Tuesday, January 25, 2011

Coret-Coret Saja

entah kenapa sekarang..aku ingin jadi penulis.. bukan penulis pengarang mungkin...
aku bukanlah ingin jadi penulis bunga-bunga cinta... mahupun pengarang kisah-kisah cinta.. aku tidak pandai...

aku hanya ingin berkongsi... berkongsi pengalaman dan imaginasi mungkin...

moga sahaja Allah mempermudahkan jalan aku...

aku gadis yang masih mencari arah tujunya... aku gadis yang ingin bercerita dan mencoret rasa hati...dan aku juga masih tidak ingin dikenali...

cukup saja kepada siapa yang telah mengenali aku... biarlah perkenalan kita menjadi rahsia... aku hanya ingin mencoret dan bercerita...

kerana di dunia realiti...aku hanyalah seorang pendengar..teman di kala susah... menjadi supporter kepada insan lain..itulah aku...

di dunia maya ini..izinkan aku untuk bercerita..kerana kadang-kala aku penat untuk mendengar cerita tanpa bercerita...

aku juga hanya cuba-cuba sahaja mengarang cerita.. minta maaflah kalau tatabahasa dan grammar aku tunggang-terbalik...tidak betul..kerana aku bukannya pandai sangat pasal tatabahasa dan grammar ni... hanya cuba-cuba sahaja...

mungkin melalui cerita-cerita yang aku karang...dapat mengenali the other side of me..(kalau nak kenallah..huhu)

sekian..terima kasih...

No comments: