Monday, February 27, 2012

::Yang Mana Satu:: ~1~


“Mama, adik ingat adik nak mula pakai tudung labuh dengan baju kurung ajelah ma, kalau keluar nanti.” Aku duduk di katil sambil melihat ke arah mama yang sedang menggosok.
Terhenti sekejap tangan mama yang sedang menggosok tu. dia memandang aku dengan pandangan yang seperti, terkejut mungkin?
“Adik, awak tu umur baru 13 tahun. Awak muda lagi. bila awak dah pakai tudung labuh nanti, awak dah tak boleh tanggal lagi. Nanti orang akan mengata. Sekarang ni, awak nak pakai tudung labuh. Nanti awak tengok cousins awak semua pakai baju cantik-cantik and yang up-to-date, awak teringin nak pakai pulak.” Mama menggelengkan kepala tanda tidak bersetuju.
“Mama, inikan tuntutan.” Aku masih lagi cuba untuk memujuk.
“Adik, Allah tengok hati kita. Bukan luaran kita. Selagi adik jaga hati dan maruah diri adik, Allah akan kira semua tu. Ramai je yang pakai tudung labuh, tapi ada banyak anak luar nikah. Tak solat, berzina, pergi kelab malam. Tak semua yang pakai tudung labuh tu baik. Awak muda lagi, baru nak kenal dunia. Apa saja yang adik pakai dah cukup, adik dah bertudung. Cuba adik tengok siapa budak umur adik yang dah start bertudung umur muda-muda ni? Kalau ada pun, sekejap buka, sekejap tanggal.”
“Ma, adik nak jadi orang Islam yang sejati. Inikan hukum, ma. Memanglah adik sekarang adik dah bertudung. Tapi, adik masih lagi pakai seluar jeans. Adik pakai t-shirt. Adik bertudung tapi adik tak menutup aurat dengan sempurna, mama.” Aku cuba untuk menjelaskan.
“Kalau adik pakai tudung labuh, takkan mama nak pakai tudung pendek macam ni? Nanti orang akan mengata. Tengoklah anak dia pakai macam tu, mak dia pakai macam ni.” Mama menarik nafas. “Mama dah bersyukur bila dulu adik pakai tudung, adik buka pintu hati mama untuk pakai tudung. Tapi, adik… Adik muda lagi. Tak payahlah nak fikir pakai tudung labuh. Nanti adik menyesal. Mama ni pernah muda, mama tau, sayang.”
“Insya-Allah tak, mama. Adik yakin Allah akan menolong hambaNya yang ingin mendekatkan diri kepadaNya. Mama tak payahlah fikir apa orang lain nak kata. Yang penting hati. Ini kehendak adik mama. Ini kewajiban.” Aku bersuara agak tegas.
“Habis, kalau tak dengar cakap mama ni apa? Ini pun salahkan?”
“Ma, adik tak bermaksud macam tu. Mama, tak rasa ke adik ni macam hipokrit? Dekat sekolah adik pakai tudung labuh. Tutup semua aurat. Sebab adik dah masuk sekolah agama sekarang. Tapi, keluar sekolah adik memang pakai tudung, tapi pendek tak tutup dada. Pakai seluar jeans, pakai baju fit. Aurat adik tak ditutup dengan sempurna, mama. ”
“Adik tak hipokrit. Adik ada life adik sendiri. Sekolah is sekolah. Kehidupan adik kat luar, sekolah tak boleh tentukan. Lagipun, semuanya terpulang pada hati. Adik, dengarlah cakap mama. Mama dah banyak dengar cakap adik. Adik nak masuk sekolah agama, tinggalkan sekolah cina yang tinggal lagi setahun setengah sebelum UPSR. Mama bagi. Adik nak pakai tudung, mama bagi. Kali ni dengarlah cakap mama.”
Akhirnya aku terdiam tanpa kata. Aku melangkah keluar untuk masuk kedalam bilik aku.
Aku menangis. Ya Allah, salahkah aku untuk memilih jalanMu? Aku tidak cukup kuat untuk melawan kata-kata mama. Mungkin apa yang dia kata, ada benarnya. Sungguh aku keliru, Ya Allah. Bimbinglah aku ke jalanMu… sungguh aku hanya ingin mendekatiMu. Aku mungkin muda, tapi aku ingin kelengkapan. Dan aku yakin kelengkapan itu bersamaMu.



Itu adalah kisah lima tahun lepas. Sekarang ni, arwah mama pun dah tiada.
Pilihan aku?
Aku memilih untuk mendengar kata-kata arwah mama. Aku mohon Allah ampunkan aku. Tapi, pemilihan aku itu membuat aku menjadi seorang yang keliru. Sukar untuk membuat pilihan.
Akhirnya aku menjadi seseorang yang mempunyai pelbagai penampilan dan personaliti.
Yeah, mungkin saja aku ada masalah multiple personality disorder.

2 comments:

Liselle MonCherie said...

Situasi sy pulak terbalik,hehe
mama suruh sy pakai tuding labuh tapi
sy nk pakai tudung bawal biasa XD,Bgus lah Miss M,perubahan yg amat
sukar dilakukan,pakaian tidak semestinya menunjukkan peribadi,yg penting kita mengikut tuntutan Allah dgn menutup aurat mengikuti kehendaknya.Tak ramai yg pakai tudung
menutup dada.byk yg pendek2 moga Allah beri Hidayan kpd mereka.Amin~

tanpanamaputeri said...

agreed with u! yg penting kita ikut apa yang digariskan..:)
amin..insyaAllah..:)