Aunty
Ira membuka pintu bilik. “Danny, tu Denniel dah sampai dah.”
Danny
mengerutkan dahi. “Denniel? Siapa tu?” bila masa pulak aku kenal orang bernama Denniel?
“Anak
Aunty Yatilah. Denniel mana lagi.”
Huh?
Danny terkaku sekejap. Asal dia pulak
yang ambil aku?
“Cik
kak, tak payah nak termenung pulak
kat situ. Pakai tudung lepas tu turun.”
Sejurus
Aunty Ira menutup pintu biliknya.
Danny menepuk dahinya.
Aiseyman!
Aku kena duduk satu kereta dengan dia lagi ke? Ni yang buat lagi malas nak
pergi ni. Danny menghempaskan dirinya diatas katil. Aku rasa macam nak
demamlah.
Danny
meletakkan tangannya ke dahi. Dipegang pula lehernya. Ala, nape tak panas?
Sementara
dibawah pula.
“Denniel,
dah sarapan ke? Kalau belum, ni ada nasi goreng ni.” Aunty Elina mempelawa.
“Boleh
jugak.” Denniel tersengih. Rezeki
jangan ditolak. Tadi, kat rumah tak sempat nak makan sebab ingat dah terlewat
nak ambil Butterfly. Terbangun lewat tadi, tak dengar pun bunyi alarm. (nak ambil Butterfly punya pasal
siap set alarm. Muehehe) Tapi, nasib baik on time. Tepat pukul 10
aku sampai.
Denniel
mengambil tempat duduk di meja makan yang ditunjukkan oleh Aunty Elina. Aunty Elina
mula mencedokkan nasi goring kedalam pinggan. “Nah, makanlah Denniel. Jangan
malu-malu. Nak air apa? Sejuk ke panas?”
“Air
sejuk. Terima kasih Aunty Elina.”
Aunty
Elina menghulurkan jus oren kepada Denniel. “Sama-sama.” Bagus adab budak ni.
Memang pandai Yati dengan Bahrain didik anak dia ni. “Mana pulak Si Danny ni,
tak turun-turun lagi.” Aunty Elina
menjenguk ke anak tangga.
“Tak
apa, tak apa. Biarlah dia bersiap-siap dulu. Bukan nak rushing pun.” Denniel senyum sambil menyuap nasi goreng. Siapalah
masak sedap sangat ni.
Danny
memasuki dengan muka yang agak masam. Dari rumah tadi, memang dia tidak
bercakap apa-apa. Menegur Denniel pun tidak. Entah kenapa dia rasa bengang nak
tengok muka mamat ni.
Denniel
juga tidak berkata apa. Dia perasan mood
Danny yang agak moody. Karang kalau
tersilap cakap, terbakar pulak kereta BMW bapak aku ni. Haih.
Denniel
memandu dengan tenang. 80 kilometer sejam. Pandu cermat, jiwa selamat. Err, betul ke slogan tu macam tu bunyi
dia?
“You dah breakfast?” Denniel cuba memecah kesyunyian. Bosan pulak jadi orang bisu kat dalam kereta
ni.
Diam.
Aik,
tak nak jawab nampak. “You dah
mandi?”
Apa
jenis soalan tu? Hish. Tak kuasa aku
nak jawab soalan macam tu.
“You simpan intan berlian ke dalam mulut
tu sampai tak nak buka langsung?”
Ceh,
tak lawak okey!
“You still
marah dengan I pasal kes haritu ke?”
Danny
hanya diam. Malas nak jawab. Malas nak bercakap, nanti jadi macam sebelum ni,
bercakap tak ada fullstop.
“Haih, stereng, aku cakap dengan kau
jelah. Tak ada siapa nak bercakap dengan aku kat sini. ada orang masih lagi
marah laa.”
Eleh,
tak simpati pun. “Tak.” (tapi, jawab lah jugak.)
Ek,
dah bersuara dah dia? “Apa yang tak? Tak breakfast
lagi? Tak marah lagi? Haaa! Atau tak mandi lagi??” cheer up, buddy!
Danny
menjeling orang disebelahnya. “Ha. Ha.” Sebijik-bijik perkataan tu keluar. “Tak
lawak langsung.” Kembali merenung ke hadapan jalan raya.
“Ala, chill la babe. Gurau sikit je. Kata tak marah, janganlah masam
macam tu.”
Euuww.
Asal aku rasa nak muntah dowh dengar
ayat dia? “Apa babe, babe?
Belasah kang baru tau.” Danny
memandang Denniel dengan muka tak puas hati.
“Woo… okey, okey. I just nak memecahkan kesunyian sahaja.” Denniel memberi killer grin.
“Whatever.” Sorry ye senyuman anda tidak dapat mencairkan hati saya.
Haih.
Kerek sungguh budak ni. “I…”
Dengan
pantas Danny mengangkat tangannya tanda suruh berhenti. “Can you just please drive car carefully and shut the hell up?” dia
mencapai walkman cd player dalam
begnya, memakai earphone dan menekan
butang play.
Okey,
okey… diam jelah Den oii!
“Haaa, dah sampai pun. Welcome, sayang.” Puan Sri Hayati
memeluk dan mencium pipi Danny. “Buat macam rumah sendiri tahu. Jangan
malu-malu. You are most welcome here.”
Danny
senyum dan mengangguk. “Insya-Allah.” Mesra dan ramahnya Aunty Yati ni.
“Hari
ni kita ada program tau. Pukul 2 nanti kita berempat pergi Pavillion. Sekarang
ni Uncle Bahrain dia ada meeting dekat kelab golf.” Danny hanya
mengangguk. “Haa, Denniel bawak
kereta tau. Mama dah booked Denniel
untuk seminggu ni.” Puan Sri Hayati memandang Denniel berdiri dissebelahnya.
“Ya,
mama. Den dah kosongkan jadual Den untuk mama dan papa yang tersayang ni. Don’t worry.”
“Ha,
kan bagus macam tu. bolehlah nanti kita pergi shopping sama-sama. Function lagi seminggu baju pun tak cari
lagi. busy sangat uruskan
macam-macam.” Puan Sri Hayati menggelengkan kepala dengan kesibukannya.
“Ni
ulang tahun perkahwinan Aunty yang keberapa?”
kenalah tanya. Sebab aku ni yo yo o je
datang sini konon nak datang tolong ke menyibuk ke menyusahkan lagi ke tapi
satu apa pun tara tau ooo…
“Yang
ke-25. Tula kononnya nak buat besar-besaran sikit. Alhamdulillah, perkahwinan
atas dasar cinta ni bertahan jugak. Dapatlah
seorang anak ni ha, buah hati tanda cinta kami.” Puan Sri hayati memandang
nakal kepada anaknya.
Denniel
ketawa. “Wow, now I know, that I’m so
precious.”
“You are, my darling.” Puan Sri Hayati
juga ketawa.
Danny
hanya tersenyum. Terasa pahit senyumannya. Ini perkahwinan atas nama cinta.
Bahagia hingga sekarang. Perkahwinan mama dan papa atas dasar apa? Kenapa
berakhirnya dengan penderitaan? Sehingga anak-anak juga turut terkena tempias
kepedihannya.
“Den,
tunjukkan Danny bilik dia.” Puan Sri Hayati menyuruh anaknya. “Mama nak ke
dapur dulu.”
“Bilik
yang mana satu, ma?"
“Yang
bertentangan dengan bilik Den tulah. Kan mama dengan bibik dah kemas hari tu.”
Bertentangan
dengan bilik dia? Hadoi! Tak ada
bilik lain ke? Apalah nasib aku ni. Haih.
“Bawakanlah
sekali beg Danny tu.” Sempat Puan Sri Hayati menyuruh lagi sebelum hilang ke
dapur.
Denniel
mengambil beg Danny dan membawanya ke tingkat atas.
Jenuh
juga nak naik tangga sampai tingkat tiga. Boleh kurus ni kalau selalu
turun-naik tangga macam ni. Danny bermonolog dalam hati.
“Okay, this is your room.” Denniel
membuka pintu dan mempersila Danny masuk. “If
you need any help or anything, my room is just infront of your room, okay?”
Denniel memberi senyuman satu juta dolarnya.
Danny
membuat muka. “Memang taklah.”
Denniel
ketawa. “Haih, Butterfly.” Keluh
Denniel namun sisa tawa masih ada. “I’m just
trying to be nice, okay?”
Danny
memusingkan badannya menghadap Denniel yang berdiri dimuka pintu sambil
mengangkat sebelah keningnya. “No need.
Coz I don’t think that you’re nice at all.”
Mak
aih! Memang kerek. “Ouch. Touché.”
Denniel memegang dadanya sambil membuat muka simpati.
“Now I don’t need anything. So…” Danny
mengangkat kedua belah keningnya pula. “…boleh keluar?”
Fuh,
memang makan hati kalau nak berbaik dengan Butterfly ni. “Fine.” Denniel keluar tanpa menutup pintu yang terbuka luas.
Ish!
Nak je aku hempas pintu bilik ni,
masalahnya ni bukan rumah dan bilik aku, jadi jangan nak buat hal ya. Sempat
juga dia terpandang Denniel yang mengenyit mata kepadanya di bilik bertentangan
dengannya sebelum masing- masing menutup pintu.
Ish!
No comments:
Post a Comment