Sunday, February 6, 2011

::Butterfly:: ~10~

“Kak Danny ada surat untuk akak.” Mia memberi surat berwarna putih ke arah Danny. Mia dah mula ok, selepas hari perbicaraan yang telah memisahkan kedua ibu bapanya.

“Terima kasih, Mia. “ Danny mengambil surat daripada huluran tangan Mia.

“Oklah, Mia masuk bilik Mia dulu ye.” Mia meminta diri lalu keluar daripada bilik Danny.

Sambil baring di atas katil, Danny melihat pada sampul kertas warna putih itu.
Daripada Penjara Sungai Buloh.

Papa?
Danny terus mencampakkan surat itu ke lantai. Perasaannya mula bercampur-baur.
Benci, marah, sedih, terluka, dendam… semua bercampur menjadi satu. Biarkan dia. Biarkan dia di sana. Untuk apa menghantar surat? Kenapa mesti sekarang? Setelah dia menjadikan semuanya mimpi ngeri yang tak mungkin sekali padam dalam ingatan.

Dia telah menghadiahkan hadiah terbaik untuk aku. Dia mentalakkan mama, dengan lafaz lahir je aku ke dunia, maka jatuhlah talak satu kepada mama kerana penipuan dia selama ini telah terbongkar. Dia telah membuatkan mimpi-mimpi malam aku dihiasi dengan pembunuhannya terhadap mama.

Imbasan itu bermain semula di kotak ingatannya. Danny menutup matanya sambil menutup telinganya dengan kedua belah tangannya.

“No! NO!” Danny mula menangis. Berperang dengan perasaan sendiri. Danny jangan macam ni. Be strong! Tu semua dah lepas.

“I want my mama. Adik nak mama. MA!” Danny mengambil bantal lalu menekup mukanya pada bantal tersebut.

Bilik Danny agak terpencil dan jauh daripada bilik-bilik yang lain. Agak sukar orang untuk mendengar jeritan ataupun tangisan gadis ini dengan pintu yang tertutup, lebih-lebih lagi jika mereka berada di bawah ataupun di dalam bilik yang pintunya juga tertutup.

Kerna itu, tangisan dan trauma gadis ini masih lagi tidak dapat dikesan oleh mereka-mereka yang berada di rumah ini.

***

Malam sudah berlabuh, Danny masih menguncikan diri di dalam biliknya. Dia perlu bertenang sebelum berjumpa dengan ahli keluarga yang lain.

“Mia, kenapa Kak Danny tak turun makan daripada tadi?” Puan Salmah merasa risau akan cucunya yang seorang itu. Tadi sudah diketuk bilik Danny. Tapi, tiada jawapan.

Mungkinlah tidur. Tapi, ni baru je lepas telefon handphone dia. Tak berjawab jugak. Kenapalah pulak? Sakit ke? Tak nak makan ke? Takkan diet kot. Panjang monolog Puan Salmah di dalam hati.

“Erm… tadikan nek, Kak Danny dapat surat.” Takut-takut Mia memberitahu.

“Surat apa? Surat cinta ke? Aik… takkan teruja lebih dapat surat cinta sampai makan pun tak nak? Kak Danny dah ada pakwe ye, Mia?”

“Nenek ni, ke situ pulak dia.”

“Yelah, dulu nenek dapat surat cinta daripada atuk kau pun, nenek teruja sampai tak nak makan.” Puan Salmah tersenyum mengingatkan kisah lama.

“Haaa! Bocor rahsia nenek dengan atuk.” Mia tergelak. “Tapi, Kak Danny bukan dapat surat cinta…” Mia teragak-agak. “Kak Danny dapat surat daripada Penjara Sungai Buloh.”

“Daripada penjara???”

“Apa bising-bising kat dapur ni?” Danny tersenyum menegur nenek dan sepupunya itu.

“Tak ada apa. Ni saja borak dengan Mia, kisah nenek dulu-dulu.” Puan Salmah berdalih. Lega hatinya melihat Danny tersenyum. Maknanya dia okey lah tu.

“Danny laparlah, nek. Balik sekolah tadi terlajak tidur lama sangat. Hehe.” Danny menyenduk nasi ke pinggan yang diambilnya sebentar tadi.

“Oh, Danny tertidur ye? Nenek ingat apa lah tadi, tengok Danny tak turun-turun makan.” Puan Salmah tersenyum.

“Nek dengan Mia dah makan? Meh lah makan sekali.”

***

Danny duduk di kerusi meja belajarnya. Dia sempat terdengar perbualan nenek dengan Mia. Mujurlah dia adalah pelakon yang baik. Mampu berlakon siap dengan berdurau senda di meja makan sambil mengusik neneknya yang membuka cerita cinta lama nenek dengan atuk.

Berlakon itu penting. Berpura-pura itu penting. Penting di rumah ini. Atuk dengan nenek dah tua, aku tak nak menyusahkan hati atuk dan nenek. Aku tak mahu hati tua mereka terluka dengan kesedihan aku. Cukuplah aku melihat mereka bersedih hati, terpaksa menerima kenyataan anak sendiri dibunuh bekas menantu.

Danny bangun dan mengambil surat yang berada di atas lantai di tepi katilnya.

Ingin dibaca ataupun dibuang sahaja? Mahukah dia membaca surat daripada pembunuh mamanya?

Dia membuka surat itu. Tanpa perasaan, dia membaca bait-bait yang berada di dalam surat itu.

Hatinya panas kembali. Sungguh lelaki ini tak pernah insaf! Kenapa aku nak baca surat yang tak berguna ni?

Apa sebenarnya yang aku nak tahu? Yang dia akan meminta maaf? Yang dia akan merayu? What is it actually that I wished for, Puteri Ramadhani?

Hatinya terluka kembali. Air matanya mula bergenang. Tangannya dibawa ke dada. Surat itu terlepas ke bawah. Sakit. Pedih. Perit.

Papa nak jumpa adik. Kenapa adik tak pernah datang? Ingat adik, tanpa benih papa ni, adik tak mungkin hidup kat dunia ni. Apa pun terjadi antara papa dan mama, itu bukan urusan adik. Adik anak papa. Tanggungjawab adik terhadap papa tetap ada. Sebab tanpa benih papa ni, takkan adik dapat hidup kat dunia ni. Jangan jadi anak tak sedar diri, anak tak tahu diuntung. Dalam Islam pun, anak kena hormat dan jaga ibu bapanya. Datang jenguk papa kat sini!

Tidak pernah sekali pun aku minta untuk dilahirkan di dunia ini, apatah hidup di dunia penuh pancaroba ini…

No comments: