“Danny, minggu depan hari sabtu malam ahad ada kenduri tau. Nanti kalau nak jemput sesiapa kawan Danny jemputlah. Ha, jangan lupa suruh abang kamu yang berdua tu balik. Jangan ngengada pulak cakap ada hal la apa la, ye.” Puan Salmah memesan kepada Danny yang baru sahaja turun untuk makan malam.
“Kenduri? Kenduri apa, nek?”
“Kenduri doa selamat, ada solat jemaah sekali tau untuk Isyak.”
“Oh, insyaAllah. Nanti Danny cakap dengan diorang. Makan, nek?”
“Tak apa, sayang. Nenek dah makan tadi dengan atuk kamu. Tu kalau nak sambal ikan bilis ada kat dalam bekas kuning dalam robok. Nenek masuk dalam dulu.”
Aku bukannya ada kawan untuk dijemput. Kalau ada pun, aku yang dah menjauh. Ni kalau bagitau along dengan angah ni, diorang nak balik ke? Diorang ni macam dah tak nak balik pun ye jugak.
Hmmm… mama tak ada. Along dengan angah pun tak ada. Makan pun sensorang je. Terasa betul macam anak yatim piatu sekarang. Walaupun kat dalam rumah ni ramai je orang. Tapi tetap tak sama dengan family sendiri.
Aku bukan budak jalanan yang tiada rumah. Aku bukan budak yang terbiar.
Aku ada rumah tapi aku tiada ‘myownfamily’. Aku ada atuk, nenek, abang-abang, Uncles and Aunties juga cousins yang menjaga keperluan dan kehendak aku, tapi aku tiada kasih sayang yang mampu mengikat aku…
***
“Denniel, mama nak minta tolong Denniel bawa mama dengan papa pergi majlis kenduri kawan mama malam ni. Boleh tak?” Datin Sri Hayati duduk di katil anak bujangnya sambil menepuk lembut bahu anaknya yang sedang bermain PSP.
“Tak nak la mama. Denniel malasla. Uncle Muthu kan ada.” Masih khusyuk bermain.
“Uncle Muthu kan cuti sebulan. Papa bukan tak nak drive tapi cermin mata dia hilang. Entah manalah orang tua ni letak. Hmm… tolong ye sayang?”
“Hmmm… yela. Yela. Tapi mama kena upah Denniel lah.” Denniel membuat muka nakalnya sambil duduk memeluk bahu mamanya.
“Alalala… dah besar pun nak upah. Manjanyalah anak mama sorang ni. Nak berupah-upah pulak. Nanti mama upah gula-gula ok? Nak?” Datin Sri Hayati tersenyum mengusik anaknya.
“Ala mama ni. Ada ke gula-gula? Denniel bukan budak-budak lagi. Den nak kereta Lamborghini, boleh tak?”
“Amboi, amboi… minta tolongnya tak seberapa tapi upahnya melampau-lampau. Itu Porche Cayman tu baru je beli, sayang oi. Nak Lamborghini pulak. Kalau nak membotakkan kepala papa kamu ada aja kan. Nanti mama bagi yang kereta control punyalah.” Datin Sri Hayati bangun sambil tertawa.
“Ala, papakan kaya dan baik hati.” Ketawa juga. “Porche Cayman tu tetap di hati.”
“Haaa! Ataupun mama upah cari isteri untuk Denniel nak? Kat sana nanti mesti ada yang comel-comel.”
“Isteri tak nak la mama. Scandal nak lah. Tapi Denniel nak yang hot! Ok?”
“Scandal je? Aduhai anak mama ni! Scandal jangan sampai rosakkan anak dara orang sudah ler.” Datin Sri Hayati melangkah keluar sambil mengenyitkan mata pada anak bujang dia yang seorang ni.
Denniel tertawa sambil menggelengkan kepala. Memanglah aku bertuah dapat mama yang sangat sporting. Penuh dengan nasihat tapi tetap bagi aku kebebasan untuk memilih dan enjoy. What a wonderful mother I have!
No comments:
Post a Comment