yang masih panas.

“What??” Danny membulatkan matanya. “Kes cerai lagi.” Perlahan ayat tu keluar dari mulut Danny.

“Nanti Aunty Elina akan tinggal dengan kita. Mungkin petang ni dia sampai.”

“Oh ok. Wah, makin meriahlah rumah kita.”

“Jangan balik lambat Danny.” Encik Abdullah memesan.

“Ok, tuk. No problemo. Sebelum maghrib Danny sampai depan pintu.” Danny tersenyum dan menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya.

***

Danny mengambil teksi untuk pergi ke stesen komuter Klang. Sebenarnya dia sendiri tidak tahu ingin ke mana. Aduh, nak pergi mana ni? Aku ada nak beli apa-apa tak? Danny bertanyakan dirinya sendiri. Oh ya, nak beli buku past years questions dan nak beli novel lah. Novel hari tu pun dah habis baca. Pergi MPH Mid Valleylah. Banyak sikit pilihan.

Setelah berada di dalam komuter. Fikiran Danny menerawang jauh.

Kenapa Aunty Elina bercerai? Kenapa mesti bercerai? Kalau mengikut logik akal, tentu saja Uncle Mirza yang bersalah. Kerana setau aku Uncle Mirza dah kahwin lain. Kenapa perlu lelaki yang menyakiti perempuan? Kenapa perempuan yang mesti terluka dan menangis?

Danny terbayang wajah Aunty Elina yang sugul ketika datang beraya tahun lepas. Masa tu, Aunty Elina kata dia akan cuba bertahan walaupun teruk Uncle Mirza kerjakan dia. Dia tak nak Mia terganggu dengan perceraian. Tapi aku rasa Mia dah lama memendam perasaan. Bukankah dia berada di rumah yang sama? Dia bukannya pekak atau buta. Mungkin perceraian adalah yang terbaik. Lagipun Uncle Mirza kejam. Walaupun tak sekejam papa… Dia tetap lelaki yang mengasari isterinya.

Lagipun dalam Islam tak pernah mengharamkan perceraian. Cuma ianya adalah sesuatu yang sangat dibenci Allah. Islam melindungi wanita. Kalau bukan Uncle Mirza yang ceraikan pun, aku rasa lebih elok Aunty Elina meminta fasakh.

Bukannya aku tak pernah suruh Aunty Elina minta fasakh, aku bukanlah nak meruntuhkan rumah tangga orang. Cuma aku tak sanggup melihat wanita terseksa dan sengsara kerana perbuatan seorang lelaki. Cukuplah dengan luka yang ada. Tapi, Aunty Elina terikat dengan cintanya kepada Uncle Mirza. Ah… cinta! Apa hebatnya cinta kepada seorang lelaki yang tidak lagi mengenal cinta terhadap kita? Lebih elok cinta itu diberi kepada yang layak dari kita bazirkan ia dengan orang tidak tahu menghargai.

Tapi, kehidupan ini sangat complicated, aku hanya menilai dari sudut pandangan aku. Setiap orang, cara pemikiran dan pengalaman mereka adalah berbeza.
Wah, banyaklah aku punya pandangan dan falsafah. Diri sendiri pun tak betul lagi. Eh, dah sampai? Cepatnya. Tu la, berangan lebih lagi. Setelah sampai di Mid Valley, Danny terus menuju ke MPH dan menghabiskan beberapa jam di situ.

***

Nasib baiklah aku sedar, kalau tak mahu terbabas Zohor aku. Danny menggelengkan kepalanya apabila melihat jam sudah pun menunjukkan 3 petang. Macam mana nak jadi hamba Allah yang berdisplin dan berjaya ni, waktu solat pun tak mampu nak jaga.
Usai solat, Danny menuju ke Baskin Robbins. Teringin nak makan aiskrim la!

“I nak flavor Strawberry Cheesecake and Berry-berry Strawberry.” Setelah membuat bayaran dan mengambil ice-cream, Danny duduk di tempat kosong Baskin Robbins. Mata Danny terpaku ke arah seseorang. Aikk… macam kenal je minah tu. Eh, tu minah salih celup kan? (wah suka-suka je aku bagi nama kan).

Oh, ini ke dreamy guy yang dia banggakan tu. Oh patutlah. Dia bangga sangat dapat couple dengan mamat ni. Muka mamat ni kira kategori A lah. And the most important thing, confirm this guy is so rich. Huhu.

Sarah yang baru perasan cousin nya Danny duduk di meja hadapannya, merapatkan lagi badannya ke arah boyfriend nya. Hmmm… biar Danny ni tau apa yang aku cakap hari tu, betul. Pakwe aku handsome and gorgeous. Kalahlah abang-abang dia yang perasan handsome tu.

OMG! Meluatnya aku tengok muka kerek si minah gedik + minah salih celup ni. Puh-lisss lah!

Danny mengeluarkan buku-buku rujukan dan notebook nya. Dia juga mengeluarkan A4 color paper yang baru dibeli. Dia memasukkan 2 buah novel Inggeris nya yang juga baru dibeli di MPH tadi ke dalam beg silangnya. Baik aku belajar dari menghadap muka minah salih celup ni.

No comments: