Sunday, May 26, 2013

::Butterfly:: ~22~


“Ni asal tetiba kau terpacak kat depan rumah aku, tanpa makluman sekurang-kurang sepuluh minit lebih awal ni? Siap sanggup ambil aku. Tapi, bagus juga. Dah lama aku tak naik Ah Cai ni.”
“Suka hati kau je kan panggil kereta aku Ah Cai. It’s Cayman, dowh.”
“Kau ni, aku panggil caiman salah. Panggil Ah Cai salah. Nak nama gempak je. Cayman.”
“Bukan aku yang bagi nama kereta ni. Dah memang itu nama dia, ngeng.”
“Muahaha. Sabarlah, encik abang. Gurau sikit terus nak ada perisa jeruk.” Farish gelak sambil menjeling lelaki sebelahnya yang sedang memandu. “Kita nak pergi mana ni? Karaoke jom. Aku dah lama tak melalaklah.”
“Aku tak ada moodlah nak karok. Jiwa tengah kacau. Aku nak lepak sambil nak kau buka sesi meluahkan perasaan boleh?”
“Ek? Jiwa kacau?” Farish dah buat muka pelik. Terus badannya dipusingkan sedikit menghadap Denniel. “Pertama kali aku dengar kau cakap yang kau jiwa kacau. Jiwa. Kacau.” Farish mengerutkan dahi. “Kau tau tak apa maksud jiwa kacau ni?”
“Ngek ngok kau. Kau nak kena hentak kepala kat jalan tar tu ke hape?”
“Dah tu kenyataan yang kau buat, tak pernah masuk dalam kosa kata dan tatabahasa kau.” Farish gelak.
“Aku seriuslah.”
“Aku tak kata kau main-main pun, kawan.” Farish menepuk dua kali bahu Denniel. “Kalau kau nak aku buat sesi kaunseling, Apa lagi, mamaklah.”
“Mamak bising, dowh.”
“Habis kau nak dekat mana? Tepi tasik?” sarkastik.
“Hmmm… tasik.” Denniel menggumam sambil mengeluh.
Farish merenung sahabat baik di sebelahnya yang seolah-olah khayal seketika. “Kau ni kena sampuk ke apa, Den?”
Farish memandang sekeliling dia. Padang yang terbentang luas dengan ditemani lampu-lampu. Farish duduk dan mengeluarkan segala keropok, coklat, air dan entah apa-apa yang Si Denniel beli ni, rasa macam membeli-belah untuk stok makanan sebulan pulak. Sebulan tau tak!
“Aku harap mereka-mereka tidak akan membuat anggapan yang kita adalah kaum pengikut nafsu songsang.” Farish melihat semua pasangan-pasangan kekasih yang sedang duduk bercerekarama di tengah padang. Lelaki dan perempuan. Ada juga keluarga yang membawa anak-anak. Aku je dengan Si Denniel ni lelaki berdua. Ish. Na’uzubillah min zalik! Merepek je aku ni fikir benda yang bukan-bukan.
Zap!
“Woi! Apa ni? Sakitlah, ngok.” Farish menggosok belakang kepala dia yang dilibas oleh Denniel menggunakan keropok. “Kepala aku ni bayar zakat tau!”
“Yang kau pergi fikir benda bukan-bukan nak buat apa? Aku rasa kau ni kena betulkan skru dalam otak tu haa. Biar center sikit.”
“Hehe. Bertenanglah, kawan. Aku gurau je. Itupun nak libas-libas orang. Kang aku libas kau pakai Nike aku kang, baru tau. Baru beli ni.” Farish menepuk-nepuk kasut sukan Nike yang dipakainya dengan bangga.
Denniel memandang Nike Farish. Arha, Nike. Butterfly.
*pap* Farish memetik jarinya dihadapan muka Denniel. “Kau apehal ni? Tadi khayal. Ni menung. Taulah, jiwa kacau. Tapi jangan buat perangai pelik, boleh tak? Ngeri aku tengok.”
Denniel tersengih sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.
“Tapikan… aku mushkil ni. Nak kata kau punya jiwa kacau pasal masalah besar, aku tengok muka kau taklah sekeruh masa kau kena ‘simbah’ dengan aiskrim cair Baskin Robbins.” Akulah kan, kalau teringat peristiwa tu, mestilah nak gelak punya. Hehe. Mati kalau Si Den ni tau. Jadi lauk ikan pirana aku dibuatnya.
“Butterfly.”
Huh? “Wei, apa kau merepek ni?” Farish membuka tin minuman. “Ada ke rama-rama tengah-tengah malam buta cenggini.?”
“I mean, her.”
“Cuba kau cakap bagi jelas sikit. Aku ni tak reti bahasa yang seciput-ciput ni.”
“Puteri Ramadhani.”
“Siapa pulokk Puteri…apekenamanya tadi?” Farish menggeleng-gelengkan kepala sambil meneguk air 100 Plus.
“Gadis aiskrim.” Sigh.
Tersedak Farish yang sedang meneguk air minuman itu. Apa kessss??? “Tolong ulang suara.”
Denniel menepuk-nepuk belakang sahabat baiknya itu. “Relax ar kau ni. Yang kau sampai tersedak tu apa halnya? Aku tak sebut benda pelik pun. Adesss, kau ni.”
“Tak pelik kau kata? Ni dah kira spesis luar alam tau?”
Danny menyelak rambutnya kebelakang. “Aku terbaca surat dia tadi.”
“Surat dia? Bila masa kau duduk satu rumah dengan dia?”
“Bila pulak aku duduk satu rumah dengan dia?” Denniel blur.
“Kejap. Apa kata kau cerita dari mula yang kau berahsia sangat dari aku. Tak bagi sikit pun mukadimah. Barulah Doktor Farish boleh merawat. Hmmm… I smell something fishy here.”
Nah itu dia, Encil Farish dah keluar ayat Bahasa Inggeris dia. “Weyh, jangan serius sangat. Aku belum cerita lagi ni.”
“Ok, shoot.” Serius Farish memandang Denniel. Sangat serius untuk mendengar kisah Denniel dan Si Gadis Aiskrim. Ataupun sebenarnya istilah lebih tepat adalah nak menyebok je lebih dan nak interframe masuk kat buku ni banyak-banyak. Muehehehe…

::Butterfly:: ~21~


“Eh, Kak Danny keluar dengan Abang Den?” Mia yang berada di halaman rumah menegur.
Danny yang baru sahaja nak melangkahkan kaku masuk ke dalam rumah berpaling ke arah Mia yang sedang tersengih-sengih. Alamak, kantoi!
“Tak ada maknanya akak nak keluar dengan dia.” Huh? Yeke Danny? Tadi tu apa? “Akak terserempak je tadi dengan dia. Pastu dia tolong hantar akak balik.” Haa… betul ye aku memang terserempak dengan dia tadi kat tasik. Tak ada plan pun nak jumpa-jumpa.
“Ooo…” panjang ooo Mia. “Dia dengan Kak Danny bukan stranger lagilah ya? Tu yang Kak Danny bagi dia hantar balik eh? Tak payah naik teksi.” Mia gelak lepas tu terus menghilangkan diri ke belakang rumah.
Danny terpinga-pinga. Huh? Aku tak dapat nak menghadam maksud Mia. Sebab aku punya tahap kebengangan dengan Si Mamat Perasan tu adalah tahap maximum!!! Huh, apa-apa jelah. Naik atas lagi bagus.
Danny meletakkan begnya dan plastik buku itu ditepi katil. Dia membaringkan dirinya sendiri diatas katil.
Penat.
Penat untuk berfikir. Penat untuk terima. Dan penat untuk semuanya.
What the hell did I do? I’ve cried in front of him. Then, boleh pulak suka-rela keluar dengan dia. Pergi makan dengan dia. Bercerita sesuatu yang tidak perlu diketahui oleh sesiapapun. and still boleh tersenyum dekat that guy.
Urghhh!!! Shit, man! I don’t know what I’ve done! Danny memegang kepalanya dengan kedua belah tangan sambil memandang siling. Mengimbas kejadian petang tadi di tasik sehinggalah sampai di depan rumah.
Aku nangis macam budak kecik. Aku ikut mamat tu pergi Jusco macam orang bodoh. Aku setuju je bila dia ajak pergi makan macam lembu kena cucuk hidung. Aku bercerita macam dia tu pakar kaunseling.
Waaa!!! Malu! Waaa! Tak percaya!! Waaa! Rasa nak gali lubang tujuh inci! Ek? Muat ke tujuh inci? Jari muatlah! Waaa…. Aku harap aku takkan jumpa dia lagi di hayat ini! Nanti lubang cacing mana pulak aku nak cari untuk nyorok? Malu beb, malu!
Asal bilik rasa macam gelap je? Sekarang pukul berapa? Waaa! Dah pukul 7.50! Berangan je kerjanya! Aku nak solat. Biar rasa malu, bengang, tension, rasa nak hentak kepala orang lain ni hilang.
Setelah menyidai telekung, Danny duduk di birai katil dengan plastik buku ditangannya. Dia mengeluarkan dua buah buku.
Ow. Novel Johanna Lindsey. Ni novel yang aku nak beli tadi. Oh shit! So, dia tau? Waaa! Mana nak letak muka ni? But then, he is sweet. Uish, romeo kalau tak sweet tak sahlah kan?
Danny mengeluarkan lagi sebuah buku.
Huh? The Secret by Rhonda Byrne.
Apa kes bagi aku buku ni? Kalau buku Johanna Lindsey tu aku boleh fahamlah sebab aku pegang tadi. Ni buku The Secret. Secret kebendenye?
Buku berkulit keras warna coklat itu dibeleknya. Mangaih! Mahal gila harga buku ni. Campur dengan buku Johanna Lindsey tadi dah seratus lebih tau tak?
You hold in your hands a great secret.
Eh jap, ni buku motivation yang popular tukan? Buku. Motivation. Shit! Gila bapak perli aku tahap tak ingat! Tapi macam buku misteri je ayat dia. A great secret, ey?
It has been passed down through the ages, highly coveted, hidden, lost, stolen and bought for vast sums of money. This centuries-old Secret has been understood by some of the prominent people in history: Plato, Galileo, Beethoven, Edison, Carnegie, Einstein along with other inventors, theologians, scientists and great thinkers. Now The Secret is being revealed to the world.
“As you learn The Secret, you will come to know how you can have, be or do anything you want. You will come to know who you really are. You will come to know the true magnificence that awaits you in life.”
Sounds interesting. Tapi, aku ada keutamaan yang perlu didahulukan dulu. Aku ada SPM yang just around the corner. So, inche buku-buku sekalian. Kita akan berjumpa lagi selepas saya tamat SPM ya. Aku perlu belajar. Belajar dan belajar.
Danny meletakkan kedua-dua buah buku itu di atas meja. Hmmm… perlukah aku ucapkan terima kasih kepada mamat sarkastik itu? Nak ucap macam mana, bukan aku ada nombor telefon dia pun. Haih.
Cukup-cukuplah nak fikir pasal dia. Aku ada perjuangan yang belum selesai.
*terima kasih Encik Denniel, kerana berjaya juga membuat dia terlupa kepada Encik Syafawi*