Saturday, February 25, 2012

::Butterfly:: ~17~

Malam 25 Ramadan
Setelah pulang dari terawih di masjid tadi, Danny hanya berkurung dalam bilik mengulangkaji nota-notanya. Lagi beberapa hari je nak raya, di rumah ini telah sibuk kat dapur. Danny tidak membantu kerana ingin mengulangkaji, lagipun, peperiksaan semakin dekat.
Masih banyak yang perlu Danny mengulangkaji. Dia telah mengambil 16 subjek untuk SPM. Gila. Ya. Dia memang gila. Dia hanya ingin menyibukkan dirinya dengan belajar. Agar dia dapat melupakan seketika peristiwa-peristiwa itu.
Tapi, walau bagaimanapun, dalam kesibukan belajar, ada juga masa yang terluang dan dia masih dihantui peristiwa-peristiwa lalu. Bila peristiwa-peristiwa lalu menjengah kotak ingatannya, 16 subjek untuk dipelajari bagaikan tak cukup. Buku teks, buku rujukan, buku latihan, nota-nota bagaikan tidak cukup untuk menyibukkan dirinya untuk melupakan peristiwa lama itu.
Aku mengaku, aku bukanlah bijak sangat sehingga ingin berlagak untuk mengambil 16 matapelajaran. Aku hanya ingin menyibukkan diri. Menyibukkan diri agar tidak sering ‘kembali’ ke dunia gelap itu.
Memang letih dan penat, tapi sekurang-kurangnya aku dapat mengelakkan daripada dihantui peristiwa lama untuk seketika. Dan bila otak aku letih dan penat, lebih mudah untuk aku tertidur. Tapi, sejarah silam itu sangat ‘jahat’. Kadangkala dia mengganggu aku di dalam tidur.
Penat dengan kesibukan, lelah dengan igauan ngeri, membuatkan aku berlari kepada dunia fantasi. Fantasi yang hanya wujud di dalam dunia novel. Aku akan tenggelam dalam dunia novel aku untuk seketika sebelum kembali meneruskan hidup ke dalam dunia nyata. Koleksi buku historical romance memang banyak dalam rak buku. Mama suka baca novel historical romance. Dan ianya berjangkit kepada aku. Entahlah, apa yang mama minat dan suka, pasti akan jadi kegemaran aku.
Historical romance memang tak sesuai dengan personaliti dan prinsip aku. That’s why I said, novel-novel itu hanyalah fantasi. Tak mungkinlah ada hero yang akan menyelamatkan heroin yang punya masalah dan kemudian hidup happily ever after di dunia nyata ini. Ianya hanya logik di dunia fantasi tapi bukan di dunia realiti. Ianya hanyalah kegembiraan dalam angan-angan. Tapi, untuk merehatkan minda sekejap dan menyelami kegemaran mama, aktiviti membaca buku historical romance sangat berguna. Apa sahaja kegemaran mama, aku akan cuba lakukan, kerana aku percaya mama sangat dekat dalam hati aku, dan aku dapat rasakan connection membuatkan perkara yang mama suka semasa hayatnya.
Walkman CD yang memainkan lagu-lagu Avril Lavigne itu, ditekannya button stop. Nota sejarah yang dibacanya tadi juga diletakkan di atas meja. Tangannya mencapai tafsir al-Quran. Entah kenapa hati aku ni ingin pengisian jiwa. Pengisian hati. Pengisian roh. Lagipun dah lama tak baca tafsir. Bukan setakat tafsir, rasanya bulan ni pun dia tak sempat nak khatam al-Quran kerana lebih banyak menumpukan kepada SPM. Malam ni dah 25 Ramadan. Dia baru sahaja masuk juzuk 18.
Nak baca al-Quran, macam malas pulak nak pergi ambil wuduk. Tak apalah, baca tafsir. Tetap dapat pengisian jiwa jugakan?
Danny membuka tafsiran Surah ar-Rahman. Aku memang suka surah ni. Hati sangat tenang membaca ayat-ayatnya dan juga tafsirannya. Dah berulang-kali baca tafsirnya, tak pernah rasa jemu. Bagi aku, this is a really personal love letter from Allah to me.
“Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
1.(Tuhan) yang Maha Pemurah. 2. Dialah yang telah mengajarkan al-Quran; 3. Dialah yang telah menciptakan manusia; 4. Dialah yang telah membolehkan manusia pandai berbicara; 5. Matahari dan bulan beredar menurut peraturan dan perhitungan yang tertentu; 6. Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu masing-masing tunduk kepada-Nya (menurut peratura-Nya); 7. Dan langit telah ditinggikan-Nya serta Dia meletakkan neraca (mengadakan undang-undang dan peraturan dengan adil); 8. Supaya kamu tidak melampaui batas dalam timbangan itu (menjalankan keadilan); 9. Dan tegakkanlah cara menimbang itu dengan adik dan janganlah kamu mengurangi timbang itu (barang yang ditimbang); 10. Dan bumi pula telah dijadikan rata untuk kesenangan makhluk-makhluk-Nya; 11. Di bumi itu, terdapat pelbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang; 12. Demikian juga,terdapat biji-bijian yang berkulit dan bunga-bungaan yang harum; 13. Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan (whai umat manusia dan jin)?”
Sampai di ayat ketiga belas. Danny membaca tafsiran itu berulang kali. Maksudnya sangat mendalam. Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan? Terlalu banyak nikmat yang Allah bagi, untuk kita berkira dengan dugaan yang Allah uji. Walaupun Allah ‘ambil’ balik mama dari aku, tapi sekurang-kurangnya Dia bagi pinjam selama lima belas tahun. Tamakkah aku untuk meminta lebih lagi?
“14. Dia menciptakan manusia (Adam) daripada tanah liat kering seperti tembikar; 15. Dan Dia telah menciptakan jin daripada lidah nyalaan api (yang tidak berasap); 16. Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? 17. (Dialah) Tuhan yang memelihara dua tempat terbit matahari (iaitu terbitnya pada musim dingin dan musim panas) dan dua tempat terbenamnya; 18. Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan?”
Segala benda dan makhluk yang berada di sekeliling kita adalah nikmat Allah. Ujian itu juga nikmat kerana siapalah kita tanpa diuji dahulu. Ujian itu hanya sedikit berbanding segala yang kita perolehi. Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan?

7 comments:

Liselle MonCherie said...

This story is very touching,soulful
and I got a feeling reading this.
:')
I also want to thank you for reading every single story that I wrote.I really love you and your stories!
I want you to keep writing too :3

And some characteristics of Cudi Messer is inspired by You. :)
You also inspired me to write the story :) I love you <3

kay_are said...

dah episod 17? kne take time r nak bace dari episod 1.. pastu baru leh komen.. ok? ^_-

EL MARIACHI said...

yahuuu..dah followwww...

semutsengal said...

banyak nya rama rama dlm blog ni.


HAHAHAHAHA

Mr.Clive said...

i like how the story goes.elaboration bagus,penghayatan plot bagus.teruskan usaha! :D

Anonymous said...

salam... teenager housemaid...hehe..eh pernah hantar bahan tulian kat penerbit x? mcm alaf 21 or prima? try lah... best lah tulisan awak!

tanpanamaputeri said...

auw, liselle...thank u so much dearie..T_T
speechless..seriously..
me too, sweetie..me too...:')

kayare: take ur time k..hehehe

abang el: thanks you so much..:D

semut: hahaha! saya suka rama-rama..:ppp

mr clive: auw, thank u so much mr clive for supporting me..:D

anon: terima kasih..:D belum lagi, sebab tak siap lagi..huhuhu