Wednesday, January 26, 2011

::Butterfly:: ~8~

Danny berdiri di balik jendela merenung ke luar tingkap. Pemandangan daripada biliknya hanya dapat melihat ke arah bumbung-bumbung khemah yang dipasang untuk kenduri yang akan bermula beberapa ketika nanti. Atau mungkinkah sudah bermula?

Along dengan angah tak dapat datang. Ada hal kata mereka. Hmmm… mereka mula menjauh. Aku mula rasa keseorangan. Sigh…

Danny turun ke bawah dengan berbaju kurung cotton tanah warna putih bunga warna blue and pink menuju ke dapur yang lenggang. Mungkin diorang semua dah ada di depan, dah start jemaah kot.

“Danny, pergilah join kat depan tu. Dah start dah tu solat jemaah.” Aunty Elina muncul daripada wet kitchen sambil bawa satu jag air.

“Danny ABC.” Danny mengenyitkan matanya.

“Huh? Kebende ABC tuh? Mana ada bahan-bahan nak buat air abc.”

“ABC, Allah Bagi Cuti la, Aunty Elina. Aunty Elina tak join depan ni, ABC jugak ke?”

“Haih, macam-macam lah ayat budak-budak zaman sekarang. Pelik-pelik semuanya. Hah, Aunty Elina ABC jugak lah.” Aunty Elina mengacau air yang telah diletakkan ais. “Best jugak eh guna ayat ABC.”

“Bagus, bagus. Barulah vogue.” Danny mengangguk-nganggukkan kepala sambil menuang air kosong ke dalam gelas untuk minum.

“Hah, bagus jugak Danny ABC, pergi hantar jag air ni ke khemah. Lepas tu, makanan ni tolong hidangkan jugak. Aunty nak naik atas jap, mandi dengan tukar baju. Nanti dah habis solat jemaah dengan baca yasin, mesti nak layan tetamu.”

“Okay, no problemo, Aunty Vogue!” senyum.

“Of course I’m Mama Vogue.” Boleh saja lah nak layan anak sedara aku yang kadang-kadang happy. Kadang-kadang pendiam ni. Asalkan dia okay, dan tidak seperti sesetengah remaja yang memberontak dan merosakkan diri bila punya masalah hidup.

Danny membawa dua jag air ke khemah dengan melalui jalan belakang. Rumah banglo yang besar ni memang banyak exit nya. Tapi walaupun banyak exit nya, rumah ni besar dan confusing. Siapa yang tak biasa boleh sesat woo dalam rumah ni.

Sebelum mengambil mangkuk yang berisi nasi, Danny sempat membetulkan selendangnya yang berwarna pink di cermin yang berada di dinding dapur. Ni Aunty Zahra la punya kerja ni. Dia suri rumah sepenuh masa. Dan memang dia la yang menjadi tukang masak kat dapur ni. Dia kata, walaupun kita ni suri rumah, tapi mestilah nak kelihatan cantik. Walaupun nak masak, tetap kena cantik. Tu yang kena ada cermin, kena tengok jugak macam mana rupa masa kita memasak. Sememeh ke, macam kelembai ke, macam Pontianak ke, atau tetap cantik macam Aishwarya Rai. Nanti suami lari, siapa yang susah?

Macam-macam. Aku dengar mula-mula nak tergelak. Aunty Zahrah ni isteri kepada Uncle Az, adik bongsu lelaki arwah mama. Kitorang memang duduk satu rumah. Sebenarnya ramai je yang duduk dalam rumah ni. Kenyataan Aunty Zahrah ni telah disokong oleh Aunty Ira. Haha.
Tapi, Aunty Zahrah memang rajin memasak dan mengemas. Tu yang kitorang tak payah nak ada orang gaji. Orang gaji cuma datang Sabtu dan Ahad je untuk kemas rumah dengan basuh baju dan siang ikan+ayam+blablabla…

Danny mula membawa mangkuk nasi dan lauk pauk ke khemah. Berbalik-balik dia dari dapur hingga keluar ke khemah. Maklumlah buat kerjanya sorang je.

Ekkk… siapa pulak lelaki yang smoking kat situ? Nak kata along, along tak balik. Nak kata angah, angah tak smoking lagipun dia pun tak balik. Selain daripada abang-abang aku, siapa je yang liat nak suruh solat ni?

Ada.

Sarah.

Tapi, Sarah tak mungkin datang kat majlis kenduri. Nak ajak solat jemaah pun, hmmm.. haremmm… dan setau aku juga dia tak smoke. And confirm tak mungkin bertukar perwatakan jadi lelaki pulak! Takkan kecewa dengan mamat perasan tu terus jadi pengkid kot? Haha. (gelak kejam)

Ni mesti tetamu mengelat solat ni. Hish, pemalas sungguh. Meh aku sergah.

Seperti dapat merasakan ada orang di belakangnya, lelaki itu menoleh ke arah Danny.

Mata bertentang.

Langkah Danny terhenti.

Masing-masing kaku.

1 saat…
2 saat…
3 saat…
4 saat…
5 saat…

“Ouch.” Puntung rokok yang berada di jari-jemari Denniel jatuh di atas kakinya. Denniel memijak puntung rokok yang masih menyala itu. Terperanjat. Terperanjat jumpa gadis ini semula. Terperanjat sebab kantoi tengah hisap rokok dan tak berada di dalam. Terperanjat sebab tiba-tiba rokok ni time-time orang tengah syok beradu mata dengan girl ni lah dia nak terjatuh.

“We meet again, huh?” Denniel berdiri sambil menyeluk tangannya ke dalam poket. Cuba untuk stay cool. (konon)

“What are you doing here, man?”

“Obviously, I baru lepas smoking.” Denniel buat muka selamba dan tak bersalah.

“Smoking, huh?” Danny mengangkat keningnya sambil bagi renungan kerek. “Kan semua orang tengah solat jemaah, kenapa tak join? Hmm… I guess dah nak start baca yasin pun.” Danny menjenguk sedikit ke tingkap rumah.

“Err…” Denniel menggaru kepala yang tak gatal. “Hey, cakap pasal I, you tu asal tak join solat jemaah, hmm?” Denniel juga mengangkat kening.

Huh? Perlukah seorang lelaki bertanya sebegitu kepada seorang perempuan? Takpe aku jawab jugak. “ABC. You pun ABC jugak ke?” Sarkastik.

ABC? Air Batu Campur? “You tak solat jemaah sebab minum air batu campur? Kalau you boleh tak solat jemaah sebab minum air batu campur, kenapa nak mempersoalkan I yang tak solat jemaah sebab smoking?”

Danny buat muka blurr.

Kemudian, tertawa tanpa dapat ditahan.

Apekebende bagi jawapan tak bernas. Sungguhlah alasan bodoh dan nampak sangat hendak mengelat solat. Haila, this man memang tak boleh pakai dowh.

Denniel terpaku. Indahnya… indahnya suara tawa gadis ini.

“Apa you buat datang sini kalau you tak nak join diorang solat jemaah dan baca yasin?” Danny mula menseriuskan wajah dan suaranya. Apa ni Danny boleh tiba-tiba ketawa. Control your expression, Danny.

Denniel tidak dapat menangkap butir bicara Danny. Dia hanya merenung Danny tanpa kata-kata. Dalam notebook pink tu, dia tulis nama dia Puteri Ramadhani. Nak panggil apa ye? Puteri? Ramadhani? Ani? Hani? Dhani? Adha? Atau Rama? Rama?? Rama-rama??? Butterfly???

Mamat ni apesal? Kena sampuk ke hape? “HOI!”

“Huh?” Denniel terpinga-pinga.

Haila, mamat ni! Boleh berangan pulak dia! “Apa you buat datang sini kalau you tak nak join diorang solat jemaah dan baca yasin?” muka bengang.

“Apa pulak you buat kat sini?” pertanyaan dibalas dengan pertanyaan.

Sabar Danny, sabar. “Ni rumah I, suka hati I lah nak berada di ceruk mana sekalipun. Baik you masuk dalam, Join diorang buat perkara yang mendatangkan pahala. Jaga your own solat. Dan dilarang duduk di sini selagi majlis kat dalam tu belum selesai! Ada faham?” tegas dan jelas

Danny bersuara. Danny memandang sekilas sebelum berlalu.

“You ni memang garang eh, butterfly?”

Langkah Danny terhenti. “Apa?” apa dia panggil aku tadi?

Sambil membetulkan suaranya, Denniel memandang tepat ke mata Danny. Tersenyum. “You ni memang garang eh, butterfly?” Denniel menekankan perkataan butterfly.

Butterfly? Danny buat muka blurr. Sebab memang tak faham. Out of the blue. Butterfly???

“Okay, I masuk dalam dulu.” Denniel membuat suara Romeo dia sambil mengenyitkan mata dan berlalu dari situ. selamba sahaja dia masuk ke dalam rumah dengan muka tak bersalah.

Kembang tekak Danny mendengar suara Romeo lelaki itu. Bajet hot betul mamat perasan ni!

Tuesday, January 25, 2011

::Butterfly:: ~7~

“Danny, minggu depan hari sabtu malam ahad ada kenduri tau. Nanti kalau nak jemput sesiapa kawan Danny jemputlah. Ha, jangan lupa suruh abang kamu yang berdua tu balik. Jangan ngengada pulak cakap ada hal la apa la, ye.” Puan Salmah memesan kepada Danny yang baru sahaja turun untuk makan malam.

“Kenduri? Kenduri apa, nek?”

“Kenduri doa selamat, ada solat jemaah sekali tau untuk Isyak.”

“Oh, insyaAllah. Nanti Danny cakap dengan diorang. Makan, nek?”

“Tak apa, sayang. Nenek dah makan tadi dengan atuk kamu. Tu kalau nak sambal ikan bilis ada kat dalam bekas kuning dalam robok. Nenek masuk dalam dulu.”
Aku bukannya ada kawan untuk dijemput. Kalau ada pun, aku yang dah menjauh. Ni kalau bagitau along dengan angah ni, diorang nak balik ke? Diorang ni macam dah tak nak balik pun ye jugak.

Hmmm… mama tak ada. Along dengan angah pun tak ada. Makan pun sensorang je. Terasa betul macam anak yatim piatu sekarang. Walaupun kat dalam rumah ni ramai je orang. Tapi tetap tak sama dengan family sendiri.

Aku bukan budak jalanan yang tiada rumah. Aku bukan budak yang terbiar.

Aku ada rumah tapi aku tiada ‘myownfamily’. Aku ada atuk, nenek, abang-abang, Uncles and Aunties juga cousins yang menjaga keperluan dan kehendak aku, tapi aku tiada kasih sayang yang mampu mengikat aku…

***

“Denniel, mama nak minta tolong Denniel bawa mama dengan papa pergi majlis kenduri kawan mama malam ni. Boleh tak?” Datin Sri Hayati duduk di katil anak bujangnya sambil menepuk lembut bahu anaknya yang sedang bermain PSP.

“Tak nak la mama. Denniel malasla. Uncle Muthu kan ada.” Masih khusyuk bermain.

“Uncle Muthu kan cuti sebulan. Papa bukan tak nak drive tapi cermin mata dia hilang. Entah manalah orang tua ni letak. Hmm… tolong ye sayang?”

“Hmmm… yela. Yela. Tapi mama kena upah Denniel lah.” Denniel membuat muka nakalnya sambil duduk memeluk bahu mamanya.

“Alalala… dah besar pun nak upah. Manjanyalah anak mama sorang ni. Nak berupah-upah pulak. Nanti mama upah gula-gula ok? Nak?” Datin Sri Hayati tersenyum mengusik anaknya.

“Ala mama ni. Ada ke gula-gula? Denniel bukan budak-budak lagi. Den nak kereta Lamborghini, boleh tak?”

“Amboi, amboi… minta tolongnya tak seberapa tapi upahnya melampau-lampau. Itu Porche Cayman tu baru je beli, sayang oi. Nak Lamborghini pulak. Kalau nak membotakkan kepala papa kamu ada aja kan. Nanti mama bagi yang kereta control punyalah.” Datin Sri Hayati bangun sambil tertawa.

“Ala, papakan kaya dan baik hati.” Ketawa juga. “Porche Cayman tu tetap di hati.”

“Haaa! Ataupun mama upah cari isteri untuk Denniel nak? Kat sana nanti mesti ada yang comel-comel.”

“Isteri tak nak la mama. Scandal nak lah. Tapi Denniel nak yang hot! Ok?”

“Scandal je? Aduhai anak mama ni! Scandal jangan sampai rosakkan anak dara orang sudah ler.” Datin Sri Hayati melangkah keluar sambil mengenyitkan mata pada anak bujang dia yang seorang ni.

Denniel tertawa sambil menggelengkan kepala. Memanglah aku bertuah dapat mama yang sangat sporting. Penuh dengan nasihat tapi tetap bagi aku kebebasan untuk memilih dan enjoy. What a wonderful mother I have!

Coret-Coret Saja

entah kenapa sekarang..aku ingin jadi penulis.. bukan penulis pengarang mungkin...
aku bukanlah ingin jadi penulis bunga-bunga cinta... mahupun pengarang kisah-kisah cinta.. aku tidak pandai...

aku hanya ingin berkongsi... berkongsi pengalaman dan imaginasi mungkin...

moga sahaja Allah mempermudahkan jalan aku...

aku gadis yang masih mencari arah tujunya... aku gadis yang ingin bercerita dan mencoret rasa hati...dan aku juga masih tidak ingin dikenali...

cukup saja kepada siapa yang telah mengenali aku... biarlah perkenalan kita menjadi rahsia... aku hanya ingin mencoret dan bercerita...

kerana di dunia realiti...aku hanyalah seorang pendengar..teman di kala susah... menjadi supporter kepada insan lain..itulah aku...

di dunia maya ini..izinkan aku untuk bercerita..kerana kadang-kala aku penat untuk mendengar cerita tanpa bercerita...

aku juga hanya cuba-cuba sahaja mengarang cerita.. minta maaflah kalau tatabahasa dan grammar aku tunggang-terbalik...tidak betul..kerana aku bukannya pandai sangat pasal tatabahasa dan grammar ni... hanya cuba-cuba sahaja...

mungkin melalui cerita-cerita yang aku karang...dapat mengenali the other side of me..(kalau nak kenallah..huhu)

sekian..terima kasih...

Monday, January 24, 2011

::Butterfly:: ~6~

Danny masih lagi gundah gulana dengan kehilangan notebook pink kesayangannya. Sememangnya dia gemar untuk menyebut notebook pink daripada diari. Because kalau sebut diari, nampak macam minah jiwang karat plak. (Walaupun notebook itu adalah kategori personal, but better panggil notebook daripada diari.) Huhu…

Oh Allah, I really hope yang I akan jumpa balik that notebook. Dalam tu ada gambar mama yang paling hamba-Mu ini suka. Please, ya Rabb… I’m begging You…

Danny terduduk di atas kerusi dalam bilik tidurnya. Penat mencari. Walaupun setelah seminggu mencari, tapi dia tidak ingin jemu mencari. Bagi Danny, manalah tau untung nasib dapat jumpa. Keajaiban Allah bukan boleh diduga. I still want to hope. Walaupun dia masih lagi ingat dengan jelas, last sekali dia nampak notebook itu di Baskin Robbins.

Dia telah pun pergi ke Baskin Robbins untuk mencari, tapi tetap tak jumpa. Dia pergi MPH tetap tak jumpa. Siap bertanya berpuluh kali kat pekerja Baskin Robbins dengan MPH, and aku rasa diorang pun bengang aku tanya banyak kali and banyak plak soalan. Adesss… Dan walaupun berpuluh kali dia telah mencari dalam bilik, dia tetap nak mencari lagi.

Give up je la Danny…

Haih…

Danny membuka komputer. Main internet lah. Oh ya, dah lama tak dengar khabar berita kedua abangku yang perasan macho. Bagaimanakah mereka?

Daripada aku pening-pening kepala baik aku on YM. Chat dengan along and angah. Lama dah tak contact+calling+sms+YM dengan diorang. Yesss. Diorang online!
Nak letak apa eh kat status YM?

-Along! Angah! Are you guys still alive?-

And then BUZZ both of them and invite to the conference!

oit! along hiduplah! adik tu hidup ke tak?

orang jadi mayat hidup kat sini.

sibuk je adik ni! pegi studyla! SPM juz around the corner la anak aci!

ek eleh anak bangla ni. Senyap la. Paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih. At least orang ada beberapa bulan lagi taw. Awak tu hujung bulan ni. HAHA!.

eleh exam tu kacang jer. Pejam mata pun angah boleh buat laa.. ni hakim. Lelaki kacak bergaya lagi bijaksana otaknya. =))

hah baguslah tu. Sorang anak aci sorang anak bangla. Perangai dua-dua tak berubah. Why jadi mayat hidup? Are you sick, adik?

ek eleh along. ape barang orang nak sakit? Orang sihat wal afiat!!!

rindu kat kitorang ek?

cittt!!! tak ada maknanya adik nak rindu kat korang. Puh-lisss!!!

oooo…tak rindukan kitorang ye… tak pe… .takpe…

tula along… dia tak rindukan kita la.. padahal kita kat cni punyalah rindu kat dia. Sayang gilerr kat dia. Dia boleh tak rindu kat kite.

cehhh… .rindu konon… boleh blah la… tak call tak sms tak ym tak datang sini tak ajak lepak… cehhh…

kantoi..LOL!!

mana boleh ajak adik lepak dengan budak lelaki… nanti kantoi ar… .diorang tau along ada adik perempuan yang sangat baik… haha

dah agak dah!! cisss… kurang asam jawa punya abang-abang…

janganlah marah sayang… nanti angah bawak pegi tengok wayang ok?

adik tuntut janji tu! ;p

aikkk along senyap jer… nak lepaskan diri la tu.

haha… mana ada… nanti along belikan hadiah ea… jangan marah ye..nanti cepat tua dowh

orang nak perfume. Perfume orang dah nak habis. ;p

hahaha…padan muka along. adik da demand tuh.

adesss… adik ni suka demand benda yang expensive kan.. kopakla along camni..

cehh..dengan adik sendiri pun nak berkira dowh…

yela yela sayang.. nanti along belikan k…macam biasakan?

yeap!!!! Yeayyyy!!! Haha

amboi sukanya dia… untuk angah tak ada ke along?

haha…untuk angah duit tak cukup…;p

haha…sian angah… xp

ooo..macam ni la adik beradik ek…tak pe tak pe…

eleh..angah poyosss nak touching..haha =))

eit angah…tak ganas dowh gangster Selangor n kl nak touching…haha

ni namanya gangster dalam hati ada taman…

penuh bunga ek angah?

kalau ada taman..along hadiahkan roses la untuk angah.. LOL!!!

cettt… ada ke roses…

eh okla along angah…adik nak out

ooo da demand..nak out dulu la ni…pandai eh..

relax ar dulu dik.. jom borak lagi..angah nak call…errrr…tak de credit..kehkehkeh..

haha.. nanti kite ym lagi la ea… da masuk asar pun. Apa lagi solat la cik abang berdua…

errrr……

………

aduh…abang-abangku ini.. moga kalian mendapat isteri yang dapat membimbing korang yep…haih…

haaa…ok set.. nanti adik kenalkan dengan along ye..dapat dia bawa along ke pangkal jalan..hehe….confirm tak jadi player lagi dah…;p

takpe kalau tak dapat jumpa yang solehah pun..nanti kalau angah kahwin..angah hantar isteri angah kat adik untuk didik dia.. ok tak? hehe

banyaklah cantik muka korang!!! Perbetuli diri dulu baru boleh betulkan orang lain…

okla korang… tata…assalamualaikum.

ok sayang.. take care. Waalaikumsalam

waalaikumsalam..bye..

Danny menggeleng-gelengkan kepalanya sambil sign out daripada yahoo messengernya. Along dengan angah ni memangla tak berubah-ubah dari dulu sampai sekarang. Kalau nak diikutkan kitorang bertiga ni berbeza dari segala segi. Personaliti, rupa, sifat, gaya hidup, senang cerita hampir segalanyalah.

Bila kitorang bertiga cakap yang kitorang ni adik-beradik. First thing yang orang akan tanya adalah:

‘errr… adik-beradik kandung ke?’

then:

‘lain parents ke/’

then:

‘anak angkat ke?’

Kelakar jugak. Sebab rupa kitorang memang tak sama langsung-langsung.
Tapi ada perkara yang serupa. Kami sangat menyayangi mama. Kami rapat. Kami menyayangi each other. Dan bila kami nak kutuk orang lain kami akan bercakap dalam bahasa mandarin. Haha. (terima kasih kat mama yang menghantar kami bersekolah rendah di sekolah cina)

Sekarang ni, along tengah ambil degree kat Sunway University College dalam bidang computer science. Angah pulak final year diploma kat INTI College dalam bidang business admin.

Walaupun masih ada yang sama, tapi sebenarnya banyak sangat yang dah berubah.
Mama, I miss our memories… I miss the four of us being together…

::Butterfly:: ~5~

Denniel membelek notebook berwana pink itu. Hmm... gadis yang berlalu dengan pantas selepas ‘menyimbah’ mukanya dengan aiskrim Baskin Robbins. Tapi telah ‘mencicirkan’ notebook pink ini.

Apa agaknya isi kandungan dalam notebook pink ni eh? Comel je macam tuan dia. Huhu… Denniel teringat gadis itu yang berbaju kurung dan bertudung dan memakai kasut sport Nike. Nampak je sopan dan ayu tapi garang rupanya. Tersenyum Denniel mengingat gelagat gadis yang tiba-tiba ‘menyerang’ dirinya.

Denniel mula menyelak helaian kertas di dalam notebook itu…

***

Oh, shit! Where’s my notebook? Danny mencari-cari notebook di dalam begnya habis segala beg dan buku serta plastic dia selongkar.

Oh, no, no, no! Jangan cakap hilang. Jangan cakap lost. Jangan cakap missing in action. Please. Please. Please…!!! OMG! Memang tak ada. Uwaaa… ni yang rasa macam nak nangis keluar air mata gelen-gelen ni.

+ Ni semua that man punya pasal la.

-Err… bukan ke aku yang mula dulu?

+ Apa pulak aku yang mulakan. Siapa suruh dia menyakitkan hati perempuan. Tak baik tau.

-Tapi bukannya urusan aku pun kan. Lagipun biarlah si Sarah tu. Padan dengan muka dia.

+ Aduh..aku ni… Bukannya tak boleh nak mengajar si minah salih celup tu. Tapi berhemah lah sikit. Kalau kita menggunakan cara yang sama macam dia, kita pun sama je la kan macam dia? Macam that man tu.

-Ok stop! Tak yah nak gaduh-gaduh pasal that man yang ntahsapentahtu. But his eyes… are really something.

+ Stop! Stop!!! Apa melalut-lalut lebih-lebih nie?

And now where’s my notebook? Alamak aih..tercicir di mana ya? Dahlah kat dalam tu ada gambar mama yang paling aku suka. Huwaaa… sungguh aku rasa nak nangis dah ni!

***

Setelah membaca notebook itu, Denniel termenung seketika. Kalau tengok dari luaran notebook atau mungkin juga diari ini, orang akan guess memang girlish habis lah budak ni. Mesti dalam diari tu tulis dia suka siapa, or nak pakai baju apa, ada terjumpa mamat hensem macam aku ke tak. (hehe)

Tapi…

Denniel mengeluh.

Bukan itu yang tertera di atas helaian kertas ini.

Gadis yang bernama Puteri Ramadhani ni, seperti sedang menanggung sesuatu yang berat. Tapi, umur dia kat sini dia tulis baru berumur 17 tahun. Maknanya tahun ni dia SPM la? Tapi muka dia pun memang nampak muda lagi.

Denniel kembali membaca ayat-ayat yang tertulis di dalam notebook itu.

Catatan-catatan yang berada di dalamnya hanya pendek-pendek sahaja.

= If suicide not a sin, I’ll do it without doubt.

= I miss you, mama…

= Adik masih tak boleh nak hilangkan vision tu ma…Ianya masih jelas dalam kotak ingatan adik.

= Papa. Mama. Darah. Kematian. Penjara. Kubur.

= Adik tak nak jumpa dia ma…

= Seksanya tinggal dalam rumah ni. Bila darah dan kematian dan kenangan bercampur menjadi satu.

=I’m so lost, ma…..

= I’m so hurt, mama….

= Where are you, ma? Where am I?

= Mama…adik rindu sangat-sangat dengan mama….

= I can’t breathe…

= I hate him…. I hate him…. I won’t forgive him, mama… I swear that I won’t!!!

Catatannya tanpa tarikh dan haribulan.

Denniel merenung pula gambar yang ada di helaian seterusnya. Ada gambar gadis itu dan seorang perempuan, mungkin mama dia.

Denniel menarik nafas dalam-dalam. Lalu menghembusnya perlahan-lahan. Siapa girl ni? Kenapa setiap ayatnya penuh kerinduan, kesedihan dan kebencian? Apa yang terjadi pada dia? Mana mama dia? Mana papa dia? Siapa yang dia tak nak jumpa dan siapa yang dia benci?

Kenapa catatan-catatan ringkas dia tiada tarikh dan haribulan? Dan setiap catatan hanya pendek dan memang sukar difahami.

= Sick of crying, tired of trying, yeah I am smiling, but deep inside I’m dying…
She is so damn hurt. But why???

Nampak sempoi je, tapi ayat macam emo. Muka pulak muka selamba. I think she needs help. She really needs somebody to help her. I wish I could. Hmmm… errr?? Apa pulak aku melalut ni? Asal aku nak nyebok hal dia pulak? Kenal pun tidak. Nak bagi buku dia ni balik pun, bukan aku tau dia duduk mana. Kalau aku tau pun, tak ingin aku jumpa budak tu lagi. Ada ke ‘simbah’ orang dengan aiskrim. Adehhh~

Arghh… lupakan je la. Denniel mencampakkan notebook pink itu ke bawah katilnya.

Saturday, January 22, 2011

::Butterfly:: ~4~

“Danny.”

Menoleh.

Aunty Elina meluru memeluk Danny.

“Miss you so much, dear.”

Hanya tersenyum.

Aunty Elina mula menceritakan apa yang telah terjadi pada kehidupan dia.

Danny memegang wajah Aunty Elina dengan kedua-dua belah tangannya. Danny pandang tepat ke arah mata Aunty Elina yang bertakung dengan air mata.

“You will be fine, Aunty Elina. You will be alright. Danny tau yang Aunty Elina seorang yang sangat tabah dan kuat. You will able to through all this hurt and pain… and segala macam dugaan yang pahit ni. I believe in you, my dear aunty. Kalau arwah mama boleh tempuh segala dugaan sebagai seorang ibu tunggal, I am hundred percent sure yang Aunty Elina pun macam tu. Because you are my mama’s sister and my lovely aunt.”

Danny senyum. Aunty Elina pun senyum dengan matanya yang mula nampak sinar.

“You know what, Danny? Danny betul-betul macam mama Danny. A very good listener. You know how to soothe people. And everytime I talk to you, I always feel better. Danny memang pengganti arwah mama yang baik.”

Senyap.

“I miss her terribly. Bila Aunty ada masalah mesti cari dia. Kalau Aunty yang macam ni pun terasa sangat dengan kehilangan dia. I just can’t imagine how much you missed her, dear.”

Danny hanya memandang kosong ke arah Aunty Elina. Mula membekukan ekspresi wajah.

“But I’m proud of you. You are just like her. You’ve got her aura. Talk to you is just like I’m talking to her.” Aunty Elina tersenyum namun air mata membasahi pipinya.

“Danny, jangan pendamkan apa yang terbuku dalam hati, sayang. Danny memang seorang pendengar yang baik dan pemberi kata-kata semangat yang baik. But, you need to talk too, sayang.”

Tetap membekukan diri. Tanpa riak. Tanpa perasaan.

Dan akhirnya Aunty Elina juga senyap.

“Aunty Elina, pergilah berehat. Mesti Aunty Elina sangat penat. Don’t worry bout me, my dear Aunty yang sangat vogue!” Ketawa.

“Pergilah tengok Mia tu. Tadi Danny tegur dia, dia diam tak nak bercakap. Risau pulak Danny tengok dia.”

“Tu la, Aunty pun memang nak tengok dia. Thanks for everything Danny. I love you so much. Have a good rest. Good night.” Aunty Elina memeluk Danny dengan penuh rasa kasih sayang lantas keluar dari bilik itu.

Don't ask me how much i miss her. Just Allah knows how much I'm craving for her.

I can’t be her, Aunty Elina. She was too amazing sampaikan I don’t think I can reach her standard. Danny tak boleh nak cerita pasal mama, coz it is so damn hurt inside here. Just let me keep it to myself. Danny pun tak nak orang tau yang Danny betul-betul tengah suffer sekarang. Danny tak nak korang risau.

Just let me live my life the way it supposed to be. I’m too tired to talk about my past.

Air mata tetap setia mengalir. Ah… air mata ini sangat murah jika aku bersendirian. Tapi itu lebih baik daripada ternangis depan diorang.

Danny mencapai walkman kesayangan dia dan menekan butang play.

I'm not afraid of anything
I just need to know that i can breathe
I don't need much of anything
But suddenly, suddenly

I am small and the world is big
All around me is fast moving
Surrounded by so many things
But suddenly, suddenly

How does it feel, to be different from me?
Are we the same?
How does it feel, to be different from me?
Are we the same?
How does it feel?

I'm young, and I am free
But I get tired, and I get weak
I get lost, and I can't sleep
But suddenly, suddenly

How does it feel, to be different from me?
Are we the same?
How does it feel, to be different from me?
Are we the same?
How does it feel?

Would you comfort me
Would you cry with me;

Sometimes I just wondering, how does it feels to have a different life. Is it colourful? Is it wonderful? Sometimes I just want to enter to another world. So, that I can forget about my painful world. Are they happy with their life? Are they grateful of their fortunate life?

O Allah, can I have my mama back just for awhile? At least let me dream of her tonight.

Akhirnya, lagu How Does It Feel nyanyian Avril Lavigne menemani tidur Puteri Ramadhani yang masih dalam kegelapan.

::Butterfly:: ~3~

“What? You nak break-up dengan I? But why? What’s wrong?” Suara Sarah mula meninggi. Tapi dia tidak peduli kerana dia tau suara halus tu tidak pernah menyakitkan telinga orang. Malah, ramai yang tergila-gilakan suaranya itu. Dia berbangga memiliki suara yang halus dan merdu itu. . “Look, Den. Kita baru je couple. Kita baru nak kenal hati budi antara satu sama lain. And now, you wanna break-up with me? It’s too soon, Den. Nanti apa my friends cakap.”

“Apa I kisah your friends nak cakap apa? Baru je couple, perangai you dah sangat merimaskan I. I just can’t imagine macam mana kalau benda ni berterusan. Huwaaa.. I think I boleh masuk hospital sakit jiwa.” Tenang saja Denniel membalas kata-kata Sarah sambil meletakkan kedua belah tangannya di belakang kepala.

“No. You can’t break-up with me. I will not allow it.” Ini bukan realiti. At least, bukan depan cousin aku. Bukan depan Danny! This is not happenning to me! I am Sarah Melinda! Tak pernah orang cuba untuk break-up dengan aku. Selama ni cuma aku yang memutuskan hubungan dengan all my ex. They adored me so much. Dan aku yakin Denniel memang cair dengan aku. And I think, I already in love with him. He is so kind and gentleman. Lagipun, he’s a hot guy. A guy that every girl dream of! I’m not going to let this break-up thing happen to us! Noktah.

“I love you, Den. I love you so much. Takkan you nak tinggalkan girl yang cintakan you sangat., kan?” Sarah cuba melentokkan kepala dia di atas bahu Daniel.

Oh God! I already knew this girl is so troublemaker dowh. Mana si Farish ni? Janji pukul 3. Ni dah pukul erm, 3.08. (hehe) Perlahan Denniel mengalihkan bahu dia. “Look, Sarah. I tak nak panjangkan cerita dan I tak nak kita gaduh-gaduh. Better kita putus cara baik je, ok. Or nanti maybe you akan tau benda yang lebih menyakitkan hati you.” Fuh, nampaknya plan A jugaklah kena ikut ni. Kenapalah aku susah-susah nak jadi gentleman sangat ni. Dah perempuan ni memang problem pun. Adesss.

“Woo, kenapa ni? Masih tak dapat lepaskan diri daripada dia? Ha. Ha. Aku dah cakapkan.” Farish menepuk belakang Denniel sambil tersengih sumbing. Duduk walaupun tidak dipelawa.
Sarah memandang kedua lelaki itu silih berganti. “Kenapa ni? Apa yang terjadi sebenarnya?” Kenapa macam ada yang sangat-sangat tak kena?

Farish mengangkat sebelah kening ke arah Denniel. “Kau dah janji.” Ketawa.

“Whatever.” Denniel mengangkat bahu dan menyuap ice-cream di hadapannya. Dia memandang tepat ke mata Sarah. “Actually, I tak pernah ada perasaan dengan you. Farish kata you jenis susah nak tackle. You cuma pandang lelaki yang full-package. And once, you dah dapat that guy. You used him in all way. His money, his charm untuk jealous kan your friends. And bila you dah rasa bosan, you will dumb him just like that. Macam you tinggalkan Azam.”

Mata Sarah mula berair. “Azam?”

“Yup, Azam. Azam is our best friend masa zaman sekolah.” Denniel memandang Farish yang tengah makan aiskrim. Aiskrim Sarah. Siot je mamat ni. Pakai rembat je. Ish…ish…ish…“Dia betul-betul frust. Tapi walau macam mana pun you tak boleh salahkan I. Sebab bukan I yang terhegeh-hegeh nak kat you dulu,”

“Kan aku dah kata kau memang pakej lengkap idaman Sarah. Lelaki budiman lagi.” Farish angkat kedua-dua belah keningnya dekat Denniel. “Aku ni duit banyak tapi taklah kacak sangat untuk buat kau terpikatkan Sarah?” Farish ketawa dengan kata-kata dia sendiri.

“So, selama ni your love is a lie?”

Uiks, macam tajuk lagu Simple Plan je. Your Love Is A Lie. “Oops, seingat I, I tak pernah mentioned that I love you.”

“But you said you like me. You said I am gorgeous!!!”

“Like and love adalah dua benda berbeza Sarah. Yes, siapa tak suka dapat keluar dengan perempuan sexy. But, for us, you are cheap.”

“You… y-you are jerk, Den. I hate you for fooling me all this time.”

“Dan untuk memalukan awak lagi cik Sarah. Kami juga telah merakamkan segala adegan serta perbualan ini. Ya, di sana adalah encik perakam video. Sila lambai.” Farish dengan muka selamba melambai-lambai ke arah seorang lelaki yang sedang memegang video kamera. “Dan di dalam poket seluar Denniel ada perakam suara. Haha.”

Sarah tergamam. Dan mula menangis. “No, this is not happening to me!”

“Oh no, Sarah. Simpan je lah air mata palsu you tu untuk orang lain.” Denniel bercakap tanpa perasaan. “Just go away.”

“You taulah nasib you satu hari nanti. I will remember this!!!”

Sarah bangun dan terus berlari dari situ.

“Aku tak sabar nak masukkan video ni dalam youtube! Aku tak sabar nak bagi video ni kat semua orang yang si Sarah tu kenal. Haha. Hari yang sangat menyeronokkan.” Farish memanggil teman mereka dengan melambaikan tangannya ke arah lelaki sedang memegang video camera.

* * *

Danny bangun sambil mengambil aiskrimnya yang dah mula cair. Khusyuk sangat mendengar dan melihat drama spectra di hadapannya membuatkan dia lupa untuk memakan aiskrimnya. Busy body betullah aku ni!

Tapi, kesian pulak aku kat Sarah tu. Apa-apa pun dia tetap cousin aku weyh.

“Excuse me, man. Hmmm… you taklah se-gentleman yang minah salih celup tadi dok bangga-banggakan.”

“Pardon?” Mata mereka bertembung. “Who are you, girl?”

Senyap.

Err… apa aku nak cakap tadi? Danny! Fokus…!!

“Well, eventhough that minah salih celup perlukan pengajaran. Tapi dengan merakam segala perbualan dan perbuatan. That is too much!”

“Again, girl. Who are you untuk masuk campur my business?” Mata Denniel mencerun ke arah gadis yang berbaju kurung cotton warna white and pink itu. Dia memandang gadis itu dari atas hingga ke bawah.

Eleh, macamlah aku takut dia pandang aku macam tu. Danny membuat muka. Tapi nape hati aku macam tengah main drum lagu black metal plak ni?

Eh, minah ni. Buat muka pulak dia. Nasib baik comel.

“Does it matter who I am? The real matter is you humiliated her in a really not so-gentleman-way.”

“It is matter who you are, when you’re out of the blue wanna involve in my business.” Denniel mula berdiri sambil memandang tepat ke arah gadis comel itu.

“Oh, I see. Let’s pretend I’m her mother then.”

Terlepas tawa Denniel mendengar jawapan spontan gadis itu.

“What so funny about that?” Makin tajam renungan Danny ke arah lelaki yang sedang berdiri di hadapannya.

Denniel mula menseriuskan mukanya kembali.

“I tak ada masa nak play game with you, girl.”

“Memanglah I ajak you main congkak ni.” Sarkastik Danny menjawab.

Oh shit, this girl is really annoying! And… .funny!

“Okay, let’s be honest. I don’t think you know that woman, right? Sebab kalau tak mesti dia akan recognized you tadi. And confirm dia akan mula memperkenalkan diri I dengan you, right?”

Denniel menfokuskan matanya tepat ke arah mata gadis itu. Mata dia sangat cantik, tapi…

“Or actually you are my stalker? Dah lama eh nak berkenalan dengan I? If you nak berkenalan, no worries. I will not let you down. Eventhough, I don’t think you are my type.” Denniel mengenyitkan matanya sambil membuat muka nakal.

Huh? Apekahhh? Danny mengerutkan dahinya.

“Oh please… that’s so digusting. Anyway, I just want you to remember this, mamat perasan.”
Sejurus itu Danny mencurahkan aiskrim yang dah cair itu tepat ke wajah lelaki itu. “Oppss, sorry, man, I memang sengaja.”

Sepantas kilat Danny mengambil barang-barang dia dan pergi dari situ meninggalkan lelaki itu yang masih tergamam di’simbah’ dengan aiskrim Baskin Robbins.

“Oh, Denniel! Aku selalu ingat kau boleh tangani perempuan dengan baik. Kau kenal ke budak aiskrim tu?”

“Kau rasa?” Denniel dah bagi jelingan membunuh. Farish hanya tersengih sambil mengelap muka kawannya yang tetap kelat walaupun diselaputi dengan aiskrim Baskin Robbins yang manis tu.

Friday, January 21, 2011

::Butterfly:: ~2~

Danny melihat jam di dinding. Dah pukul 9 pagi. Oh my Allah! I need to get out from this room! I need to get out from this house! I need some fresh air! SPM dah dekat, aku masih lagi macam ni.
At least, aku kenalah penuhi janji aku yang terakhir dengan mama. Untuk hidup dengan baik. Untuk tidak menyusahkan hati atuk, nenek dan semua orang yang menyayangi aku. Untuk teruskan kehidupan walau apa pun terjadi.

Ma, adik akan cuba penuhi janji adik yang terakhir dengan mama. I’ll do my best!

Danny bangun dari katilnya. Cuba untuk menjadi manusia yang tetap bersemangat. OMG! Muka aku teruk gila! Danny membelek mukanya di cermin. Melihat matanya yang sembab. Oh-ho, takkan nak keluar dari bilik dengan muka macam ni? No, no, no.

Danny bingkas mengambil tuala untuk mandi dan menyegarkan diri. Setelah mandi dan mencuci muka, Danny membuka pintu almari bajunya dan mengeluarkan sepasang baju kurung serta tudung.

Setelah menyarung baju kurung dan memakai tudung, Danny memasukkan buku-buku yang ingin diulangkaji, notebook(ataupun lebih tepat lagi, notebook yang quite personal), walkman CD player dan juga cd-cd Avril Lavigne ke dalam beg silangnya. Setelah itu Danny terus menuju ke bawah.

“Danny nak pergi mana?”

“Nak keluar jap. Nak belajar kat luar.” Danny menyenduk nasi goreng yang terhidang. “Nenek dengan atuk ni kenapa? Sedih je Danny tengok.”

“Aunty Elina dah bercerai dengan si laki tak guna dia tu.” Puan Salmah menghirup kopi yang masih panas.

“What??” Danny membulatkan matanya. “Kes cerai lagi.” Perlahan ayat tu keluar dari mulut Danny.

“Nanti Aunty Elina akan tinggal dengan kita. Mungkin petang ni dia sampai.”

“Oh ok. Wah, makin meriahlah rumah kita.”

“Jangan balik lambat Danny.” Encik Abdullah memesan.

“Ok, tuk. No problemo. Sebelum maghrib Danny sampai depan pintu.” Danny tersenyum dan menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya.

***

Danny mengambil teksi untuk pergi ke stesen komuter Klang. Sebenarnya dia sendiri tidak tahu ingin ke mana. Aduh, nak pergi mana ni? Aku ada nak beli apa-apa tak? Danny bertanyakan dirinya sendiri. Oh ya, nak beli buku past years questions dan nak beli novel lah. Novel hari tu pun dah habis baca. Pergi MPH Mid Valleylah. Banyak sikit pilihan.

Setelah berada di dalam komuter. Fikiran Danny menerawang jauh.

Kenapa Aunty Elina bercerai? Kenapa mesti bercerai? Kalau mengikut logik akal, tentu saja Uncle Mirza yang bersalah. Kerana setau aku Uncle Mirza dah kahwin lain. Kenapa perlu lelaki yang menyakiti perempuan? Kenapa perempuan yang mesti terluka dan menangis?

Danny terbayang wajah Aunty Elina yang sugul ketika datang beraya tahun lepas. Masa tu, Aunty Elina kata dia akan cuba bertahan walaupun teruk Uncle Mirza kerjakan dia. Dia tak nak Mia terganggu dengan perceraian. Tapi aku rasa Mia dah lama memendam perasaan. Bukankah dia berada di rumah yang sama? Dia bukannya pekak atau buta. Mungkin perceraian adalah yang terbaik. Lagipun Uncle Mirza kejam. Walaupun tak sekejam papa… Dia tetap lelaki yang mengasari isterinya.

Lagipun dalam Islam tak pernah mengharamkan perceraian. Cuma ianya adalah sesuatu yang sangat dibenci Allah. Islam melindungi wanita. Kalau bukan Uncle Mirza yang ceraikan pun, aku rasa lebih elok Aunty Elina meminta fasakh.

Bukannya aku tak pernah suruh Aunty Elina minta fasakh, aku bukanlah nak meruntuhkan rumah tangga orang. Cuma aku tak sanggup melihat wanita terseksa dan sengsara kerana perbuatan seorang lelaki. Cukuplah dengan luka yang ada. Tapi, Aunty Elina terikat dengan cintanya kepada Uncle Mirza. Ah… cinta! Apa hebatnya cinta kepada seorang lelaki yang tidak lagi mengenal cinta terhadap kita? Lebih elok cinta itu diberi kepada yang layak dari kita bazirkan ia dengan orang tidak tahu menghargai.

Tapi, kehidupan ini sangat complicated, aku hanya menilai dari sudut pandangan aku. Setiap orang, cara pemikiran dan pengalaman mereka adalah berbeza.
Wah, banyaklah aku punya pandangan dan falsafah. Diri sendiri pun tak betul lagi. Eh, dah sampai? Cepatnya. Tu la, berangan lebih lagi. Setelah sampai di Mid Valley, Danny terus menuju ke MPH dan menghabiskan beberapa jam di situ.

***

Nasib baiklah aku sedar, kalau tak mahu terbabas Zohor aku. Danny menggelengkan kepalanya apabila melihat jam sudah pun menunjukkan 3 petang. Macam mana nak jadi hamba Allah yang berdisplin dan berjaya ni, waktu solat pun tak mampu nak jaga.
Usai solat, Danny menuju ke Baskin Robbins. Teringin nak makan aiskrim la!

“I nak flavor Strawberry Cheesecake and Berry-berry Strawberry.” Setelah membuat bayaran dan mengambil ice-cream, Danny duduk di tempat kosong Baskin Robbins. Mata Danny terpaku ke arah seseorang. Aikk… macam kenal je minah tu. Eh, tu minah salih celup kan? (wah suka-suka je aku bagi nama kan).

Oh, ini ke dreamy guy yang dia banggakan tu. Oh patutlah. Dia bangga sangat dapat couple dengan mamat ni. Muka mamat ni kira kategori A lah. And the most important thing, confirm this guy is so rich. Huhu.

Sarah yang baru perasan cousin nya Danny duduk di meja hadapannya, merapatkan lagi badannya ke arah boyfriend nya. Hmmm… biar Danny ni tau apa yang aku cakap hari tu, betul. Pakwe aku handsome and gorgeous. Kalahlah abang-abang dia yang perasan handsome tu.

OMG! Meluatnya aku tengok muka kerek si minah gedik + minah salih celup ni. Puh-lisss lah!

Danny mengeluarkan buku-buku rujukan dan notebook nya. Dia juga mengeluarkan A4 color paper yang baru dibeli. Dia memasukkan 2 buah novel Inggeris nya yang juga baru dibeli di MPH tadi ke dalam beg silangnya. Baik aku belajar dari menghadap muka minah salih celup ni.

::Butterfly:: ~1~

Danny membuka matanya. Ah… masih bernafas.

Sudah lapan belas bulan aku masih bernafas tanpa rasa ingin hidup. Bernafas dan terus bernafas sehingga aku makin lemas makin sesak dada ini. Makin hanyut dalam dunia penuh kepura-puraan. Dunia yang aku cipta agar orang-orang aku sayang dan menyayangi aku tidak perasan yang separuh jiwa aku telah pergi pada hari yang sama mama pergi.

Aku tidak ingin mereka merasa lebih sedih dengan keadaan aku. Kerana itu aku perlu terus tersenyum dan ketawa. Menjalani kehidupan seperti tiada apa-apa yang berlaku. Ah… susahnya hidup bila terpaksa tersenyum bila hati tidak ingin tersenyum. Sukarnya bila ingin menangis tetapi hanya boleh dipendam dalam hati. Semuanya hanya kerana mereka-mereka yang aku sayang. Mereka-mereka yang masih lagi hidup dan menyayangi aku.

Sukarnya untuk bernafas bila tidak dapat melihat wajah mama lagi. Sukarnya bila tidak tahu untuk meluahkan rasa rindu di dada ini. Semuanya menyakitkan. Dan aku merasa makin hilang dan lemas.

Ya Allah! Aku belum solat subuh lagi. Perlahan Danny bangun dari katil menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk dan bersolat.

Usai bersolat dan berdoa, Danny masih lagi duduk di atas sejadah. Melihat sekeliling bilik yang pernah dikongsi selama lima belas tahun dengan mama. Tapi kini sudah setahun enam bulan Danny menghuni bilik ini keseorangan. Terlalu banyak sangat kenangan di dalam bilik ini. Di segala sudut masih lagi boleh terlihat wajah mama.

***

”Mama, kenapa mama bagi nama adik, Puteri Ramadhani?” Danny bertanya sambil duduk di atas riba mamanya. “Sebab adik lahir bulan Ramadan ye?”

Puan Izzah tersenyum. Sambil mengusap rambut satu-satunya anak perempuannya, dia menjawab. “Kenapa? Adik tak suka ke nama yang mama bagi tu?”

“Suka. Tapi adik lebih suka nama mama.Izzah. Sedap.”

“Mama suka lagi nama adik. Puteri Ramadhani. Puteri sebab adiklah satu-satunya puteri mama. Ramadhani. Sebab adik lahir di bulan yang mulia. Dan mama berdoa agar adik pun akan jadi seorang yang sangat mulia.”

“Nantikan ma, bila adik dah besar adik nak tolong orang je. Mama kan nak adik jadi baik. Jadi bila dah besar nanti adik nak tolong orang. Biar semua orang dalam dunia ni tak ada masalah.”

Puan Izzah ketawa. “Nanti dah besar adik tolong mama ye. Bila mama tengah susah, bila mama tengah sakit, bila mama menangis, adik tolong mama ye.”

“Mestilah! Mama kan mama adik. Adik mesti akan tolong mama dulu. Mama penting dalam hidup adik. Adik dah tak ada sesiapa selain mama.”

Puan Izzah tersentak dan terharu dengan kata-kata anak perempuan berumur enam tahun itu. “Adik, adik kan ada abang-abang. Ada atuk dan nenek. Ada Aunty-Aunty and Uncle-Uncle adik?”

“Adoi, mama ni! Dia orang lain. Mama kan mama and papa adik. Tapi adik pun sayang dia orang. Tapi adik sayang mama banyaakk. Lebih dari semua orang.” Danny tertawa dan mula memeluk mamanya.

“Mama pun sayang adik. Sayang yang teramat sayaanngg.”

“Ala, mama ni. Mama sayang adik je. Habis, along dengan angah mama tak sayang lah?” Tiba-tiba Ammar dan Hakim menerpa ke atas katil. Entah bila dia orang masuk Puan Izzah dan Danny langsung tak sedar.

“Sayang. Mama sayang semua anak-anak mama. Semua sama.” Puan Izzah memeluk ketiga-tiga anaknya.

“Ala, sempitlah along, angah. Biarlah mama peluk adik sorang je. Korang ni jealous la dengan adik.” Danny cuba menolak abang-abangnya yang menghimpit dirinya bila mereka masing-masing memeluk mama.

“Ala, adik ni. Dia sorang je nak sayang mama. Kitorang pun nak jugak.”

“Korang dah besar. Korang tak payahlah. Adik kecik lagi.”

“Dah, dah. Jangan gaduh. Kan mama kata mama sayang semua anak mama.”
Ammar dan Hakim memandang antara satu sama lain. “Satu, dua, TIGA!” Mereka berdua mula menggeletek adiknya.

* * *

Air mata terasa basah di pipi. Danny membuka matanya.

Tapi adik mungkir janji dengan mama…

Adik tak tolong mama pun masa papa pukul mama. Adik biarkan ketakutan adik meresap jauh dalam diri hingga adik abaikan janji adik pada mama.

Adik penyebab mama mati!!! Adik tak tolong mama waktu mama susah! Adik mungkir janji adik pada mama.

Ma, maafkan adik. Maafkan adik sebab jadi penakut. Maafkan adik sebab tak tolong mama. Maafkan adik sebab tak selamatkan mama. Maafkan adik bila adik kaku tanpa buat apa-apa melihat mama dalam kesakitan dan tak berdaya.

Maafkan adik, ma. Maafkan adik!

Ya Allah, sungguh aku mohon pada-Mu. Bahagiakanlah mama di sisi-Mu. Aku ingin dia bahagia. Ya Allah, janganlah Kau seksai dia di sana. Sungguh, dia adalah wanita yang tabah dan sentiasa sabar dengan segala dugaan-Mu. Dia adalah sebaik-baik wanita yang pernah aku jumpa. Dia adalah sehebat-hebat wanita yang pernah aku kenal. Dan dia adalah seorang ibu yang penuh dengan kasih sayang. Ya Allah, aku mohon pada-Mu, ampuni dosa mama.

Danny mengesat air matanya yang masih berguguran. Dia bangun dan melipat sejadah dan telekungnya kemudian menghempaskan badannya ke atas katil. Dia mula mencapai Walkman CD player di tepi katil, memakai headphone dan menekan butang play. Lagu Slipped Away nyanyian Avril Lavigne berkumandang.

I miss you
I miss you so bad
I don’t forget you
Oh it’s so sad
I hope you can hear me
I remember it clearly

The day you slipped away
Was the day I found it
Won’t be the same

I didn’t get around to kiss you
Goodbye on the hand
I wish that I could see you again
I know that I can’t
I hope you can hear me
Coz I remember it clearly

The day you slipped away
Was the day I found it
Won’t be the same

I’ve had my wake up
Won’t you wake up
I keep asking why
I can’t take it
It wasn’t fake
It happened you passed by
Now you’re gone now you’re gone
There you go there you go
Somewhere I can’t bring you back
Now you’re gone now you’re gone
There you go there you go
Somewhere you’re not coming back

I miss you


I miss you, mama. Danny memeluk bantal seerat-eratnya. Air matanya tak berhenti-henti mengalir. Stop it, Danny. Stop it. Don’t cry. No. Don’t cry.
I miss you, ma.