Sunday, May 26, 2013

::Butterfly:: ~29~


Danny turun ke tingkat bawah menuju ke dapur. Takkan aku nak duduk je dalam bilik macam tuan puterikan? Jap, nama aku bukan ada Puteri ke? Ya, boleh jadi Puteri Santubong. Ha. Ha. Tak lawak.
“Buat apa tu, Aunty?” Danny menegur Puan Sri Hayati yang membelakangkannya.
“Ni, tadi Aunty Yati buat chocolate moist cake ni. Dah siap dah ni. Dah boleh makan.”
Wow, nampak macam sedap,” Danny melihat Puan Sri Hayati memotong bahagian-bahagian kek itu.
Meh, duduk. Makan. Pukul 2 nanti, nak jalan.” Puan Sri Hayati memberi piring yang berisi sepotong kek. “Ni pukul berapa eh, Danny? Jam kat dapur ni mati pulak.”
“Pukul 12.” Danny menyuapkan chocolate moist cake itu kedalam mulutnya. “Hmm…” wah, sedapnya chocolate moist cake ni. Ingatkan Aunty Ira je yang pandai buat kek sedap-sedap ni. “…sedapnya! Chocolate cake ni betul-betul rasa moist.” Danny memuji.
Puan Sri Hayati tersenyum mendengar. Kembang sekejap dirinya dipuji. “Kalau tak cukup tambah lagi. Ni, sebenarnya first time tau Aunty Yati try buat kek. Aunty Yati ni, bab nak baking-baking ni. Kalah.” Tertawa.
“Tu maknanya, Aunty Yati ada bakat terpendam.”
“Wah, apa meriah sangat kat dapur ni.” Denniel memasuki dapur dan terus duduk disebelah Danny. “Wah, kek! Bila beli ni, ma?” Denniel mengambil sepotong kek dan diletakkan kedalam piring yang tersedia di situ.
“Bertuah punya anak!. Punyalah penat mama bertungkus-lumus buat kek ni pagi tadi, dikatanya beli.”
“Huh? Mama buat? You baked this?” muka tak percaya. “Oh, tu yang sibuk sangat sampai tak jadi ikut ambil Danny, eh?”
Puan Sri Hayati tersenyum. “Mama buat, sayang. First time nak cuba bake.”
“Selamat tak nak makan kek ni?” Denniel mengusik mamanya.
“Apa yang tak selamatnya? Danny dah makan tinggal separuh dah.”
Denniel gelak. Dia menyudukan kek itu kedalam mulutnya.
Diam.
Puan Sri Hayati menunggu komen dari anaknya. Nervous pula.
Denniel terus makan tanpa memberi apa-apa komen.
Tak sabar tunggu anak dia buka mulut, dia bertanya. “Apa rasa kek tu, Den?”
Denniel memandang tepat kemata mamanya lepastu dia memandang Danny yang turut memandangnya.
“Betul ke mama yang buat ni? Tak percayalah.” Denniel menjungkit bahu. Serius.
Terasa. “Kenapa pulak tak percaya? Betullah mama buat pagi tadi. Tak percaya tanya bibik.”
Ek eh, mamat ni. apa buat muka serius tak boleh blah macam tu. kesian dowh kat Aunty Yati. Sedap apa kek ni. Lebih sedap daripada yang Aunty Ira selalu buat.
“Sedap sangat. Macam profesionallah!” Denniel gelak.
Puan Sri Hayati turut gelak. “Apalah buat muka serius macam tu. Takut mama. Betul ke sedap?”
“Ya, mama. Betul, sangat sedap, kan Danny?” Danny hanya mengangguk. “Bertambah sayanglah papa kat mama nampaknya.”
Mereka gelak lagi. Tanpa menyedari ada hati yang merasa jauh dan tersisih. Bukan kerana mereka sisihkan hati itu. Tetapi hati itu merindui suasana gelak tawa bersama ibunya. Suasana mesra dan meriah sebegini ditaman hatinya. Suasana penuh kekeluargaan dan kasih sayang antara ibu dan anak.
Mama, I miss you. This is a weird situation here.



Alamak! Kiblat arah mana ya? Lupa pulak nak tanya Aunty Yati tadi. Nak tanya siapa ni? Danny mundar-mandir didalam biliknya. Tadi, lepas mereka makan kek dan berborak, masing-masing menuju ke bilik masing-masing.
Takkan nak tanya Aunty Yati? Bilik Aunty Yati yang mana pun aku tak tau. Habis nak tanya mamat depan bilik aku ni? hish! Simpang malaikat 44.
Tapi… takkan hanya sebab tak suka mamat tu, aku sesuka hati nak solat kibat tahkemana?
Puteri Ramadhani. Tolong buang semua sifat ego ke, malu ke, apa-apa ke. Yang wajib tetap perlu diutamakan. Malu bertanya atau tak mahu bertanya sesat jalan ya, adik-adik semua.
Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, Danny mengetuk pintu bilik Denniel.
Denniel yang baru keluar bilik air, mengusap wajahnya yang basah dengan air wuduk sambil membuka pintu. Adakah aku bermimpi di siang hari?
Agak tergagap Danny ingin bertanya soalan. “Err… nak tanya kiblat arah mana ya?” dia baru lepas ambil wuduk ke?
Denniel menunjukkan arah kiblat yang menghadap kearah penujuru diding sebelah kanan. “Ada sejadah dalam bilik?”
Erm… ada. “ danny menundukkan wajah. “Terima kasih.” Mula menapak untuk masuk kebilik.
Hey, Butterfly.”
Menoleh.
You should learn by now that, never say never.” Denniel memberi evil grin. “At last, you need my help, ey?” sambil gelak Denniel meunutup pintu biliknya membiarkan Danny yang masih memandang pintu yang tertutup itu.
Danny memejamkan matanya. Betul aku rasa aku macam nak hentak kepala mamat tu kat dinding. Sabar Danny, sabar. Tarik nafas dalam-dalam. Never say never, ey? How sweet! Urghh!!!

No comments: