Saturday, February 25, 2012

::Butterfly:: ~16~

“Kenapa aku rasa pelik?” Farish yang sedang memandu mula mengetuk-ngetuk stereng kereta.
“Apasal pulak kau rasa pelik?” Denniel yang duduk di sebelah menoleh ke arah Farish.
“Kau jarang berahsia dengan aku. Macam mana kau boleh terlepas nak cerita yang kau pernah terjumpa gadis aiskrim balik?”
Errr… “Tak penting pun.” Ringkas Denniel menjawab. Sebenarnya nak cuba mengelak. Karang disoal siasat lebih-lebih pula dengan Si Farish ni.
“Menarik.” Farish mengusap dagunya dengan sebelah tangannya. “Tak penting eh? Okey.” Farish tersengih.
Denniel hanya buat-buat tak tahu sahaja. Entah kenapa berat pula dia ingin menceritakan kepada Farish. Sungguh dia tak tahu kenapa. Mungkin nanti sahaja dia akan menceritakan. Tapi, bukan sekarang. Bila? Tak tahu. Jangan tanya!
Kereta Farish memberhentikan di hadapan rumah Denniel. Malam ni memang Denniel malas nak drive. Disuruhnya Farish yang mengambilnya di rumah.
Okay, thanks bro. Apa-apa nanti roger-rogerlah aku.”
“Tak ada hal. Okey, apa-apa kalau nak cerita nanti. Aku sangat berminat nak tahu, ye.” Farish tersengih nakal dan mengangkat-ngangkat kedua belah keningnya.
Uish… dalam makna tu. Denniel hanya tergelak. “I will, bro.”
Denniel memasuki biliknya dan membuka lampu. Dia melihat jam di dinding yang menunjukkan tepat pukul 3.30 pagi. Matanya masih belum mengantuk.
Untuk entah ke berapa kali, fikirannya menerawang kepada Butterfly. Tersenyum.
That girl really likes to wear baju kurung. Pergi kedai mamak tengah malam buta pun pakai baju kurung.
Manis.
Sopan.
Baik.
Alim.
Garang.
And…
Not my type.
DANGGG!!! Entah kenapa rasa macam ada periuk belanga hempap kepala. Adeii..
So, dia memang kenal Sarahlah. Ish… apa pulak tak kenal, cousin lagi. Yelah, kalau Si Sarah tu cousin Ikmal. Si Butterfly pun cousin Ikmal. So, Sarah dengan Butterfly pun cousinlah. Patutlah selamba sahaja dia panggil Sarah Si Minah Salih Celup. Hehe.
Denniel kenal Sarah melalui Ikmal. Dan sebenarnya Ikmal pun tahu rancangan Denniel dan Farish. Bukanlah Ikmal saja-saja nak mengena dan mengecewakan Sarah. Tapi, dia tahu yang Sarah juga perlu pengajaran.
Jadi, dengan sukarelanya dia membenarkan Farish dan Denniel meneruskan perancangan mereka. Dengan syarat nama dia tidak terikut terbabit. Dia kata, walau macam mana pun, Sarah tu sepupu jugak. Walaupun hanya sepupu angkat. Kerana mak Sarah hanyalah anak angkat kepada atuk nenek Ikmal.
Hmmm… patutlah perangai Sarah berbeza dengan sepupu-sepupunya yang lain yang kurang ‘kegedikan’ dan low profile. Dan sudah tentunya berbeza dengan Danny. Butterfly.
Aku ingat dia hanya kurang bercakap dengan strangers. Tapi, aku tengok dia dengan saudara-maranya juga kurang bercakap. Lebih menikmati makanan dan minuman daripada menyampuk perbualan yang lain.
Dia seperti hilang dalam dunianya sendiri. Walaupun jasad dia ada bersama, tapi fikiran dan hatinya hilang dalam kemeriahan dan kekecohan saudara-maranya itu. Mia lebih banyak bercakap daripada dia.
That girl is different in a lot of way. Still can remember her words, ‘jaga your own solat’. Simple but menusuk hingga ke tempat yang sangat dalam.
Denniel memandang kepada buku Mari Belajar Sembahyang (lelaki) oleh Syed Ahmad Semait.. Dia mencapai dan membuka helaiannya.
Denniel sedar, setelah terlalu lama meninggalkan suruhan agama. Hatinya telah berkarat. Ilmu agama dan hafazan akan hilang dari hati jika tidak mengamalkannya. Nasib baiklah al-Fatihah masih diingati lagi. Tapi, doa Ifftitah, doa Qunut, Tahiyat Awal dan Akhir hilang begitu sahaja dari kotak ingatan. Inilah bukti terlalu lama meninggalkan yang wajib.
Sambil menghafal, Denniel membaca maksudnya. Dia teringat masa keluar lepak dengan Farish haritu. Farish mengatakan kalau nak menghafal ayat-ayat al-Quran ni, bacalah makna dia sekali. Biar lekat kat dalam hati, biar sebati dalam diri. Janganlah nak menghafal saja tapi tak tahu makna. Masa solat pun, biarlah bacaan dalam solat tu, kita tahu makna dia. Ni kita solat, menghadap Allah, tapi satu hape pun tak paham masa menghadap Allah tu. Kan rugi? Macam mana nak semai cinta pada Allah kalau macam tu?
Kadang-kadang Denniel kagum dengan Farish. Dia ni memang gila. Perangai pun gila. Dia punya social life pun boleh tahan. Pergi clubbing, smoking, minum(dia bukan heavy drinker). Tapi, masih boleh diharap dalam bab agama. Solat lima waktu jarang tinggal. Solat Jumaat tak pernah tinggal. Dan pada bulan Ramadan, boleh dikatakan Farish ni layak jugalah jadi ustaz. Sebab dia tinggal semua benda tak elok dan haram pada bulan ini.
Denniel sering mengatakan yang Farish ni baik. Tapi, Farish sering menolak dan akan berjenaka ‘kalau aku baik aku tarik kau masuk syurga akhirat.’ Farish pernah kata, ‘apa yang aku buat, aku cuba ikhlaskan hati aku pada Allah. Aku tak tahu amalan aku diterima atau tidak. Tapi aku tetap nak mencuba. Aku bukan baik. Banyak lagi benda yang haram di sisi agama aku buat. Walaupun ada orang pernah kata kat aku, aku minum, pergi kelab. Solat aku tu cuma sia-sia aje. Aku tahu amalan orang minum arak tak diterima selama 40 hari. Tapi bagi aku lebih baik aku buat, terima atau tak, biarlah Allah yang menentukan. Aku pun nak jugak jadi baik. Aku selalu berdoa satu hari nanti aku punya kekuatan untuk tinggalkan semua kehidupan sosial yang tak berfaedah ni.’
Dan untuk pengetahuan semua lagi, Farish ni sangat patriotik dan sangat mencintai bahasa ibundanya. Iaitu Bahasa Melayu. Dia jarang sekali nak bercakap bahasa orang putih dengan orang yang memahami Bahasa Melayu. Dan dia jarang sekali mencampur-adukkan Bahasa Melayu dengan bahasa lain. Dan kalau dia tiba-tiba bercakap Bahasa Inggeris tu, maknanya dia dalam mood yang sangat serius dan tidak bergurau.
Bergetar hati Denniel membaca maksud doa Iftitah. Allahu Akbar. Indahnya doa ini.
Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan Maha Suci Allah siang dan malam. Aku hadapkan wajahku kepada yang menjadikan langit dan bumi. Dengan penuh tunduk dan berserah diri kepada-Nya dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah Tuhan sekelian alam. Tiada sekutu bagiNya dan dengan yang demikianlah aku diperintahkan dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam.
Denniel membaca lagi maksud bacaan doa duduk di antara dua sujud.
Tuhanku! Ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatkanlah darjatku, berilah aku rezeki,berilah aku petunjuk dan sihatkanlah aku dan maafkanlah aku.
Oh, man! Kau betul dah jauh, Denniel. You have to get to the right track. O Allah, please guide me to the right path!

1 comment:

Liselle MonCherie said...

Mmg susah nk tinggalkan aktiviti sosial yg mcm ni,hanya yg btul2 kuat
yg mampu berubah huhu. :'(