Sunday, February 26, 2012

Confessions Of A Broken Heart



Aku memandang handphone. Sudah seminggu aku memiliki handphone ini. Aku telah pun beritahu semua orang nombor telefon aku. Dan ya, aku juga telah memberitahu dia. Bahawa aku sudah punya handphone.
Kenapa ni? Adakah aku mengharap dia akan call aku? Adakah aku berharap dia akan selalu bertanya khabar dan selalu menelefon aku? Adakah aku berharap yang dengan punyai handphone ini, setelah puas ku pujuk mama untuk membelikan sempena hari jadi aku, hubungan aku dan dia akan lebih dekat? Yang kami akan selalu berbual, bertanya khabar?
Hari berganti hari. Minggu bertukar minggu. Tiada khabar berita darinya. Tiada walau satu sms atau call darinya.
Tidak. Aku tidak hampa. Tidak. Aku sebenarnya tidak kisah. Bukan aku yang meninggalkan dirinya. Dia yang meninggalkan aku. Dia yang membiarkan aku tanpa kasih sayang. Tidak. Aku tidak punya perasaan. Tidak. Aku tidak kecewa.
“Adik, papa tak ada call adik?” Mama bertanya semasa aku sedang baring membaca buku.
“Huh?” Aku buat-buat tak dengar.
“Papa tak ada call ke sms adik?” Mama ulang lagi pertanyaan. Dia duduk di sisi aku sambil mencapai sebuah buku yang berada di atas katil.
“Tak adalah. Buat apa dia nak call or sms adik.” Aku bersuara seperti biasa. Meneruskan pembacaan
“Tak ada walau sekali?”
Aku pandang mama. “Mama ni kenapa? Dia manalah nak ingat adik. Lagipun bukannya adik kisah dia nak call ke sms ke. Boleh tak jangan buka cerita pasal dia. Bosanlah, mama.”
Mama memandang tepat ke mata aku. Seolah-olah cuba membaca jiwa aku. Cuba salami perasaan anaknya yang berusia 11 tahun ini. Aku tidak dapat memandang mama lagi. Aku meneruskan pembacaan. Entah kenapa, aku dapat merasakan mama tahu apa yang berada di dalam hati aku. yang aku simpan kemas-kemas. Yang aku tutup rapat-rapat.
***
“Mama, kenapa ni? Kenapa mama menangis ni?” aku risau. Tak tahan aku tengok mama yang menangis.
“Entahlah abang kamu ni, dik. Dia buat hal lagi. Mama tak tahulah. Macam mana nak tegur, nanti kalau marah, dikatakan tak memahami. Mama ni ibu tunggal dik, ibu tunggal. Kalau anak-anak mama rosak, mereka takkan salahkan korang., mereka akan tunding jari dekat mama. Orang akan cakap mama ni janda. Tak reti jaga anak. Tak reti didik anak. Adik tolonglah, cuba tanya diorang tu. pergi mana. Kenapa balik sampai pukul 2, 3 pagi. Buat hal apa. Nanti kalau mama tanya, bergaduh pula.” Mama memejamkan matanya.
***
“Abang, awak pergi mana malam tadi?” sambil membelek-belek komik abang. Sambil aku bertanya dengan lembut.
“Orang jumpa kawan orang. Dia ada masalah. Jadi, orang tolonglah. Mama suruh awak tanya eh?”
Aku mengangguk. “Mama tak nak tanya sendiri sebab dia takut gaduh dengan awak. Awak janganlah buat macam tu lagi, eh? Awak sayangkan mama kan? Kesian mama.” Bagi aku satu-satunya cara hanyalah gunakan suara yang lembut dan manja seorang adik.
“Yelah, nanti saya tak buat lagi. awak tolong cakap sorry kat mama boleh? Nanti saya touchinglah kalau nak say sorry depan-depan. Awak fahamkan?” Abang pandang aku tanpa berkelip.
“Ya, saya faham. Tapi, lain kali awak berterus-teranglah dengan mama. Mama kan sporting orangnya. Kalau awak tak cakap apa-apa, memanglah mama marah, betul tak?” Aku lentokkan kepala kat bahu abang aku.
Abang aku hanya diam dan mengangguk.
“And, awak kena faham, yang mama ibu tunggal, orang akan sentiasa salahkan mama, kalau kita semua rosak. Kita kena jaga nama baik mama. Awak tak nak mama kena kutuk atau kena hina kan?”
Abang aku dah mula berair matanya. Aku peluk abang aku.
Ya, hanya kami yang memahami. Hidup tanpa ayah yang mempedulikan kami. Segala masalah, kami yang memikul dan bertanggungjawab.
***
Sedang mama duduk berehat di birai katil, aku meletakkan kepala di peha mama.
“Mama, mama. Adik nak tanya soalan, boleh?”
“Tanyalah, sayang. Kenapa tak boleh pula.” Mama mengusap-usap lenganku.
“Mama rasa, papa sayang adik tak?”
Usapan di lengan terhenti. Mama terdiam. “Kenapa adik tanya macam tu?”
Aku menjungkit bahu.
“Mama tak tahu sayang.” Perlahan suara mama.
Aku hanya diam.
Mama, tidak pernah menipu. Mama, tidak pandai mereka cerita. Mama, hanya bagitau kebenaran, kerana dia tak mahu anak-anak dia kecewa dan lebih sakit.
Bagi mama, hidup dalam kejujuran itu lebih penting dari hidup dalam penipuan. Walaupun ianya pahit dan sakit dan akan membuat anak dia kecewa dan terluka, bagi mama itu lebih baik daripada sakitnya datang kemudian, dan akibatnya lebih teruk. Kerana itu, mama akan menjawab sejujurnya kalau anaknya bertanya.
***
Aku masuk ke dalam bilik, melihat mama yang air matanya berair.
“Mama, kenapa ni?” Aku duduk di sisi mama. Aku melihat ada earphone di telinga mama dan Walkman di riba mama.
“Sedihnya lagu Lindsay Lohan, Confessions Of A Broken Heart ni. Ini sebenarnya perasaan adik, kan?” Mama mencabut earphone.
“Kesiannya anak mama ni. Maafkan mama, sayang. Maafkan mama.”
Aku cepat-cepat memeluk mama.
“Mama, mama tak salah. Mama tak salah. Ni takdir kita. Ni takdir adik. Adik redha, mama.”
I wait for the postman to bring me a letter
I wait for the good Lord to make me feel better
And I carry the weight of the world on my shoulders
A family in crisis that only grows older

Why’d you have to go
Why’d you have to go
Why’d you have to go

Daughter to father, daughter to father
I am broken but I am hoping
Daughter to father, daughter to father
I am crying, a part of me is dying and
These are, these are
The confessions of a broken heart

And I wear all your old clothes, your polo sweater
I dream of another you
The one who would never (never)
Leave me alone to pick up the pieces
A daddy to hold me, that’s what I needed

So why’d you have to go
Why’d you have to go
Why’d you have to go!!

Daughter to father, daughter to father
I don’t know you, but I still want to
Daughter to father, daughter to father
Tell me the truth, did you ever love me
Cause these are, these are
The confessions of a broken heart

I love you,
I love you
I love you
I....!!!!!
I love you!!

Daughter to father, daughter to father
I don’t know you, but I still want to
Daughter to father, daughter to father
Tell me the truth...
Did you ever love me!!!?
Did you ever love me?
These are.....
The confessions...of a broken heart

Ohhh....yeah

I wait for the postman to bring me a letter..
Kenapa lagu ni benar-benar menceritakan rasa hati aku? Kenapa lagu ini benar-benar adalah rintihan hati aku? Kenapa lagu ini membuat soul aku sebegitu transparent?


IU

3 comments:

poohrist said...

sedih...

Bidadari Syurga said...

sedihnya. kisah benar ke? pandai buat kispen/cerpen... lancar aja.... ada e-novel yeak... nanti kita baca lagi...

tanpanamaputeri said...

poohrist: :)

kak bs: huhu. yup kisah benar..:) thanks kak..:D