Monday, February 27, 2012

::Butterfly:: ~19~


Why he did this to me? Dia tak insaf lagi ke kat dalam penjara tu?  And why should I care bout him? He murdered my mama!!! He is crazy! He is damn crazy!
Air mata yang Danny tahan daripada rumah tadi dilepaskannya di Tasik Bandar Botanic itu. Surat yang baru sahaja diterima balik sekolah tadi, direnyuk-renyuk lagi. dicampakkan suratnya ketepi. Danny duduk bersila diatas jambatan kayu itu. Memandang kepada keruhnya air tasik itu, sekeruh hatinya. Atau mungkinkah hatinya lagi keruh daripada air tasik itu?
Tiada tangisan kedengaran. Hanya air mata yang mengalir. Dia tertekan. SPM lagi berapa hari je. Surat papa kali ni sangat mengganggu pemikirannya. Tekanan belajar. Tekanan emosi. Tekanan gangguan mental. Semua ada. I really don’t know how to handle myself anymore.
Ma, please. Take me away with you. I miss you, mama. I need you. Danny memeluk lututnya, dia meletakkan dahinya di lututnya. Dia cuba menahan dan mengawal dirinya agar tidak menangis teresak-esak.



Memang tepat aku pilih nak jogging kat Bandar Botanic ni. Lenggang je. Tak ramai orang. Barulah lancar nak bersenam. Denniel membuat stretching.
Nasib baik memang tak ramai orang. Yang aku pun, tetiba nak jogging jauh-jauh sampai ke sini, kenapalah ya? Motif??? Haih… sounds so cheezy, okay.
Yelah, manalah tau. Kut-kut dapat jumpa Butterfly ke. Errr… I mean butterfly. Butterfly kan cantik, mestilah ada kat kawasan taman dan tasik nikan? Lagipun dekat sini ada Butterfly Park. And yeah, how beautiful Butterfly Park ni. Denniel memandang sekeliling Butterfly Park yang berada di tasik ni.
Wow, dan betapa cantik Butterfly yang sedang duduk di atas jambatan kayu di tepi tasik itu. (bertentangan dengan tempat Denniel berdiri, merentasi tasik)
Huh?
Butterfly?
Is she crying???
Denniel menapak langkah pergi ke jambatan. Dia mencapai surat yang telah diremyukkan yang berada di tepi Danny.
Danny langsung tak sedar akan kehadiran lelaki itu. Air mata masih lagi membasahi pipinya. Kakinya dibiarkan jatuh ke bawah jambatan, lagi sedikit akan mencecah air tasik.
Sehelai tuala kecil berwarna hijau tergawang dimatanya. Mana pulak datang tuala hijau ni? Danny memandang ke sebelah kanannya. Terkejut.
Denniel membetulkan duduknya di sebelah Danny. dia juga menjulurkan kakinya ke bawah. “Ambillah towel ni. I belum guna lagipun. Bersih.”
Danny masih memandang ke arah Denniel. Otaknya tidak berfungsi. Jatuh dari langit ke mamat ni?
Denniel memandang tepat ke muka Danny. She is so damn hurt. What a father she had. Towel ditangannya itu, dibawa ke muka pipi Danny. dikesatnya air mata yang masih bersisa di pipi gadis itu.
Danny yang tersedar menepis tangan Denniel. “What are you doing?” dia mengesat air matanya. Oh shit! Perlu ke untuk dia berada di sini pada saat ini? Kan dah kantoi nangis depan mamat ni. Kacau orang nak feelinglah!
“Shed your tears.” Denniel meghulurkan tuala itu kepada Danny yang masih sedang mengesat air matanya. “Take this. It’s clean.”
Euww. No, thanks.” Danny membuat muka gross. “Don’t try to be sweet at me, okay.” Sedaya upaya cuba mengcover diri sendiri yang sedang in a mess!!
Danny kembali merenung tasik. Fikirannya masih kosong. Entah kenapa dia tidak terasa ingin beredar. Air matanya dah berhenti mengalir.
Errr… should I talk to her? Or just let the time pass by? Denniel berdehem. “Wanna talk?”
Talk about what?”
Anything. Anything, you want.”
I prefer to shut the hell up.’
Whoaa… garangnya makcik sebelah ni. Hmm… 
Senyap.
“But I don’t think I boleh senyap.” Denniel mendongak ke langit sambil mengetuk-ngetuk dagunya. “If you don’t want to talk. It’s okay. Jom kita jogging!” confident tak aku bagi suggestion? Agak-agak Butterfly ni nak terima tak?
“Putus fius ke apa? I pakai baju kurung, dowh!” Danny bagi jelingan maut. “Lagipun you datang sini memang nak jogging, kan?” tengok outfit pun dah tau mamat ni nak jogging. “You pergilah jogging sorang-sorang. And please don’t disturb me lah, man.”
Haih… “Me jogging alone and let the damsel in distress crying alone here?” Denniel memandang gadis di sebelah dia. A’ahlah dia pakai baju kurung. Lupa pulak minah ni pakai baju kurung. But, apa salahnya jogging pakai baju kurung? Unique, what?
Huh? Gila bapak guna ayat romeo tak boleh blah. “Damsel in distress?? Gilalah you punya ayat. Romeo, dowh. Kat U dulu ambil degree in English Literature, ey?” sarkastik Danny bertanya.
Denniel tertawa. “No. I bukan mat sastera okey.” Denniel membetulkan kakinya untuk duduk bersila pula. “Jogging ajalah pakai baju kurung. You kan Perempuan Melayu Terakhir. Why not pergi jogging pun pakai baju kurung? Kalau nak suruh you tukar pun, macamlah you ada baju selain baju kurung.”
Ek eh. Kerek pulak mamat ni. Belasah kang. “Siapa kata I tak ada baju lain? Ada je.”
Yeke ada? Tak pernah nampak pun?” Denniel saja menggiat lagi. Wow, she’s talking to me. My charm is still working on her, right? Muehehe…
You don’t know me well to judge me, okay.”
Then, let’s know each other.” Denniel bangun. “Friends?
Danny mendongak memandang Denniel. Mukanya sudah berkerut. “Gila apa?”
“Aik…nak jadi kawan pun nak kerek lagi ke?”
“Apa pulak orang kerek. Hello!”
“Eleh, tak mengakulah tu.” Denniel melihat jam di pergelangan tangannya. “Eh, jomlah jogging.”
Seriously, you ada mental problem. No, thanks. I nak balik dulu.” Danny berdiri mengibas-ngibas belakangnya. Dia mencari surat yang telah direnyukkan tadi.
Erm… looking for this?” Denniel menghulurkan surat yang sudah pun dilipat walaupun masih renyuk.
Danny merampas surat itu, dan dicampak sahaja didalam begnya. Mukanya mula keruh balik. “Melanggar hak peribadi orang tau tak, kalau mengambil dan membaca tanpa kebenaran?”
“Butterfly.”  Denniel mengeluh. “I thought it was sampah tadi. I ambil and ingat nak buat sampan from that kertas. Then, I realized yang itu surat you. And you were crying just now. And I didn’t know what to do.”
Danny tersenyap. Salah aku jugak. Campak surat ni merata-rata. Sigh.
“Jom pergi Jusco tu.” Denniel menunjuk ke arah Jusco yang berhampiran.
Huh? “Nak buat apa?” Danny buat muka blur.
“Jomlah.”
Ish. Tak naklah! Ingat otak I ada gangguan teknikal ke nak ikut you?”
“Ala, jomlah.” Denniel buat muka kesian. “Please, Butterfly?”
I tak keluar dengan stranger, okey.”
Ek? “Excuse me, cik adik. We are not stranger anymore okay. Our family knew each other for a really long time, okay.”
Errr… ya tak ya juga eh. Adeih.
Just follow, okay? I’m not going to kidnap you anyway.” Dia bagi devil smile yang sangat boleh menggugat hati para gadis.
Gila tak aci guna taktik romeo. Ceh! “As long as you tak buat ayat romeo and jadi troublemaker, dahlah.” Danny menjungkit bahu. Elok juga aku pergi ‘lari’ seketika dengan apa yang jadi. At least I’m not going to think about him, who always made my life miserable.
I promise, Butterfly.” Mengangkat tangan kanannya seperti ikrar janji. Huhu.
Jap, I thought you nak jogging tadi.” Mereka berjalan beriringan ke kereta Denniel.
“It’s okay. Badan I tetap macho kalau tinggalkan senaman. Lagipun sehari je.”
Euww…” Danny buat muka nak muntah. Gila tak boleh blah dowh ayat dia. “You made me wanna puke with your ayat geli.
Denniel gelak. “Fakta ya, bukan auta.” Denniel membuka pintu kereta untuk Danny.
Euww… apa gaya tak boleh blah ni? I bukan Sarahlah, brother. Tak payah kot nak jadi gentleman bagai.”
I am gentleman.” Denniel tersengih sambil mempersilakan Danny masuk.
Whatever.” Danny masuk kedalam Porche Cayman milik Denniel itu. Gila mamat ni. Pakai Porche. Macam buat bisnes juta-juta je. Taulah awak tu anak orang kaya. Menghabiskan duit mak bapak je tau. Nak kata dia beli sendiri… hmmm… tengok gaya mamat ni macam melepak je memanjang. Yela. Anak Tan Srilah katakan.
Denniel masuk kedalam kereta sambil tersenyum. “Yea, my lady. Where’d you want to go?”
Urghh… “No ayat geli, please.’
Denniel gelak. “Ni apa gaya duduk macam kaku je ni?” Denniel bertanya bila Danny duduk ala-ala tak bergerak.
“Takut naik kereta mahal. Kalau tercalar ke apa ke. Ingat murah ke nak bayar?”
It’s just Cayman. Taklah mahal sangat.”
OMG! It’s just Cayman?” Sarkastik suara Danny. Dia pandang ke sebelah. “Walaupun Cayman tak sampai sejuta ringgit. But tetap half-million kan?” tipikal anak orang kaya yang berlagak betul mamat ni!
Wow, you know bout cars and prices?” impressed.
Huh? Motif nak tanya macam tu? “You ingat I ni dari ceruk gurun mana, man?” buat muka tak puas hati.
Denniel gelak lagi. Aku rasa dengan Butterfly ni, memang aku asyik gelak je. Eventhough gaduh. Huhu. 



“Kita pergi kedai buku nak?” Denniel memandang Danny yang berada disebelahnya.
Danny hanya mengangguk sahaja.
Denniel memberhentikan langkahnya. Danny memandang pelik sambil mengerutkan dahinya memandang Denniel.
I tak tahu kat mana bookstore. Tak berapa biasa kat sini.”
“Ada Popular Bookstore kat hujung sana.” Danny lead the way. “Tu pun nak kecoh sampai berhenti jalan.” Danny menggumam.
Ek eh minah ni. Memang kerek dowh. “I heard, okay.”
“Ada I kisah?”
Sungguh membakar naluri dan perasaan, Butterfly ini. Haih….
Mereka beriringan memasuki Popular.
“Kat mana bahagian Self-Motivation, eh?”
Eh? Mamat ni baca buku motivasi ke? Wah, setahu aku lelaki tak suka membaca. Ingatkan dia nak beli buku komik Shin Chan ke atau nak beli majalah kereta yang tahpapetu. Guys , right? “Erm. Kat situ.” Danny menunjukkan di mana bahagian itu menggunakan tangannya.
Okay, thanks.”
Selepas Denniel pergi ke bahagian sana. Danny mengatur langkah ke rak buku-buku novel Inggeris.

2 comments:

Liselle MonCherie said...

Laa ingtkn Danny Lelaki!! XD
Confused XD.
Danny seorang perempuan yg pandai
menjaga maruah diri yeah! :D
Proceed! :DD

Anonymous said...

mana lagi sambungan citer ni?pleaz upload lg..thanks:)