Monday, January 24, 2011

::Butterfly:: ~5~

Denniel membelek notebook berwana pink itu. Hmm... gadis yang berlalu dengan pantas selepas ‘menyimbah’ mukanya dengan aiskrim Baskin Robbins. Tapi telah ‘mencicirkan’ notebook pink ini.

Apa agaknya isi kandungan dalam notebook pink ni eh? Comel je macam tuan dia. Huhu… Denniel teringat gadis itu yang berbaju kurung dan bertudung dan memakai kasut sport Nike. Nampak je sopan dan ayu tapi garang rupanya. Tersenyum Denniel mengingat gelagat gadis yang tiba-tiba ‘menyerang’ dirinya.

Denniel mula menyelak helaian kertas di dalam notebook itu…

***

Oh, shit! Where’s my notebook? Danny mencari-cari notebook di dalam begnya habis segala beg dan buku serta plastic dia selongkar.

Oh, no, no, no! Jangan cakap hilang. Jangan cakap lost. Jangan cakap missing in action. Please. Please. Please…!!! OMG! Memang tak ada. Uwaaa… ni yang rasa macam nak nangis keluar air mata gelen-gelen ni.

+ Ni semua that man punya pasal la.

-Err… bukan ke aku yang mula dulu?

+ Apa pulak aku yang mulakan. Siapa suruh dia menyakitkan hati perempuan. Tak baik tau.

-Tapi bukannya urusan aku pun kan. Lagipun biarlah si Sarah tu. Padan dengan muka dia.

+ Aduh..aku ni… Bukannya tak boleh nak mengajar si minah salih celup tu. Tapi berhemah lah sikit. Kalau kita menggunakan cara yang sama macam dia, kita pun sama je la kan macam dia? Macam that man tu.

-Ok stop! Tak yah nak gaduh-gaduh pasal that man yang ntahsapentahtu. But his eyes… are really something.

+ Stop! Stop!!! Apa melalut-lalut lebih-lebih nie?

And now where’s my notebook? Alamak aih..tercicir di mana ya? Dahlah kat dalam tu ada gambar mama yang paling aku suka. Huwaaa… sungguh aku rasa nak nangis dah ni!

***

Setelah membaca notebook itu, Denniel termenung seketika. Kalau tengok dari luaran notebook atau mungkin juga diari ini, orang akan guess memang girlish habis lah budak ni. Mesti dalam diari tu tulis dia suka siapa, or nak pakai baju apa, ada terjumpa mamat hensem macam aku ke tak. (hehe)

Tapi…

Denniel mengeluh.

Bukan itu yang tertera di atas helaian kertas ini.

Gadis yang bernama Puteri Ramadhani ni, seperti sedang menanggung sesuatu yang berat. Tapi, umur dia kat sini dia tulis baru berumur 17 tahun. Maknanya tahun ni dia SPM la? Tapi muka dia pun memang nampak muda lagi.

Denniel kembali membaca ayat-ayat yang tertulis di dalam notebook itu.

Catatan-catatan yang berada di dalamnya hanya pendek-pendek sahaja.

= If suicide not a sin, I’ll do it without doubt.

= I miss you, mama…

= Adik masih tak boleh nak hilangkan vision tu ma…Ianya masih jelas dalam kotak ingatan adik.

= Papa. Mama. Darah. Kematian. Penjara. Kubur.

= Adik tak nak jumpa dia ma…

= Seksanya tinggal dalam rumah ni. Bila darah dan kematian dan kenangan bercampur menjadi satu.

=I’m so lost, ma…..

= I’m so hurt, mama….

= Where are you, ma? Where am I?

= Mama…adik rindu sangat-sangat dengan mama….

= I can’t breathe…

= I hate him…. I hate him…. I won’t forgive him, mama… I swear that I won’t!!!

Catatannya tanpa tarikh dan haribulan.

Denniel merenung pula gambar yang ada di helaian seterusnya. Ada gambar gadis itu dan seorang perempuan, mungkin mama dia.

Denniel menarik nafas dalam-dalam. Lalu menghembusnya perlahan-lahan. Siapa girl ni? Kenapa setiap ayatnya penuh kerinduan, kesedihan dan kebencian? Apa yang terjadi pada dia? Mana mama dia? Mana papa dia? Siapa yang dia tak nak jumpa dan siapa yang dia benci?

Kenapa catatan-catatan ringkas dia tiada tarikh dan haribulan? Dan setiap catatan hanya pendek dan memang sukar difahami.

= Sick of crying, tired of trying, yeah I am smiling, but deep inside I’m dying…
She is so damn hurt. But why???

Nampak sempoi je, tapi ayat macam emo. Muka pulak muka selamba. I think she needs help. She really needs somebody to help her. I wish I could. Hmmm… errr?? Apa pulak aku melalut ni? Asal aku nak nyebok hal dia pulak? Kenal pun tidak. Nak bagi buku dia ni balik pun, bukan aku tau dia duduk mana. Kalau aku tau pun, tak ingin aku jumpa budak tu lagi. Ada ke ‘simbah’ orang dengan aiskrim. Adehhh~

Arghh… lupakan je la. Denniel mencampakkan notebook pink itu ke bawah katilnya.

No comments: