Friday, March 30, 2012

::Yang Mana Satu:: ~4~


“Babe, can I borrow your eye-liner? I punya dah habis, and I forgot to buy it. Huhu.” Cassie meratakan foundation Dior yang dipakainya.
“Yeah sure. Nak warna brown or black?” selepas memakai mascara di bulu mata kanan, aku memakai belah kiri pula. Maskara ni aku cuma rajin pakai kalau aku ‘cuti’ sahaja, sebab bagi aku maskara agak susah nak dibersihkan, nanti nak solat susah.
“Black.”
“Sekejap.” Aku menyimpan maskara yang dah selesai aku pakai dan masukkan kedalam beg make-up aku, kemudian aku cari celak yang berwarna hitam. “Nah. If you nak ambil terus pun boleh. I selalu pakai warna brown.”
“Ouh, thanks, babe. But it’s okay, I pinjam je.” Cassie mencapai eye-liner yang dihulurkan. “You pakai eye-liner warna brown?”
“Urm… yeah. Why?”
“Jarang tau orang pakai eye-liner warna brown. Selalunya orang pakai warna hitam. Kalau ada pakai warna lain pun, diorang pakai warna blue-black.” Eye-liner ditangan Cassie mula menampakkan warna di kelopak mata.
Aku gelak. “I don’t know.” Aku menjungkit bahu. “I rasa warna brown fits me better than black. And I feel my eyes look prettier when I’m using brown. Ha. Ha. Okay fine, I rasa nak muntah dengan statement sendiri.”
Cassie gelak sambil tengok aku. “It really look nice on you la, dear.” Cassie memandang semula cermin. “Different.”
“Arha, yeah. I’m a weirdo anyway.” Aku tersenyum untuk mengaplikasikan blusher pula.
“No, you’re not a weirdo. You’re human. Aiyo, stop talking like you’re an alienlah, sayang.” Cassie dan aku sama-sama tergelak.
Setelah bersiap, Cassie mengikat rambut pony-tail. Dan aku pula membetulkan lilitan shawl. Cermin tu boleh dikatakan macam kitorang punyalah. Tadi Aunty Anne nak pakai cermin pun sampai main tolak-tolak kitorang. Gamat kejap bilik ni dibuatnya. Aunty Anne yang merupakan mama Cassie dan makcik kepada aku. oppss…bukan makcik ye. Aunty. Hehe. Dia yang siap kemudian tapi dia juga yang siap dulu daripada kitorang.
Cassie memakai minyak wangi Paris Hiltonnya. Dan aku memakai minyak wangi Armani. And yeah, mesti rasa macam peningkan bila minyak wangi bercampur? Haha.
Masa perjalanan dalam kereta, aku sempat mengelamun sekejap. Terkenang aku dengan Cassie.
Sebenarnya kitorang ni berbeza. I mean sangat berbeza. Yeah, different in all way. Rupa, gaya, minat, cita-cita, hobi, cara hidup memang berbeza. Tapi, kitorang boleh rapat. Dan, kitorang pun boleh layan minat masing-masing. Kitorang terima each other tanpa ragu. Trust each other. Dan kitorang juga berjaya menyamakan minat kitorang with each other. I mean have interest to what each other like.
Teringat zaman kanak-kanak, kitorang kena marah sebab main kejar-kejar kat luar rumah. Teringat zaman kanak-kanak punya cara bercerita. Dan bezanya bila dah agak besar ni. Teringat zaman kanak-kanak aku pernah sorokkan cermin mata dia, sampai dia menangis. (dan aku rasa dia pakai contact lens sekarang sebab dia tak nak aku sorok cermin mata dia lagi kot. hehe. Gurau je) Teringat zaman kanak-kanak masa kitorang bergaduh dan berbaik semula.
Itu zaman kanak-kanak. Zaman sebelum aku boleh berfikir. Zaman sebelum aku masuk ke usia angka 11. Dan yeah, Cassie, memang seorang cousin and best friend yang superb! Sebab walaupun aku berubah. Dia terima aku seadanya. She loves me as who I am, and I love her as who she is.
*zap*
Satu tepukan yang agak lembut (tapi sebenarnya agak kuatlah sebab dia berbunyi) singgah di peha aku. Aku mengerutkan dahi sambil memandang kepada empunya tangan yang menepuk peha aku.
“Amboi, cik kak. Dah berangan melayang ke mana tu? London, Paris? Sampai orang panggil pun tak sedar.” Cassie mengangkat kening. “Haa, gotcha!”
Aku tersengih cuba cover malu. “Tak adalah sampai London or Paris. Sampai Bangladesh aje.”
Cassie tak boleh tahan gelak. Bergema suaranya dan juga Aunty Anne.“Why must Bangladesh lah? Oh no, cousin! You ada terminat kat Mat Bangla mana ni?”
“Apalah Zara ni, ada ke Bangladesh juga tempat yang disebut.” Aunty Anne masih lagi dengan sisa gelaknya.
Aku masih lagi tersengih. “Random, I guess?”
Aunty Anne menggeleng-gelengkan kepalanya. “Macam-macam. Okey, ni kita nak makan apa ni?”
“Secret Recipe!!!” serentak aku dan Cassie menjawab.
Then we look at each other…
And laugh.
“High five, yaw!” tapak tangan berlaga. Dalam soal makanan, masih ada kesamaan!

Thursday, March 22, 2012

::Yang Mana Satu:: ~3~


Lagu Anything But Ordinary – Avril Lavigne berkumandang dengan kuat di gegendang telinga yang memakai headphone.
Aku ingat lagi, oleh sebab aku sangat meminati Avril Lavigne, arwah mama dulu pun ikut layan aje lagu Avril Lavigne.
My mom was cool. Sporting. Up-to-date. Berjiwa remaja.
Dia kata, live your life. Rasa apa itu kehidupan. Dia selalu cakap, dia menyebabkan aku matang sebelum usia, menjadi pendengar masalah dia walaupun masalah itu macam tak sesuai je untuk budak-budak macam aku tahu, menjadi pakar kaunseling kepada dia, menjadi seorang penasihat kepada dia,  menjadi seorang yang tak tahu apa itu zaman kanak-kanak dan mungkin menyebabkan keseronokan aku untuk hidup zaman remaja ni tiada langsung. Dan dia rasa bersalah, bila aku ada penyakit pelik ni.
Dulu, sebelum dia meninggal, aku selalu tak faham kenapa dia nak halang aku buat keputusan seperti contohnya pakai tudung labuh dan seriously dia pernah cakap aku extreme dalam beragama. Sampai aku, (yang konon banyak membaca ni) cakap kat dia, ada seorang ulama’ pernah mengatakan tiada apa yang extreme dalam agama selagi ianya mengikut ketetapan yang Allah dan Nabi Muhammad gariskan. (tapi bila nak diingatkan dia ikut je bila aku kata nak masuk sekolah agama, walaupun aku tak pandai baca jawi, dan bacaan al-Quran aku sangatlah tunggang-langgang, dia masukkan juga aku kat sekolah agama dan menghancurkan harapan dia yang nak tengok aku mengikut jejak abang-abang aku yang tamat pengajian sekolah menengah di sekolah cina)
Aku rasa, sebab mama rasa bersalah. Sebab mungkin dia tahu, walaupun aku tak pernah cakap dengan dia, yang sebenarnya aku tak dapat ‘masuk’ dengan sesiapapun melainkan dunia aku sendiri dan dia. Aku seperti seorang yang terpaksa dan akan berasa pelik bila bersama sepupu-sepupu dan saudara-mara aku. Aku juga rasa tak kena bila bersama dengan kawan-kawan aku. sebab pemikiran aku berbeza. Sebab apa yang aku inginkan tak sama dengan orang lain mahukan di baya-baya aku atau hampir-hampir sebaya aku.
Walaupun mama terus-menerus menjadikan aku seorang yang matang dan berfikir, dalam pada masa yang sama message yang dia ingin sampaikan pada aku, dia akan bersama dan turut menjadi kawan aku jika aku ingin mendengar lagu-lagu seperti, Avril Lavigne, Eminem, Linkin Park, Simple Plan...
Aku rasa mama aku cuba memahami aku dengan lagu-lagu yang aku dengar. Sebab dia tahu, walaupun aku adalah pendengar setia kepada masalah dia dan kadangkala aku ni pulak yang macam mama dia bila tentang bagi nasihat, aku jarang sekali spill out problem aku kat dia. Mahupun sesiapa. Aku simpan masalah sendiri. Dia ingin memahami aku, tapi aku tidak bercerita. Jadi dia cuba mengikut rentak aku.
Dia ingin aku hidup. Mungkin pada mata dia, dia melihat aku seolah-olah mati. Tersisih. Tiada tempat aku di dunia ni. Dia cuba buat yang terbaik untuk aku. Aku juga tahu, benda yang paling dia takuti, aku akan terus menderita. Dan dia pernah cakap, “Adik adalah seorang yang paling susah mama nak faham. Mama tak pernah memahami adik.”
Aku tak kisah. Sebab masa tu aku ada dia. Aku tak perlu dia faham aku. Cukup dengan adanya dia. Aku berasa cukup, bila dia cuba sedaya upaya untuk memahami aku, walaupun dia jarang sekali dapat memahami aku. (aku rasa dia tak faham aku sebab dia seorang yang sangat lurus, dan aku pula seorang yang complicated, jadi memang susah nak communicate sebenarnya.)
Hidup tanpa dia… adalah perkara yang sangat menyakitkan.
Hidup tanpa dia… menjadikan hari-hari yang aku lalui menggerunkan.
Hidup tanpa dia… menjadikan langkah yang aku ambil jauh tersasar.
Hidup tanpa dia… adalah seperti hidup tanpa jiwa.
Hidup tanpa dia… aku… sebenarnya mati.
Ini memori aku dan dia. Kemana sahaja aku pergi, aku tak boleh tinggalkan dia. Tak pernah tinggalkan dia. Aku tak peduli kalau korang bosan dengan cerita aku. aku tak peduli kalau korang rasa dimana-mana sahaja pasti ada dia.
Sebab dia istimewa. Sebab dia tiada gantinya.
Sebab dia… mama aku.
Dan lagu pun bertukar. Slipped Away – Avril Lavigne.
I miss you, I miss you so bad
I don’t forget you, Oh it’s so sad
I hope you can hear me, I remember it clearly

The day you slipped away
Was the day I found it, Won’t be the same

I didn’t get around to kiss you, Goodbye on the hand
I wish that I could see you again
I know that I can’t
I hope you can hear me, Coz I remember it clearly

The day you slipped away
Was the day I found it, Won’t be the same

I’ve had my wake up, Won’t you wake up
I keep asking why, I can’t take it
It wasn’t fake, It happened you passed by
Now you’re gone, now you’re gone
There you go,  there you go
Somewhere I can’t bring you back
Now you’re gone.  now you’re gone
There you go,  there you go
Somewhere you’re not coming back

I miss you