Monday, February 27, 2012

::Yang Mana Satu:: ~Prolog~


Ini bukan masalah multiple personality disorder. (err atau mungkinkah?)
Ataukah masalah difficult to choose personality disorder. (err, adakah jenisan disorder yang ini?)
Ini adalah masalah untuk memilih.
Bukan. Bukan nak pilih boyfriend ya. Korang ni memang tak ada benda lain ke nak fikir? Mesti nak cintan-cintun saja kerjanya.
Mari kita buat cerita out of the box sekejap. Sekejap sahaja ya! Nanti kita masuk bab cintan-cintun. (out of the box lah sangatkan?) Itupun kalau menjadilah kisah cintanya. Kalau tak jadi, harap maaf ya! Aku bukan pakar. (tapi aku suka berangan)
Ini adalah pemasalahan untuk memilih personaliti diri sendiri. Gaya apa yang sesuai. Gaya apa yang tak sesuai. Jalan mana yang perlu diikut atau jalan mana yang jangan diikut. Come onlah, kitakan remaja. Pasti akan atau pernah melaluinya kan?
Arha~
Aku memang ada masalah. Kerana yang berada di hadapan itu aku. Yang berada di belakang pun aku. Dan yang berada ditengah juga aku.
Hidup inikan pemilihan.
Allah bagi kita pilihan. Nak pilih baik atau buruk, dosa atau pahala. We choose our own path.
Dan masalahnya. Aku ada semua. Aku ada baik. Aku ada buruk. Aku juga ada ‘atau’ itu. Tu pasal aku kata, aku ada di hadapan, di belakang juga yang tengah.
Pening?
Aku lagi pening.
Oh lupa pula! Aku tidak kenalkan diri aku lagi.
Nama aku Zara Irdina. Semua ahli keluarga, baik yang dekat ataupun jauh. Yang kuat pertaliannya ataupun yang sipi pertalian darahnya dengan aku semua panggil aku Zara.
Tapi teman-teman, guru-guru, doktor-doktor dan sesiapa sahajalah yang tiada ikatan darah dan keluarga dengan aku panggil aku Irdina.
Jadi korang nak panggil aku apa? Kalau korang rasa korang ada ikatan darah dengan aku, korang panggillah aku Zara. Tapi, kalau korang rasa korang tak ada ikatan darah dengan aku, panggil aku Irdina. Okey? Kita mencapai persetujuan?
Mari kita teruskan cerita.
Sejak aku berusia 11 tahun, aku mendapat satu penyakit pelik. Iaitu aku selalu pengsan. Bawak pergi jumpa doktor. Doktor kata aku tiada penyakit serius. Bawak pergi jumpa ustaz, ustaz kata aku baik-baik sahaja.
Kemudian, bawa aku jumpa doktor psikiatri, dia kata aku mungkin mengalami tekanan perasaan. Tapi, oleh sebab doktor tu cuba dan cuba untuk korek rahsia dari mulut aku tapi malangnya , tak dapat. Dia membuat kesimpulan, aku tertekan kerana perceraian ibu bapa aku. dan juga sikap aku yang suka menyendiri. Kalau korang tanya aku, apa nama saintifik dia. Aku tak tahu dan tak nak ambil tahu sebab aku tak gila, okey?
Jadi, dia kata kat mama aku, jangan buat aku tertekan dan bawalah aku bercuti.
Wah, kalau macam ni, aku kenalah selalu jumpa doktor psikiatri, boleh aku selalu bercuti, betul tak?
Tapi, sejak aku mendapat penyakit misteri ini di usia 11 tahun. Aku mula inginkan perubahan. Aku ingin belajar agama. Entah kenapa aku rasa, penyakit misteri ini memberi aku tanda. Untuk mempelajari agama dan seseorang yang mempunyai pegangan agama.
Aku tak kata, mama aku tak bagi pelajaran agama. Dia bagi, tapi tidak begitu mementingkan sangat.
Ini kisah aku dalam proses untuk membesar, belajar, membuat pilihan dan mengumpul pengalaman. And, whatever it is, I’m still a loner inside.
Aku akan teruskan cerita di bab-bab yang seterusnya. So, stay tune, peeps!

2 comments:

Liselle MonCherie said...

My mom wants to drag me to a psychiatrist once,but I refused XD.
Loner is always a mystery :)

tanpanamaputeri said...

liselle, true, loner is always a mystery..xD