Thursday, March 22, 2012

::Yang Mana Satu:: ~3~


Lagu Anything But Ordinary – Avril Lavigne berkumandang dengan kuat di gegendang telinga yang memakai headphone.
Aku ingat lagi, oleh sebab aku sangat meminati Avril Lavigne, arwah mama dulu pun ikut layan aje lagu Avril Lavigne.
My mom was cool. Sporting. Up-to-date. Berjiwa remaja.
Dia kata, live your life. Rasa apa itu kehidupan. Dia selalu cakap, dia menyebabkan aku matang sebelum usia, menjadi pendengar masalah dia walaupun masalah itu macam tak sesuai je untuk budak-budak macam aku tahu, menjadi pakar kaunseling kepada dia, menjadi seorang penasihat kepada dia,  menjadi seorang yang tak tahu apa itu zaman kanak-kanak dan mungkin menyebabkan keseronokan aku untuk hidup zaman remaja ni tiada langsung. Dan dia rasa bersalah, bila aku ada penyakit pelik ni.
Dulu, sebelum dia meninggal, aku selalu tak faham kenapa dia nak halang aku buat keputusan seperti contohnya pakai tudung labuh dan seriously dia pernah cakap aku extreme dalam beragama. Sampai aku, (yang konon banyak membaca ni) cakap kat dia, ada seorang ulama’ pernah mengatakan tiada apa yang extreme dalam agama selagi ianya mengikut ketetapan yang Allah dan Nabi Muhammad gariskan. (tapi bila nak diingatkan dia ikut je bila aku kata nak masuk sekolah agama, walaupun aku tak pandai baca jawi, dan bacaan al-Quran aku sangatlah tunggang-langgang, dia masukkan juga aku kat sekolah agama dan menghancurkan harapan dia yang nak tengok aku mengikut jejak abang-abang aku yang tamat pengajian sekolah menengah di sekolah cina)
Aku rasa, sebab mama rasa bersalah. Sebab mungkin dia tahu, walaupun aku tak pernah cakap dengan dia, yang sebenarnya aku tak dapat ‘masuk’ dengan sesiapapun melainkan dunia aku sendiri dan dia. Aku seperti seorang yang terpaksa dan akan berasa pelik bila bersama sepupu-sepupu dan saudara-mara aku. Aku juga rasa tak kena bila bersama dengan kawan-kawan aku. sebab pemikiran aku berbeza. Sebab apa yang aku inginkan tak sama dengan orang lain mahukan di baya-baya aku atau hampir-hampir sebaya aku.
Walaupun mama terus-menerus menjadikan aku seorang yang matang dan berfikir, dalam pada masa yang sama message yang dia ingin sampaikan pada aku, dia akan bersama dan turut menjadi kawan aku jika aku ingin mendengar lagu-lagu seperti, Avril Lavigne, Eminem, Linkin Park, Simple Plan...
Aku rasa mama aku cuba memahami aku dengan lagu-lagu yang aku dengar. Sebab dia tahu, walaupun aku adalah pendengar setia kepada masalah dia dan kadangkala aku ni pulak yang macam mama dia bila tentang bagi nasihat, aku jarang sekali spill out problem aku kat dia. Mahupun sesiapa. Aku simpan masalah sendiri. Dia ingin memahami aku, tapi aku tidak bercerita. Jadi dia cuba mengikut rentak aku.
Dia ingin aku hidup. Mungkin pada mata dia, dia melihat aku seolah-olah mati. Tersisih. Tiada tempat aku di dunia ni. Dia cuba buat yang terbaik untuk aku. Aku juga tahu, benda yang paling dia takuti, aku akan terus menderita. Dan dia pernah cakap, “Adik adalah seorang yang paling susah mama nak faham. Mama tak pernah memahami adik.”
Aku tak kisah. Sebab masa tu aku ada dia. Aku tak perlu dia faham aku. Cukup dengan adanya dia. Aku berasa cukup, bila dia cuba sedaya upaya untuk memahami aku, walaupun dia jarang sekali dapat memahami aku. (aku rasa dia tak faham aku sebab dia seorang yang sangat lurus, dan aku pula seorang yang complicated, jadi memang susah nak communicate sebenarnya.)
Hidup tanpa dia… adalah perkara yang sangat menyakitkan.
Hidup tanpa dia… menjadikan hari-hari yang aku lalui menggerunkan.
Hidup tanpa dia… menjadikan langkah yang aku ambil jauh tersasar.
Hidup tanpa dia… adalah seperti hidup tanpa jiwa.
Hidup tanpa dia… aku… sebenarnya mati.
Ini memori aku dan dia. Kemana sahaja aku pergi, aku tak boleh tinggalkan dia. Tak pernah tinggalkan dia. Aku tak peduli kalau korang bosan dengan cerita aku. aku tak peduli kalau korang rasa dimana-mana sahaja pasti ada dia.
Sebab dia istimewa. Sebab dia tiada gantinya.
Sebab dia… mama aku.
Dan lagu pun bertukar. Slipped Away – Avril Lavigne.
I miss you, I miss you so bad
I don’t forget you, Oh it’s so sad
I hope you can hear me, I remember it clearly

The day you slipped away
Was the day I found it, Won’t be the same

I didn’t get around to kiss you, Goodbye on the hand
I wish that I could see you again
I know that I can’t
I hope you can hear me, Coz I remember it clearly

The day you slipped away
Was the day I found it, Won’t be the same

I’ve had my wake up, Won’t you wake up
I keep asking why, I can’t take it
It wasn’t fake, It happened you passed by
Now you’re gone, now you’re gone
There you go,  there you go
Somewhere I can’t bring you back
Now you’re gone.  now you’re gone
There you go,  there you go
Somewhere you’re not coming back

I miss you


4 comments:

Liselle MonCherie said...

I feel connected to this because
my mom have many in commons with your mama,Julia Roberts and went to Sekolah Inggeris and also up-to-date in order to understand me.

My mom"Mama cuba nak faham Jaja,tapi I can't really understand you"

One day,you and your mama will meet again,in Jannah InsyaAllah :)

aku HaniAsyira said...

mak mungkin tak paham kita.. tp mungkin boleh paham dia kan.. =)

be strong dear even I know u are really strong..

aliza said...

salam kenal dan dofollow sini

tersentuh hati akak, kisah benar anatar ibu dan anak perempuan,... kekadang ibu 'jeles' ngan anak perempuan sbb tu agak dingin hubungan, kekadang terlalu rapat macam kawan sepermainan... itulah uniknya hubungan unik nikan...

kay_are said...

2 cite tu.. aku tak sentuh lagi.. dah datang pulak cite num 3.. cane nak habis bace ni?? ish ish.. nak komen pe pun taktau.. huu