Thursday, September 22, 2011

::Butterffly:: ~15~

“Danny, hari sabtu nanti kita sekeluarga pergi membeli-belah kat Mid Valley. Oh ya, baju kurung kamu dah siap dah. Kawan Aunty Ira dah bagi semalam. Lupa pulak nenek nak bagitau kamu. Kamu tempah hari tu tujuh pasang kan?” Puan Salmah yang sedang menggosok baju itu memandang Danny yang memasuki biliknya dan duduk di birai katil.

“Hari Sabtu ni eh? InsyaAllah. Kat mana baju kurung Danny, nek?”

Aunty Elina yang juga masuk ke bilik Puan Salmah dan Encik Abdullah menyampuk dengan nada bergurau. “Amboi, anak sedara aku sorang ni.beraya sakan! Tujuh pasang Danny? Nak pergi mana sampai buat baju kurung banyak-banyak ni?”

“Eleh, jealouslah tu.” Danny menjelirkan lidah.


“Potong kang lidah tu baru tau.” Aunty Elina berpura-pura mencari gunting dalam bilik Puan Salmah.
“Danny ni dia buat baju kurung banyak sebab tu baju untuk berjalan dia sekali. Baju raya dia dua pasang je. Dia kan perempuan solehah, keluar pakai baju kurung. Bukan macam kau dah berumur pun bergaya memanjang.” Puan Salmah menjelaskan bagi pihak Danny sambil mengenakan Aunty Elina.

“Hah, tengok. Nenek kata Danny perempuan solehah tau. Jangan jealous!”

“Yela, yela. Baguslah macam tu. Aunty ni dah tua pun mestilah nak bergaya. Dah terbiasa dari muda. Sekali-sekala, apa salahnya Danny bergaya. Nanti Aunty Elina make-overkan, nak tak?”

“Ish, tak naklah. Danny ni natural beauty. Tak payah pakai baju fesyen-fesyen. Tak payah pakai mekap tebal-tebal pun dah lawa.”

“Ceh, perasannya anak dara sorang ni.”

“Yela, kalau bukan Danny puji diri sendiri siapa lagi nak puji, ye tak? Danny taulah Danny ni tak lawa. Kulit pun tak berapa nak putih macam korang. Ish, sedih woo.” Kalau nak diikutkan semua kulit ahli keluarganya jenis yang putih melepak. Ada yang putih kuning langsat, ada yang putih merah. Entah kenapa dia je yang sesat. Tak berapa nak putih macam diorang. Along dengan angah pun kulit putih kuning langsat macam mama.

“Eh, lawalah kulit macam ni. Macam warna kulit Vanessa Hudgens… orang putih suka. Nanti bolehlah cari boyfriend orang putih. Lagipun kulit Danny bukannya hitam. Tak putih, tapi cerah.”

Ekkk? Wah, memang advance makcik aku ni. Vanessa Hudgens pun, dia kenal! “Yo yo o je Aunty Elina ni.”

“Merasa nenek dapat cucu menantu orang putih. Dapat cicit mata biru.” Puan Salmah juga tak ketinggalan menggiat Danny.

“Untung-untung dapat yang handsome macam Zac Efron.” Aunty Elina menokok lagi.
Nah! Zac Efron pun keluar kalau melayan diorang ni. Karang tah sape lagi pulak nama-nama Hollywood yang Aunty Elina nak keluarkan. “Mengarut je korang ni. Nek, mana baju kurung Danny? Nak try.” Pantas Danny mengubah topik.

“Tu kat balik pintu tu, hah.”

Danny bangun mengambil bajunya. “Okey, Danny masuk bilik dulu ya. Assalamualaikum.”
Danny menutup pintu biliknya. Dia mengeluarkan sepasang demi sepasang baju kurungnya dan diletakkannya di atas katil. Lima pasang baju kurung cotton dan dua pasang baju kurung Thailand Silk plain.

Tema untuk tahun ni untuk raya pertama adalah biru laut. Dan tema untuk open house nanti pula berwarna lavender. So, kain Thailand Silk ni satu berwarna biru laut, satu lagi berwarna lavender. Baru Danny ingin mengacukan baju kurungnya, telefon bimbitnya berbunyi menandakan message masuk.

-Danny tgh buat ape? Jom lepak sambil sahur dekat mamak. Kitorang ambik. Ajaklah Mia sekali. Semua cousin turun. So, don’t say no, ok?

Danny membaca mesej daripada sepupunya, Kak Nurul. Aduh, malasnya nak keluar.

-Semua ada? Along dgn angah ada?

Kalau along dengan angah ada, okey jugak. Dah lama tak jumpa diorang.

-Dun worry my dear. Kak Nurul dah pastikan diorang datang. Berani diorang tak dengar cakap mem besar ni. Haha. Siaplah. Jgn lupe ajak Mia sekali.

-Okey.

Danny mengetuk pintu bilik tidur yang dihuni oleh Mia dan Aunty Elina. “Mia, oo Mia.”
Mia membuka pintu bilik. “Kenapa Kak Danny?”

“Mia tengah buat apa?”

“Tengah baca novel je.”

“Ni Kak Nurul ajak kita keluar. Semua cousin ada. So, dia kata wajib datang. Kejap lagi dia ambil kita. Siaplah. Nanti Mia cakap dengan Aunty Elina. Kut-kut dia nak join ke.”

“Wajib ke? Mia macam malaslah nak keluar.” Mia bersandar di tepi pintu sambil merenung ke lantai.

“Kak Danny pun malas jugak nak keluar. Tapi, nanti bising pulak Kak Nurul kalau kita tak datang. Lagipun akak tak rasa dia ajak. Dia arahkan tu. You know your big cousin, right?”

Mia tergelak. Ya, dia tau perangai Kak Nurul. “Okeylah. Nanti Mia bagi tau mama Mia.”
Danny yang baru ingin berpusing tiba-tiba terhenti dan memandang ke arah Mia. Mia turut memandang pelik sambil angkat kening bertanya kenapa.

“Mamma Mia?” Danny memberi senyuman nakal. “Mamma Mia, huh? Macam pernah ku dengar di mana tajuk filem itu.”

Mia tergelak. “Apalah Kak Danny. Lawak tak menjadi.”

“Eleh, lawak tak jadi pun, awak gelak jugak.” Danny tersenyum sambil menuju ke biliknya sendiri untuk menukar baju.

***

Meja-meja dikedai mamak itu disambungkan untuk memuatkan dua puluh orang sepupu, dua pupu, tiga pupu dan kupu-kupu yang seterusnya. Ini hanyalah jumlah kecil. Walaupun setengahnya hanyalah dua pupu dan saudara yang tidak berkongsi atuk dan nenek yang sama. Tetapi tetap berkongsi moyang yang sama (hehe), kami tetap rapat. Kerana kami amat mementingkan kekeluargaan dan hubungan kekeluargaan kami sangat rapat.

“Eh, Nurul. Minah salih celup gedik tak join ke?” Bob bertanya.

“Aku dah jemput. Tapi dia cakap apa standard dekat mamak. Dia tak nak datang.”

“Gila berlagak dowh Sarah tu.” Ikmal menjuihkan bibirnya.

“Tak baik mengutuk orang bulan puasa ni.” Selamba Danny mengenakan sepupu-sepupunya itu sambil memerhatikan menu-menu yang ada di kedai mamak itu.

“Alamak!” Ikmal menepuk dahi. “Adik ustazah kau dah bersuaralah, Ammar, Hakim.”

“Biasalah. Tengoklah adik siapa.” Hakim bersuara sambil mengangkat keningnya. “Wah, dah makin tinggi pulak adik sekarang ni ya. Lama tak jumpa.,”
Danny hanya mencebikkan bibir.

“Eleh, adik kau je yang baik. Korang berdua ni setan.” Kak Nurul membidas Ammar dsn Hakim.

“Macam-macamlah korang ni. Orderlah. Membebel je. Aku lapar ni.” Sahri memanggil ane yang bekerja di situ.

“Heee, kau ni! Buka tadi punyalah aku tengok kau melantak. Ni lapar lagi.” Maria kakak kepada Sahri menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Habis datang kedai makan kalau tak makan, macam pelik je bunyinya, kak oiii!!”

Setelah masing-masing order makanan dan air. Mereka mula bertukar-tukar cerita. Berborak dan bergurau.

“Weyh, tema raya warna apa tahun ni? Aku belum beli baju raya lagi dowh.” Amira yang sedap mengunyah tiba-tiba teringat.

“Hoi! Belum beli lagi? Kau biar betul cik adik sayang oi! Waktu dah pertengahan nak masuk akhir Ramadan ni nak tempah baju memang haram kejadahlah jawabnya.”
Amira tersengih. “Ala, nanti aku beli dah siap je lah. Malas aku nak tempah dowh. Sama je harga tempah dengan beli.”

“Warna biru laut.”

“Adik, baju raya along dengan angah ada ke?”

“Ada, nenek dah tempahkan.”

Sepupu-sepapat yang lain memandang antara satu sama lain sambil mengangkat kening kepada antara satu sama lain.

“Wah, cucu-cucu kesayangan neneklah namanya.” Bob mencebikkan bibir.

“Eleh, korang dengki apa hal? Dah memang terang lagi bersuluh atuk dengan nenek sayang kitorang lebih. Muahaha.” Ammar dan Hakim gelak jahat. Danny hanya menggelengkan kepala.

Sepupu-sepapat yang lain hanya gelak. Mereka tak kisah pun. Mereka tau sebab nenek dan atuk sering melebihkan mereka bertiga. Kerana mereka atuk dan nenek yang bela sejak kecil dan sebelum Aunty Elina bercerai. Arwah Aunty Izzahlah ibu tunggal dan menanggung banyak penderitaan. Atuk dan nenek kasihankan mereka bertiga yang umpama tiada bapa. At least, Uncle Mirza menyayangi Mia.

Mereka tidak terasa tersisih pun. Lagipun mereka ada ibu dan ayah sentiasa menyediakan keperluan mereka. Walau macam mana pun mereka tahu atuk dan nenek sayang kesemua cucu-cucunya.

Ikmal memandang ke arah dua orang lelaki yang baru memasuki kedai mamak itu. Dia mengenali kedua-duanya. Sambil melambaikan tangannya kepada kedua lelaki itu. “Den! Farish!”

Denniel dan Farish yang baru sampai kedai mamak berjalan menuju ke meja Ikmal. “Hey! Long time no see, bro”

Mereka bersalaman dan berpelukan sesame mereka. “Wassup, bro? “ Ikmal mengangkat kening.

Farish melihat ke meja Ikmal yang ada ramai orang. Err… ramai gila. Macam dua puluh orang. Sekali mata Farish tertancap kepada seorang gadis bertudung bawal putih dan berbaju kurung cotton. Dengan pantas dia mencuit bahu Denniel yang sedang rancak berbual dengan Ikmal. “Gadis aiskrim.” Dia menunjukkan dengan matanya ke arah Danny kepada Denniel.

Dengan pantas Denniel menoleh. Matanya jatuh kepada Danny yang sebenarnya sedang berpura-pura menikmati air batu campur. Kerana dari Ikmal panggil lelaki berdua tadi dia dah perasan.

“Hai, Mia.” Denniel mengangkat tangan kepada Mia yang duduk di sebelah Danny.
Mia sambil tersenyum menegur kembali. “Hai, Abang Denniel.”

“Ek… macam mana kau kenal Mia?” Ikmal buat muka pelik.

Farish pun sudah buat muka pelik. Ek… lain yang aku tunjuk lain pulak yang dia tegur. Budak yang dia tegur pun nampak sangat budak sekolah. Entah-entah baru darjah enam! Takkan kawan baik aku ni dah tukar citarasa kot! Ish… seram aku, kalau kawan aku ada sindrom pedofilia. Astaghfirullah… apa aku merepek ni. Haa! Si Denniel ni. Hari tu kononnya punyalah marah kat gadis aiskrim ni. Ni berjiwa tenang je aku tengok dia bila jumpa gadis aiskrim ni.

Ikmal mengangguk-nganggukkan kepala mendengar cerita Denniel yang menerangkan bagaimana dia boleh kenal Mia. “Oh, yela. Waktu kenduri haritu aku tak datang. Outstation. Ni semua cousin-cousin aku. Ini kawan satu universiti aku kat Leicester dulu. Denniel dengan Farish.”

Kak Nurul yang dari tadi hanya memerhati. “Eh, yelah. Ni anak Aunty Yati dengan Uncle Bahrin kan. A’ah, aku sempat jumpa mamat ni masa kenduri haritu.” Baru teringat kat mana aku jumpa mamat handsome ni. Kat rumah atuk rupanya.

“La… cousin-cousin kau ke semua ni. Ramai jugak yang aku dah pernah jumpa kat kenduri haritu.” Denniel memandang mereka-mereka yang ada di situ. Mengenali beberapa muka walaupun tak tahu nama dan juga tak pernah tegur! Yelah, dia datang ke kenduri itu hanya untuk membawa papa dan mamanya sahaja. Bukan untuk bermesra alam dengan orang.

Tapi…

Denniel menoleh ke satu wajah yang nampaknya masih sedang menikmati air batu campur. ABC! Dia tersengih tiba-tiba. Teringat peristiwa sewaktu kenduri. ‘Jaga your own solat. ABC. Smoking. Butterfly.’

Farish yang perasan Denniel tersengih, dah mula rasa sahabat baiknya itu ada masalah mental. Dia boleh sengih tengok gadis aiskrim ni? Hm… tak pernah cerita pun yang dia dah terjumpa balik dengan gadis aiskrim ni. Pelik. Pelik.

“Eh, asal berdiri je dari tadi. Mehlah join kitorang. Kau ni pun Ikmal. Tak reti-reti nak ajak kawan-kawan kau ni duduk?” Ammar pula mempelawa.

Ikmal tersengih sambil garu kepala. “Aku lupa. Meh duduk-duduk. Tarik kerusi tu. Ada space lagi ni. Eh, Bob, Sahri korang berganjak sikit.”

Setelah Bob dan Sahri berganjak daripada kedudukan mereka. Farish dan Denniel pun menarik kerusi dan duduk.

Entah kebetulan atau suratan, kerusi yang diduduki Denniel bertentangan dengan kerusi yang diduduki Danny.

Danny yang merasa ada mata sedang memandang kepadanya, mendongak sikit dari mangkuk air batu campurnya itu.

Zasss.

Hati Danny rasa macam tengah main drum. Dari mata turun ke hati. Huh? Apa aku ni? Apa kes guna ayat jiwang ni. Danny menggelengkan kepalanya dan mula menoleh kepada along dengan angah yang bercerita bagaikan nak rak. Fuh… gila beriya-iya abang-abang aku ni bercerita.

Dari mata turun ke hati. Entah kenapa ayat itu terlintas di fikiran Denniel. I’m crazy, man! Sigh.

Deria keenam Farish memberitahu seperti ada sesuatu yang tak kena. Hmmm… Doktor Farish akan mula membedah siasat situasi ini! He. He. He.

No comments: