Friday, February 11, 2011

::Butterfly:: ~11~

“Mama ingat nak ajak anak arwah Aunty Izzah tu tidur sinilah.” Datin Sri Hayati menghulurkan nasi goreng kepada anaknya.

Ekk??

“Arwah Aunty Izzah? Aunty Izzah mana pulak ni, ma?”

“Ingat tak kita pergi kenduri kat Klang bulan lepas?”

Rumah Butterfly? “Ingat. Oh, Aunty Izzah kawan lama mama tu.” Jap. That’s mean mama nak ajak Butterfly tidur sini? Wow, interesting.

“Tu asal tetiba tersengih tu? Tak ada angin. Tak ada ribut.”

Huh? “Mana ada Den tersengih. Mama ni pun. Ada je nak bahan orang kan.” Cover Den, cover.

“Semenjak dua menjak ni mama tengok, kamu ni ada perubahan sikit. Ada sedikit perubahan ke arah kebaikan. Mama nampaklah jugak kamu solat walaupun tak cukup lima waktu. Alhamdulillah. Senang hati mama tengok perubahan kamu.”

Tersedak Denniel yang sedang menghirup jus oren. “Sejak bila mama pasang kamera kat bilik Den ni?”

“Anak mama. Tak payah pakai kamera pun mama tau. Mama yang mengandung dan jaga Den sampai sekarang. Takkan mama tak tau apa anak mama buat.” Datin Sri hayati tersenyum sambil menghulurkan tisu pada anak bujangnya.

Denniel mengelap mulutnya dengan tisu yang dihulurkan oleh mamanya. Daniel hanya tersengih mendengar statement mamanya.

“Tapi jangan perubahan ni sementara saja sudahlah ya, sayang. Biar kekal dan bertambah baik.”

***

Dia sendiri tidak mengerti kenapa dia mula untuk solat. Tu pun banyak dah dia lupa bacaan dalam solat. Entah kenapa dia tercuit bila gadis itu selamba je sound direct, “jaga your own solat.” Mama pun tak pernah sound macam tu. Mama bagi kebebasan penuh untuk memilih cara hidup sendiri. Mama jenis yang tak suka memaksa.
Didikan agama memang telah mama dan papa berikan. Cuma setelah enam tahun berada di luar negara, dia mula melupai solat, puasa dan mula melupai cara hidup Islam.

Sungguh aku ada masalah otak. Tiba-tiba nak pulak dengar cakap budak sekolah tak cukup umur tu. Entah kenapa aku asyik teringat kat gadis itu. Bukan kerana aku dah beralih taste suka kat budak yang suka pakai baju kurung tudung bagai. Walaupun mula-mula aku ingat dia budak kampung mana, sekali anak orang berada jugak daaa…

Tapi, aku teringat sebab aku… kesian? Aku sendiri tak sangka dia punya pengalaman hidup yang agak ngeri. Gadis yang berselindung di sebalik baju kurung. Gadis yang berselindung di sebalik muka selamba garang. Entah kenapa aku dapat rasakan yang dia tak okey. Entah kenapa aku rasa keluarga dia tak pernah perasan gadis ini sudah mula ‘pergi’.

Dia punya trauma. Aku nampak di matanya.

Denniel segera mencari notebook pink yang dicampak di bawah katilnya.

Dia kembali membaca bait-bait kata yang pendek di setiap mukasurat. Hanya tinggal beberapa mukasurat sahaja yang kosong di belakang notebook itu.

= Adik nak dicampakkan di dunia bayang-bayang. Jadi loner.

= Life is hard when we have to pretend all the time, ma.

= It’s hard to breathe without you.

= Drown in my own tears.

= I feel like I wanna give up with this life.

Satu rasa seolah-olah dicampakkan ke dalam sanubari Denniel. Bukan cinta atau suka. Tapi, ingin melindungi. Melindungi dan menyelamatkan dia dari dunia yang kelam.

Kerana, entah kenapa, Denniel merasakan gadis ini terkapai-kapai dan lemas dalam dunia yang dia sendiri tidak ingin mencari jalan keluar.

She’s young. Masih panjang lagi perjalanan. She can’t giving up. She needs to fight. I’ll be there with her. Come hell or highwater if she let me.

Huh?

Aku ni sihat ke tidak?

Mengarut benda apa ni?

Dengar dek si Farish, kena gelak je. Ayat gila Romeo+jiwangkarat.

Sakit otak sungguh aku ni. Ish. Pedulikanlah. Aku kena cari girlfriend ni. Dah lama tak ada girlfriend tu yang otak mereng.

