Sunday, February 26, 2012

::Butterfly:: ~18~

Malam Raya
Usai berbuka puasa, Danny terus berkurung dalam bilik. Kepada keluarga dikatanya ingin mengulangkaji pelajaran. Saudara-mara telah ramai yang berkumpul di rumah ini. Rumah makin sesak. Along dengan angah juga dah balik. Sememangnya pada hari terakhir puasa, semuanya wajib untuk berbuka bersama dan kemudian terus membuat persediaan untuk hari raya keesokannya. Jadi memang buka puasa untuk yang terakhir kali ni, memang meriah dan sangat gamat.
Satu permintaan Danny kepada atuk dan neneknya. Jika ada apa-apa keramaian, Danny memang tidak mahu berkongsi bilik. Aku ingin bersendirian. Aku juga ingin mengelak daripada bercerita dan membuka kisah lama. Kerana jika sudah berkongsi blik, katil dan selimut sudah tentu ada sahaja ‘pillow talk’ atau ‘truth dari hati ke hati’. Danny tak mahu semua itu.
Dia ingin mereka membiarkan dia bersendirian.
Alhamdulillah. Atuk dan nenek tiada bantahan. Saudara-mara yang lain pun tiada masalah. Kerana daripada dulu lagi jika tiba hari raya atau apa-apa sahaja majlis mereka lebih suka tidur beramai-ramai di ruang tamu.
Dulu, sebelum semua ni terjadi... Danny juga suka tidur beramai-ramai dengan sepupu-sepapat, saudara-mara, aunties and uncles, yang jauh dan dekat. Bersepah semua kat ruang tamu sampai satu ketika tu, nak lalu pun susah. Sebab ada yang cup kat dinding. Ada yang cup kat bawah kipas. Ada yang cup depan tv. Ada yang cup dekat dengan pintu bilik untuk senang masuk bilik air. Posisi tidur pun semua bersepah. Ada kaki bertemu kaki, kaki bertemu badan, kepala bertemu pinggang dan pelbagai lagi aksi ngeri dan 18SX.
Dan keadaan di dalam rumah ini tersangatlah huru-hara, gamat, bising, riuh-rendah serta tunggang terbalik bagai.
Sekarang pun situasi masih serupa tapi tidak lagi sama. Mama dah tak ada. Meriah sekarang tak mungkin sama macam dulu lagi. Aku cuba untuk menjadi seperti biasa. Tapi, aku tahu hati dan jiwa aku tidak berada disini. Kala aku bersama mereka, aku lost.
Tadi, semasa dia meminta diri untuk sambung mengulangkaji, mereka-mereka yang berada di bawah, bila dia mengatakan banyak lagi yang perlu diulangkaji, diorang dengan confidentnya meramalkan:
“Ala, Danny. Kamu tu otak bijak. Tak belajar pun, kitorang confidentlah kamu dapat straight A’s.”
Cousin Abang Ikmal yang seorang ni kan pandai. Setakat rehat seminggu sebelum peperiksaan, tak jadi masalahlah!
Dan entah pelbagai perkara lagi yang mereka katakan untuk menghasut dia untuk join diorang buat kerja. Dia bukan tak nak menolong. Cuma dia rasa sekarang emosi dia tidak stabil. Ini adalah tahun ketiga dia menyambut raya tanpa mama. Tahun pertama, tahun yang sama peristiwa itu terjadi, satu keluarga ni memang tidak menyambut raya. Tahun kedua, dah mula kembali seperti biasa walaupun masih lagi penuh kesayuan. Dan ini adalah tahun ketiga. Sigh
Di luar, ahli keluarganya semua sedang seronok bermain bunga api dan juga mercun. Sungguh tak makan saman betullah dia orang ni. Entah manalah dapat mercun. Bukankah dah tak boleh main mercun sebab ianya adalah sangat bahaya?
Danny mengeluarkan satu CD yang telah dia kumpulkan antara lagu-lagu yang mama suka. Mungkin pada saat orang lain tidak mempedulikan lagu apa yang ibu mereka suka, Danny bertungkus lumus cuba mengingati setiap lagu yang arwah mamanya suka agar dia tidak lupa walaupun masa telah berlalu. Dia cuba untuk belajar banyak perkara mengenai mama. Dia banyak bertanya pada aunts dan uncles nya mengenai kegemaran mama sewaktu muda. Dia ingin mendengar cerita mereka. Tapi, masih juga belum banyak yang sempat dia tanyakan kepada mereka. Hanya merekalah sumbernya selain atuk dan nenek. Dan selebihnya dia cuba mengingati sendiri apakah kesukaan mama dia.
Danny memasang CD itu ke dalam walkman playernya. Ini adalah hadiah terakhir daripada mama sempena hari lahirnya pada tahun itu. Kemana sahaja akan dibawanya bersama. Walkman ni ada sentimental valuenya sendiri. Dan tak mungkin dapat ditukar ganti lagi.
Malam raya ini dia ingin ‘menghabiskan masa’ dengan mama. Danny mencapai novel Once A Princess by Johanna Lindsey. Ini adalah novel favourite mama - all timed. Semasa beli buku ni kat Kinokuniya, mama kata dia dah lama cari buku ni. Favourite novel dia all the time. Berpuluh kali baca pun tak jemu dan tak pernah jemu. Dulu dia ada satu buku ni, tapi dah hilang. Ni dia nak beli balik semula dan nak baca balik.
Danny memasang headphone ke telinga, dan mula membaca novel Once a Princess. Sebenarnya buku ni, dah berulang kali dikhatamnya. Tapi, malam ni dia benar-benar rindukan mama. Dia hanya ingin ‘menghabiskan masa’ dengan perkara-perkara kesukaan mama.
Hari Raya
Hari raya tahun ini meriah dengan satu keluarga Encik Abdullah memakai warna biru laut. Usai semua orang-orang lelaki balik daripada masjid, satu keluarga mula berkumpul di raung tamu bawah untuk sesi bermaafan.
Encik Abdullah dan Puan Salmah duduk di atas sofa, dan yang lain mula menyalami dan memohon kemaafan kepada atuk dan nenek mereka dan kemudian bersambung pula dengan yang tua dan yang muda. Duit raya adalah wajib untuk diberi selagi orang tu belum berkahwin. Walaupun dah bekerja tetap layak dapat duit raya. Dan yang dah kahwin, mahu atau tak kena jugak bagi yang dah bekerja duit raya. Memang tradisi di sini sebegitu.
Setelah mereka semua selesai bermaafan, kelibat Sarah dan mama papanya baru kelihatan. Mereka ni lain sikit. Semenjak jadi kaya raya ni, mereka sekeluarga agak sombong dan tidak lagi mahu bercampur sangat dengan keluarga ni. Kalau dahulu mereka adalah sebahagian daripada keluarga ni, sekarang mereka hanyalah seperti tetamu yang datang untuk menziarahi pada hari raya dan kemudian akan bergerak ke open house rumah lain. Dan seminggu selepas itu, mula terbang ke luar negara.
Ikmal yang nampak Sarah. “Eh, Sarah aku dengar cerita kau dah putus dengan Den, ya?” menegur seperti tak tahu apa-apa.
Dengan muka acuh tak acuh. “Hmmm.” Sarah hanya mengangguk sambil meneguk air yang berada di tangan.
“Apa cer ni? Selalu kau je yang tinggalkan lelaki, ni kau pulak yang kena dumb.”
Hey, kau punya pasallah. Kau pergi kenalkan aku dengan lelaki yang tak value diri aku, buat apa? Cousin tak boleh pakai tau tak kau ni.” Sarah menempelak. “Eh, tak. Kau bukannya cousin betul aku pun.”
Sentap hati Ikmal dengar. Minah ni betullah berlagak. Aku tak pernah pun layan dia macam orang luar. Lagipun, kita semua dah membesar bersama-sama. “Tula, aku tau mana ada cousin aku yang gedik dan berlagak macam kau. Alhamdulillah, kau bukan cousin betul aku.” Kedua belah tangan diraup ke muka seperti buat gaya mengaminkan sesuatu doa.
“Kau kalau tak cari pasal dengan aku tak bolehkan?” Sarah berlalu di situ. Malas nak layan Si Ikmal.
Ammar yang dari tadi memerhati. “Haha, kau kenalkan dia dengan mamat mana sampai mamat tu dumb dia?”
“Kau ingat tak Denniel kawan aku kat Leicester yang kita jumpa kat mamak masa sahur haritu?”
Ammar mengerutkan dahi untuk mengingat. “Ha, ingat-ingat. Oh, dengan dia ke? Tapi aku nampak si Denniel tu macam baik je budaknya.”
“Kalau as person memang baiklah. Dia tak ngorat pun Si Sarah tu. Sarah yang ngorat dia. Lagipun, ada sebab kenapa Si Denniel tu nak Sarah jadi girlfriend dia. dan lepas tu dumb dia.” Ikmal berbisik sambil memandang sekeliling, takut pula dia kalau Si Sarah tahu yang dia dah memang tahu rancangan Denniel awal-awal.
Ammar mengangkat kening. “Interesting. Kau kena cerita ni.” Ammar dah buat perangai kepochi dia. Best ni. Si Denniel yang nampak cool, macho dan gentleman tu mengenakan Sarah. Hah haa… cerita hebat. Lepas ni, aku nak cerita kat Hakim dengan Danny. Mesti diorang suka juga gosip baru aku. Muehehehe.
Dan kedua sepupu itu bercerita dan bergosip di hari raya. Sedangkan baru je tadi mereka bermaafan sesama mereka dan dengan Sarah juga.
Dah sedap bergosip dari cerita Sarah ke entah cerita apa. Ikmal bertanya, “Weyh, kita ni dok sedap gosip. Dok sedap bercerita. Bukan tadi kita baru lepas bermaafan ke?”
“Hehe. Tak apa. Raya haji ada lagi. Tak pun raya tahun depan je.”
“Aku kalau ikut kau, memang hancusss la moral aku, bro. Ikut adik kau tak apa. Adik kau angel.”
“Aku ada dua adik, bro. Hakim ke tuan puteri?”
“Mestilah tuan puteri dowh! Kalau Hakim tu dua kali lima je dengan kau. Korang dua beradik bukannya boleh pakai.” Ikmal menggeleng-gelengkan kepala. “Aku tak taulah macam mana Danny tu boleh jadi adik korang. Tak percaya dowh aku. Kesian aku tengok Danny tu ada abang-abang macam korang.”
“Itu tandanya Danny ikut mama aku. Macam bidadari. Aku dengan Hakim ikut perangai bapak aku, macam setan. Tapi kitorang lagi baiklah sikit dari lelaki tu. Muehehehe.” Selamba sahaja Ammar mengutuk bapanya. Entah apa cerita orang tua tu di penjara. Aku dengan Hakim memang tak pergi melawat, Danny apatah lagi. Haih… kesiannya adik aku. Kesiannya kitorang bertiga ni. Papa sendiri bunuh mama sendiri. Ammar berubah riak.
Ikmal yang perasan perubahan riak Ammar, tidak mengomen apa-apa. Bagi dia ini adalah isu yang sangat sensitif untuk buka cerita pasal Uncle Awi di sini. Dia sangat mengasihani tiga beradik ni. Terutama Danny. Walaupun mereka bertiga ni, nampak je ceria dan meneruskan kehidupan tapi luka dan derita di hati, tak siapa yang tahukan?
“Danny, salam Aunty Yati dan Uncle Bahrin ni.” Aunty Elina yang ternampak Danny memanggil Danny untuk bersalaman dengan Puan Sri Hayati dan Tan Sri Bahrin. Denniel yang berada di situ juga turut meghulurkan tangannya pada Danny sambil tersnyum. Danny hanya bersalaman dengan Puan Sri Hayati dan Tan Sri Bahrin, tapi tidak menyambut pun huluran tangan Denniel. Dia bagi jelingan maut pada Denniel.
Danny berdiri di tempat kuih-kuih raya disusun. Tengok-tengok mana-mana botol kuih yang kosong atau tinggal separuh untuk dibawa ke belakang dan diisi. Walaupun kiranya Puan Sri Hayati dan Tan Sri Bahrin ni tetamu pertama, dan kalau ikut logik akal tentulah tak ada apa yang luak sangat, namun mengenali sepupu-sepapatnya, sah confirm tak sempat tetamu datang makanan dah boleh habis.
Elok sahaja Sarah sekeluarga pulang, Si Mamat Perasan ni sampai pulak. Memang dia ada kuasa psikik ke apa? Bila dapat tahu aja Sarah pulang, dia datang. Kalau tak, boleh juga aku tengok sambungan drama swasta haritu. Huhu. Amboi Danny, suka menyibuk sekarang. Danny mengetuk kepalanya dengan tangan sambil memusing badannya ke belakang ingin pergi ke dapur.
Kusss semangat!!! Alahai bila masa pulak mamat ni kat belakang aku? “Weyh, apa ni berdiri belakang orang tak bagi signal?”
Amboi, garangnya! “Yang ketuk-ketuk kepala tu kenapa? Thinking bout me, huh?”
Kan dah aku kata mamat ni perasan. Tapi, errr… kenyataan? Sebab memang aku tengah fikir pasal dia? Heih? Of course not! Aku ada fikir pasal Sarah sekali!
“Orang kata diam tu tandanya betul.” Denniel memandang gadis berbaju kurung biru laut di depannya. Manis.
Huh? “Oh Puh-lisss lah. Stop perasaning boleh tak?” Tapi, betullah aku rasa mamat ni ada kuasa psikik. “Ni hah, nampak botol kuih ni, nasib baik tak pecah tau tak? Orang terkejutlah.” Danny menunjukkan botol kuih yang berada ditangannya.
Denniel beralih sedikit menghadap botol-botol kuih yang berada di atas meja. “You know what, Butterfly. You should tell me kuih mana yang sedap. You kenalah layan I.”
What??? “Motif I yang kena layan you?” bengang dowh aku dengan mamat ni.
“Motif?” Denniel buat muka macam berfikir. “I kan tetamu. So, tuan rumah kenalah layan tetamu. Itu adalah adab. Tak belajar ke kat sekolah?” Haha (ketawa dalam hati je eh). Seronok betul aku nak menyakat Butterfly ni. Memang emosi jugak.
What the hell??? Ini memang nak bagi gunung berapi yang dah tak aktif menjadi aktif dalam kelajuan cahaya ni. Mata Danny dah mula nak keluar bola-bola api.
“Hey, Den! Bila sampai?” Ikmal menegur sambil memeluk sahabatnya itu. Ammar juga berada disebelah. “Hey, Den. Selamat Hari Raya, ey.”
“Aku baru je sampai, Ikmal. Selamat Hari Raya juga Ammar.”
Ey, korang berdua ni dah kenal lama ke? Mesra je aku tengok korang berborak.” Ammar menegur. Pelik tengok adik dia yang berbual dengan lelaki. Dia bukannya marah. Tapi, adik dia ni memang lain sikit. Mana dia ada kawan lelaki dan tak pernah pun nak bercakap sangat dengan lelaki yang selain daripada keluarga.
Mesra??? Celah mana pulak aku dengan mamat perasan ni mesra? Alahai, along ni pun. Takkan tak dapat beza antara mesra dengan rasa nak meletup ni?
Denniel mengukir senyum. “Tak, aku suruh dia tunjukkan kuih mana yang sedap tadi.”
Ikmal dan Ammar memandang antara satu sama lain. Oo-kayy… adakah Si Danny yang cold-hearted tu nak tunjukkan pada Si Den ni mana satu kuih yang sedap? Err… maybe. Tu Danny pegang botol kuih Pineapple Tarts.
“Tapi, oleh sebab along dengan Abang Ikmal dah ada. So, apa kata korang berdua sahaja yang Melayan Tetamu Terhormat ni, tunjukkan dia homemade cookies kita, right? Danny nak isi kuih tart ni.” Danny menekankan suara dia pada ayat ‘melayan tetamu terhormat’. Baik aku isi kuih ni dari melayan Si Mamat Perasan ni.
“Dia memang garang, eh?” Denniel bertanya.
Ammar menjungkitkan bahu. “To stranger, yup.”

2 comments:

Liselle MonCherie said...

Sedih bila raya tidak dpt bersama
org yg tersayang...
Klu pergi rumah sedara mmg kuak
rama-rama,kupu-kupu semua ada
berenang berirama pun! hehe
Garang si Danny ni.
This story is interesting!
:D Yesh Go Miss M! the UNprincess
hehee

tanpanamaputeri said...

hahaha~
kan kalau raya, memang macam tu ler jadinya..:D
thank you liselle..:DD