Saturday, April 21, 2012

::Yang Mana Satu:: ~6~


Permasalahannya ialah… bukan itu saja sisi diri aku. Aku punya lagi sisi yang lain. Aku pernah terbaca, its normal kalau setiap manusia itu ada punya lebih dari satu sisi dalam hidup.
Tapi!
Masalahnya, kedua-dua sisi aku itu berbeza yang teramat sangat. Err, hold on… should I said 3 side of me? Urghhh~
This is a problem okay?
Big problem!
Okay, kita lupakan sisi yang lagi satu itu, iaitu diri aku sendiri bila aku keseorangan. Kita bercakap mengenai dua sisi yang bila aku bersama dengan orang.
Kedua sisi ini sangat bertentangan. Ianya seperti, timur dan barat. Langit dan bumi. Api dan air. Syurga dan neraka. Okay, fine, macam melebihlah pula kan?
Kadang-kadang aku terfikir, kenapa boleh jadi macam ni. Adakah ini dinamakan dunia remaja? Adakah ini dinamakan hipokrit? Adakah ini dinamakan sakit jiwa? Urghh~ pleaselaaaa…. Aku waras dan normal. But, seriously I don’t think I’m normal.
Bila aku melihat orang-orang disekeliling aku, orang yang dengan aku. aku rasa mereka tahu apa yang mereka buat. Confident dengan pilihan yang mereka buat dalam kehidupan. Sementara aku pula, urghh… yeah, I’m confused. Mungkin sebab aku selalu rasa aku tak sama seperti orang lain. Dan layanan orang terhadap aku juga lain.
Seriously, this is such a boring story. Tapi, it happened. Maybe it’s not just me. Maybe ada lagi people outside there, yang alami benda-benda macam ni. Mereka ada terbitkan buku tak? Tolong suggest kat aku.
Oh yeah, one more thing. Aku ni memang suka membebel seorang diri. Sebab aku tak tahu nak luahkan pada siapa. Bukan aku tak percayakan orang-orang yang rapat dengan aku. aku cuma lebih selesa masalah aku, adalah masalah aku. selagi aku belum selesaikan masalah aku, selagi itu aku takkan cerita. Tapi, masalah orang lain adalah masalah aku juga, sebab aku tak ada masalah untuk menolong orang. Peace, yo!
Pasal tulah, hati aku ni banyak menyimpan rahsia. Rahsia yang ramai orang tak tahu. Huhu… 

Thursday, April 12, 2012

Alia dan Haikal (Perfect Two)


You, jom keluar. Boringlah.” Haikal bersandar di kepala katilnya. Kebosanan sudah menjelma. Apalagi, mengacau budak sorang nilah bila bosan.
“Assalamualaikum.” Alia sengih. Apa gaya telefon orang tak bagi salam ni?
“Erk..sorry. Wa’alaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh, ustazah.”
“Banyaklah you punya ustazah. Lain kali call orang tu bagilah permualaan yang baik sikit, bagi salam ke. Hello ke. Ni hao ma ke. Ni tetiba, you jom keluar.” Alia mengenakan Haikal.
“Yela, yela. Oranglah yang salah. You, jom keluar. I dah bosan tahap gaban dah ni.”
“Ala, malaslah. Orang tengah syok baca buku Jodi Picoult ni. dah ada lagi 6 chapter je nak habis ni.”
“Ala, you ni. buku lagi penting dari I yang macho ni ke?”
“Euw~~ of courselah buku lagi penting! Buku bagi ilmu and experience yang berbeza. You bagi mati jiwa je.” Alia dah gelak.
“Cisss, kurang asam. Mati jiwa konon. Nanti bila sedih ke, bila nak nangis ke, siapa yang you cari, I jugakkan?” Haikal mencebik. ‘Jomlah, keluar. Tengok movie.”
“Sibuk jelah. Yelah, yelah. Kalau boring. Keluar berdua tak best. Ajak Feena sekalilah.”
Okay, set no problem. Ajaklah your brothers sekali. Ada diorang baru lagi meriah. Lepas tengok movie, lepak mamak. Pergh, mesti macam-macam story keluar.”
“Alolo, kesiannya anak tunggal sorang ni.okay, I ajak my brothers. Kita keluar. Pukul 9, okay?” Alia menjeling jam dindingnya. Sekarang baru pukul 7.
“Ok, set, nanti roger-roger.”
You!” Alia sempat memanggil sebelum Haikal meletakkan telefon.
“Ha, kenapa?”
“Jangan lupa solat maghrib dengan isyak, okay? Daa~ “ terus dimatikan talian.
***
Lepas tengok movie, mereka semua menuju ke kedai mamak untuk lepak. Semuanya ada lebih kurang 7 orang.
Selepas selesai order makanan dan minuman, segala cerita mula keluar. Dari kisah peribadi, ke kisah politik, ke kisah artis, dipendekkan cerita, semua cerita keluarlah.
“Hey, korang ni betul ke kawan baik je?” Sarah mengangkat kening. “Aku tengok korang berdua ni rapat gila. Kemana je bersama, tak pernah berenggang. Ce cakap bebetul, Alia, kau suka dia eh? Haikal, you suka Alia eh?”
“Kitorang kawan baik je lah. Dah berbuih mulut aku jawab soalan yang serupa tau tak.”
Haikal sengih.
“Oh, kalau macam tu aku tackle Haikal jelah. Haikal, you nak dating dengan I tak?” Sarah kenyit mata.
Muka Alia berubah. Tapi, tetap senyum. Cuma senyum tu macam perisa kelat.
“Er, you nak dating dengan I ke? Tak nak lah I, you maintenance tinggi sangat.” Haikal sedut air the ais dia. “Lagipun boyfriend you yang bawak Mercedes tu macam mana?” Haikal menggeleng kepala.
Sarah ketawa. “Eleh, cakap jelah korang berdua sebenarnya ada perasaan antara satu sama lain. Korang ni, entah-entah tengah alami cinta tak terucap kot?”
“Kau ni banyak baca novel lah, Sarah.” Feena menggelengkan kepala.
“Entah, kau sibuk nak suruh adik aku bercinta tu kenapa?” Along mengangkat kening.
“Alia, kau okay?” Feena pegang tangan Alia yang tetiba diam.
“Ha?” Alia besarkan mata dekat Feena. “Okay je.”
“Along, kalau saya nak jadikan Alia suri hati saya, along bagi green light tak?” Haikal memandang along.
Semua terdiam.
Alia dah tercengang memandang Haikal. Mamat ni apehal tetiba je ni?
“Haikal suka Alia ke?” Along menyedut air frsh orange.
“Suka.”
“Alia?” along pandang Alia.
“Gila.” Mata Alia masih tak lepas memandang Haikal. “Ini sangat tak kelakar, okey.”
I’m serious.” Haikal membalas pandang.
“Gila.”
***
Deringan phone yang berbunyi, Alia hanya memandang sepi. Fikiran dia bercelaru.
-Habis kalau dia suka, aku suka ke tak?
+Er, suka jugak.
-Cet, gatal! Ingatkan, reaction macam surprised gila tu, tak suka.
+Weyh, malulah kalau ngaku suka jugak. Jatuh air muka ni tau tak.
-Eleh, tak yah nak malu sangat. Dah memang suka kan.
+Tapi, lepas tu dia pun tak cakap apa-apa. Takkan nak tanya pulakkan.
-Habis tu, yang pergi ignore call tu buat apa?
+Sebab tak tahu nak cakap apalah.
-Gediklah minah sorang ni.
+Bukan gediklah. Isk! Tak tahu nak cakap apa pasal tu malas nak angkat.
Dalam kepala Alia dah berbicara pelbagai dialog.
Alia inhale nafas dalam-dalam. Alia exhale nafas.
“Assalamualaikum.” Memberi salam sejurus menekan punat hijau.
Haikal menjawab salam. “Amboi, bukan kemain susah I nak call you. Kalah menteri tau tak.”
“Erm, hm. Ada apa je call I?”
“Aik, sejak bila I tak boleh call you ni?”
“Erm, hm.”
“Alia.” Suara serius.
“Yea?”
I… suka you.”
Alia menelan air liur. “Jadi?”
Wanna be with me?
Er… “Kita kawan dulu?”
“Kita dah 7 tahun kawan kot. Best firend lagi.”
“Sejak bila you suka I?”
“Tak tau.”
I fikir dulu?”
“Dah seminggu, tak habis fikir lagi eh?” Haikal menghela nafas. “I thought, you like me too.
“Suka je ke?”
Er, “Yang lebih-lebih tu, lepas kahwinlah I cakap.”
Muka Alia merah. “Bila masa I cakap I nak kahwin dengan you? Ish.” Off phone.
Seminggu kemudian, Haikal hantar rombongan meminang.
***
You, kita ni lagi seminggu nak kahwin kot. You ni betul ke nak kahwin dengan I?” Haikal tanya Alia masa mereka di restoran yang dah ditempah khas.
Masa ni, kawan-kawan semua ada, cousin-cousin rapat, and family yang muda-mudi semua ada. Konon-konon macam bachelor’s night. Tapi sambut sekali dengan dua-dua, er, kiranya taklah bachelor party sangat eh.
“Asal pulak, you tetiba tanya soalan macam ni?” kerut dahi.
You kata, you setuju sebab parents you suruh, habis tu hati you sendiri macam mana? Sepanjang kita tunang ni, you tak cakap apa pun.”
I dah setuju kan.”
You setuju, tapi you macam… entahlah. Can’t describe it with words.” Sigh. “I cuma tak nak you rasa terpaksa sebab persahabatan kita, atau sebab your parents paksa. Perasaan tak boleh dipaksa, you.”
Alia jungkit bahu. Bangun dari kerusi.
Haikal mengeluh lagi. Tetiba dia rasa, keputusan yang dibuat ni salah. Sangkanya Alia malu untuk mengaku yang dia suka, sebab Alia ni memang pemalu orangnya. Tapi, semuanya tak jadi macam apa yang dirancang. Dah seminggu lagi nak kahwin, Alia tak pernah cakap dia suka. Cara dia macam, follow the flow je.
Ah~ baik ambil angin kat luar. Stress je duduk dalam ni. Orang lain semua dok makan-makanlah, ada yang layan je live band.
Bunyi gitar yang mula berkumandang tidak dipedulikan. Namun langkahnya terhenti, bila suara halus yang sangat dikenali mula menyanyi.
Suasana yang riuh juga senyap.
You can be the peanut butter to my jelly
You can be the butterflies I feel in my belly
You can be the captain and I can be your first mate
You can be the chills that I feel on our first date

You can be the hero and I can be your side kick
You can be the tear that I cry if we ever split
You can be the rain from the cloud when it's stormin'
Or you can be the sun when it shines in the mornin'
Don't know if I could ever be without you                                                                                  Cause boy you complete me
And in time I know that we'll both see
That we're all we need

Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry
Cause you're the one for me (for me)
And I'm the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we're the perfect two

We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two
You can be the prince and I can be your princess
You can be the sweet tooth I can be the dentist
You can be the shoes and I can be the laces
You can be the heart that I spill on the pages
You can be the vodka and I can be the chaser
You can be the pencil and I can be the paper
You can be as cold as the winter weather
But I don't care as long as we're together
You know that I'll never doubt ya
And you know that I think about ya
And you know I can't live without ya

I love the way that you smile
And maybe in just a while
I can see me walk down the aisle
Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry

Cause you're the one for me for me (for me)
And I'm the one for you for you (for you)
You take the both of us of us (of us)
And we're the perfect two

We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two

Haikal speechless.
Hey, Mr Future Husband, now you dah tau what inside my heart kan?” Alia kenyit mata. “Ini first time tau, I confess macam ni. my first and last...
They look at each other. And smile. =)




IU

Monday, April 9, 2012

::Yang Mana Satu:: ~5~


OMG, it feels so long kita tak pillow talk macam ni. ada sama-sama macam ni.” Cassie yang sedang duduk memeluk bantal sambil tersenyum. “You lah. Susah sangat nak datang sini, tidur sini. asyik menghilangkan diri aje.”
Aku tergelak kecil. “Biasalah. I kan very the busy woman. Mestilah selalu missing in action.”
“Banyaklah you punya missing in action. I miss you tau.”
Oh God, Cassie. I’m so sorry, but I’m still straight!!!” aku memegang tangan dia sambil konon menunjukkan muka yang amat simpati.
Bantal yang dipeluk Cassie dicampakkan kepada aku. kami sama-sama tergelak. “Apalah you ni, ke situ pula dia. Habis I ni tak straight ke?” balas Cassie dalam gurauan juga.
Aku buat muka berfikir dengan serius. Saja nak menyakat dia lagi.
“Dah, dah. Stop it. Kalau layan you yang dah mula jadi gila macam ni, memang tiga hari tiga malam tak habis, tau tak.” Sambil ketawa Cassie mengangkat sebelah tangannya tanda suruh aku berhenti nak buat lawak lagi.
But, seriously, I miss you too!”
“Auww, that’s why I love you more.And we hug each other. Dan kemudian kami gelak lagi.
“Ok, ni dah macam gila jejak kasih punya style.”
“Haha… berapa puluh tahun dah kita tak jumpa ni? Omagatt, gila dramatik kita ni.”
Yea, bilik ini memang takkan sunyi jika kami berdua ada. Ada je benda yang dijadikan cerita, ada saja benda yang ingin ketawa bersama juga menangis bersama.
So…” aku mengangkat kedua belah kening. “How’s life? Banyak hot story ni kalau tengok gaya muka you yang excited tu.”
Arha! Yuppie! Memang banyak gila hot story nak cerita kat you. Sampai dah tak tau nak mula dari mana. Alamak, nak mula dari mana ya?” Cassie dah buat muka blur.
“Aiyo, cousin! You memang buat I rasa bersalah sebab dah lama tak jumpa youlah. Nampak banyak sangat story yang kita tak kongsi lagi.” Aku menyandarkan badan ke dinding.
Oh no, I didn’t mean it that way.” Cassie cakap dengan bersungguh-sungguh. “I never intend to make you feel bad.
Hey, sayang. I know. You know, I’m kidding onlylah.”
Cassie tersengih. “Okay, okay. Now the story begins.” Cassie mengenyitkan mata.
Yeah, kami berkongsi cerita, berkongsi hati, berkongsi masalah.
We are young, we run free. We are sister, we are together. No matter what, we have each other!

Tuesday, April 3, 2012

Apa Itu Cinta?


“Saya cintakan awak.” Dalam mata Daniel memandang Lisa.
Lisa memandang wajah Daniel. Kosong.
“Cinta? Apa itu cinta?” sinis Lisa bersuara. Matanya menala ke arah tasik buatan manusia.
“Cinta, itu adalah perasaan yang sangat dalam. Perasaan yang ingin bersama. perasaan yang ingin memiliki dan dimiliki. Perasaan yang membuatkan seseorang gila. Perasaan yang yang dijaga dan disuburkan.” Daniel tidak melepaskan pandangan matanya ke arah Lisa.
“Cinta itu, bila saya melihat awak, saya merasa gementar. Hati saya can’t stop beating. Merindu awak hanya walau sehari tidak bersua.” Daniel masih menjelaskan perasaan cinta itu dengan panjang lebar.
Lisa tertawa. Tanpa perasaan.
“Jadi, dipendekkan cerita, cinta itu hanya mainan perasaan. Cinta itu hanyalah nafsu semata.” Beku. Pandangan Lisa sememangnya dingin.
“Awak silap, Lisa. Awak silap. Cinta itu lahir dari hati yang suci.”
“Cinta yang saya kenal, adalah menyakitkan. Lukanya tak pernah hilang. Menjadi mimpi ngeri. Menjadi sejarah silam yang tak dapat dilupakan. Memberi kesan bukannya sahaja pada diri, tetapi pada sekeliling. Menjadikan air mata tidak pernah terhenti.” Lisa mengetap bibir mengucapkan satu demi satu perkataan.
“Awak pernah terluka kerana cinta?” Daniel bertanya. “Biar saya rawati luka awak. Biar saya menjadi knight in shining armor awak. Izinkan saya?”
“Ya, saya pernah terluka kerana cinta. Dan saya hidup dengan kelukaan itu sepanjang hidup saya. Tapi, itu bukan cinta antara kekasih. Cinta antara mama dan papa saya yang terhenti di tengah jalan. Yang menjadikan saya mangsa dan juga pengemis kasih sayang. Saya tidak pernah percaya pada cinta. Hentikan kata-kata cinta awak. Ianya sedikit pun tidak memberi kesan pada saya.” Lisa mula berdiri dari duduknya yang di atas jambatan tepi tasik.
“Dan, persahabatan kita putus saja di sini. Saya tidak suka berkawan dengan lelaki penipu seperti awak.” Lisa mula menapak untuk pergi. “Huh, cinta konon.”
“Lisa, mungkin awak tidak percaya pada ungkapan cinta saya. Dan mungkin, saya juga bukan ditakdirkan untuk menjaga awak. Namun, doa saya untuk awak, agar awak dapat menemui lelaki yang akan buat awak jatuh cinta. Dan menyedari apa itu sebenarnya cinta.” Lirih suara Daniel, sebenarnya, sudah puas dia menagih cinta gadis ini. Biarlah, terhenti sampai sini.
Lisa menoleh. “Moga sahaja doa awak tidak akan menjadi kenyataan. Kerana, cinta antara kekasih tidak wujud. Ianya hanya akan memberi derita pada pihak perempuan. And, I’m not going to let this bullshit thing happen to me.”
“Jangan terlalu yakin. Jangan terlalu ego. Kehendak takdir, tak siapa yang tahu.” Daniel juga bangun dan menapak pergi.
Ianya takkan berlaku. Tak mungkin di hayat ini.
Lisa juga menapak pergi dengan air mata yang menitis.





*cerita ini pernah dipublish di s7w *

IU

Monday, April 2, 2012

Lihatlah


Lihatlah
Tiada apa lagi pada diri
Lihatlah
Segalanya telah dibawa pergi
Lihatlah
Semuanya kelam dan gelap
Tiada lagi cahaya yang menerangi
Tiada lagi gelak dan tawa
Yang tinggal kekosongan belaka

Lihatlah
Tiada lagi yang boleh dipersembahkan
Lihatlah
Diri ini serba kekurangan
Lihatlah
Segala duka yang bermukim di hati
Tinggal sudah segala episod
Dibawa pergi angin kencang
Hanyut dalam arus ombak besar

Lihatlah
Yang tinggal hanya sekeping hati
Lihatlah
Yang ada cuma air mata
Lihatlah
Yang tinggal hanya sekujur tubuh

Apa lagi yang ada?
Hanya kenangan pahit
Hanya kenangan manis
Yang tak mungkin berulang
Segalanya seolah-olah sudah berakhir
Semuanya telah dibawa pergi

Tetapi diri dan hati ini
Masih mengharapkan sinar cahaya
Walau seribu kegelapan yang tiba.


IU

::Butterfly:: ~20~


The Devil Who Tamed Her by Johanna Lindsey. Eh, aku tak ada lagilah buku ni. Danny mencapai novel dari rak buku itu. Wah, macam best je sinopsis dia. Kalau mama ada, mesti mama pun suka novel-novel Johanna Lindsey ni. Penulis yang mama suka Johanna Lindsey.
Danny pegang buku tu. Dan membelek lagi novel-novel Inggeris yang lain. Mencari-cari kalau ada novel lain yang best. Dalam banyak-banyak genre novel dia akan berada lama di bahagian romance.
Woo… ingat hati brutal. Rupanya baca buku romance ek.” Denniel membelek novel-novel yang berada di rak buku yang tertera tulisan Romance di atas rak itu.
Automatik Danny meluruskan badannya yang agak membongkok sedikit sebab melihat buku di rak bawah. Oh shit! Kantoi habisan ni! Whylah aku lupa aku datang dengan mamat ni? OMG! Mana nak letak muka? Kan dah terasa macam kehilangan aura membunuh ni. Adeih!
“Sibuk!” Danny meletak semula novel Johanna Lindsey yang sudah pun dipegang daripada tadi. Malulah pulak nak beli novel genre tu depan mamat tu.  Danny terus menuju ke bahagian majalah. Muka dah rasa macam berbahang yang amat!
Ek? Salah ke aku tanya? But she really read these kinds of books, ey? Denniel mencapai novel Johanna Lindsey tu kembali. Wooo… tajuk dia. The Devil Who Tamed Her, ey? Hmm…can I be the devil, then? Denniel membawa buku-buku yang ingin dibeli ke cashier.
“Ada nak beli apa lagi ke? I dah sudah.” Denniel merapati Danny yang sedang membelek-belek majalah.
“Oh? Erm… tak ada.” Danny mengikuti langkah Denniel keluar dari kedai Popular itu.
“Nak pergi jalan mana-mana lagi?” eh Butterfly ni, dia still bengang ke pasal tadi? No worries, Abang Denniel ada untuk membantu. Euww…abang? Putus fius ke apa aku ni? Adeih!
 Danny hanya menggelengkan kepala. Serius rasa malu tak hilang lagi.
“Sebelum balik, kita makan dulu?” Denniel memandang penuh pengharapan.
Danny mengerutkan dahi. Rasa nak ketawa ada pulak tengok mamat ni tetiba buat muka mengharap. “Tak lapar.”
“Tapi, I lapar.”
“Kalau you lapar, pergilah makan. I balik dulu.”
“Okey, kalau you tak lapar, tak apa. Tapi, teman I makan, please?”
Danny berfikir sejenak. Apa kes nak teman dia makan pulak. “Whatever.”
Yesss! “Kat sini ada Secret Recipe tak?”
“Ada kat tingkat satu.”
Okay, you lead the way, mademoiselle.” Denniel membuat gaya ala-ala lelaki budiman terakhir.
Danny menggelengkan kepalanya. “Sick.” Dia menggumam.
I heard, Butterfly.”



Lasagna, and iced chocolate.”
Danny masih membelek menu. Ceh, aku ni kata tak lapar. Tapi, memang tak lapar pun. Cuma dah kat Secret Recipe ni, macam tak sahlah pulak tak makan kek kan.”I want cheese choc and strawberry smoothies.” Nah itu dia.
Setelah pelayan itu mengambil order dan berlalu. Masing-masing diam. Tidak tahu topik apa yang hendak dibualkan. Rasa macam sangat kekok.
Erm… aku rasa ni macam first time je aku keluar makan berdua dengan lelaki selain daripada dengan atuk aku, dan abang-abang aku. Haish… dengan cousin pun tak pernah keluar berdua lagi tau. Dengan kawan jauh sekali. Danny, what’s wrong with you, girl? Kenapalah aku setuju nak ikut dia pergi Jusco ni.
How’s your preparation for SPM?”
“Alhamdulillah. Just doing fine.”
“Berapa subjek ambil?”
“16.”
WHAT?”
Danny mengerutkan dahi. Asal pulak yang nak terkejut macam tu sekali? “Apasal?”
“16 subjek? Are you kidding me, Butterfly?”
Heh, apa ingat aku tak boleh bawak ke 16 subjek tu? “No.” serius Danny menjawab. “And, why you keep calling me Butterfly??? That’s not my name.
Erm… coz you’re like butterfly to me?” agak-agak boleh terima pakai tak jawapan ni?
“Putus fius.” Apa kes nak guna ayat romeo mamat ni. “Geli boleh tak dengar jawapan macam tu.”
“Haha.” Denniel menjungkit bahu sambil tertawa. “ Your namekan Ramadhani. Rama. Rama-rama. Butterfly. Simple as that.”
Entah kenapa aku rasa macam tak boleh nak terima dek akal aku yang bijak dengan jawapan dia. “But you called me, Butterfly before you know my name. Before our family introduced us.”
Errr… nah amik kau Denniel. Apa kau nak jawab? Air dan makanan pun sampai di time-time yang kemuncak begini. Sungguh bertepatan waiter ni. Bagus-bagus. Ni yang tak menyesal makan kat sini. Haha.
Denniel mengucapkan terima kasih kepada waiter itu. “Tak lapar ke makan kek je ni?”
Cake is enough.” Danny mencapai garfu kecil yang tersedia. Wah, sedapnya. Danny menyudukan  kek itu ke dalam mulutnya.
“Macam mana you manage your 16 subjects? It must be tough.” Denniel cuba mengalih topik.
“Don’t call me Butterfly. I bukan serangga!” Danny merenung tajam kepada manusia di hadapannya itu. Nak tukar topiklah tu.
Lorh… tak habis lagi topik Butterfly ni. “Laa… I tak pernah anggap you serangga. Okey, kalau I tak panggil you Butterflly. I nak panggil you apa? Princess?” Denniel mangusap dagu. “Sounds nice.”
NO!” Danny membantah. “Just call me Danny. semua orang panggil I Danny. whylah pulak you nak panggil nama lain?”
“Tak naklah. Tak best ar Danny tu. Dah macam nama I pulak. Den. Denniel. Lagipun tak femininlah panggil Danny.”
Ek eh, nama I suka hati I lah.” Banyak cikadak pulak mamat ni. Lesing karang.
“Mulut I, suka hati I lah.” Denniel masih giat menyakat. Menyakat-menyakat jugak, makanan tetap masuk mulut. Nyum…nyum… sedapnya lasagna ni!
Ish! Sungguh sakit hati cakap dengan mamat tak faham bahasa ni. Danny mencapai strawberry smoothies dia. Kalau dalam keadaan panas membahang macam ni, kena minum air. Wah, sejuk. Nyaman. Tapi, bahang panas tak hilang lagi.
You ni tak kerja ke? Lepak memanjang je.:
Huh? “Mana you tau I lepak memanjang?”
Ouh yela… your parents sangat kaya.You lepak pun boleh dapat Cayman, right?”
Denniel tersenyum. “Ni tak habis lagi pasal Cayman ni. You suka Cayman ke?”
Danny mengangkat kening sambil membasahkan bibir. “My favourite car. Sporty and smart. And it’s Porche.”
Ya, that’s why I love Cayman too. And not too expensive macam kereta dia yang lain.”
“Ha. Ha.” Gelak tak ikhlas. “Not too expensive? It’s half-million.”
Denniel gelak jugak. “I nak dapat kereta tu bukan goyang kaki and demand je kat my parents tau. I kena achieve dalam study. Dapat anugerah pelajar cemerlang kat university. And ikut my dad pergi meeting, kena buat presentation with everything that I learned. Kena keluarkan buah fikiran yang bernas untuk that project. And bila my dad puas hati. Barulah I dapat my Cayman, okey? It was not easy, but I loved challenges.”
Wow, but well, yeah. Everything comes with price.”
Denniel menganggukkan kepala. “Okay, enough bout me. Macam mana you boleh ambil 16 subjek? Tak pecah ke kepala? You ambil subjek apa?”
Woo..woo… banyaknya soalan.”
“Okey, jawab je satu-satu. I dengar.”
Danny memandang kek dia yang tinggal separuh. Perlu ke jawab dia punya soalan? “I suka belajar. I suka ilmu. And, no. 16 subjects are nothing sampai nak pecah kepala otak. Bukannya dapat guna semua keupayaan otak kita. Our brains are great, man.”
Wow, what a great philosophy.” Denniel menganggukkan kepalanya sambil menyuap lagi sesudu lasagna. Tapi aku rasa macam ada je lagi sebab lain.
And maybe because I wanna runaway from this harsh reality. Tapi, I tak boleh lari dari tempat ni… but I guess I boleh lari dari kenyataan sekejap dengan menyibukkan diri dengan belajar.” Danny menarik nafas dalam-dalam. Entah kenapa dia rasa ingin meluahkan. Kemudian memberi senyuman. Senyuman yang menutup rasa hatinya.
Denniel terberhenti mengunyah. I can see her pain. Sekarang. Walaupun dia senyum, can see it through her smile.
I tak boleh memberontak. I tak boleh putus asa. I tak boleh meraung. I tak boleh nak kembalikan masa. So, I guess, yang terbaik adalah lari sebentar dari memikirkan atau mengingati. 16 subjek tak pecahkan kepala I. But, the memories of the passed can make me go crazy.” Danny gelak paksa.
Sungguh aku tak tahu macam mana nak hadapi situasi macam ni. Aku tak tahu the right words untuk comfort dia. Aku selalu rasa nak tolong dia. Nak tolong dia keluar dari the sadness inside her. But, when dia out of the blue cerita macam ni. I don’t know what to say.  “It’s hard. But you controlled yourself very well. You are strong, Butterfly. I kagum dengan you. Setengah orang, diorang tak boleh keluar dari zon trauma. I tau you ada trauma, but you hide it well.”
What did I said? Kenapa aku ceritakan benda ni kat dia? Astaghfirullah… aku tak pernah cerita kat sesiapa. I kept it to myself. Dan sekarang, dengan suka-relanya aku bagitau seorang lelaki yang tak ada kena-mengena dengan hidup aku. “I’m so sorry sebab you terpaksa dengar semua benda mengarut ni. Actually, I’m fine. I just memang suka melalut. That’s me. I tak ada trauma. And I boleh terima semuanya dengan cool. And, tak beri kesan pun sebenarnya kat I. saja cari simpati lebih.” Danny cuba cipta alasan. Walaupun alasannya kedengaran sangat pelik.
Denniel mengeluh. “I tak kisah pun untuk dengar, Butterfly. I’m willing to listen, whenever you need someone. And no, you bukan seseorang yang cuba untuk tagih simpati. You’re not Sarah.” Denniel cuba berjenaka.
Danny tersengih. “Hey, she’s still my cousin, okay?”
Not by blood.”
Whatever.” Danny mula rasa tak selesa nak duduk disitu. Kek masih tinggal separuh. Dah tak lalu pun nak makan.  “Erm… I nak balik.” Bukan persoalan Sarah yang menjadikan dia kurang selesa. Tapi, persoalan kenapa dia boleh tiba-tiba bercerita dengan suka-relanya. Haih.
Denniel mengangkat kening. “Okey, kita balik. But please, habiskan makanan dengan minuman tu. Membazir kalau tak habis, okey?”
Danny hanya mengangguk, dan mereka pun masing-masing senyap menikmati makanan yang dah tak rasa apa lagi dah.
Perjalanan pulang mereka juga sepi. Radio juga tidak Denniel pasang. Entah tak rasa nak pasang. “I’m sorry.”
Danny mengerut dahi. “For?”
I baca your letter kat tasik tadi.”
Laju Danny memusing kepala memandang kepada Denniel yang masih memandang hadapan, konon-konon khusyuk memandu. “Never thought you will apologize.” Danny memandang kehadapan semula.
I take it you’d accepted my apology?” Denniel menjeling kepada orang sebelah yang mukanya sangat serius tapi tetap manis.
Danny diam.
You sayang your father?”
None of your business, man.” Dah mula nak menyibuk lagilah tu!
You sayang your mother?”
Of coz I loved my mother!” apa punya soalan daa? “What a stupid questioned.” Danny menggumam.
“Cepat dan confident you jawab. But when I asked you, you sayang your father, kenapa tak boleh bagi jawapan yang cepat dan yakin?”
Diam seketika.
He’s a stranger. I hate him. I HATE him! Satisfied? Can you understand? Seorang anak membenci seorang bapa?”
Kereta diberhentikan. Dah sampai di hadapan rumah Danny. “It’s a thin line between love and hate, Butterfly.”
Whatever. Open this damn door. And let me out of here.”
Denniel mengambil plastik buku tadi, dikeluarkannya buku Rich Dad Poor Dad, dan plastik itu diberikan pada Danny.
“Apa ni?”
Yours.”
I tak beli apa-apa tadi.”
Denniel membuka lock pintu. “Ambil. I belikan.” Denniel keluar dari keretanya dan membuka pintu untuk Danny yang masih tergamam.
“Tak payah kot nak main buka pintu segala bagai.” Danny keluar dari kereta tanpa membawa plastik tu. Dijelingnya pun tidak apa yang ada dala plastik buku tu.
 Denniel ambil plastik buku tu, dan menarik tangan Danny yang dah mula menonong masuk ke dalam pagar rumah.
This is yours. Kalau bukan you yang ambil, I nak buat apa dengan buku-buku ni? Satu buku tu I dah ada, lagi satu I tak baca.” Diletakkan di atas tangan Danny dan terus dia masuk dalam kereta dan memecut meninggalkan Danny yang terkejut.
Suka-suka je nak main tarik-tarik anak dara orang. Nasib baik berlapik tau tak? Ish!