Ini
bukan masalah multiple personality disorder. (err atau mungkinkah?)
Ataukah
masalah difficult to choose personality disorder. (err, adakah jenisan disorder
yang ini?)
Ini
adalah masalah untuk memilih.
Bukan.
Bukan nak pilih boyfriend ya. Korang ni memang tak ada benda lain ke nak fikir?
Mesti nak cintan-cintun saja kerjanya.
Mari
kita buat cerita out of the box sekejap. Sekejap sahaja ya! Nanti kita masuk
bab cintan-cintun. (out of the box lah sangatkan?) Itupun kalau menjadilah
kisah cintanya. Kalau tak jadi, harap maaf ya! Aku bukan pakar. (tapi aku suka
berangan)
Ini
adalah pemasalahan untuk memilih personaliti diri sendiri. Gaya apa yang
sesuai. Gaya apa yang tak sesuai. Jalan mana yang perlu diikut atau jalan mana
yang jangan diikut. Come onlah, kitakan remaja. Pasti akan atau pernah
melaluinya kan?
Arha~
Aku
memang ada masalah. Kerana yang berada di hadapan itu aku. Yang berada di
belakang pun aku. Dan yang berada ditengah juga aku.
Hidup
inikan pemilihan.
Allah
bagi kita pilihan. Nak pilih baik atau buruk, dosa atau pahala. We choose our
own path.
Dan
masalahnya. Aku ada semua. Aku ada baik. Aku ada buruk. Aku juga ada ‘atau’
itu. Tu pasal aku kata, aku ada di hadapan, di belakang juga yang tengah.
Pening?
Aku
lagi pening.
Oh
lupa pula! Aku tidak kenalkan diri aku lagi.
Nama
aku Zara Irdina. Semua ahli keluarga, baik yang dekat ataupun jauh. Yang kuat
pertaliannya ataupun yang sipi pertalian darahnya dengan aku semua panggil aku
Zara.
Tapi
teman-teman, guru-guru, doktor-doktor dan sesiapa sahajalah yang tiada ikatan
darah dan keluarga dengan aku panggil aku Irdina.
Jadi
korang nak panggil aku apa? Kalau korang rasa korang ada ikatan darah dengan aku,
korang panggillah aku Zara. Tapi, kalau korang rasa korang tak ada ikatan darah
dengan aku, panggil aku Irdina. Okey? Kita mencapai persetujuan?
Mari
kita teruskan cerita.
Sejak
aku berusia 11 tahun, aku mendapat satu penyakit pelik. Iaitu aku selalu
pengsan. Bawak pergi jumpa doktor. Doktor kata aku tiada penyakit serius. Bawak
pergi jumpa ustaz, ustaz kata aku baik-baik sahaja.
Kemudian,
bawa aku jumpa doktor psikiatri, dia kata aku mungkin mengalami tekanan
perasaan. Tapi, oleh sebab doktor tu cuba dan cuba untuk korek rahsia dari
mulut aku tapi malangnya , tak dapat. Dia membuat kesimpulan, aku tertekan
kerana perceraian ibu bapa aku. dan juga sikap aku yang suka menyendiri. Kalau
korang tanya aku, apa nama saintifik dia. Aku tak tahu dan tak nak ambil tahu
sebab aku tak gila, okey?
Jadi,
dia kata kat mama aku, jangan buat aku tertekan dan bawalah aku bercuti.
Wah,
kalau macam ni, aku kenalah selalu jumpa doktor psikiatri, boleh aku selalu
bercuti, betul tak?
Tapi,
sejak aku mendapat penyakit misteri ini di usia 11 tahun. Aku mula inginkan
perubahan. Aku ingin belajar agama. Entah kenapa aku rasa, penyakit misteri ini
memberi aku tanda. Untuk mempelajari agama dan seseorang yang mempunyai
pegangan agama.
Aku
tak kata, mama aku tak bagi pelajaran agama. Dia bagi, tapi tidak begitu
mementingkan sangat.
Ini
kisah aku dalam proses untuk membesar, belajar, membuat pilihan dan mengumpul
pengalaman. And, whatever it is, I’m still a loner inside.
Aku
akan teruskan cerita di bab-bab yang seterusnya. So, stay tune, peeps!
2 comments:
My mom wants to drag me to a psychiatrist once,but I refused XD.
Loner is always a mystery :)
liselle, true, loner is always a mystery..xD
Post a Comment