***

Nota-nota dan peta minda berselerak di meja belajar Danny. Lagu Here Without You nyanyian 3 Doors Down berkumandang daripada headphone yang dipakai oleh Danny. Microsoft Word di komputernya dibiarkan kosong tanpa bertulis apa-apa. Matanya tertancap kepada tulisan berwarna hitam di atas A4 Color Paper berwarna biru.

Formula add math nya..

Danny memang gemar mencatat formula-formula dan nota-notanya di atas kertas warna-warni. Lebih menarik. Tidaklah nampak kelam sahaja di atas kertas putih bertulisan hitam. Nampak sikit seri dan naikkan sedikit motivasinya untuk belajar. Kalau untuk formula, dia akan menggunting kertas itu menjadi empat segi kecil. Kalau untuk nota pula, dia hanya melipat dua kertas A4 tu dengan lipatan memanjang.

Tangannya masih ligar menjawab soalan-soalan past years questions untuk add math. Kalkulator tidak berenggang daripada sisinya. Otaknya juga ligat mengingati formula-formula yang perlu diaplikasikan.

Dunia belajar dan dunia personal kena pisahkan. Belajar tetap belajar. Walaupun hidup tunggang-terbalik atas bawah. Mesti kena ingat janji dengan arwah mama untuk jadi orang yang berjaya.

Siap!

Fuh, lega…

Danny menanggalkan headphonenya. Dia mula buat stretching untuk melonggarkan urat saraf yang terasa tegang dan mula sakit kerana terlampau khusyuk. Hmmm… baru pukul sepuluh. Cepat jugak aku buat add math ni. Cepat tak cepat, kepala otak nak pecah dibuatnya. Ish..ish..ish…

Hmmm… study something yang lebih simple lah. Haaa! My favorite subject. Biology.

Danny mengambil sehelai kertas warna kuning dan juga pensel mekanik. Mula melukis bentuk animal cell. Mudah je. Dany mula menamakan part-part di dalam animal cell.
Ribosomes, mitochondrion, nucleus, centriole, smooth endoplasmic reticulum, lysosome and blablabla…

Tiba-tiba matanya tertancap kepada Microsoft Word di komputernya. Entah kenapa dalam sibuk belajar, rasa macam nak menaip pulak.

Memakai semula headphone yang ditanggal, dia membuka mp3 lagu OST A Love To Kill.

Dia memang tak faham sepatah haram pun apa yang dinyanyikan dalam lagu tu, cerita tu pun dia tak pernah tengok. Tapi dia sangat suka muzik dan suara penyanyi OST A Love To Kill itu. Sedih. Suram. Sayu. Suara penyanyi perempuan tu sangat mendayu-dayu.
Jari-jemarinya mula berada di keyboard computer.

Aku ada sebuah kisah. Sebuah kisah untuk diceritakan. Cerita tanpa pendengar. Cerita tanpa pembaca. Ini bukan kisah cinta. Ini bukan cerita dongeng. Ini hanyalah sebuah kisah. Sebuah cerita. Sebuah hikayat. Yang ingin aku ceritakan mengenai seorang Puteri. Bukan Puteri Raja. Bukan Puteri cerita dongeng. Hanya Puteri pada nama. Ini adalah sebuah kisah hidup seorang Puteri. Puteri yang sedih tanpa air mata. Sedih tanpa tangisan. Sedih yang hanya dapat dirasakan dalam hatinya. Yang tak dapat diluahkan…

Puteri ini sedang mencari arah hidupnya. Sedang berusaha untuk keluar daripada kegelapan. Dia nampak seperti ada bayang-bayang. Jika ada bayang-bayang bermakna pasti ada cahaya yang tersembunyi. Tapi… dimanakah cahaya itu?

Penat… ya… Puteri ini penat. Letih dalam mencari sinar bahagia. Kecewa ditinggalkan bersendirian dalam kegelapan. Dia bukan pencari cinta. Dia bukan pemburu lelaki. Dia hanya inginkan keluarga. Keluarganya. Keluarga bahagia impiannya yang tak pernah sempurna lalu dihancurkan oleh insan yang sepatutnya menyempurnakannya.

Satu suara berbisik… manusia tidak mungkin kekal selamanya. Tapi, Allah kekal bersama melalui susah dan senang. Kembalilah kepada Allah. Jalan keluarnya ada. Namun kenapa Puteri ingin membutakan mata hati sendiri? Cinta Allah kepada hamba-Nya bukan palsu. Janji Allah kepada hamba-Nya bukan mainan. Manusia akan datang dan pergi. Tapi, sedetik pun Allah tak pernah meninggalkan kita.

Puteri ini masih lagi memandang kosong dalam kegelapan. Masih berfikir dalam ketidakpastian. Akalnya membenarkan kata suara itu. Tapi kenapa hati ini masih lagi mengharapkan kebahagiaan daripada manusia bernama keluarga?

No comments: