Wednesday, May 29, 2013

::Butterfly:: ~32~

Danny masuk ke dalam bilik yang telah diberi kepada dia untuk menghuni sepanjang berada di sini.
Hari ni hari Rabu, maknanya ada lagi tiga hari untuk majlis ulangtahun perkahwinan Aunty Yati dengan Uncle Bahrain. So far, aku kat sini taklah boring mana. Ada je benda yang nak dibuat. Aunty yati dengan Uncle Bahrain memang suka buat persiapan awal. Tak suka kelam kabut.
Lagipun, diorang buat majlis nanti pun dekat rumah ni juga. Rumah ni ada dewan yang agak besar di tingkat bawah sekali. Rumah besar, tak ramai penghuni bolehlah buat dewan kat dalam rumah. Rumah atuk (Encik Abdullah) tu pun besar, tapi dia banyak bilik tidur sebab ramai penghuni. Tu pun, dengar-dengarnya anak Uncle Razak nak duduk situ juga dua bulan lagi. dekat dengan tempat kerja katanya. So, akan bertambah lagilah penghuni rumah atuk nanti.
Danny membaringkan tubuhnya dibilik. Tudung telah pun ditanggal.
Tadi, tolong Aunty Yati buat deco kat rumah ni. Suggestion aku siap diambil lagi oleh Aunty Yati sampai buat anak kesayangan dia tu tak puas hati sebab mama dia tolak suggestion dia. Dah tu, suggestion dia tak boleh pakai. Ada ke ulangtahun perkahwinan yang ke-25 ni dia suggest untuk buat tema ala-ala surprise masquerade party? Memang tak masuk akal. Sampai marah planner yang dah buat semua persiapan tu, penat je dia plan baik and cantik punya, tiba-tiba nak tukar jadi nightmare masquerade.  Kalau nak buat pun, mana pulak nak cari topengnya? Sebab dalam kad jemputan tak ada pun sebut kena berpakaian bertema. Dia kata tak apalah, kita sediakan. Kalau susah sangat nak cari. Beli je yang topeng untuk birthday party kanak-kanak tu. Korang rasa ada tak si anak ni sepatutnya kena hentak je kepala dia kat dinding?
Aku tak taulah nak kata itu lawak yang patut untuk ketawa atau lawak bodoh yang rasanya kita dah ala-ala boleh benam kepala dia dalam laut.
Patutkan? Kan? Kan?
Aku tadi cuma bagi suggestion patut tambah bunga-bunga hidup yang mekar, melambangkan keceriaan dan perkahwinan yang masih mekar dan bahagia walaupun dah mencecah tahun ke-25. Dan nasib baik si tukang planner yang ala-ala lembut tu suka je idea aku dan falsafah aku. Ha, nak tergelak aku dia cakap aku punya falsafah. Dan yang paling penting Aunty Yati suka je. Hu.
Nasib baik aku ni memang datang dari big family juga. Kira aku tak kekoklah nak tolong tadi. Walaupun aku tak kenal pun sedara-mara Aunty Yati ni. Tapi, nampaknya dia orang pun okey-okey jelah. Mungkin sebab aku pakai baju kurung kot. Sebab aku tengok yang perempuan-perempuan muda disini semuanya pakai pakaian yang up-to-date. Eventhough kaum mak-mak kat sini pun tak ada yang berbaju kurung. Semua pakai seluar slack dengan blouse. Tapi, seperti biasa aku buat donno jelah. Peduli apa aku dengan pandangan orang-orang terhadap aku.
Oh ya, kawan Si Mamat Perasan tu pun ada tadi. Tak faham aku motif dia terkejut gila tengok aku kat rumah mamat ni. Bukannya aku datang ni sebab mamat tu pun. Sebab mak ayah dia ya! Jadi, tak payah nak terkejut lebih-lebih.



Farish dan Denniel di gazebo dilaman rumah Denniel.
Farish memandang nakal ke arah Denniel. Tersengih-sengih dia.
“Kau apahal? Sengih semacam. Macam kena sampuk pun ada.” Denniel menyalakan puntung rokoknya.
“Laa… aku sengih pun salah ke? Senyum tu kan sedekah. Tak dapat banyak, sekurang-kurangnya dapat jugak sikit pahala aku, tau.” Farish mengeluarkan sebatang rokok daripada kotak rokok yang dimiliki oleh Denniel. Selamba sahaja dia mengambil tanpa meminta. Dia tahu, Denniel takkan berkira punya.
“Ya, aku tau. Senyum tu sedekah. Tapi, kau tu tersengih bukannya senyum. Tu kira kategori sedekah ke?” perli Denniel.
“Ala, kira lebih kuranglah tu, kira halal.” Farish tersengih lagi. Sambil membetulkan suara dan berdehem, “Kau tak bagitau pun gadis aiskrim tinggal dengan kau. Terkejut aku tengok dia ada kat sini.”
Denniel memandang kolam ikan yang ada air terjun dihadapan pandangannya. Aku dah agak dah. Si Farish ni mesti nak tanya pasal Butterfly ni. Dari tadi aku tengok dia sengih lain macam. “Tak penting pun. Lagipun, bukannya aku yang ajak dia tidur sini. Mama aku yang ajak.”
Farish mengangguk-nganggukkan kepalanya dan membuat muka seperti sedang berfikir dengan serius. “Betullah kata orang, naluri seorang ibu tu sangat kuat.”
Denniel buat muka blur. “Betullah kata kawan-kawan kita, sekali kalau bahasa bunga kau dah keluar. Aku rasa memang tak ada yang faham.”
“Mana ada aku pakai bahasa bunga. Tulah korang, dulu mak bapak suruh belajar, korang main-main. Ha, kan sekarang otak tu bengap memanjang.” Farish membela diri.
“Banyaklah kau. Keputusan aku lagi bagus dari kau.”
“Aku tak habis cakap lagi.” Farish tersengih. Dia tahu Denniel memang bijak orangnya. Selak-selak buku tanpa fokus pun dapat skor baik punya. “Belajar Bahasa Melayu. Bahasa Jiwa Bangsa.” Dia menyebut dengan yakin sekali.
*zap*
Kepala Farish dipukul dengan tapak tangan Denniel.
“Adoi.” Farish menggosok-gosok belakang kepala yang dipukul Denniel. “Woi! Kepala aku ni bayar zakat, tau tak?”
“Tak tau.” Selamba saja muka Denniel menjawab. “Yang kau ni, mama dengan papa aku punya anniversary, dengan kau-kau sekali cuti seminggu apahal?”
Farish tersengih lagi. memang dia ni suka sengih dengan gelak. “Ala, mama papa kau, macam mama papa aku jugak. Ibu ayah aku macam ibu ayah kau jugak. Macam tak biasa. Lagipun, bos cuti, jadi… pekerja yang setia ni pun cutilah.”
Denniel hanya menggelengkan kepala. Dah masak dengan perangai sahabat baiknya itu.
Farish bekerja di syarikat Tan Sri Bahrain sejurus tamatnya pembelajaran dia di Leicester. Denniel pula, kerja juga. Tapi, macam kerja part-time lah. Bila ada projek yang masuk banyak duit baru nak join. Tu yang boleh dapat Cayman tu. Tapi, Cayman tu memang Tan Sri Bahrain dah janji dengan Denniel kalau dia bersungguh dalam pelajaran, dapat good grades, tunjukkan prestasi yang cemerlang dalam projek, baru boleh dapat kereta tu. Tu pun, Cayman je. Kalau Porche yang mencecah jutaan ringgit tu, Tan Sri Bahrain kata, kena kerja keras lepas tu beli sendiri.
*pap*
Jari dipetik dihadapan muka Denniel. “Kau ni asyik termenung je. Ingatkan orang yang dekat di mata dan dekat juga di hati ke?” sakat Farish.
“Kau ni kalau sehari tak buat aku terkejut tak boleh ke? Kalau aku kena heart attack, memang sahlah kau penyebabnya.” Denniel cuba cover malu sendiri. Kontrol, beb, kontrol. Dan pastikan elak soalan-soalan luar dugaan Si Farish ni.
“Aku pulak? Kau yang asyik berangan dan blur je. Ish, kau ni parahlah Den.” Farish masih lagi tergelak-gelak. “Jadi, macam mana perkembangan kau dengan gadis aiskrim tu? Mama kau dah tau ke….?” Saja Farish menggantung soalan.
“Okey, sebelum kau suka hati kau je nak buat kesimpulan lebih lanjut. Meh, aku jelaskan beberapa perkara.” Denniel berdehem sikit. Tak boleh jadi ni, kang melarat-larat pulak usikan Si Farish ni. “Pertama, mana ada aku berangan. Aku tengah berfikir. Harap maklum ya! Kedua, apasal pulak kena ada perkembangan dengan aku dengan gadis yang kau panggil aiskrim tu…”
“Apa pulak aku panggil dia aiskrim. Aku kata Gadis Aiskrim!” potong Farish.
“Ah, tak kisahlah. Aku dengar bunyi dia sama aja.” Denniel memintas.
“Gagal Bahasa Melayu lah kau ni.” gumam Farish.
“Dan yang last sekali, tak ada benda pun yang mama aku perlu tahu. Sebab, its really nothing. Ada faham Encik Farish?” Denniel mengangkat kening.

Farish menjuih bibir. “Eleh, kita tengoklah nanti.”

::Aisyah Untuk Muhammad:: ~6~

Yeayy!” Zahra menepuk tangan.
“Kau asal? Mereng?” Aisyah menyedut air kotak laicinya.
“Bukanlah.” Zahra mencekak pinggang dan sebelah tangan menyedut air tin 100 plus. “Kan esok dah cuti sekolah. Aku nak pergi bercuti dengan keluarga aku. Tak sabarnya.”
Pergh… untunglah.” Diana menopang dagu. “Kau tau tak buka sekolah je, kita dah masuk tingkatan lima dan nak SPM?”
“Weh, jangan spoilkan mood cuti aku, boleh tak?” Fatimah makan coklat Cadbury.
Sesi persekolahan untuk tahun ni baru sahaja tamat, dan diorang tengah lepak dekat taman sekolah. Malas nak balik rumah awal sangat. Lagipun lepas ni cuti, masing-masing selalunya ada aktiviti sendiri bersama keluarga. Dan lepas tu baru diorang akan lepak semula. Bila dah hari-hari jumpa, hari-hari mengadap muka sama. Kadang-kadang sabtu ahad pun jumpa untuk study group ataupun tengok wayang ataupun shopping sama-sama. Jadinya bila cuti panjang sahaja mereka berempat ni terpisah sekejap, mestilah rindu, tahu?
“Kau nak pergi mana cuti ni?” AIsyah pandang Zahra yang baru nak duduk.
“Pergi London.” Zahra sengih.
“Pergh.”
“Aku nak bercuti ke Pulau Langkawi.” Diana bagitau tanpa ditanya.
“Aku cari duit dengan jadi babysitter, sepupu aku baru je bersalin. Jadi dia nak minta tolong apa-apa yang patut. Kira jadi babysitter cum bibik jugalah.” Fatimah menyuapkan pula Rocky perisa strawberry dalam mulutnya.
“Kau pulak?” Zahra mencapai sebatang Rocky Fatimah.
“Aku tak tahu lagi. Tak ada apa-apa perancangan. Mungkin duduk rumah dan belajar.” Saja Aisyah jawab macam tu. Padahal dalam kepala dah banyak aktiviti outdoor yang dia nak buat.
“Kau ni. Nak jadi Diana lah ni. Ish.” Zahra tarik muncung.
Diana dan Fatimah gelak.



Aisyah meletakkan begnya di tepi katil dan merebahkan badan di tilam katil. Mata memandang kipas di siling.
Kalau budak lain semua tertunggu-tunggu waktu cuti, sebenarnya dia lebih suka alam persekolahan. Dan sepanjang tahun berada di tingkatan empat ni, tak pernah walau sekalipun dia ponteng. Kerana dia suka pergi sekolah. Suka jumpa kawan-kawan. Suka belajar. Suka cari pasal. Suka buat kecoh. Suka sertai macam-macam aktiviti.
Dan bila waktu cuti, sebenarnya… dia sunyi.



“Aisyah.” Nenek yang sedang menggoreng sayur kacang botol yang dibuat sambal bersuara lembut.
“Ya, nek?” Aisyah menggaul ikan bilis goreng dengan sambal tumis merah.
“Cuti ni rancangan kamu nak ke mana?”
“Tak tahu lagi nek. Nenek pergi rumah Pak Long kan esok?”
Nenek menutup dapur gas. “Ha’ah. Kalau kamu tak ada kemana, kamu ikut jelah nenek pergi rumah Pak Long.” Menyedok kacang botol bersambal ke dalam mangkuk bunga kuning sederhana besar.
Aisyah diam. Pergi rumah Pak Long? Hm. “Nanti Aisyah tanya Kak Lila dia ada tak kat rumah.” Kalau Kak Lila ada best juga bersembang dengan dia malam-malam. Buat pillow talk dengan dia.
“Kenapa pula kalau Lila ada ke tak ada?”
“Kalau Kak Lila ada, bestlah juga duduk rumah Pak Long tu. Boleh gosip.” Aisyah sengih.  Kak Lila sekarang ni belajar dekat UiTM dalam bidang masscomm. Kalau dia pun cuti juga, bestlah juga dapat lepak dengan dia. Oh, Kak Lila ni anak bongsu Pak Long.
“Gosip? Apa benda alah tu?” Berkerut dahi nenek dengar perkataan gossip.
Er… alamak. “Gosip tu dia macam er…” ligat kepala otak mencari jawapan sesuai. “…sembang.” Sengih lagi. Ah, lantaklah, bukan nenek nak pergi cek kamus pun kan? Hee hee.
“Ooo…” panjang ‘O’ nenek.
 “Okey semua dah sedia. Jom makan nek.” Aisyah meletakkan sudu di setiap mangkuk lauk. Duduk dan baca doa dengan laju. “Amin.” Meraup tangan ke wajah.
“Aisyah. Cepat sangat Amin nya tu. nenek tak dengar pun butir doa yang kamu baca.” Nenek dah jeling tajam.

Ngeee~ nenek ni, orang lapar ni. Aisyah senyum tak bersalah. Tapi, dibaca juga doa makan sebutir-butir dengan jelas dan kuat. Nenek tersenyum sambil mengaminkan.



Aisyah mengunci pintu bilik dan duduk atas katil, membongkok untuk keluarkan kotak dari bawah katil. Dibuka kotak sederhana besar itu, dikeluarkan sebuah album gambar.  Perlahan tangan menyelak album gambar.
Gambar kenangan sewaktu dia berumur 7 tahun, bercuti berdua bersama mama di Sydney. Sebenarnya bukanlah bercuti sangat, mama ada urusan kerja dan telah membawa dia bersama. Dan dengan kesempatan dan masa yang sedikit mereka habiskan masa bersama di sana.
Aisyah mencapai lagi satu album gambar. Dibuka album gambar dan melihat gambar lengkap keluarga yang dia punya satu waktu dahulu. Papa meninggal sewaktu dia berumur tiga tahun dalam kemalangan.
Dan walaupun dia tidak berapa ingat, tapi bila melihat gambar ini, papa meninggal seminggu selepas sambutan hari lahir dia. Aisyah senyum.  Allah ambil papa selepas bagi aku peluang untuk menyambut hari jadi bersama dia dan mama. Walaupun ini adalah gambar kenangan terakhir, tapi dia puas. Sekurangnya, dia punya memori dan gambar lengkap keluarga.
Dikeluarkan satu lagi album gambar, sewaktu dia berumur 12 tahun. Gambar-gambar dia bersama mama di hospital. Gambar-gambar terakhir mama yang kuat melawan kanser. Namun, Allah lebih menyayangi arwah mama.
Aisyah senyum lagi, dia bertuah lahir dari seorang wanita yang kuat dan gagah. Jadi dia juga perlu kuat dan gagah menghadapi hidup ini. Dia memang sunyi tanpa papa dan mama. Bertambah sunyi sebab dia anak tunggal.
Tapi dalam pada masa yang sama, dia masih rasa bertuah, kerana dia pernah punya sebuah keluarga bahagia. Mungkin terlalu sekejap Allah pinjamkan. Tapi, hidup ini sementara dan sekejap sahaja. Dia yakin sunyi dan sedih yang dia simpan rapi dalam hati, akan lupus juga.
Aisyah mengeluarkan gambar berbingkai dalam kotak itu, dia memang tidak meletak atau menggantung gambar-gambar di dalam biliknya. Gambar dia, mama dan papa dengan senyuman yang lebar, sangat bahagia, sangat gembira seolah masa terhenti di situ bersama kebahagiaan itu. Aisyah memeluk bingkai gambar itu.

Air mata yang tidak diundang berderai. Rindu, terlalu rindu. Tapi, siapa yang bisa memahami sunyi dan sepi seorang anak yatim piatu?

::Aisyah Untuk Muhammad:: ~5~

KORANG!” Diana yang baru sampai dan sepertinya telah lari 100 kilometer meletakkan beg di atas meja. “Korang dah tau tak berita baharu ni?” muka Diana sekarang betul macam dapat tahu suatu rahsia iluminati.
Mendanya kau ni?” Aisyah yang sedang memegang nota berkerut memandang Diana. Budak ni dahlah datang lambat. Ni dah macam orang kena kejar anjing pun ada. “Kau kena kejar dengan anjing ke macam mana ni?”
“Tak. Bukan.” Diana cuba menyelaraskan nafas untuk memberitahu Aisyah, Fatimah dan Zahra mengenai berita ni.
“Cuba bawa bertenang. Baca ummul kitab dan selawat.” Fatimah menepuk perlahan belakang Diana yang duduk disebelahnya.
“Kenapa ni, Diana? Eminem nak buat konserto dekat Malaysia ke?” Zahra menopang dagu dengan pen nya.
Selaju kilat Aisyah memandang Zahra yang memang muka sentiasa innocent ni. “Gila bapaklah Eminem buat konserto. Kau ingat, konserto terakhir ke cemana ni?” rasa nak cepuk juga muka dia ni, tapi comel sangat, tak sampai hati.
Zahra sengih comel tak nampak mata.
“Ustaz Muhammad dah nak balik Mesir dah minggu depan.”
“Ha?” serentak suara Fatimah dan Zahra bergema dengan nada tidak percaya. Aisyah pula hanya angkat kening tanda tidak berminat dengan berita itu.
So?” muka Aisyah selamba. Dua keping keropok Pringles dimasukkan ke dalam mulut.
Tiga pasang mata memandang Aisyah dengan rahang yang jatuh.
“Apa korang buat muka macam esok diisytiharkan negara berperang ni? Kan Ustaz Muhammad tu memang guru sementara je. Dia kan mengajar sekejap sementara habiskan cuti sem gantikan Ustazah Maryam cuti bersalin.”
“Kau ni tak ada perasan langsunglah. Berita sedih ni.”
“Sedih pak hang!” Aisyah membetulkan lipatan tudung. “Ni berita basilah. Sedih mendanya. Belajar lagi baguslah. Esok last paper, tahu?”
“Kau ni memang anti-Ustaz Muhammad kan?” Fatimah menggelengkan kepala.
“Mana ada. Tak baiklah anti ustaz sendiri. Dah aku cakap benda betul.” Aisyah mengembungkan pipinya.
“Mulalah nak buat muka konon comel dia tu.”
Aisyah tarik senyum comel macam Zahra.
“Jangan tiru senyum akulah. Buruk kalau kau buat.” Zahra gelak. Aisyah hanya mencebikkan bibir.
“Okey, mana kau tahu Ustaz Muhammad dah nak balik Mesir? Bila dia nak balik sana?” Fatimah dan Zahra dah mula hadap muka Diana.
“Tadi, mak aku bagitau.” Mak Diana sebenarnya salah seorang cikgu sekolah mereka. “Dia balik lepas minggu depan, lepas dia bagi kertas peperiksaan bahasa arab kita ni.”
“Ala, sedihnya.” Zahra dah mula muncung. “Ustaz Muhammad ajar bahasa arab ni yang aku faham. Ustazah Maryam ajar, aku susah nak faham sebenarnya. Dia ajar laju sangat.”
“Ustaz Muhammad ni dia ada skill mengajar. Tu yang kita cepat faham kot.” Fatimah membuat rumusan.
Aisyah pula malas nak dengar. Dia tengah fokus dengan nota biologinya. Banyak lagi benda yang dia tak berapa nak hafal nama-nama ni. Macam manalah nak jawab exam esok ni. Tsk.
“Eh, umur Ustaz Muhammad tu berapa ya?”
“21 tahun rasanya.”
“5 tahun je beza dengan kita ni ya.”
“Kalau beza 5 tahun pun, kenapa? Kau nak buat laki? Crush kau nak letak mana?” Aisyah yang tengah menulis nama-nama untuk setiap part tiba-tiba menyampuk.
Fatimah membaling pemadam ke dahi Aisyah. Geram sungguh hati dengan mulut celupar Aisyah ni.
“Woi.” Aisyah menggosok dahinya. “Sakitlah, weh! Ada ke main kepala. Kalau aku bodoh nanti, siapa nak bertanggungjawab?”
“Kepercayaan mana kau anuti ni? Siapa kata baling pemadam kat kepala boleh jadi bodoh? Allah cipta neuron sampai berbilion untuk manusia guna.”
“Dan kita harus menghormatinya dengan tidak membaling pemadam ke kepala, cik kak.”
Fatimah berkerut tak faham.
“Allah cipta berbilion neuron untuk kita gunakan. Dengan otak ni, kita berfikir, menghafal, menjalani kehidupan dengan menggunakan otak yang ada dalam kepala ni. Jadi, kita kenalah hormat kepala kita dan juga dahi kita sebab dia adalah dimana tempatnya otak kita terletak. Kata suruh aku beradab. Kenalah mula dengan diri sendiri dulu, kan?”
Fatimah, Diana dan Zahra masing-masing merenung Aisyah. Dan muka mereka bertiga sangat-sangat blur.
“O-key. Tak apalah. Aku saja je keluarkan teori tu.” hanya mampu sengih sambil garu kepala.
“Sebenarnya aku tak tahu sama ada aku harus berdebat dengan kenyataan Aisyah atau gelak atau menerima dengan lapang dada.” Diana sengih.
“Ha!” Zahra tepuk meja.
“Zahra, kalau nak cakap, cakap je. Tak payah nak hempuk meja tu.”
Zahra sengih. “Kita patut sambung belajar. Sebenarnya dari tadi otak aku tak masuk apa-apa pun yang aku belajar ni.”
“Belajar weyh.” Masing-masing mula fokus pada nota.
“Tapi aku masih sedihlah.”

“Dah, dah, tak payah sedih. Aku ada, kan.” Hee hee.

::Danny Denniel:: ~3~

Danny membuka matanya. Ah… masih bernafas.
Sudah lapan belas bulan dia masih bernafas tanpa rasa ingin hidup. Bernafas dan terus bernafas sehingga dia makin lemas, makin sesak dalam dada. Makin hanyut dalam dunia penuh kepura-puraan. Dunia yang dia cipta agar orang-orang dia sayang dan menyayanginya tidak perasan bahawasanya separuh jiwa seorang Danny telah pergi pada hari yang sama mama pergi.
Bangun dengan rasa berat hati. Hari ini masih perlu menjalankan kehidupan seperti biasa. Hari ini masih perlu melaksanakan rutin harian.



“Adik, bangun sayang. Nanti lambat nak pergi sekolah.”
“Hm… lima minit lagi, ma.” Menutup muka dengan bantal.
Perlahan bantal ditarik dari tangan. “Bangun, nanti lambat, sayang.” Mama mengusap rambut dia.
“Ma, malaslah nak pergi sekolah. Cuti jelah harini.” Merengek.
“Tak boleh, sayang. Kena pergi sekolah. Lagipun, harini mama ada kerja dekat luar.”
“Nak ikut.”
“Kena pergi sekolah. Nanti macam mana nak pandai?”
“Ala… ma.” Danny dah mula tarik muncung.
“Eeii… ngada-ngadalah adik ni. Pergilah mandi. Lepas ni angah nak mandi.” Angah yang datang dari bilik sebelah duduk di birai katil Danny.
“Ala, angah lah pergi mandi dulu. Kenapa asyik adik je mandi dulu?”
“Adik kena dengan cakap abang dia. Tak boleh lawan.”
“Mama!”
“Adik, adik mandi dulu, ya? Nanti mama balik kerja mama belikan adik kek, okey?”
Terus segar mata Danny. “Betul ni?”
Mama mengangguk.
“Adik sorang je, tau? Jangan belikan untuk angah. Angah malas mandi.” Bulat mata Danny pandang mamanya.
“Mana aci.” Angah dah tarik muncung.
“Along pun nak juga.” Along yang hanya bertuala dan tengah kesat rambut tiba-tiba masuk. “Angah, pergi mandilah. Mama, mana baju sekolah along?”



Danny makan nugget yang dibeli di kantin tadi dalam bilik kaunseling. Rasanya, dalam seminggu tiga empat hari juga rehatnya berada dalam bilik kaunseling. Gigih betul Cikgu Lee ni, tak pernah putus asa dalam usaha nak membantu dia.
“Cuti sekolah dua minggu ni, kamu buat apa?”
“Belajar.” Sepatah saja yang Danny jawab sambil terus makan nugget. Muka beku tak berminat langsung nak berbual.
“Cikgu nak bawa awak pergi camping dengan keluarga cikgu dan kawan-kawan cikgu…” tak habis lagi ayat Cikgu Lee, Danny memotong, “Maaf. Tak berminat.”
Tanpa mempedulikan jawapan Danny, Cikgu Lee tetap meneruskan ayat dia, “Kawan-kawan cikgu tu kawan-kawan mama kamu juga. Masa sekolah dulu.”
Danny angkat kepala memandang mata Cikgu Lee. “Saya nak belajar. Tahun ni SPM.”
“Tak lama pun, hanya tiga hari dua malam. Rehatkan minda, kita pergi berkhemah dan mungkin nak pergi Broga Hill juga.”
Diam.
I take it as a yes.” Cikgu Lee membetulkan cermin mata. “Nanti cikgu call awak. Awak boleh masuk kelas sekarang.”

Bulat mata Danny memandang Cikgu Lee yang dah pun memuktamadkan keputusan. Tapi dia hanya diam dan bangun melangkah keluar menuju ke kelas dengan dalam kepala berputar ligat macam mana nak mengelat.

::Danny Denniel:: ~2~

Danny termenung di atas sejadah usai solat isyak. Teringat peristiwa pagi tadi di bilik kaunseling.



Habis sahaja makan, Danny minta kebenaran untuk masuk ke kelas semula. Cikgu Lee membenarkan dan sebelum sempat dia mencapai pemegang pintu. “Saya kenal awak dari awak bayi, Danny. Saya lihat awak membesar depan mata saya. Sebagai seorang yang dah lama kenal awak, dan sebegai seorang yang dah anggap awak macam anak saya sendiri, saya rindu sifat riang awak. Saya yakin, mama awak diatas sana pun begitu.”
Dan tanpa menoleh, Danny keluar dari bilik itu, menutup pintu dengan senyap. Berjalan dengan ekspresi hariannya selama setahun setengah ini; Beku.



Perlahan Danny membuka telekungnya. Sebenarnya masa Cikgu Lee cakap macam tu, hati dia dah sebak sangat. Tapi, entah tak tahu bagaimana dia boleh tahan rasa hati dan kekal menunjukkan ekspresi beku sehingga kini.
Danny duduk bersandar di kepala katil, dan memejam mata. Hati dia tidak sekuat mana. Empangan air mata juga bukannya kukuh sangat.
Mama, adik tak tahu. Adik tak tahu macam mana nak jadi riang macam dulu, adik tak tahu macam mana nak jadi diri yang dahulu. Adik tak rasa adik ‘hidup’ pun, ma.
Air mata mula merembes membasahi pipi. Dibiarkan saja. Tidak tahu mahu hentikannya bagaimana. Tahu jika kesat ianya tetap akan meleleh dan basah.
Danny baring dan cuba untuk tidur bersama air mata. Sejak mama pergi, setiap malam air mata menemani tidurnya.  Lampu sememangnya dibiarkan terpasang. Kerana sejak kecil dia sudah terbiasa tidur bersama lampu terbuka.
Bilik ini dikongsi bersama mama. Mama tidak boleh tidur dalam bilik gelap. Tidur mama pasti ditemani bilik yang terang. Dan dia tahu mengapa, walau mama tak pernah cerita.



Danny terjaga kerana mula berpeluh dan panas. Rupanya tak ada elektrik. Tapi, dia juga terjaga kerana sepertinya katil dia seperti bergoyang-goyang. Dilihat mama di sebelah sedang sesak nafas.
“Mama, mama kenapa ni?”
“To…long…” dalam gelap Danny hanya mampu melihat gerak-geri mama dalam keadaan samar. Tangan mama seperti menepis-nepis. Seperti sesuatu yang menakutkan sedang mengacau dia.
Dan selepas malam itu, baru dia tahu. Mama mempunyai trauma. Trauma yang tiada siapa tahu. Trauma ketika sering diseksa papa dahulu. Dibawa sehingga sangat takut pada gelap dan tidak boleh tidur tanpa lampu.



Danny masih belum boleh tidur. Jam baru menunjukkan pukul 10 malam. Dia hanyut bersama memori saat dia tahu mama punya trauma. Tapi, dia tidak pernah bertanya kepada mama. Dia simpan sendiri apa yang dia lihat dan dengar ketika mama dalam keadaan itu.

Mama okeykan di dalam sana? Adik tak pernah putus doa pada Allah agar kubur mama sentiasa terang. Sebab adik tak mahu mama rasa takut di dalam sana. Adik risaukan mama.

::Danny Denniel:: ~1~

Danny mengikat tali kasutnya. Bangun dan mencapai beg sekolah Converse berwarna merah jambu. “Nek, Danny pergi sekolah dulu.” Mencium tangan nenek yang sedang menyediakan atuk sarapan pagi.
“Okey.” Ringkas nenek jawab sambil tersenyum.
Tingkap kereta dibuka, pagi-pagi macam ni Pak Cu memang suka ambil angin pagi. Penghawa dingin kereta memang tak akan dibuka. Setiap pagi, Danny memang akan menumpang Pak Cu yang mahu ke pejabat, untuk pergi ke sekolah.
Dan setiap pagi dalam perjalanan ke sekolah, Danny akan memandang langit. Berbicara dalam hati. Bukan bicara sendiri, tapi berbicara bersama dia, mama.



Danny duduk di meja sambil mengeluarkan kerja sekolah semalam.
“Yo, Danny.” Ayu duduk di sebelah Danny sambil membetulkan tudung yang muncungnya dah tak tegak.
“Olla, baby Dee.” Mira yang baru sampai bersama Ayu duduk dihadapan Danny meletakkan beg sambil tersengih.
Danny tarik senyum segaris. “Hey.” Dan buat hal sendiri. Tapi Ayu dan Mira tak pernah terasa pun. Mereka sememangnya peramah. Dan memang dah kenal sifat Danny yang berubah sejak arwah mama dia meninggal.
“Danny.” Meer, si ketua kelas yang datang entah dari mana muncul di belakang Danny.
Danny mengangkat kening, dengan riak wajah bertanya kenapa. Dia memang tidak mesra dengan lelaki.
“Cikgu Lee panggil waktu rehat nanti. Dia suruh bawa makanan dan makan di bilik kaunseling.”
Danny pejam mata dan menarik nafas.
Bengang sebenarnya. Cikgu Lee memang sedari peristiwa itu berlaku, cuba sedaya upaya untuk menolong dia. Namun, dia sedikitpun tidak mahu pertolongan Cikgu Lee.
Dia membiarkan sahaja khabar dari Meer itu berlalu, seperti dia tidak mendengar apa-apa.
“Danny, kau dengar tak ni?”
Danny hanya mengangguk sambil melihat buku nota yang sudah pun dia keluarkan tadi.
Meer hanya mampu menggeleng. Dah faham sangat dengan perangai Danny. “Jangan lupa.” Tu saja pun yang mampu dipesan.
“Yalah.” Menjawab antara nak dan tidak.
Mira dan Ayu dua orang kawan baik itu hanya mampu menjungkit bahu apabila Meer memandang mereka.



Bunyi loceng menandakan waktu rehat sudah pun bermula. Dengan malas, Danny mengambil bekal nasi gorengnya dari laci meja dan berjalan menuju bilik kaunseling. Bawa bekal dari rumah sebab tadi Mak Cu sediakan untuk Fid dan RIni untuk bawa bekal, ada lebih dan dia bekalkan sekali untuk Danny.
“Masuk.”
Kedengaran suara garau Cikgu Lee selepas Danny mengetuk pintu. Danny masuk dan duduk di kerusi biasa yang didudukinya setiap kali berada dalam bilik kaunseling.
Cikgu Lee senyum. “Apa khabar Danny harini?” walaupun Cikgu Lee ni berbangsa cina tapi dia sangat fasih berbahasa melayu.
“Okey.” Danny mula buka bekalan makanannya. Membaca doa makan dan menyuapkan nasi goreng berencahkan ikan bilis dan ayam kedalam mulut.
Cikgu Lee mula bercerita kisah-kisah harian dan diselitkan motivasi. Dia tidak akan memaksa Danny untuk menceritakan apa-apa. Cikgu Lee sedar dia perlu mendapat kepercayaan Danny untuk Danny mula percayakan dia dan bercerita.
Sebenarnya Danny ni anak kepada kawan baiknya, dia memang sangat rapat dengan arwah mama Danny. Dari zaman sekolah menengah sehinggalah dah ada anak ni, masih berkawan. Jadi, sebenarnya dia juga turut terasa bila arwah mama Danny pergi.
Dia tahu dia tidak boleh bantu apa, tapi sekurangnya dia ingin memberikan semangat kepada anak arwah Izzah ini untuk terus kuat menghadapi hidup. Dan tidak terlalu… lifeless. Dahulu Danny seorang yang ceria. Dengan senyuman nakal dan gelagat mencuit hati.
Tapi kini… senyap, membuat hal sendiri dan pandangannya kosong. 


Sunday, May 26, 2013

::Aisyah Untuk Muhammad:: ~5~


KORANG!” Diana yang baru sampai dan sepertinya telah lari 100 kilometer meletakkan beg di atas meja. “Korang dah tau tak berita baharu ni?” muka Diana sekarang betul macam dapat tahu suatu rahsia iluminati.
Mendanya kau ni?” Aisyah yang sedang memegang nota berkerut memandang Diana. Budak ni dahlah datang lambat. Ni dah macam orang kena kejar anjing pun ada. “Kau kena kejar dengan anjing ke macam mana ni?”
“Tak. Bukan.” Diana cuba menyelaraskan nafas untuk memberitahu Aisyah, Fatimah dan Zahra mengenai berita ni.
“Cuba bawa bertenang. Baca ummul kitab dan selawat.” Fatimah menepuk perlahan belakang Diana yang duduk disebelahnya.
“Kenapa ni, Diana? Eminem nak buat konserto dekat Malaysia ke?” Zahra menopang dagu dengan pen nya.
Selaju kilat Aisyah memandang Zahra yang memang muka sentiasa innocent ni. “Gila bapaklah Eminem buat konserto. Kau ingat, konserto terakhir ke cemana ni?” rasa nak cepuk juga muka dia ni, tapi comel sangat, tak sampai hati.
Zahra sengih comel tak nampak mata.
“Ustaz Muhammad dah nak balik Mesir dah minggu depan.”
“Ha?” serentak suara Fatimah dan Zahra bergema dengan nada tidak percaya. Aisyah pula hanya angkat kening tanda tidak berminat dengan berita itu.
So?” muka Aisyah selamba. Dua keping keropok Pringles dimasukkan ke dalam mulut.
Tiga pasang mata memandang Aisyah dengan rahang yang jatuh.
“Apa korang buat muka macam esok diisytiharkan negara berperang ni? Kan Ustaz Muhammad tu memang guru sementara je. Dia kan mengajar sekejap sementara habiskan cuti sem gantikan Ustazah Maryam cuti bersalin.”
“Kau ni tak ada perasan langsunglah. Berita sedih ni.”
“Sedih pak hang!” Aisyah membetulkan lipatan tudung. “Ni berita basilah. Sedih mendanya. Belajar lagi baguslah. Esok last paper, tahu?”
“Kau ni memang anti-Ustaz Muhammad kan?” Fatimah menggelengkan kepala.
“Mana ada. Tak baiklah anti ustaz sendiri. Dah aku cakap benda betul.” Aisyah mengembungkan pipinya.
“Mulalah nak buat muka konon comel dia tu.”
Aisyah tarik senyum comel macam Zahra.
“Jangan tiru senyum akulah. Buruk kalau kau buat.” Zahra gelak. Aisyah hanya mencebikkan bibir.
“Okey, mana kau tahu Ustaz Muhammad dah nak balik Mesir? Bila dia nak balik sana?” Fatimah dan Zahra dah mula hadap muka Diana.
“Tadi, mak aku bagitau.” Mak Diana sebenarnya salah seorang cikgu sekolah mereka. “Dia balik lepas minggu depan, lepas dia bagi kertas peperiksaan bahasa arab kita ni.”
“Ala, sedihnya.” Zahra dah mula muncung. “Ustaz Muhammad ajar bahasa arab ni yang aku faham. Ustazah Maryam ajar, aku susah nak faham sebenarnya. Dia ajar laju sangat.”
“Ustaz Muhammad ni dia ada skill mengajar. Tu yang kita cepat faham kot.” Fatimah membuat rumusan.
Aisyah pula malas nak dengar. Dia tengah fokus dengan nota biologinya. Banyak lagi benda yang dia tak berapa nak hafal nama-nama ni. Macam manalah nak jawab exam esok ni. Tsk.
“Eh, umur Ustaz Muhammad tu berapa ya?”
“21 tahun rasanya.”
“5 tahun je beza dengan kita ni ya.”
“Kalau beza 5 tahun pun, kenapa? Kau nak buat laki? Crush kau nak letak mana?” Aisyah yang tengah menulis nama-nama untuk setiap part tiba-tiba menyampuk.
Fatimah membaling pemadam ke dahi Aisyah. Geram sungguh hati dengan mulut celupar Aisyah ni.
“Woi.” Aisyah menggosok dahinya. “Sakitlah, weh! Ada ke main kepala. Kalau aku bodoh nanti, siapa nak bertanggungjawab?”
“Kepercayaan mana kau anuti ni? Siapa kata baling pemadam kat kepala boleh jadi bodoh? Allah cipta neuron sampai berbilion untuk manusia guna.”
“Dan kita harus menghormatinya dengan tidak membaling pemadam ke kepala, cik kak.”
Fatimah berkerut tak faham.
“Allah cipta berbilion neuron untuk kita gunakan. Dengan otak ni, kita berfikir, menghafal, menjalani kehidupan dengan menggunakan otak yang ada dalam kepala ni. Jadi, kita kenalah hormat kepala kita dan juga dahi kita sebab dia adalah dimana tempatnya otak kita terletak. Kata suruh aku beradab. Kenalah mula dengan diri sendiri dulu, kan?”
Fatimah, Diana dan Zahra masing-masing merenung Aisyah. Dan muka mereka bertiga sangat-sangat blur.
“O-key. Tak apalah. Aku saja je keluarkan teori tu.” hanya mampu sengih sambil garu kepala.
“Sebenarnya aku tak tahu sama ada aku harus berdebat dengan kenyataan Aisyah atau gelak atau menerima dengan lapang dada.” Diana sengih.
“Ha!” Zahra tepuk meja.
“Zahra, kalau nak cakap, cakap je. Tak payah nak hempuk meja tu.”
Zahra sengih. “Kita patut sambung belajar. Sebenarnya dari tadi otak aku tak masuk apa-apa pun yang aku belajar ni.”
“Belajar weyh.” Masing-masing mula fokus pada nota.
“Tapi aku masih sedihlah.”
“Dah, dah, tak payah sedih. Aku ada, kan.” Hee hee.

::Butterfly:: ~31~


Selepas subuh, Danny telah bersiap-siap untuk turun kebawah. Sememangnya agak nyenyak tidur malam tadi. Mungkin sebab letih. “Assalamualaikum, Aunty.” Danny menyapa Aunty Yati yang sedang membancuh teh tarik.
“Waalaikumsalam. Awalnya bangun.” Puan Sri Hayati tersenyum memandang Danny.
“Dah biasa.” Danny menjawab sambil tersenyum nipis. Aku tak tipu eh. Memang aku selalu bangun awal. Cuma kalau kat rumah sendiri tu, kalau bukan hari sekolah memang aku takkan turun awal sebab aku lebih suka terperap dalam bilik dan kalau turun terus lunch je sekali.
“Bik, dah boleh hidangkan sarapan.” Puan Sri Hayati berteriak sedikit kepada bibik yang entah kemana pula hilangnya.
Meh, Danny tolong.” Danny mengoffer diri untuk menolong. Kat rumah orang ni Danny. jangan pulak buat perangai The Lazy Loner kat sini. Malu arwah mama nanti. Danny ambil pinggan yang berada didalam almari. Pandainya aku ni, suka jiwa je buka almari dapur orang. Tak apalah aku nak tolong bukan nak mencuri ye.
“Eh, tak apa, neng. Biar saja bibik yang buat. Neng tukan tetamu.” Dengan pantas bibik cuba menghalang Danny dari terus membuat kerja.
“Tak apalah, bik. Biarlah Danny tolong. Bukannya susah pun.” Danny tetap meneruskan kerja. Mengambil pinggan dan dibawa ke meja makan.
“Tak apalah, bik. Biarkan dia. Bik pergi cedok mihun goreng tu, hidangkan.” Puan Sri Hayati menyuruh bibik.
“Ya, Puan Sri.”
“Wah, rajinnya wanita-wanita ayu dalam rumah ni.” Tan Sri Bahrain yang baru menjenguk ke dapur mengusik.
Puan Sri Hayati tergelak. “Mestilah. Kerajinan dan keikhlasan akan mengharmonikan rumah tangga.”
Danny yang sedang menyusun pinggan di meja makan ruang tengah tersenyum sendiri mendengar gurauan pasangan yang bahagia itu. Bahagianya rumah tangga ni sangat harmoni.
 “Danny, tolong panggilkan Denniel turun sarapan boleh? Orang muda ni kuat sikit nak naik turun tangga tiga tingkat ni.” Puan Sri Hayati meminta tolong sambil tersenyum.
Terkaku sekejap pergerakan Danny. Alahai Aunty Yati, dalam banyak-banyak pertolongan, ini adalah pertolongan yang paling susah sekali. Lemah Danny dengar Aunty mninta tolong suruh panggil anak Aunty yang suka perasan tu, Aiya, ngeri seyh nak panggil mamat tu. boleh tak aku buat ala-ala dapat sindrom tak dengar atau tak faham bahasa? Danny memusing badan memandang Aunty Yati. Buat muka ala-ala simpati. Agak-agak Aunty Yati faham tak yang aku ni alergik dengan anak dia?
“Cawan tu biar bibik je letak nanti.” Puan Sri Hayati memandang Danny yang macam serba tak kena gayanya. “Tak payah malu. Denniel tu takkan marah punya kalau panggil makan.”
Danny memandang lantai. Siapa pula takut dia marah. Aku cuma tak nak je. Apalah nasib kena panggil mamat tu. Angguk sajalah Danny. “Okey.” Lemau je aku rasa suara aku ni.
Satu-satu anak tangga, Danny menapak. Bila dah sampai kat depan muka pintu Denniel. Ish, macam tak sanggup je nak ketuk.Haih, cepatnya sampai kat depan muka pintu mamat ni. Nak ketuk ke tak nak?
Sedang Danny berkira-kira nak ketuk ke tak nak. Kusss semangat!!! Danny memegang dada yang tiba-tiba macam nak melompat keluar bila pintu bilik ni tiba-tiba terbuka.
Denniel juga terkejut melihat Danny yang berada di hadapan muka pintunya. “Kenapa?” tanya Denniel pelik tiba-tiba saja Butterfly ni ada kat depan pintu. Nak tanya arah kiblat lagi ke?
Relax Danny relax. “Aunty Yati panggil makan.” Sempat Danny menghadiahkan jelingan sebelum mula untuk menapak ke tangga.
Ek, apa kes jeling kerek semacam tu? “Butterfly.” Denniel memanggil.
Buat-buat tak dengar saja Danny. Confirm dia cuma nak sakitkan hati aku je tu Danny mula menapak turun anak tangga.
Haih, buat-buat tak dengar nampak? Denniel mengikuti Danny untuk turun kebawah. “You ni memang suka pakai baju kurung eh? Sampai dalam rumah pun you pakai baju kurung?”
Kan? Kan? Aku dah cakap ada je dia nak komen itu ini. Buat hati manyak sakit ooo. Gumam Danny dalam hati.
“Kat rumah pun kena pakai tudung ke? Malam tadi pun I tengok you pakai tudung masa I bagi air mineral tu. “ Denniel teruskan bercakap. Saja nak beramah mesra dengan Butterfly ni yang dipanggil gadis aiskrim oleh Farish. Huhu.
Danny menghentikan langkahnya di atas tangga. Dia menoleh kepada Denniel yang sekarang ni sedang berdiri di anak tangga yang sama dengan dia dan sedang juga memandang tepat ke anak matanya. “You ni abang I ke?” serius Danny tanya.
Huh? Ni apa pulak kes tanya soalan budak tadika ni? “Bukan.” Tak apa, aku jawab jugak, getus hati Denniel.
You ni uncle I ke?” tanya Danny lagi.
“Bukan.”
“Kita ni muhrim ke?”
Denniel mula mengerutkan dahinya. “Pun bukan.” Sambil menggelengkan kepalanya.
Danny mengangguk. Pandai pun. “Tau pun bukan. Dah awak tu bukan abang saya, bukan pakcik saya, bukan atuk saya, bukan bapak saya dan confirm bukan suami saya! Maknanya kita ni bukan muhrim! Memanglah saya kena pakai tudung depan awak! Saya kenalah jaga aurat saya depan yang bukan muhrim. Ni…” Danny menunjukkan kedua tapak tangannya kemudian menunjukkan kepada mukanya. “…ni je yang awak dengan orang yang bukan muhrim lain boleh tengok. Seluruh badan wanita adalah aurat kecuali muka dan tapak tangan. Awak ni, takkan pelajaran fekah yang asas ni pun lupa?” fuh, Danny. sejak bila pulak aku guna saya-awak dengan mamat ni? Tak apa aku cuma nak bagi dia pencerahan agung, in case dia lupa batasan aurat antara lelaki dan perempuan.
Denniel terdiam. Tak tau nak kata apa. Dan dia hanya melihat saja bila Danny mula menapak pergi bila dia tidak bersuara apa-apa. Saya-awak, huh? Sound nice. Denniel mengeluh. Tak sangka zaman sekarang ni, masih ada lagi gadis-gadis yang sangat menjaga auratnya dengan baik. Beruntungnya lelaki yang mendapat perempuan-perempuan yang baik.

::Aisyah Untuk Muhammad:: ~4~



Amacam seminar Bahasa Arab tu? Okey?” Diana menegur Aisyah yang baru masuk ke kelas.
Hm?” Aisyah mengeluarkan pencil case dia.
“Seminar tu, okey ke?” Diana tanya lagi. Fatimah dan Zahra juga sudah mengelilingi Aisyah.
Aisyah memandang sahabat-sahabatnya itu.
Uish, korang ni. Sungguh kepochi lah. Korang nampak aku tak?”
Fatimah, Zahra dan Diana mengerutkan dahi mereka. Soalan kanak-kanak tak cukup akal apakah yang ditanya oleh si Aisyah ni?
“Mestilah kitorang nampak. Takkan Aisyah yang tengah cakap ni hantu pulak kan?” Zahra memberi jawapan.
Aisyah memetik jari.
“Hah, jadi confirmlah okey. Kalau tak okey, aku tak pergi sekolah. Dan kalau tak okey, mesti sekarang jasad aku sedang ditimbus dengan tanah masuk ke dalam kubur buat selamanya.”
Diana menjentik tudung di bahagian telinga Aisyah.
“Aduh, weyh, sakitlah!”
“Ha, tau pun sakit. Mengarut je kerjanya. Malaslah kadang-kadang nak cakap dengan kau ni.” Fatimah bangun dari meja Aisyah menuju ke tempat duduknya.
“Entah kau ni. Aku pun nak pergi tempat aku semulalah.” Zahra memeluk tubuhnya sambil tangannya mengetuk-ngetuk lengannya.
“Ha, baguslah korang boleh duduk kat tempat masing-masing. Aku ni ha stuck kat sini sebelah budak tak betul ni.” Diana menggelengkan kepala sambil mengeluarkan buku latihan.
Aisyah mencebikkan bibir. Dah tau tu soalan sensitif lagi mau tanya.
“Tak suka tau tak, pergi seminar tu. Oleh sebab kononnya, aku ni paling muda, asyik aku je kena soal. Lepas tu, aku pun terkebil-kebil kat situ. Habis kena gelak dengan budak-budak tingkatan lima, tahu tak? Bengkak hati tahu tak?” Aisyah menopang dagu dengan kedua tangannya sambil memuncungkan bibir.
Atoto, kesiannya dia.” Diana, Zahra dan Fatimah memeluk Aisyah.
Diorang tahu Aisyah mesti cerita punya. Tadi konon nak balik tempat masing-masing tu, acah aje. Hehe.
“Dah tu macam mana, kau jawab tak?” Diana
“Hm, mestilah aku jawab. Aku kan Aisyah. Tapinya… aku jawab dengan ala-ala dalam cerita P. Ramlee tu jawablah tapi.” Aisyah sengih.
“Kau jawab apa? Jin mata toncet?”
“Hish. Tak adalah sampai tak realistik gitu. Aku jawab apa yang terlintaslah. Tu yang satu dewan gelakkan aku tu.” Aisyah dah buat muka itik.
“Er, tapikan…” Zahra memandang siling. “Kau punya ‘apa yang terlintas’ punya jawapan tu kan, aku rasa lebih teruk dari jin mata toncet.”
AIsyah membesarkan mata. Mulut makin nak mengalahkan itik.
“Tak payah nak buat muka itik sangatlah. Bukannya comel pun kalau kau buat. Tapi, betullah apa yang Zahra cakap tu.” Diana mula ketawa.
Aisyah memandang ke atas siling dengan muka toya. “Blergh.” Aisyah membetulkan hujung tudungnya yang terasa senget. “Korang ni tak nak ke kesian kat aku?”
Zahra dah mula keluar jari sambil ketuk-ketuk dagu. “Hm.” Gaya dia macam berfikir masalah negara je. “Tak kesian sangatlah.” Diana, Fatimah dan Zahra semua pakat gelak.
Aisyah menarik muncung semula. “Ha. Gelaklah, gelaklah. Balik nanti masing-masing tersungkur depan crushes korang, baru tahu.” Jelir lidah.
Hey, mulut.” Diana dah mula keluar aura jelingan maut.
“Jangan weyh, karang jodoh aku tak jadi pinang aku.” Fatimah tarik sengih malu.
Pergh, jodoh. Umur baru 16 tahun, berangan cakap pasal jodoh.”
“Aku tak ada crush dengan sesiapa, jadinya aku selamat kalau tersungkur pun.” Zahra buat senyum comel yang tak nampak mata tu. Fatimah dan Diana mencebik dengan kenyataan Zahra.
Aisyah dah tergelak dengan kenyataan Zahra.
“Untunglah tak ada crush.” Diana membetulkan tudung yang dirasakan senget.
Fatimah pula hanya diam kerana dia memang ada crush dengan seorang abang senior. Hee hee.
Kelas yang tadi riuh mula jadi kelam kabut bila ternampak bayangan Ustazah Ros dari celahan tingkap untuk memulakan waktu belajar. Berdesup masing-masing balik ke tempat sendiri. Power, power… semua takut dengan kegarangan Ustazah Ros. Walaupun namanya manis dan cantik seperti bunga ros, tapi kegarangannya terserlah seperti duri yang mencucuk.


Aisyah mengemas pen-pen berwarna-warninya, dia memang suka buat pakai pen warna-warni. Orangnya kasar, tapi dalam hati penuh dengan citarasa keperempuanan, kalau diikutkan memang tak berapa nak masuklah dengan perangai gila-gila dan citarasa keperempuanan dia. Tapi, layankan sajalah.
“Malam ni nak belajar sama-sama tak? Exam pun dah nak dekat ni. Banyak yang aku tak cover lagi ni. Pening aku. Main banyak sangat.” Diana menggalas beg kedua bahunya sambil membetulkan tudung supaya tak tersingkat.
“Aku okey je nak study group ni. Aku pun belum start study lagi. Asyik main je. Korang ni bawa negative vibe betul ke aku.” Muka Aisyah selamba sambil memasukkan pencil case dia ke dalam beg.
Fatimah yang baru sahaja berdiri di sebelah meja Aisyah membulatkan mata. “Kitorang bawa negative vibe?” sambil mulut dia ternganga tak percaya.
“Yalah.” Aisyah masih dengan muka innocent dan tak bersalahnya.
Diana yang dah membesarkan mata tu rasa nak cubit-cubit pipi Aisyah yang buat muka tak bersalah.
Zahra yang baru sahaja berjaya membuka balutan plastik chirpy churpnya, menggelengkan kepala. “Banyaklah kitorang yang bawa negative vibe. Kau tak sedar ke selama ni kau lah ketua segala kejahatan?”
“Tapi korang partners in crimes aku kan, kan, kan? It takes two to tango, my dear.” Aisyah sengih sambil menyangkut beg ke bahu dengan sengih nakalnya. “Tapi untuk kita, it takes four to dance. Hee hee.
Pergh…” Diana mula bangun menapak ke pintu dengan kepala mendongak ke siling.
Speechless. Kau, tahu?” Fatimah turut mengikut berjalan ke pintu.
Zahra hanya menjungkit bahu dan ikut Fatimah dan Diana juga.
“Ala, yalah, yalah. Kita semua sama negative vibes, okay? Fair mucho” Aisyah memeluk bahu Zahra sambil tertawa riang.
“Kau seorang saja pembawa aura negative, kitorang bertiga ni gadis-gadis contoh abad ini.” Diana menjelirkan lidah pada Aisyah.