Thursday, February 3, 2011

::Aisyah Untuk Muhammad:: ~Prolog~



“Sungguh aku tak percaya.” Fatimah membulatkan matanya.
“Aku pun tak percaya.” Diana menggeleng-gelengkan kepala.
“Otak aku tak dapat menerima penghadaman untuk pemahaman.” Zahra mengetuk-ngetuk kepalanya.
“Aku lagi tak percaya, korang tau tak?” Aisyah membulatkan matanya.
“Aisyah!!!” Serentak mereka bertiga ketawa. Aisyah memberi jelingan maut kepada mereka.
“Engkau nak kahwin dengan dia?” Diana bertanya setelah ketawa mereka reda.
“Sungguh aku tak mahu. Nahi hei nahi hei nahiii!!! Uwaaa..” Agak-agak kalau buat macam cerita Hindustan, melarikan diri sebelum kena kahwin paksa, nenek dapat sakit jantung tak?
“Dan kau baru nak bagitau kitorang sekarang?”
“Aku tak nak kahwin dengan dia la wei…”
“Aku rasa curse aku dulu tu menjadi la wei.” Zahra mengetuk-ngetuk dagunya pakai jari pula.
“Sungguh aku rasa betul-betul punya jadi.”
“Betul…betul…betul…”
I hate you, Zahra. I hate you.” Aisyah menyebamkan mukanya ke bantal.

2 comments:

Anonymous said...

hurmmm, menarik...hee

tanpanamaputeri said...

teehee~ thanks..:D