Thursday, June 7, 2012

Aku Takkan Melupakanmu


Aku masih ingat, suatu ketika dahulu…
“Papa, sakit, pa… sakit.” Aku merayu pada papa agar tidak memukul ku lagi. Tapi,papa tidak pernah mendengar walau sekali.
“Sakit? Mana ada sakit. Ini baru sikit. Sakit tu sedap.” Papa terus memukul. Badanku habis berbirat-birat dipukulnya.
“Papa, please, papa. Please. Syira sakit.” Aku menangis. Tapi papa tetap tidak mendengar malah terus memukul diriku yang tika itu baru berusia 6 tahun. Hanya kerana kesalahan aku tertidur dan lambat membukakannya pintu rumah.
“Kau ni pembawa malang. Sebab nak melahirkan kau, mama kau meninggal. Baru suruh buat kerja sikit, lembab. Ini nak menangis, menangis, menangis. Jadi manusia, kena kuat! Tahu?”
Dan aku hanya mampu menangis di ceruk dinding setelah papa puas melempiaskan marah.
Ya, ini aku. Mama ku meninggal tika melahirkan aku. Dan aku dibesarkan dan dijaga oleh papa yang jika moodnya baik, dia akan melayan aku dengan baik. Namun, jika mood dia tidak baik, aku yang pasti akan menerima padahnya.
Aku masih juga ingat, suatu ketika dulu…
Waktu aku berumur 9 tahun, setelah pulang sekolah. Papa masih belum balik dari kerja. Jadi aku menunggu papa di dalam rumah dengan perut kosong. Tunggu papa balik kerja, dengan harapan moga papa tidak terlupa membeli makanan.
Dan aku tertidur.
“Syira. Syira.”
Aku membuka mata. Aku masih mamai. Aku melihat seorang wanita yang amat cantik.
“Siapa awak?”
“Assalamualaikum.” Wanita itu memberi salam sambil tersenyum. “Nama saya Dayang.”
“Waalaikumsalam.” Aku masih terpisat-pisat.
“Syira, tak baik tidur waktu senja. Dah masuk mghrib ni. Pergi ambil wudhuk dan solat, ya?”
Aku mengangguk dan membuat seperti apa yang disuruh. Dayang juga bersolat bersamaku.
“Dayang ni siapa? Macam mana Dayang boleh masuk rumah ni?”
“Dayang nak jadi kawan Syira boleh?”
“Kawan?”
Wanita yang menggelar dirinya Dayang itu tersenyum manis. Dan aku mengangguk suka. Kerana ada seorang wanita cantik dan kelihatan baik hati ingin menjadi kawanku yang sering bersendirian ini.
“SYIRA!!”
Aku terkejut mendengar suara papa yang sangat kuat. Alamak, mood papa tak baiklah pulak malam ni!
Dengan cepat aku membuka pintu untuk papa.
“Kau ni kenapa? Lambat sangat buka pintu?”
“Maaf, papa. Tadi Syira solat.”
“Alasan! Kau saja nak naikkan darah aku kan?” papa dah mula membuka tali pinggang seluarnya. Dan zasss! Tali pinggang itu seperti biasa akan mengenai tubu kecilku.
“Maaf, papa. Syira tak sengaja. Maaf, papa.” Aku dah mula menangis. Aku takut. Dan aku kesakitan.
“Ah, jangan menangis aku kata! Jangan menangis! Hentikan tangisan tu! aku tak suka dengar orang menangis!!” dan papa memukul lagi dan lagi dan lagi.
Dan aku sedaya upaya menahan tangisan dan air mata dari mengalir. Aku memandang Dayang yang hanya tercegat memandangku. “Dayang, tolong Syira.” Aku berkata lemah.
“Syira, bertahanlah sayang. Bertahan. Ini ujian buatmu. Bertahan, sayang.” Dan aku melihat Dayang mengalirkan air matanya.
Aku masih ingat, suatu ketika dahulu…
Aku sedang berbual-bual dengan Dayang. Tika itu, aku baru sedar yang hanya aku sahaja boleh melihat Dayang. Dan aku amat gembira, kerana aku punya teman. Walau teman aku tu tidak dapat dilihat oleh orang lain.
Tapi, papa terdengar dan papa sangka aku gila. Dan papa mula memukul ku lagi.
“Kau dah gila ya? Bercakap sorang-sorang, hah?”
Dan apabila dipukul kini, aku sudah lali dengan tali pinggang, ataupun hanger ataupun apa sahaja barang yang boleh menyakiti ku. Kini aku mampu mengukir senyuman pasrah dengan kesakitan ini.
Dan Dayang disitu, tersenyum memberi semangat walau dimatanya ada air jernih yang tidak menitis. “Sabarlah, sayang. Kuatkan hatimu.”
Setelah papa puas memukulku. Aku terpaksa meniarap sahaja. Kerana badanku masih lagi ada luka dan sakit yang masih di badanku.
“Dayang, agaknya sampai bila Syira boleh tahan? Syira tak tahan macam ni lagi.”
“Bertahan, sayang. Pelangi indah untukmu pasti ada. Kuatlah sayang. Ini dugaan buatmu.”
Aku masih ingat, suatu ketika dahulu…
Semasa usiaku mencecah 16 tahun, papa accident. Dan aku menjaganya di hospital. Dan kemudian papa dibawa pulang kerumah. Namun, kaki dan tangannya patah.
Pertama kali aku melihat papa ini tidak berdaya. Dahulu, bukan sahaja suaranya naik, tangan dan kakinya juga naik.
Ini tika sakit, papa tidak mampu bergerak sangat. Tapi, suara dan makiannya masih lagi seperti dahulu.
“Ni kau ingat kau nak bagi anjing makan ke? Puih. Tak sedap. Masakkan aku lain. Dasar bodoh.” Papa membuang makanan yang masih panas di kakiku.
Satu malam itu, aku melihat papa tidur. Wajahnya agak tenang.
“Papa, kenapa papa selalu buat Syira macam ni? Syira sayang papa. Sayang yang amat sangat. Sebab Syira dah tak ada sesiapa selain papa.” Aku mengusap perlahan wajah papa.
“Papa, maafkan Syira, tapi, Syira dah tak tahan hidup dengan papa lagi.” pisau di tangan aku, aku genggam kemas. Aku ingin tikam di dadanya. Agar dia tahu, selama ini, sakit yang aku alami adalah di dalam hati. Ianya perit, pedih dan hancur.
“Syira, jangan buat begitu.” Dayang tiba-tiba muncul di muka pintu. “Jangan sayang. Ini salah. Syira tak boleh nak bunuh papa Syira sendiri. Kalau Syira buat macam ni, Dayang dah tak boleh berkawan dengan Syira lagi.”
“Syira kena buat juga. Syira dah tak sanggup nak menderita lagi, Dayang. Syira dah tak sanggup!” suara aku mengejutkan papa.
Lalu, dengan rasa agak terkejut, aku menikam papa tepat di dada. Darah membuak. Hingga terkena sedikit pada wajahku, juga pada tanganku.
“Syira!” Dayang menjerit. “Dayang sudah tidak boleh berkawan dengan Syira lagi.”
Aku tergamam. Aku melihat papa, dan melihat Dayang yang beransur hilang. Dengan cepat aku cuba untuk menahan Dayang pergi. Tapi, Dayang sudah hilang dari pandangan. Aku melihat papa yang memandang aku.
Aku mula tersedar. “Papa!” aku memegang tangan papa. “Maafkan Syira pa. Syira…”
Papa tersenyum. “Tak apa, sayang. Mungkin ini balasan untuk papa yang tak pernah layan Syira dengan baik. Maafkan papa juga ya?” dan nafas terakhir berlalu dengan sekelip mata.
“PAPA!”
Aku menutup surah yaasin yang aku baca. Aku sedekahkan untuk papa dan juga mama. Selepas papa meninggal, aku menyerahkan diri pada polis.
Namun, aku dilepaskan kerana, mereka menganggap ketika kejadian itu berlaku pemikiran aku tidak waras. Kerana, dengan bantuan jiran-jiran yang banyak mengetahui tentang diriku dan papa. Mereka memberi kerjasama dan penerangan.
Kini, aku sudah waras.
Aku hilang Dayang. Dan aku hilang papa kerana kebodohan sendiri. Tapi, sekurang-kurangnya aku tahu, papa ada secebis kasih untuk aku.
Namun, aku takkan melupankanmu, papa. Aku juga takkan melupakanmu, Dayang. Dan mama, walau kita tak pernah ketemu, Syira takkan melupakan mama.
Moga, aku boleh mulakan kehidupan baru. Moga, kini, aku lebih matang dan tahu amar makruf nahi munkar.
Aku kini, hanya ingin mendekatkan diri pada Allah. Aku tiada siapa lagi kecuali Dia.



IU

3 comments:

Iffah Afeefah said...

hurm sedih sgt citer ni

ade pengajaran

tapi xpsiko sgtla

xkejam tp best

Nong Andy said...

akhirnya dia bunuh ayah di :(

reenapple said...

bukan psiko.. it's more like dendam mungkin. but not re3ally.. huhuh

by the way.. citer ni ada pengajran..

#lembut je gaya penulisan kau.. Aku suka..=)