Sunday, May 26, 2013

::Butterfly:: ~30~


Fuh, Aunty Yati dengan Uncle Bahrain memang kaki shopping. Lenguh kaki aku ikut diorang berjalan dari petang bawak ke malam. Maghrib dengan isyak kitorang tunaikan dekat masjid. Dinner pun kat TGI Friday tadi.
Seronok memang seronok ikut diorang jalan. They are really a happy family. Aku rasa macam outsider je tadi. Walaupun layanan Aunty Yati dengan Uncle Bahrain kat aku sangat kekeluargaan sehingga Si Mamat tu cakap, aik, mama dengan papa lebih sayang Danny dari Den. Fine. Dah besar macam tu pun nak touching. Ceh, tak macho langsung
Mereka penuh dengan gelak tawa dan kasih sayang.
Tak sangka jugak aku, mamat tu kira jenis family type jugak. Abang-abang aku dulu pun family type juga tapi, sejak arwah mama dah meninggal. Terlalu banyak yang berubah. Kitorang masih baik. Still ada tanya khabar, still bergurau-senda. But I think, kitorang dah lama sangat tak keluar sama-sama. Last sekali tu pun, dengan cousins waktu raya menziarahi rumah-rumah orang.
Oh, Danny. Just please forget about it, okay?
Danny mencapai paper beg yang berisi sehelai baju jubah. Aunty Yati pilih dan belikan untuk dia. Mula-mula dia memang tak nak. Tak ada kena-mengena dia nak beli jubah. Lebih-lebih lagi harga jubah tu mencecah seribu ringgit. Gila! Aku tak pernahlah pulak beli baju mahal sampai harga seribu. Paling mahal pun RM600 je masa budak-budak dulu. Sampai sekarang aku simpan gown tu. ni sejak dah masuk teenage dan akil baligh ni. aku lebih suka bersederhana.
Tapi, setelah didesak oleh Aunty Yati dengan Uncle Bahrain, yang katanya ini hadiah sebab sudi tidur rumah mereka. Aku dah tak terkata apa dah. Cuma mengucapkan terima kasih. Mamat tu pun dapat baju sut harga nak cecah dua ribu. Haih. Ni orang lain punya ulang tahun, orang lain pulak bergaya sama. Tapi, baju Aunty Yati dengan Uncle Bahrain memang grand habisanlah. Macam nak kahwin semula, usik mamat tu kat mama dengan papa dia.
Danny mengeluarkan baju jubah warna midnight blue tu. Dia mengacukannya di hadapan cermin jubah yang mempunyai potongan A-cut. Sangat cantik, tidak terlalu sarat tidak terlalu simple. Danny mengambil hanger dan menggantungkaan baju tu serta selendangnya dan dimasukkan kedalam almari.
Mandi time! Dah rasa gila melekit dah badan ni.



Denniel mengetuk pintu bilik Danny.
“Siapa?” kedengaran suara Danny dari dalam.
“Den.”
Nak apa pulak mamat ni malam-malam buta cenggini? “Nak apa?”
Mak aih, kerek betul suara budak ni. kenapa aku belum get use of it lagi? dah memang Butterfly ni macam ni cara jawabnya dengan aku. “Bukalah pintu ni.”
Gila apa nak buka pintu tanpa tau niat orang. Dahlah aku dengan dia je duduk bilik atas ni. “Putus fius. Memang taklah. Tengah-tengah malam macam ni.”
Denniel gelak. “Takut eh?”
“Tak ada maknanya nak takut.” Danny buat muka.
“Kalau tak takut, bukalah.” Mencabar.
“Buat apa nak buka pintu tanpa sebab? Otak I tak tertanggal wayar lagi.”
“Ni la, mama suruh bagi you air mineral ni. In case you haus tengah-tengah malam. Tak payah susah-susah nak turun nanti.”
Boleh percaya ke ni? “Kejap.” Danny menyarung tudungnya. Nasib baik baju tidur dia memang berlengan panjang. Danny membuka pintu separuh. Kelihatan Denniel yang sedang tersengih.
“Nah.” Menghulurkan sebotol air mineral.
Thanks.” Ingin merapatkan pintu.
Eh, jap.” Denniel menahan.
Danny dah mula tunjuk muka bengang. “Nak apa lagi?”
Denniel menggelengkan kepala. “Boleh tak jangan kerek sangat? Nanti boyfriend lari.”
Thank God I tak payah nak fikir pasal boyfriend.” Danny membesarkan matanya.“Kalau setakat nak cakap tu je, baik tak payah.”
“Ni ha, nak bagi pinjam buku. In case you boring or tak boleh tidur.” Denniel menghulurkan sebuah buku.
Danny memandang buku yang dihulurkan. Nicole Jordan? “You… baca buku macam ni?” tak percaya. Nak tergelak pun ada.
Haish! Gila apa I nak baca buku historical romance macam korang ni. Ni buku mama I lah. Dia jugak suruh bagi. In case you boring.” Part ni macam ada tipu sikit. Mama tak suruh bagi buku pun. Mama cuma suruh bagi air lepas tu mama cakap, kalau Danny boring, dia suruh aku entertain Danny. Mama…mama… macamlah Miss Butterfly ni nak bagi aku entertain dia. Baru ketuk pintu nak bagi air pun, budak ni dah kerek. Nilah budak-budak zaman sekarang.
Well… “Ooo…ok thanks a lot.” Danny mengambil huluran tersebut. “So, ada apa-apa lagi Encik Denniel?” cuba memaniskan muka. Tapi, nampak sangat tak ikhlas.
Have a good sleep. And…” Denniel dah mula menapak ke belakang tapi masih memandang Danny yang berdiri dipintu. “…dream of me tonight, Butterfly.” Dia mengenyit mata.
Never!” Danny menjeling sebelum menutup pintu dengan agak kuat. Dari dalam bilik dia dengar yang Denniel sempat mengucapkan, “Never say never, Butterfly.”
Ish! Betul buat aku bengang! Danny merengus.

No comments: