Seorang
kanak-kanak terkaku melihat seorang perempuan yang amat cantik di hadapannya.
Kulitnya putih bercahaya. Bajunya berwarna putih dan bercahaya. Rambutnya
hitam, lurus dan bersinar.
“Awak
siapa?” tanya kanak-kanak.
“Nama
saya Puteri. Boleh tak saya nak jadi sahabat awak?” dia tersenyum pada
kanak-kanak itu.
“Macam
mana awak boleh masuk dalam bilik ni? Tak ada orang nampak awak ke?” tulus
pertanyaan budak berumur 11 tahun itu.
Puteri
itu tersenyum. “Shh… ini rahsia kita berdua. Awak tak ada kawankan? Saya nak
jadi kawan awak, boleh?”
“Tapi,
mama saya kata don’t talk to strangers. Awak ni kira stranger lah kan?” telus
kanak-kanak itu berkata.
Puteri
itu tersenyum. Senyumannya tidak pernah lekang dari bibir. Matanya cantik dan
bundar. “Boleh saya panggil awak, adik? Ahli keluarga awak panggil adik, kan?”
Kanak-kanak
itu mengangguk.
“Adik
tak nak jadi kawan Puteri ke?”
Kanak-kanak
itu diam. Memikirkanya.
“Kita
boleh jadi kawan rahsia. Tak perlu sesiapa untuk tahu. Cukuplah Allah tahu.”
“Hanya
adik seorang saja boleh nampak Puteri?”
“Ya,
hanya adik seorang saja.”
Setahun berlalu.
“Puteri,
puteri ni orang bunian ke?”
“Kenapa
adik tanya?”
“Sebab
puteri bukan manusia. Orang tua-tua kata, kalau cantik selalunya orang bunian.”
Puteri
tersenyum. “Bukan, Puteri bukan orang bunian.”
“Jadi?”
“Percaya
tak kalau Puteri kata asal Puteri dari kayangan?”
Mata
kanak-kanak yang kini berusia 12 tahun bersinar. “Kayangan? Jadi, betullah
kayangan itu wujud?”
Puteri
senyum dan mengangguk. “Tapi, kayangan yang diceritakan manusia itu tidak sama
seperti hakikat kayangan yang sebenarnya. Sememangnya kayangan itu indah. Cuma
kami juga makhluk Allah yang dikurniakan tugas.”
Kanak-kanak
itu memandang tepat kemata Puteri. “Tugas apa?”
“Satu
hari nanti adik akan tahu.”
Puteri
tersenyum lagi.
Dua tahun berlalu.
“Adik,
adik kena jaga solat. Adik kena baca al-Quran. Adik kena buat semua apa yang
Allah perintahkan. Kita adalah hamba yang akan kembali padaNya bila-bila masa
sahaja, dik.” Puteri mengingatkan kanak-kanak yang kadangkala leka dengan
dunianya.
“Puteri,
tolonglah ajar adik mengenai agama Islam. Dekat sini, tiada siapa yang boleh
ajar adik. Kat sini, semua orang sambil lewa je mengenai Islam.” Kanak-kanak
yang baru ingin meningkat remaja mengeluh.
“Tak
boleh sayang. Puteri tak dapat ajarkan adik. Adik kena tau, adik tak boleh
belajar apa-apa dengan benda yang ghaib yang orang lain tak nampak. Nanti adik
akan dituduh sesat. Puteri tak boleh jadi guru adik. Adik kena belajar di
tempat asal adik. Iaitu dunia. Kayangan hanyalah tempat adik bermain kerana
adik tidak punya teman.”
“Tapi,
kenapa?”
“Satu
hari nanti adik akan faham, sayang. Yang penting adik kena gigih mencari ilmu.
Mendalami ilmu Islam. Adik kena jadi muslimah yang baik dan bagus.” Puteri
memberi nasihat sambil tersenyum.
“Adik
taukan, yang Allah itu Maha Penyayang? Walaupun adik banyak kekurangan di
dunia, tapi Allah temukan kita. Kita dapat bersahabat dan berkawan. Anggap saja
ini satu imaginasi. Tapi, biarlah ianya jadi imaginasi terindah buat kita.”
Kanak-kanak
itu mengangguk. Benar, selama ini. Puteri adalah sahabat suka dan duka. Puteri
adalah sahabat yang sering menasihati dalam lembutnya kata-kata.
Biarlah
apa orang nak kata, puteri adalah istimewa!
“Adik,
ingat dan ketahuilah, bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu
pesuruh Allah. Peganglah pada kalimah syahadah ini. insyaAllah, Allah akan
sentiasa lindungi adik. Carilah ilmu, walaupun ianya sukar di dunia yang penuh
mencabar. Dan ingat, jangan terpedaya dengan benda-benda ghaib yang
menakjubkan. Kerana ianya adalah perangkap syaitan. Juga, jangan terlalu yakin
dengan Puteri, boleh saja Puteri ini menyesatkan. Ingat, bahawa hanya pada
Allah tempat adik bergantung dan meminta. Ingat ya, sayang.”
IU
2 comments:
I like this story!
Byk mesej yang jelas disampaikan :D
<3 Lovin' the writer and her writings :)
thank you so mucho liselle..:DDD
thank you for your your supports..:')
Post a Comment