Wednesday, September 21, 2011

::Aisyah Untuk Muhammad:: ~2~


“Aisyah!”
“Kenapa? Ada hutang?” Aisyah bertanya selamba sambil melangkah keluar dari kelasnya.
“Banyaklah engkau punya hutang. Jaga bahasa, dik oii. Jaga nama sekolah kita.ni kalau orang baru panggil, dah jawab kerek macam tu. Apa sekolah tak ajar? Kesian kat mak ayah kita, sebab orang kita ni… anak punya kerenah, orang tua pula yang dipersalahkan.” Panjang lebar Kak Huda menasihati. Kak Huda memang manis, lembut tapi sangat tegas bab-bab adab dan bahasa. Dengar cerita dahulu atuk dia memang orang yang sangat menekankan adab dan budi ni.
Adesss..kan dah kena ceramah dengan kakak yang baik-baik-alim-alim-ni. “Minta maaf, kak. Aisyah gurau je tadi tu. He..he..” ketawa bersalah.
Hmm… dahlah. Tak apa. Lain kali jangan buat lagi, okey. Tak baik. Tak manis seorang perempuan jawab macam tu. Kenalah jaga budi bahasa kita sebagai seorang perempuan.”
“Budi bahasa budaya kita~” Diana yang entah mucul dari mana mendendangkan lagu Budi Bahasa itu. Fuh, semangat patriotik betul minah ni.
Diana tersengih memandang Aisyah dan Kak Huda.
“Oh ya, kak. Kenapa akak panggil Aisyah?”
“Akak nak ajak Aisyah join satu seminar ni…” Kak Huda mengeluarkan kertas yang berada dalam failnya.
“Seminar ‘Cintai Bahasa Arab’.”
Erk…???
“Sebenarnya, seminar ni untuk budak-budak tingakatan lima je. Tapi, tadi Ustaz Muhammad suruh akak ajak Aisyah join. I mean, dia kata wajib juga untuk Aisyah. Sebab dia kata Aisyah memang minat sangat bahasa Arab ni. Jadinya, mesti Aisyah suka masuk seminar macam ni.” Kak Huda tersenyum sambil menghulurkan dua helai kertas A4 yang telah distapler yang mengandungi segala maklumat tentang seminar ‘Cintai Bahasa Arab’ itu.
Cintai Bahasa Arab? Ustaz Muhammad suruh? Wajib? Minat sangat? Fuhhh… gila perli tahap sinikal tak hengat ustaz aku ni!
Aisyah mengambil kertas-kertas itu sambil tersenyum penuh paksa. Cuba membetulkan suara agar tidak terkeluar suara lain. “Em, terima kasih kak. Nanti Aisyah tengok Aisyah free ke tak.”
“Okey, akak pergi dulu ya. Join tau. Nanti Aisyah confirm dengan Ustaz Muhammad. Kalau nak confirm dengan akak atau Abang Zain pun boleh. Kitorang yang uruskan semua benda ni, okey.” Kak Huda bersalam dan melagakan pipinya pada Aisyah dan Diana. “Assalamualaikum.”
Perlahan Aisyah menjawab salam.
Diana yang menahan ketawa sejak tadi, menghamburkan tawanya tanpa dapat dikawal lagi.
“Gila baik Ustaz Muhammad kat engkau, Aisyah.” Masih lagi ketawa.
“Banyaklah kau punya baik! Ni namanya perli aku tahap sinikal punya gaban tak hengat. Tau tak!!!” pergh, rasa dah jadi gunung berapi yang meletup dah ni.
Oit, asal ni? Yang kau gelak macam nak terguling aku tengok, asal cik kak?” Fatimah yang baru keluar dari kelas bersama Zahra bertanya  “Yang kau pulak masam mencuka, kenapanya?”
“Ustaz Muhammad suruh dia join seminar ‘Cintai Bahasa Arab’. WAJIB!” Diana masih lagi dengan tawanya.
Isk…Diana ni kan. Tak payah la bagitau. Kang jadi mangsa gelak lagi aku. Satu, dua, ti…
“Hahaha.” Suara gelakan daripada Fatimah dan Zahra mula bergabung dengan Diana.
Hmmm…dah agak dah.tak sempat aku nak habiskan ‘ga’ tu dah kena gelak dah. Muka Aisyah dah mula cemberut.
“Eh, bukan seminar tu untuk tingkatan lima je ke?”
“A’ah, untuk tingkatan lima je. Kecuali aku. Sebab aku ni special sangaatt. Lagipun aku ni kan minaaattt sangaatt bahasa Arab ni.” Sarkastik Aisyah menjawab.
“Tula kau. Siapa suruh kelentong Ustaz Muhammad hari tu.”
“Kelentong kebendanya?” muka blur.
“Masa Ustaz Muhammad tanya kau fail ni sebab tak minat bahasa Arab ke. Pastu kau jawab, ‘eh apa pulak tak minat ustaz. Sebab minatlah saya ambil bahasa Arab. Saya minat sangat.’ Kan kau ada cakap macam tu.”
Ek?? Aku ada cakap macam tu ke?” mengerahkan seluruh otaknya untuk mengingati perbualan itu. Hah! Ow, ow. “Adesss…a’ah la… aduh… Ustaz Muhammad ni memanglah lurus bendul. Straight forward to the point. Tak ada corner-corner. Alahai ustaz!”AIsyah menepuk dahi. Bukan setakat nak tepuk dahi, rasa nak hantuk dahi ke dinding pun ada juga ni.
“Hahaha. Tu tandanya kau sendiri cari masalah. Tak ada sesiapa yang kau boleh nak salahkan ek.”
“Dahlah aku nak balik,. Nak buat preparation pergi seminar ‘Cintai Bahasa Arab’ ni. Oh… tak sabarnya nak pergi!!!” Sarkastik Aisyah menjawab. Lalu terus balik macam tu je tanpa menunggu kawan-kawannya yang masih lagi macam budak baru keluar Hospital Bahagia. Bahagiaaa la sangat!!!

1 comment:

Anonymous said...

hahaha, kan dah kena wajib dah tu..hohoho..