Seorang
gadis meletakkan dulang yang ada makanannya ke atas meja dengan tertib. Langkah
dan gayanya sangat sopan dan tertib. Persis gadis melayu yang sangat beradab
dan beradat.
Tapi
sebenarnya, bukan hanya ketertiban dan kesopanan dia yang menarik perhatian aku
hingga aku berhenti sekejap daripada meneruskan suapan kuey teow goreng aku. Sangat
sejuk memandang wanita berbaju kurung bertudung labuh lengkap dengan sarung
tangan juga kaki. Habis aku meniliti gadis itu dari atas sampai bawah.
Dah
rasa macam lesbian pun. Ish! Nauzubillah min zalik!
Sigh.
Kuey
teow di pinggan yang tinggal separuh dikuis-kuis.
Aku
mendongak bila terdengar suara gelakan yang agak kuat dari meja yang bersebelahan
dengan aku. tadi tak perasan pun ada manusia-manusia di situ.
Gadis-gadis
ini sangat stylo walaupun bertudung. Baju-baju yang up-to-date. Shawl yang dililit-lilit
juga berbelit-belit. Make-up yang dikenakan taklah tebal tapi boleh nampaklah
eye-liner hitam, blusher yang warna natural pink dan lip gloss yang berwarna
baby pink yang mereka pakai. Cantik. Mesti mereka-mereka ni dah expert bab gaya
juga make-up.
Sigh
again.
Aku
melihat diri aku sendiri. Ladies jeans daripada Applemint. Sweater lelaki yang
bersaiz XL daripada Giordano. Tudung Syria berwarna hitam. Without make-up,
hanya bedak nyonya zaman tok kaduk aje yang ada di muka. Pelik? Boyish? Baju extra-large?
Gaya boyish+muslimah yang disatukan nampak macam tak kena?
Aku
tak peduli. Walaupun kalau diikutkan saiz aku saiz M di bahagian perempuan.
Tapi aku memilih untuk memakai sweater lelaki yang berganda saiznya dan lebih
selesa. Sebab kalau aku keluar seorang, aku suka random. Memilih baju yang tak
ikut mana-mana rules.
Aku
penat nak ikut rules. Aku penat nak pilih. Jadi biar aku ikut kepala sendiri.
Sekarang ni dah tiada siapa nak tentukan baju apa yang aku harus pakai. Dan
sekarang aku keliru. Kalau mama ada, dia akan bagitahu aku, “Adik, pakai baju
ni lawa. Adik, pakai baju ni okay. Adik, baju tu tak sesuai.”
Dah
tiga tahun mama meninggal. Mama meninggal sebab kanser. Setahun lebih dia
menderita. Oleh sebab aku ni sangat jarang ke sekolah kerana sakit pelik aku.
Selama setahun tu jugalah aku menjaga mama.
Aku
tak belajar pun walaupun pada tahun itu aku PMR. Aku cuma belajar seminggu
sebelum PMR, untuk tiga tahun punya subjek. Dan Alhamdulillah, walaupun bagi
aku keputusan aku tu tak secemerlang mana. Tapi, bagi guru-guru aku, ianya
suatu keajaiban. Sebab keputusan aku lebih baik daripada orang yang pergi
sekolah hari-hari dan lebih baik daripada yang average.
Ramai
yang bertanya kategori manakah aku?
Aku
tak tahu. Sebab aku tak ada jawapan. Bagi aku itu semua berkat aku jaga mama
dan doa mama yang tak pernah putus. Dan juga keyakinan mama pada aku untuk
terus berjuang dalam hidup walaupun aku ni sering dikategorkan sebagai ‘pelik’
dan ‘special case’.
Dan
selepas tamat peperiksaan PMR aku, mama aku pun meninggal.
Perasaan
aku? Kehilangan. Kosong. Keliru. Lonely.
Seperti
sekarang aku hanya duduk seorang diri. Tak seperti orang lain yang punya teman
dan kawan.
Bukan
aku tak ada kawan. Ada. Cuma, ada masa-masanya aku gemar bersendiri. Berfikir.
Mencari sesuatu. Aku tak tahu apa yang aku cari. Aku hanya mencari. Ya, mungkin
kedengaran bodoh bila tidak tahu apa yang dicari.
Tapi,
mungkin benarlah kata-kata pujangga yang aku baca, bila seseorang kehilangan
ibunya dia juga bagai kehilangan dirinya. Kerana tiada siapa yang akan
membetulkan jika dia silap. Tiada siapa yang akan bergaduh dengannya untuk
menegakkan pilihan masing-masing. Tiada siapa yang memberi sokongan kepadanya
bila dia down. Dan tiada siapa yang akan tolong tunjukkan apa yang perlu dipilihnya
bila dia keliru. (oh ya ayat ini juga telah ditokok tambah oleh aku yang
perasan mahu menjadi pujangga)
Pendapat
seorang ibu tidak mungkin akan sama dengan pendapat seorang kawan baik.
Sokongan ibu tidak mungkin akan sama dengan sokongan cousin yang juga
bestfriend.
Bunyi
mesej menghentikan pemikiran aku yang melayang.
-Babe, whatcha doing?
Mesej
daripada Cassie yang merupakan cousin aku juga kawan baik aku. Kitorang selalu
cakap kitorang kenal dari dalam perut lagi. We are in the same age, but lahir di
bulan berbezalah. So, we are close. So damn close. Err, I mean really-really
close. Tapi, bukan lesbo punya closelah aiyo! Kitorang masih kenal hukum, okey?
And, she has a boyfriend. *wink-wink*
-Tengah makan kat food court. Why,
dear?
-Ooo… nothing. When you wanna sleep
over my house? Miss you so muchlah!
-Haha… miss u too, babe. Nantilah I tidur
your house. Now I tengah cari idea.
-Idea apa tu? Mehlah datang sini.
Kita cari idea sama-sama. Haha.
-Haha. Okey jugak tu. I nak cari
idea rompak bank, wanna join me?*raised eyebrow*
-Woo… that’s cool. Count me in,
babe! Haha… crazylah you. After you dah dapat your idea, which I don’t know
what it is. Please do come here, okay? And gossiping bout that idea, okay? And
last but not least, I’ve a lot of story that I have to tell you!!! So please,
come here cepat-cepat tau! Miss you so damn much, babe!
-Haha surely do, sayang. I will
sleep over your house, when I’m done. Will text you later. Miss you so
mucho-mucho too! *kiss & hug*
-*kiss & hug* too.
Okey,
tak payah pelik. Aku dengan cousin aku ni, memang gini perangai dan bahasanya. We
love each other so much. Ramai orang kata susah nak tengok kawan baik ialah
cousin sendiri. Kitorang berdua relaks saja. Tak ada apa yang nak dipelikkan.
Kitorang masing-masing ada bestfriend kitorang sendiri jugak. Tapi, dalam pada
masa yang sama we are best friend too!
Relation
kitorang ni dah macam 3 in 1, Cousin, sister and best friend!
Dan
yeah, one more thing, kitorang berbeza dari segala segi. But, perbezaan tu
tidak pernah menjadi masalah. Sebab kitorang terima diri masing-masing
seadanya. Love is the key word. And ikhlas also is the key word. *wink-wink*
1 comment:
Wahh betul susah nak cari cousin yg mcm ni! hehehe 3 in 1 tu.Ini baru namanya true blood! hehehe :D
Post a Comment